Showing posts with label Sembang - sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang - sembang. Show all posts

Sunday, 18 October 2020

Mencintai tak bermaksud mesti memiliki...

 Dapat pegang..belek-belek..bergambar..cukup lah..hahahahaha ... apa yang akan saya buat kalau ada sejumlah cash bernilai sebegini? Moh settle kan hutang piutang dulu..:) kurangkan ropol dalam hidup insya Allah....

Lokasi: Pusat Basikal Lim, Kota Tinggi





Tuesday, 2 June 2020

Review: Kek Mamasab Bakery

Pertama kali makan masa adik ipar bawa balik Pecan Butterscotch. Saya sebenarnya memang suka kek tapi dah kurangkan makan kek sejak 2014 ( tapi terrrrbabas tu ada je hahaha especially bila ada outstation). So far, makan kek bila ada birthdays je..



Kemudian masa bulan puasa tu , masa gi beli baju raya anak-anak...saya gi cari la kedai Mamasab kat Kota Tinggi tu...ada lah outlet dia kat Heritage Mall..saya beli kombo 4 perisa ni...



Sampai rumah, cari-cari lagi eh..ada la agen Kluang..apa lagi...hahaha...beli makan dgn kawan-kawan pulak...

Red velvet




Review : semua kek dia sedap..yang saya dah rasa.

Pecan Butterscotch
Chocolate moist
Red velvet(my fav)
Pandan
Devil cheese chocolate

Boleh request campur-campur tapi tgk stok

Chocolate moist cake RM40


Pecan butterscotch dgn dfcc (devil food chocolate cake)cheese


Dengan harga RM40 bagi saiz 7 inci..saya rasa berbaloi..sebab utk topping memang tak kedekut. Dan selalu beli kek...ada yang kek sedap..topping tak sedap..atau topping ok..tapi kek so-so..bagi saya so far, Mamasab ni sedap semuanya..kek dan topping. Cheese topping pun mewah...chocolate topping pun sama.

Kek mini pun ada...untuk yang tak nak beli kek saiz besar .Range harga kek mini : RM7-12. Range harga kek start dari 7 inci termasuk yang bertingkat pun ada..dalam RM40-100.




Ini link whatsapp ejen kek Mamasab Kluang ya.. www.wasap.my/60167770754/kekredvelvet

Sunday, 29 March 2020

COVID19: STOP CARI GLOVES!!

From FB

Mohammad Khairul Azhan
Kami staf KKM tak pakai pon glove kalau keluar pegi pekan ke, pasar ke, isi minyak or di bank. Kami guna waktu kerja je. 

Saya perhati ramai dari kita yang mula cakna berkenaan cara2 untuk mengurangkan transmisi jangkitan. Guna hand sanitiser, cuci tangan dengan sabun, pakai mask, guna glove dan lain-lain. Korang yang pakai glove tu nak tanyala, macam mana cara korang pakai? Macam mana cara korang buka? korang buang kat mana? 

Macam2 korang pegang, sana sini korang sentuh. Glove tu dikira tercemar bukan boleh buang suka2. Kitorang buang dalam tong kuning tu. Tong plastik hitam untuk sampah domestik biasa. Takleh campur. Tengok tong sampah dekat pasaraya tu, bersepah dengan glove. Tepi2 tong pon ada glove yang jatuh2. Kesian makcik cleaner kena kutip glove korang tu. Dah makcik cleaner terdedah pada risiko jangkitan. Macam mana kalau makcik cleaner tu mak atau saudara mara korang? Belum lagi yang budak2 kutip buat belon. Saya pernah tengok depan mata saya sendiri.

Tanpa korang sedari, tindakan korang pakai glove & cara pelupusan yang salah buatkan korang lagi terdedah pada virus dan patogen lain tau. Dan lebih teruk korang sebenarnya yang bantu merebakkan lagi virus ni.

Take home message:

1. Tak perlu guna glove jika boleh cuci tangan dengan sabun / hand sanitiser
2. Nak guna glove, make sure korang boleh lupuskan dengan betul.
3. DUDUK RUMAH
4. Kerajaan dah bagi macam2 untuk kita, jadilah rakyat yang berterima kasih. Jangan degil jangan kufur nikmat.


COVID19: Latest update mengikut negeri dan daerah

Yes..saya di Kluang..red zone sudah..tapi mostly hidup macam biasa...saya juga cuba elakkan keluar walapun masih bekerja ( essential services : veterinary services - kami ada haiwan ternakan yang perlu diberi makan dan dirawat setiap hari). Sebab yang banyak kes tu dengar nya Kg Dato Ibrahim Majid yang sedang dilakukan PKPDP ( Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)..ada seorang rakan sekerja saya di sana..semoga beliau sefamili dan orang-orang kampung semua kekal selamat dari bahaya covid19...





Friday, 27 March 2020

COVID19:Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Kg. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam


From FB

Salam Sejahteta YBhg Dato' Maklumat insident peningkatan penyakit Covid-19 di Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

1. Nama Tempat: Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
2. Jumlah positif : 66 org (+ve COVID 19).
3. Kematian : 1 x kes kematian - Md Ali bin Shahril - 71 tahun. (Jemaah Masjid Dato' Ibrahim Majid)
4. Jum Penghuni Kg Dato' Ibrahim Majid : 1495 penghuni.
5. Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam declare lockdown : *Kes Kluster Tertinggi* - Punca Meningkat Secara Mendadak +ve COVID 19.
6. *Kg Dato Ibrahim Majid* (Kg Induk). Lainx Kg di kws sekitar adalah spt berikut:
(a) Kg Pt Salman - 45 rumah (180 penghuni).
(b) Kg Pt Kasmani - 5 rumah (20 penghuni).
(c) Kg Pt Talibek - 30 rumah (120 penghuni).
(d) Lorong Perdana - 36 rumah (180 penghuni).
(e) Taman Surau - 19 rumah (95 penghuni).
(f) Jln Benut - 30 rumah ( 150 penghuni).
7. Bantuan Tentera yang dipohon penambahan SJR dari 1 ke 5 Lokasi (penambahan 4 x lokasi SJR).
8. Psk Tentera yang di aturgerak: 33 RAD

Sekian perkara di angkat utk makluman YBhg Dato'



Sunday, 1 March 2020

Saya memang moto..eh silap..saya menang voucher shopping spree IK Yellow-Giant :)

Al kisah... Sis masuk la contest IK Yellow Shopping Spree Disember yg lalu. (Beli 2 rim kertas IK Yellow dan whatsapp resit) . Sekali je whatsapp .. lepas tu awal tahun ni dah kemas2 resit bukti pembelian dah hampir nk buang tapi sbb lupa kemas2 jadi resit tu tersebek je dlm purse. So dah lupa dah join ni.. plus dah januari xde apa2 info so anggap x menang la kot.

Pung pang pung pang 2 minggu lepas masa tengah jogging , ada la sorang wanita ni call.. nombor tak dikenali pulak tu hampir2 la tak jawab maklumla risau scammer. Beliau kata nanti bg email address dia nk bg surat dan borang kehadiran ke Giant Shah Alam ,29 Februari..sila bw resit pembelian. Ok sy ckp sy reply nti. Berdebar sbb x ingat resit tu ada lagi takkk hahaha alhamdulillah masih ada.



So plan nk bermlm di Shah Alam pd 28Feb.. sbb pagi2 kena ada di Giant tu jam 6pagi utk daftar. Haaa.... sbb sis ni runner so tak kisah pun event start awal pagi gituuu.... Selesai daftar..solat subuh semua.. 6.30 berkumpul kat depan kaunter dan diberikan briefing.

Kesemua ada 15pemenang dah tapi dia nak tentukan hadiah utama 1st-5th place, kena buat kapal terbang kertas dan pemenang ditentukan berdasarkan jarak paling jauh..(sy dpt 8th place hehe ).




So lps dah dpt placing, next adalah misi shopping voucher 1k tadi tu di Giant! Masa yg diberikan 20minit. Sy dan suami aim brg2 keperluan dapur (brg kering) dan toiletries je. Mmg dah bincg 😂. Bunyi mcm 20min tu lama...tp sbb Giant Shah Alam ni luassss....sebenarnya sekejap je tau masa tuuu...




Baju suamiku ikut tema ke apa ni hahahaha




Alhamdulillah terima kasih IK Yellow dan Giant as penganjur... Terima kasih kat soulmate Cg Fly yg sanggup hantar sis ke prize giving & shopping spree ni... Tahniah kpd semua winners 👏👏👏..Crew majlis semua pun friendly ,peramah dan siap ada sedia breakfast juga sblm majlis. Haha ni la 1st time gi shopping kat Giant kul 6pagi! Nti tggu gmbr dari pnganjur pulak lah ye. Eh ajomm masuk contest lagiii hahaha


Tuesday, 31 December 2019

Selamat tinggal 2019..selamat datang 2020


Teringat dulu, semasa masih kecil..mungkin belasan tahun, terbayang macamana Malaysia tahun 2020 agaknya ya..yang pastinya, bagi mereka yang lahir tahun 1980an, mengalami 4 dekad berbeza....1980,1990,2000(Y2K-ingat tak?),2010 dan..beberapa hari je lagi, 2020. Apapun, diberitakan juga tahun 2020 tahun penuh cabaran dan kesukaran sebab ekonomi is not very good..wallahualam...stay healthy, stay safe, sayangi family anda ok...doakan semoga urusan kita senantiasa dipermudahkan..amin.


Sunday, 15 December 2019

Car seat hunting

Niat saya membeli carseat adalah untuk keselamatan anak saya yang dah berumur 8 tahun tapi bertubuh kecil ( tinggi kurang 135cm). Tinggi anak kedua saya baru mencecah 106cm. Reminder bukan sebab saman ye hahahaha.. actually ( maaf cakap), saya dah lama tak pakaikan anak sy carseat sejak beliau cecah 8 tahun tahun ini, since sy terikut2 regulation Australia kot ( semasa kami melancong ke Perth, kanak-kanak bawah 8 tahun sahaja diwajibkan pakai seatbelt.) Tapi masa tu tak ambik kira tinggi anak..anak-anak 8 tahun di Australia mungkin lebih tinggi (semestinya lahkan hahaha).

Jadi saya pun mencari-cari lah carseat yang sesuai dengan budget saya di online shopping. Kena hati-hati sebab kena tengok review, mana tahu terbeli yang fake. Berdasarkan perbincangan di group carseat, saya aim nak beli Halford Zeus XT (kenapa saya nak beli..mana pergi carseat merah dulu tu? dah seasoned...span dia dah penyet dan tak selesa utk anak...). Lagipun carseat lama tu ECE R03 punya certificate..dah lama sgt.

"ECE R44 04 is a European approval standard. Child car seats are tested in frontal collisions at 50 km/h and rear collisions at 30 km/h using crash test dummies and measuring instruments designed to see how well the seats protect the test dummies.
 
All child car seats currently being sold in Europe, Middle East and most Asian countries must be ECE R44 04 approved. In most countries ECE R44 03 is not allowed anymore."

Sorry saya lupa di mana sy ambil info ni.

So far saya tgh eyeing satu online shop di Lazada dan dia jual Halford Zeus XT dgn harga RM389.00 free shipping. Kenapa saya tertarik?


  • Rearward facing fits children 0~13kg (0~15 month) Group 0+
  • Forward facing fits children 9 ~32 kg (9month~12years old)
  • Equipped with 5-point safety belt system.
  • Backrest with 4 level reclining position system
  • New-style base, can adjust easily.
  • 3 Positions of belt adjustment to fit children's height
  • With Isofix

Untuk anak saya, bagaimanapun, tak perlu guna 5 point harness tu, nanti dah sampai, kena buka sebab dah ketat utk saiz beliau. Boleh pakai car punya seatbelt je

Untuk info, ada banyak carseat yang lebih murah dalam lingkungan RM200-300, tetapi sy ulangi, hati-hati jangan terbeli yang tiruan ya...pastikan ada iktiraf ECE R04/44 atau R129 i think.

Imej dari google
Kita tunggu sampai nanti saya review okeh? :)

Saturday, 14 December 2019

Saman jika tiada kerusi keselamatan bayi (CRS)- Mulai Jun 2020

TINDAKAN saman akan dikenakan terhadap ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) selepas tempoh enam bulan pertama pelaksanaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan masyarakat sedar akan kepentingan penggunaan CRS untuk keselamatan kanak-kanak.

“Jika kita tidak kuatkuasakan undang-undang yang ada pasti tidak akan berkesan. Jadi perlu ada titik permulaan penguatkuasaan iaitu selepas enam bulan pendidikan kesedaran tamat.

“Selepas tempoh itu jika masih ada yang tidak ikut undang-undang, sudah pasti akan dikenakan tindakan saman. Jika tiada tindakan, tidak guna ada undang-undang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Klik Untuk Keselamatan Komuniti 2019 di pusat beli belah di Seremban, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan tidak menggunakan pendekatan keras sebaliknya memberi tempoh enam bulan untuk pendidikan dan kesedaran sebelum undang-undang dikuatkuasakan.
“Kempen dan peraturan yang dibuat ini untuk keselamatan dan demi melindungi nyawa anak mereka sendiri. Jadi ibu bapa perlu faham dan walaupun sedikit membebankan, tetapi ia untuk melindungi nyawa,” katanya.
Katanya, kementeriannya sedang berusaha bekerjasama dengan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengurangkan kos CRS bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
“Kita tidak dapat bagi bantuan kepada semua, sebab terlalu ramai kanak-kanak di Malaysia ini jadi kita cuba usahakan sediakan subsidi kepada hanya mereka yang memerlukan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Lam Thye berkata, IKATAN akan menggunakan tempoh enam bulan pertama pelaksanaan CRS itu untuk memberi kesedaran menerusi pelaksanaan pelbagai program komuniti.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan, PLUS dan NGO untuk mewar-warkan mengenai kepentingan CRS dari aspek keselamatan.


Ulasan saya : sampai bergaduh-gaduh kalau sembang bab carseat! dalam FB cukuplah tengok netizen marah-marah. Chill...beginilah...famili masing-masing, tepuk dada , jagalah keselamatan mengikut kemampuan ya...bagi yang sedang carseat hunting, ingat ya cari yang mengikut piawaian ECE R04/44 tu ya. 


Thursday, 12 December 2019

Tahun 2020 wajib guna kerusi keselamatan kanak-kanak?

MELAKA: Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tiang Dua, di sini, petang ini.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.


Ulasan saya : saya amat bersetuju. Memang sekarang jadi isu polemik, ramai yang marah2 sebab alasan tak mampu,  berat sebelah, menguntungkan penjual dll.Malah ada yangmengatikan dengan politik!

Sejak 2015 memang saya join group yang menggalakkan penggunaan carseat ( Page FB: Malaysian Carseat Support Group) , banyak tips dikongsikan di group ini. Malahan admins telah berkorban menghadiri kursus teknikal berharga RM1000 lebih juga demi berkongsi ilmu dengan percuma atau sedikit bayaran (dalam RM15 je ) untuk carseat installation check. Saya juga telah sharing tentang carseat ini sejak 2015 juga di post ini. Sekiranya anak ramai pula, utamakan yang paling vulnerable atau yang paling kecik...ini sahaja yang mampu saya bagi tips.

Monday, 11 November 2019

Hotel Review: Imperial Hotel, Kuching, Sarawak



Outstation!!! Sebenarnya sejak Oktober yang lepas , nama saya banyak sekali jadi insan terpilih untuk outstation.

1. 12 - 14 Oktober sepatutnya ke kursus di Mersing ( cancelled sebab my boss ckp dia lagi perlukan saya di pejabat)
2.21 hingga 23 Oktober saya ke Jerantut(kursus)
3.29 - 31 Oktober saya ke Hulu Yam, kursus lagi.

Masa saya sedang di Hulu Yam, saya dapat whatsapp, kena ke Sarawak pada 6 hingga 8 November...dussss...tapi sebenarnya cam seronok gak yang jauh-jauh sikit ni hahaha..naik belon kitak!

Credit: semua gambar hotel dari Agoda.

First thing first, sebab penginapan tak disediakan, kita survey hotel mana yang terdekat dengan tempat bertugas iaitu DVS Sarawak..kawan bagi tahu duduk la kat Hotel Imperial . Saya hampir-hampair salah book sebab ingatkan Imperial Riverbank ( berdekatan Waterfront, rupanya bukan...) tapi Hotel Imperial yang bersambung dengan Booulevard Mall. Cuma yang tak berapa best, saya seorang..huhu jadi mood jalan-jalan tak berapa nak on. Beli belah kek lapis je itupun sebelum balik..hehehe.

Lobi dia luasss....



Saya ambil bilik twin deluxe, ini bilik paling rendah berbanidng harga bilik lain

Kolam ni saya tengok dari atas je


Cafe..nice..banyak jugak pilihan sarapan


Malam-malam makan di sini je...mall nya bersambung dengan hotel
Gym!I like!!Sempat lah jog kat treadmill 5km malam sebelum balik...




Sebelum balik, of course cari kek lapis dulu....mula-mula saya beli di Mira Cake House. Kemudian di airport terbeli lagi dalam 3 biji di Hamidah Kek Lapis pulak hehehe. Lepas ni kalau susah nak bergerak.tggu beli di airport, harga tak mahal..sama je macam kat kedai-kedai di luar..seingat saya range RM10 - 35 je...ok lah tu.



Outlet Hamidah Kek Lapis Sarawak di airport Kuching


Yang bestnya kek lapis Hamidah ni, dia ada buat macam ni..jadi boleh la cuba macam-macam perisa kan... tak payah beli 3 loaf.