Showing posts with label Tragedy. Show all posts
Showing posts with label Tragedy. Show all posts

Saturday, 20 January 2018

Tragedi Gunung Nuang & penutupan sementara Gunung Nuang

Kejadian ni berlaku minggu lepas..seorang pendaki dikhuatiri maut semasa menuruni puncak Gunung Nuang.

Sumber: malaymail
Pernah mendaki Nuang, so rasanya sy tahu which area...ada satu kawasan betul-betul tepi gaung, ditanda dengan tali-tali yang banyak, tak jauh dari puncak...masa lalu situ, angin kuat, saya terdetik juga ni kalau jatuh ni..parah atau memang maut. Sementelahan pula minggu lepas hujan, jadi tanah di situ mungkin lembut dan giveway (runtuh) bila pendaki lalu lalang...

Lokasi tanah runtuh lebih kurang 100 meter dari puncak(dari group whatsapp)

Innalillahinnalillahirajiun...Arwah merupakan seorang ahli perniagaan yang juga aktif bersukan, berusia 47 tahun. Kejadian berlaku pada 13 Januari, manakala operasi menyelamat dan membawa pulang mangsa mengambil masa lebih kurang 41 jam kerana bentuk muka bumi yang sukar dan faktor ketinggian gunung. Mangsa disahkan telah meninggal dunia .

Jadi sejak kejadian itu, Gunung Nuang telah ditutup kepada semua aktiviti pendakian...mohon semua pendaki akur akan arahan ini ya. Dalam suka, kena beringat soal keselamatan diri dan juga keadaan sekeliling. Buat masa ini, musim hujan, jadi apa kata elakkan mendaki gunung-gunung yang ekstrem sehingga cuaca berubah cerah semula...musim hujan, tanah lembut dna mendap, memang risiko tanah runtuh, atau pun risiko kepala air(air sungai naik mendadak).

Lagi sumber:

1. Lelaki maut di Gunung Nuang
2.Mayat pendaki dibawa turun
3.41 jam operasi menyelamat

Monday, 6 February 2017

Meroyan

On a heavier note... dah 2-3 hari viral tentang ibu yang mengelar bayi sendiri sehingga mati.Bayi berumur 2 bulan....ibu baru habis pantang... bila baca tentang kes ni, terus saya terdetik..ini mesti post partum depression(PPD) atau post partum psychosis (PPP).Atau nama dalam bahasa melayu dia..meroyan. Ramai yang suka buat lawak pasal meroyan ni. Kalau isteri membebel..:"ish..awak ni meroyan ke apa?"Kalau ibu membebel..mungkin anak akan berkata dalam hati" datang dah royan dia.."

Meroyan ni satu penyakit.bukan main-main. Ikut statistik, setiap 1000 ibu melahirkan, ada 1 orang akan kena PPD/PPP ni.Bukan juga soal ibu itu ada masalah mental ya..sebab mana-mana ibu boleh kena, tak kira bangsa, tak kira status pendidikan, tak kira tahap kesihatan mental. Ada sahabat bercerita, seorang wanita yang bertudung labuh, gelak pun tak berbunyi..suara rendah je tak pernah menjerit malah memekik pada anak-anak, bila kena meroyan, macam tak kenal ahli keluarga sendiri, malah tak kenal bayi sendiri. Syukur alhamdulillah beliau pulih kerana semasa serangan PPD/PPP tu suami, ibu dan ibu mertuserta adik beradik sangat supportive dan banyaknya suami beliaulah yang uruskan beliau dan anak-anak semasa beliau sakit.
Jadi ukuran iman /akhlak yang kurang bukan lah sesuatu yang menjadi punca meroyan. Kes sebelum ni, seorang ibu berbangsa Cina mencampakkan anak dari tingkat 10. Ada juga kes meroyan berlarutan sehingga anak -anak dah besar remaja pun(ibu memaki hamun, memukul , memekik2 bhasa tak sepatutnya sehingga anak pun stress)....Cuma bezanya kemurungan begini samada, mild, medium atau severe.Kalau tahap severe, si ibu akan mencederakan diri sendiri , bayi atau orang lain.Saya bukan lah seorang pakar, tapi saya seorang ibu.Jadinya setiap ibu juga melalui fasa tekanan selepas melahirkan, syukurlah saya cuma merasa post partum blues ( yang biasanya makan masa berhari-hari sahaja). Menurut pembacaan saya ada 3 fasa kemurungan selepas melahirkan iaitu

1.Post partum blues - biasanya ibu akan murung beberapa hari dan pulih selepas itu(mood swing, tiada selera makan, monyok, sedih , marah tiba-tiba)
2.Post partum depression - ibu boleh murung sehingga berbulan-bulan( sama macam post partum blues tapi lebih lama, mungkin ibu akan ignore bayi atau membenci bayi)
3.Post partum psychosis- fasa di mana ibu mendengar suara bisikan ( halusinasi), melihat benda- benda pelik(delusi),mencederakan diri atau bayi atau orang lain.(biasanya dalam masyarakat melayu akan dikaitkan dengan rasukan hantu,jin, iblis dll.- makhluk ghaib itu memang wujud namun ada sebabnya dan puncanya kenapa gangguan berlaku.Wallahualam dan kun fayakun...)

Rujukan:Postpartum Psychosis

Saya kongsikan juga tulisan Dr. Nadrah Ariffin, memang panjang tetapi saya sangat suka membacanya sebab beliau menulis tanpa bias.

 Apabila Nadrah Arifin tidak terbendung fikirannya, lalu dia menulis.
***********************************************************************************
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin diperkatakan, diluah, dirumus, dan disimpulkan. Namun, tak termampu untuk saya buat menerusi laman FB. Ini kerana saya seorang yang kurang selesa berbicara melalui media sosial, tapi lebih selesa bercakap secara terbuka di alam nyata. Ya, saya seorang yang agak konservatif dalam hal meluah komen di media sosial.

Tetapi pada hari ini, rasanya saya perlu meluahkan juga apa yang terkandung dalam fikiran saya. (Peringatan: Tulisan ini adalah luahan pemerhatian dan kesimpulan dari pemerhatian saya sendiri yang digabungkan hasil pengalaman sebagai aktivis sokongan penyusuan ibu dan proses pembelajaran dalam kesihatan awam).
______________________________________________
Kejadian ibu (terutamanya selepas bersalin) mencederakan/membunuh bayi sendiri.

Ini BUKAN PERTAMA KALI kejadian seumpama ini diwarwar dan ditular di media-media yang ada, baik media elektronik mahupun media sosial. Dengan adanya keupayaan media sosial pada hari ini, penularan berita sensitif yang mampu mengusik sanubari dan menyentuh perasaan ramai pihak seperti ini amat cepat sehingga mampu mencetus perbalahan atau meraih simpati masyarakat. Pada pandangan saya, situasi ini adalah satu peluang untuk menaikkan sensitiviti ramai pihak kepada kejadian seumpama ini (DAN ianya juga boleh menjadi suatu yang negatif sekiranya elemen penularan tak beretika tidak dikawal). Kejadian yang berulang kali yang perlu diselusuri puncanya, pengaruh lateral yang memangkin kejadian, harapan pencegahan dan penyelesaian, dan advokasi kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia khususnya.
IBU, seorang yang dipertanggungjawabkan sebaik wujudnya janin dalam rahimnya, sehingga saat kelahirannya, dan sepanjang proses pembesaran si bayi. Peranan seorang ibu amat mulia dan penting dalam mencorak si bayi untuk menjadi harapan negara. Namun, apa yang diperhatikan, wujudnya kepelbagaian "anggapan peranan" atau "role expectation" di dalam masyarakat kita.

Antara kepelbagaian peranan yang wujud dalam masyarakat ialah (bergantung kepada agama, budaya, bangsa, latar belakang sosial dan ekonomi serta pendidikan keluarga dan komuniti setempat):

1. Ibu perlu menjaga diri sendiri sewaktu mengandung untuk memastikan tumberasan bayi yang baik termasuk dari segi nutrisi dan emosi.
2. Ibu perlu menjaga bayi sepenuhnya selepas kelahiran. Fungsi yang paling penting di sini adalah untuk melaksanakan penyusuan ibu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dari sudut sains kesihatan si ibu dan bayi.
3. Ibu juga perlu menjaga seluruh keluarganya, termasuk perihal pengurusan anak yang lain atau pengurusan makan minum suami dan aturan rumah sebagainya.

Berdasarkan 3 "role expectation" di atas, kemampuan si ibu lalu "diukur" oleh ahli keluarganya dan masyarakat. Sememangnya tidak dinafikan bahawa peranan-peranan di atas adalah yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu (Ya, saya juga meletakkan expectation yang sama, namun bacalah hingga habis tulisan saya ini).

Akan tetapi, IBU atau wanita itu adalah salah seorang ahli penting dalam sebuah keluarga, mahupun dalam komuniti setempat. Ini bermaksud, untuk menjayakan peranan-peranan di atas, ia juga melibatkan satu sistem, iaitu sistem keluarga dan sokongan lateral (melibatkan komuniti setempat, sokongan perkhidmatan kesihatan dan sosial, dan seterusnya):

1. Suami
2. Ibubapa sendiri/mertua
3. Adik beradik (sendiri atau ipar duai)
4. Jiran setempat
5. Anggota kesihatan dalam komuniti
6. Komuniti setempat (contohnya rukun tetangga, JKKK dsbnya)
7. Dan liputan tanggungjawab yang lebih luas dari yang ke 6.

Apabila wujud kepincangan tanggungjawab sokongan kepada ibu dari No. 1 hingga No. 7, maka akan timbullah rasa tekanan kepada ibu dalam memenuhi atau melaksanakan "role expectation" kepadanya. Jika dalam bidang perubatan psikiatri, keadaan ini digariskan bermula sebagai tekanan biasa, yang boleh memasuki fasa "mild depression", kepada tekanan teruk "severe depression", mahupun mula memasuki fasa psikosis ("psychosis"). Saya tidak akan menulis tentang fasa tekanan ini kerana ianya adalah keadaan yang agak "advance", namun boleh dicegah melalui pengesanan tanda-tanda awal pada si ibu.
Maka, bertebaranlah slogan seperti "POSTPARTUM DEPRESSION IS REAL" di media sosial. Istilah yang sering digunakan dalam masyarakat kita adalah MEROYAN selepas bersalin.

MEROYAN @ POSTPARTUM DEPRESSION

Mudah untuk kita menuturkan. Mudah untuk kita mengadili berita ibu yang mengalaminya, samada hingga melibatkan nyawa bayi atau tidak.

Antara komen atau luahan masyarakat yang selalu kita dengar/baca:
1. "Takkan tak ada perasaan sayang dalam hati ibu ni, hingga sanggup buat begitu kepada bayinya?"
2. "Kejamnya!" atau "Gila kot."
3. "Kesiannya bayi dia"
4. "Patut hukum je ibu macam ni"
5. "Mana pergi suami dia? Takkan tak tengok isteri tu keadaan macammana?"
6. "Kesiannya ibu ni, tekanan kot."

dan pelbagai lagi ragam komen manusia.

Bayangkan si ibu sendiri kelak dapat membaca pelbagai komen negatif yang menyalahkannya, atau keluarganya dapat membaca segala komen sedemikian, apa rasa mereka terutama si ibu ya?
Kita hanya menaikkan lagi perasaan BERSALAH, menimbulkan STIGMA kepada si ibu terutamanya. Ianya satu perasaan yang amat berat. Apatah lagi si suami, sudah tentu terkesan juga dengan pelbagai komen yang ada. Si suami juga perlukan sokongan yang sepatutnya. (Oleh itu, salah satu nasihat saya, apabila menulis komen terhadap perkara ini, simpanlah komen negatif dalam hati anda, zahirkan komen positif yang boleh membantu si ibu kemudian).

Untuk anda mengetahui tanda awal, pertengahan dan lewat meroyan atau postpartum depression/psychosis ini, anda boleh "google" saja atau mana-mana pakar psikiatri yang membaca post saya ini boleh bantu senaraikannya (saya tak lalu nak tambah panjang lagi di sini).

STIGMA meroyan sebenarnya amat berat kerana sejak dahulu lagi masyarakat mengaitkan dengan "GILA". Apatah lagi dalam masyarakat melayu sendiri sering mengaitkan kejadian meroyan ini dengan pengaruh mistik seperti dirasuk dan sebagainya. Apa perasaan anda sekiranya dilabel sebegini?" Kalau terkena diri sendiri, barulah merasanya kan?" Ini pernyataan biasa yang akan kita dengar. Namun, tak perlu untuk merasakannya sendiri. Kita semua mampu UBAH budaya ini.

APA YANG BOLEH KITA BUAT?

Berikut adalah panduan umum yang boleh kita semua baca dan praktiskan, tidak kiralah samada kita adalah si suami, si ibu bapa atau mertua, si jiran, si kawan sekerja, si adik/abang/kakak/makcik/pakcik, si anggota kesihatan, mahupun si ahli komuniti:

1. Jadi lebih sensitif.
Apabila kita dapati ada individu sekeliling kita yang bakal menjadi ibu atau bapa, hormati dan bertimbang rasa kepada mereka. Mereka ini mungkin adik-beradik, kawan, saudara mara dan jiran kita. Perasaan individu yang bakal menimang cahaya mata amat bercampur baur, iaitu rasa seronok, bimbang mahupun sedih. Perasaan bakal ibu dan bapa ini amat dipengaruhi oleh keadaan biologi dan sosial mereka seperti tahap kesihatan si ibu mengandung, tahap kesihatan bayi yang dikandung, keadaan di rumah, keadaan tempat kerja ibu mahupun bapa, dan sebagainya. Setiap individu boleh dipengaruhi oleh faktor berbeza. Oleh itu, jika kita mempunyai perasaan bertimbangrasa kepada mereka, lebih mudah untuk kita mendekati, menyelami perasaan mereka, seterusnya mengesan tanda awal tekanan yang mungkin memasuki fasa kemurungan.
Dalam pengalaman saya membantu ibu yang meminta sokongan penyusuan ibu, ada juga ramai yang sebenarnya merasa tidak yakin untuk menyusukan bayi mereka bukan kerana ketidakmampuan menghasilkan susu ibu, tetapi lebih dipengaruhi oleh orang sekeliling yang kadang-kadang saya simpulkan sebagai kurang timbangrasa terhadap si ibu yang berusaha menyusukan bayi.

2. Tawarkan bantuan.
Bantuan kepada ibu yang baru menimang bayi amat penting. Tak perlu kita persoalkan status ibu, contohnya "Ini bukan anak pertama, dah masuk anak kedua/ketiga/keempat dah. Patutnya dah tahu nak buat macammana." Bantuan yang diperlukan ibu mungkin berbeza sewaktu dia pertama kali menimang bayi, atau kedua kali, atau ketiga kali dan seterusnya. Ini kerana fasa hidup sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan perubahan status ekonomi semasa. Oleh itu, tawarkan bantuan sewajarnya, yang praktikal adalah digalakkan. Bantuan tidak semestinya dari segi wang ringgit. Paling tidak, menjadi seorang yang bertimbang rasa juga adalah satu bentuk bantuan. Paling tidak, doakanlah kesejahteraan dan kemudahan untuk ibu tersebut.
Sistem bantuan juga boleh dirangka dan dibentuk. Melalui pemerhatian saya, apabila kita bercakap tentang "sistem", semuanya mengharapkan "sistem" yang diwujudkan oleh pihak berwajib, contohnya kerajaan setempat. Saya akan tulis komen saya tentang "sistem" ini kemudian.

3. Tahu saluran yang perlu apabila ibu berpotensi tekanan dikesan.
Tidak kira samada anda si suami, ibubapa/mertua, sahabat handai dan sebagainya, kita perlu tahu kepada siapa untuk kita ajukan "concern" kita. Bukan hanya tahu menulis di ruang mukabuku masing-masing.
Kebiasaannya rujukan paling hampir adalah kepada anggota kesihatan terdekat dengan si ibu. Sekiranya kita tidak tahu anggota kesihatan yang mana, tanyalah kepada mana mana anggota kesihatan yang anda kenali untuk dia menyarankan anggota kesihatan terdekat berkenaan.
Saya tidak mahu menulis panjang tentang APA YANG KITA BOLEH BUAT. Cukup sekadar 3 saranan di atas. Kerana kalau terlalu panjang, takut tak terhadam oleh anda semua.

SISTEM.
Amat formal perkataan ini. Namun sebenarnya, kita semua sudah memang menjadi ahli SISTEM. Sistem yang akan saya tulis di sini adalah sistem sokongan kepada si ibu atau suaminya.
Sistem sokongan untuk si ibu boleh terbahagi kepada tiga:

1. Sistem formal --- Sistem ini biasanya dibentuk oleh pihak berwajib. Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan/Kementerian Pembangunan Wanita dan sebagainya. Ianya membentuk rangka sokongan yang membolehkan si ibu dijaga kesejahteraan dan kesihatannya. Sistem formal tidaklah sentiasa sempurna memandangkan ahli sistem formal juga adalah manusia biasa yang kebiasaanya menggendong sistem sokongan formal sebagai tugas hakiki dan pada masa yang sama menggalas tanggungjawab penting membina keluarga masing masing.

2. Sistem separa formal --- Sistem separa formal ini dibina oleh organisasi lain yang mempunyai tujuan sama dengan sistem formal. Contohnya badan bukan kerajaan (NGO), mereka memainkan peranan penting dalam memberi input kepada sistem formal. Dalam sokongan kepada si ibu yang menjadi asas tulisan ini, NGO membantu mengenalpasti kelangsungan pelaksanaan atau halangan di peringkat komuniti khususnya, dalam menyokong si ibu dan keluarganya. Malah, ada antara NGO ini yang advance yang boleh membantu sistem formal untuk sokongan si ibu dan keluarganya. Sistem separa formal juga ada yang dibentuk melalui perlaksanaan sistem sokongan di tempat kerja (kerja yang formal mahupun tidak) oleh majikan, contohnya kelonggaran tugas tertentu kepada si ibu atau suaminya.

3. Sistem tidak formal --- Inilah sistem yang kebiasaannya tidak disedari oleh kita, yang sebenarnya kita semua berada dalam sistem sokongan tidak formal. Apabila kita tidak sedar, kita lebih mudah menghalakan tanggungjawab sokongan itu kepada sistem formal yang ada. Dalam hal si ibu dalam berita menyayat hati ini, ramai juga yang mahu menuding jari kepada sistem kesihatan formal (seperti anggota kesihatan yang berada berdekatan) kerana tidak dapat mengesan tanda tertekan atau kemurungan pada si ibu, mungkin). Yang sebenarnya, sistem sokongan tidak formal inilah yang membantu secara sinergi dengan sistem formal. Ianya seperti saling melengkapi. Bagaimana hendak berfungsi sebagai ahli sistem sokongan tidak formal ini? Jadilah sekurang-kurangnya seperti apa yang saya tulis di bawah tajuk "APA YANG BOLEH KITA BUAT" di atas. Sistem sokongan tidak formal yang berfungsi baik hanya boleh dilaksanakan oleh kita semua. Kita yang mencorakkan sistem ini, kita yang meletakkan STIGMA, kita yang meletakkan TEKANAN kepada ahli dalam sistem ini, contohnya si ibu dalam cerita ini. Oleh itu, berazamlah untuk berubah bersama.

Sedarlah, sistem sokongan TIDAK FORMAL, iaitu kita semua, yang PALING PENTING dalam pencorakan sistem sokongan formal mahupun separa normal. Ini yang saya pelajari dari sudut anthropologi iaitu cara pemikiran, budaya yang kita pegang mencorakkan tindak tanduk, termasuk cara kita meletakkan expectation kepada fungsi si ibu, suaminya. Bantu ubah diri kita sendiri juga untuk mencorak sistem sokongan kepada si ibu dan keluarganya kepada yang lebih membina dan positif. Sama sama kita doa supaya kejadian sama tidak berulang lagi, si ibu dan keluarganya dapat dibantu untuk dipulihkan semangat, jati diri, dan keyakinan melalui hari mendatang memandangkan kejadian yang telah berlaku sudah pun menjadi sejarah dalam hidup mereka dan parut yang tidak dapat dihilangkan selamanya. Mari bantu mereka yang pernah melalui kejadian seumpamanya.

Maaf kalau tersilap bahasa. Sekadar penulisan dari insan yang jahil. Penulisan yang sekadar cuba untuk meluah apa yang terbuku di minda, juga cuba untuk diri sendiri berubah. (Nadrah Arifin - 5 Feb 2017, hujung minggu yang sibuk).
 ____________________________________________________

Nota kaki dari saya, Dr Cat : it takes two to tango.

Tuesday, 29 September 2015

Jerebu oh jerebu



Semua aktviti outdoor dah tak boleh dibuat...hatta anak2 merengek nak main basikal kat laman rumah pun tak boleh nak bagi!

E-ein pulak asyik sebut...bila kita nak naik gunung lagi ni mama....

Gunung Lambak pun tersorok dek jerebu huhu.....

Memang rasa marah, geram pada yang duk bakar hutan tu... anak2 paling affected...seminggu anak2 ku mengalami batuk, selsema..demam...pernah satu hari di tadika... sebelum KPM umum cuti sebab jerebu..yang datang tadika cuma 5 orang sebab yang lain semua demam!


Thursday, 11 June 2015

Kinabalu merajuk

I'm in Kota Kinabalu this week. Banyak juga tempat yang disinggah sepanjang seminggu ini , tapi tak semua lah di Sabah ni sempat jalan. Plan untuk ke Manukan Island juga ku batalkan atas nasihat teman.Walaupun cuaca baik tetapi...we'll never know. Plus...date yang aku plan nak pergi Manukan Island, memang sama tarikh dgn flight balik iaitu malam ini. Bimbang juga kalau hujan ke apa kang terkandas di pulau pulak. My adventure heart wanna go..but my gut instinct say no. Later ku story apa yang ku buat di Sabah bah..hehehe baru seminggu cakap pun dah macam orang sini. Sila pekatkan sebutan huruf "K" .

On the way to Kundasang , terpegun sekejap tengok Gunung Kinabalu. Tapi sekejap je ..a few minutes only dapat tengok pemandangan yang sangat majestic. Orang lain mungkin tak rasa apa2.Tapi rasa sayu pulak tengok Gunung Kinabalu since baru lagi berlaku gempa ( 4 Jun)..aku ke sini dari 7 Jun hingga 12 Jun. Dan mengenangkan mangsa-mangsa terkorban di atas gunung tu. Dalam hati..masih menyimpan hasrat nak mendaki Kinabalu... tapi tunggu sehingga makluman gempa susulan sudah stabil ( to date, ada 58 gempa after shock berukuran 2-4 skala richter di area Ranau - Ranau ni sebelah je dengan Kundasang..Gunung Kinabalu  ni, di Kundasang).

Menurut driver dan orang tempatan, sejak gempa...Kinabalu macam merajuk bah, sentiasa ditutup kabus dan awan. Kadang- kadang awal pagi nampak la sikit..tengahari berkabus balik... petang clear sikit tapi most of the time ditutup je dengan awan. Sepanjang lebih kurang 3-4 jam kitorg kat sana pun Kinabalu main cak-cak je...at kast memang tak dapat ambil gambar penuh. Dekat tapi jauh bah orang bilang ( sila baca dengan slang Sabah). Until we meet again ya...Kinabalu..

11am....semua excited tengok gunung kinabalu....speechless....picture won't do justice. Depan mata lagi ..wow...

11.30 am... awan makin menutupi...

1.00 pm ..view dari Kinabalu Park...port ni sepatutnya boleh nampak gunung ni dengan jelas...

1.30 pm....we wait until 2 pm...langsung tak muncul dah..so...next move...to KK...... T_T

Thursday, 1 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Di saat banjir belum pulih...azam yang baik-baik sahaja untuk tahun baru...amin....


Wednesday, 31 December 2014

Devastated ...Flood & QZ8501

Doakan banjir segera pulih....



Baru tengok berita di Awani dan Berita Harian Online  tadi..QZ8501)! bertabahlah...Malaysia!





Tuesday, 30 December 2014

Sekolah tangguh...


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Respons my daughter , E-ein..."ala.....lama lagi nak sekolah..E-ein rindu sekolah...rindu kawan-kawan..." ^_^

Lagi gambar banjir kredit to this blog: WeeLing 





Monday, 29 December 2014

Pray for QZ8501

T_T... 3rd plane tragedy for Malaysia....Innalillahi wa innalillahirajiun...


Friday, 26 December 2014

Bertabahlah....

View di rumah nenek di Kota Bharu(Kg Sireh,area Istana Kota Lama)


 Masa entry ni ditulis,nenek dah dijemput oleh pakcik n makcik ke rumah mereka yg x dinaiki air..ramai pnduduk yg dah evacuate rumah masing2...

Yang kat bawah ini pula di UMK Pengkalan Chepa..which is..sepelaung dari my parent house..alhamdulillah,my mom mmg stays with my sister in Penang sejak arwah Abah pergi..tapi risau jugak sbb rasanya rumah kami naik air jugak lah ni...




Semua gambar diperolehi dari Whatsapp**.Semoga semua selamat dan dilindungi Allah swt.


Saturday, 19 July 2014

Speechless

First there is MH370...then Gaza.... now is MH17... no words..too sad....Allahuakhbar! Kita sedang diuji....by means,"Kita" bukan sahaja rakyat Malaysia, bukan sahaja rakyat Palestin tapi "kita" umat Islam seluruhnya..... dan menggeleng kepala tgk segelintir manusia di FB...sedang orang dilanda musibah...sibuk memviral kan berita yang tak betul... atau memviralkan berita2 betul yang mengaibkan orang...seriously we live in a fitnah world today....doa2 lah dilindungi dari fitnah Dajjal Laknatullah....amin..



Saturday, 22 March 2014

#prayforMH370: Amazing Facts Highlighted by Malaysian Airliner Mystery

Source: ABC news

The coordinated search for missing Malaysia Airlines flight 370 has highlighted some interesting facts about the world and airplanes, including just how easy it is for a Boeing 777 airplane to simply vanish, despite the seeming pervasiveness of modern technology and network location services.
There's still much we have yet to learn about the details of the case, but amid all the theories and conjecture, ABC News has gleaned some impressive nuggets of information over the course of the two-week long investigation. Here are 16 of them. 

1. Some parts of the Indian Ocean can reach 25,000 feet deep. That's 20 times the height of the Empire State Building, which measures 1,250 feet tall. 

2. Brain death can occur at 45,000 feet in the air. Airplane oxygen masks can only provide about 10 to 15 minutes of air for passengers, which is more than enough time for a pilot to return a plane to lower altitude. 

3. Two passengers used stolen passports -- one from Austria and one from Italy -- to board the flight. After the 9/11 terrorist attacks, Interpol introduced a worldwide database of lost or stolen passports, which has details of more than 40 million stolen or lost travel documents (passports, identity documents, visas) from 167 countries. The only countries that regularly check travelers against the database are the United Arab Emirates, the U.S., Britain, France and Switzerland according to Interpol officials. 

4. Intense focus has been placed on finding the plane's black boxes, consisting of a cockpit voice recorder and a flight data recorder. Both are bright orange and each about the size of a coffee maker. Searchers only have about 30 days to find the boxes before the box stops pinging, making it much more difficult to locate. Even after the pinging stops, the batteries last for years and the data should be intact. 

5. The flight data recorder will detail the last 25 hours of the plane's activity, from engine performance to the position of flight control surfaces, while the cockpit voice recorder tapes the sounds on the flight deck and cycles after two hours. 

6. Both cockpit voice and flight data recorders work to an ocean depth of 20,000 feet, with a signal range of about 2 nautical miles, depending on variables like sea conditions. The signals are located using a device operated on the surface of the water or towed to a depth. The deeper the water the more difficult it will be to detect the pings. 

7. There are approximately 41,821 airports in the world, 13,513 in the United States alone. 

8. Kuala Lumpur, Malaysia, is the world's 28th busiest airport with a yearly estimated traffic of more than 37 million travelers. Atlanta, Ga., ranks first, with more than 92 million people passing through and second is Beijing's Peking Airport with more than 78 million. 

9. Flying is still one of the safest methods of transportation. On average, travelers would need to take one flight a day for about 10,000 years before they would involved in a fatal crash. 

10. The European Transport Safety Council (ETSC) estimates 90 percent of aircraft accidents worldwide are survivable. 

11. The best option to maximize your chances of walking away from a plane crash is to sit in the rear end of the plane. One study found those sitting near the plane's tail are 40 percent likelier to survive than those in the first few rows. 

12. The search is taking place in an extremely remote part of the Indian Ocean between Australia and the Antarctic known as the "roaring forties" for its sharp westerly winds and rough waters. 

13. The ocean surface current in the Indian Ocean close to the equator is around 1 to 2 knots. A drifting object in the water around the equator can shift between 26 to 52 miles a day (728 miles in 14 days). But around 200 miles further from the equator, the current is much weaker at less than 0.5 knots. 

14. A Boeing 777-200 is 70 yards long and needs at least 4,000 feet of runway to land safely. But the plane would not be able to take off again on a runway of that length. 

15. Many pilots use flight simulators. They can be assembled at home and range from simple software on personal computers that can be purchased off the Internet for $30, to sophisticated full-motion simulators for professional pilots, which cost thousands. 

17. A pilot's experience is calculated in flight hours. The Malaysian plane's captain, Zaharie Ahmad Shah, had more than 18,000 flying hours. Most major airlines requires pilots to have at least 2,500 flight hours under their belt, while regional carriers generally require a minimum of 1,500 hours.

Saturday, 8 March 2014

#Pray for MH370

Biar bukan kita,biar bukan keluarga kita, biar bukan saudara seagama kita, biarlah kita ada perasaan kemanusiaan.... (mengharapkan keajaiban dan kuasa Allah...)

Terasa di hati walau bukan sanak saudara ku dalam flight ni..tapi sebab aku dan keluarga pernah lalu laluan udara yang sama sewaktu ke Beijing tahun lepas.....Allahuakhbar....