Showing posts with label Gunung Datuk. Show all posts
Showing posts with label Gunung Datuk. Show all posts

Tuesday, 5 February 2019

Gunung Datuk 3.0

Sempena CNY, kami ke Gunung Datuk lagi..kali ni bersama adik beradik, sepupu dan seorang sahabat.


Kami tak naik semasa cuti CNY, tapi naik sebelum cuti CNY hehehe...konfem takde parking kalau time hari cuti. Kisahnya kami ke sana , malam sebelum cuti umum CNY. Bertolak jam 10 malam dari Kluang, tida jam 1 pagi di kaki gunung. Jam 2 kami mula hiking, kemudian jam 4.30 pagi sampai kat atas, lepak dulu..baring-berselimut, sempat tido sebelum subuh :), lepas solat, bersarapan kat atas sana di area camping site. By lunch hour dah turun, siap gi makan gulai daging salai yang femes kes sano....

Menikmati sunrise



Depan: Ajim, Cg Zulhelmi ( duduk),my hubby, me. Belakang: Ijad, Ehan, Ika,Muaz

Hish..org lain hari cuti relaks kat rumah golek-golek tgk tv..cari penyakit tul la korang ni


Tangga dah lain..boleh lihat beza tangga asal di post yang ini :Mendaki Gunung Datuk .

Monday, 8 May 2017

Gunung Datuk 2.0 with my students

Alhamdulillah rezeki...dapat naik ke puncak Gunung Datuk kali kedua pada 5 Mei 2017, dengan perancangan bersama anak-anak murid saya dalam tempoh 2 minggu sahaja. Kami dapat guide yang bagus , yang betul-betul guide dan jaga kami one by one sehingga lah ke tangga di batu .Sebenarnya boleh je naik Gunung Datuk macam tu sahaja, tapi memandangkan kami ni kumpulan yang agak besar, dan cuma sy seorang je yang pernah naik Gunung Datuk, maka kami rasa lebih terjamin sekiranya mengambil pemandu arah tempatan yang faham benar selok belok hutan dan arif hal - hal kecemasan. Semasa di puncak ada seorang pelajar perempuan cramp betis, mujur ok semasa nak turun. Kemudian beliau cramp sekali lagi di peha pula bila dah sampai kaki gunung. Selain itu tak ada apa-apa hal kecemasan dan kesulitan yang lain alhamdulillah....Kami mula mendaki pada jam 8 pagi, pendaki terakhir sampai di puncak jam 10 pagi, kemudian kami duduk kat puncak hampir 2 jam termasuk makan- makan bekal yang dibawa dan menikmati pemandangan,agak berkabus , sekejap je dapat tengok pemandangan.... turun semula jam 12 tengahari dan alhamdulillah jam 1 petang semua dah sampai bawah....

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya menyertai acara ini :)

Bas parking jauh sikit, jalan sempit dan di atas tiada parking bas...kira - kira 1km dari kaki gunung.
Berjalan kaki ke starting point
Taklimat oleh encik guide..ada 2 orang guide, seorang di depan, seorang jaga belakang(sweeper)






Bergambar bersama-sama sebelum menaiki tangga ke puncak paling atas




Turun semula selepas lepak hampir sejam lebih hahahaha

Nama panggilan guide ni Apak..Apak memang jaga kami seorang demi seorang masa naik dan turun tangga
otw down..
Sempat lagi posing di sini sambil menunggu students hihi
Berjalan kaki ke bas semula....
Guide kami juga cover Gunung-gunung lain seperti Gunung Besar Hantu, Gunung Berembun - Telapak Buruk, Trans Yamtuan ( Datuk/Gagak/ Rembau), sekiranya berminat, boleh hubungi beliau , nama panggilan Bulan, 013 - 621 5068. :) Happy hiking.

Wednesday, 17 August 2016

Nasi Ayam Nadia, Alor Gajah

Balik dari Gunung Datuk bulan Jun tu ari(hahahah baru teringat nak update)...hubby ajak singgah ke port makan masa zaman uni dulu...kedai nasi ayam...Portion nya besar..harga tak ingat pulak berapa..kalau tak sebab kelaparan baru turun gunung..rasanya aku tak boleh habis makan nasi ni hahahaha....memang sedap..paling win sambal dia...kalau nak cari..

Ini je gambar yang ada...hahahaha...adoi rasa lapar pulak lepas tengok gmbr nasi ayam ni


Dan sedikit view kedai dari google : kredit kepada owner blog di sini.Kedai dia biasa - biasa je...



Sunday, 5 June 2016

Gunung Datuk, Rembau {3 Jun 2016}

Ke Broga semalam as warm up..ini lah tujuan asal kami sebenar-benarnya hahahaha....Alhamdulillah, another mountain conquered...slow - slow ke puncak. Ketinggian Gunung Datuk adalah 885meter. Kami berjaya ke puncak dalam masa 1 jam 30 minit ( 7.20 pagi - 8.50 pagi). Dan tempoh untuk turun selama lebih kurang 50 minit ( 9.25 pagi - 10.15 pagi). Memang hubby dah remind, jangan banyak ambil gambar semasa mendaki , sebab nak jimat masa. Kami menginap di Rembau Hotel( more to motel) RM60/night( akan diceritakan next entry ye pasal motel ni).Jadi lepas turun tu sempat lah balik ke motel, mandi dan terus balik ke Johor.

Dan...hari ini juga merupakan anniversary 10 tahun kami...hahaha sambut kat puncak Gunung Datuk gitu... :D



Di kaki gunung sebelum mula pendakian...muka berseri2 ye...tengok la jap lagi bermandi peluh!

kannnnnn.....berlemuih!

Permulaan hiking..sebelum 1000metres perjalanan semuanya berbatu dan berakar pokok.
Puncak gunung...di belakang tu batu besar...tak sah kalau tak naik,naik atas je, rasa peluh dah kering ahhaaha sebab berangin.


Tangga berikat tali...goyang - goyang....brrr...


Add caption









Subhanallah...sangat berangin di sini..nyaman....


Happy 10th year anniversary!
silau.



Name: Gunung Datuk/Mount Datuk
Ketinggian: 885mtrs ASL ( jarak perjalanan sebenar lebih kurang 2000 metres dari pintu masuk)
Tempoh sampai ke puncak: 1 jam 30 minit
Tempoh untuk turun: lebih kurang 55 minit.
Level: Beginners & Intermediate ( kot..memandai je aku nih ahahaha)

SALAM RAMADHAN :)