Showing posts with label 12km. Show all posts
Showing posts with label 12km. Show all posts

Sunday, 9 June 2019

Lifestyle

Ada kawan tanya...

"tak penat ke berlari?"
"macamana akak ada masa untuk berlari?"
"larat pulak akak berlari "
"akak lari hari-hari-hari ke???"

Tak..akak tak lari hari-hari. Tapi cuba berlari 3 kali seminggu kalau boleh...

Pasal penat, semua penat..lepas kerja penat, kita rehat la..lepas lari pun penat..kita rehat...

Macamana ada masa? nak seribu daya...faham ada yang ada anak kecil..tapi masa anak-anak akak masih babies akak belum berlari dan hiking lagi...tak tahulah akan datang nanti kannn hahahaha apapun, bincang dan bertolak ansur lah dengan pasangan...boleh gilir-gilir jaga anak kan..kecuali kalau nak run berdua memang kena hantar rumah mak mertua kebetulan dekat..tapi kami cuba tak keluar selalu lah...sebab tu kalau tengok, jarang kami lari bersama suami isteri sebab bila joinevent je baru lari sama2..

Larat berlari?sebab dah 3 tahun buat...dah jadi lifestyle...boleh meringsa kalau tak dapat berlari dikkk.. hahaha.. akak pernah naik badan...63kg pada tahun 2013-2014, husband 103kg masa tu...dapat wake up call sebelum kami berdua "naik badan" lagi...alhamdulillah saya maintain 52-53kg since pertengahan 2014 hingga sekarang..suami maintain 63-65kg..semoga kami istiqomah...dapat rakan-rakan sealiran, sama minat dan healthy concious..alhamdulillah...kami support each other!

Terpulang lah nak beraktiviti macamana, kalau minat renang,cari masa untuk berenang..kalau minat zumba,lari,hiking and so on...cuba cari masa...take care of yourself before you take care of others, ok?

Dengan Eqa from Seremban, padu dia ni..kalau dia balik kampung Bandar Tenggara,if sempat kami run bersama..

Thursday, 10 May 2018

Great Eastern Viper Challenge Johor Edition (12km, 15 obstacles)

5 Mei 2018, pertama kali saya menyertai acara larian berhalangan/ obstacles. Tak lari pun, jalan je... obstacles pun tak buat semua...tapi it was fun! Especially bila dibuat bersama kawan- kawan..dalam hujan lebat, route tanah merah bertukar jadi sungai kecil : ).

Team kami, tak de lah team mana pun, tapi daftar sama-sama under Terjal, saya, suami, Rofi dan Aidi.



Selepas Obstacle Pertama - merangkak ala askar di bawah kawat berduri dan tali yang ada arus eletrik,selepas obstacle yang ini kami  team up dengan Kak Dyna, Kausar dan Anis.


Obstacle kedua... saya cuma dapat buat sampai bar ke4 lepas tu jatuh macam nangka hahaha...

Obstacle ketiga


Obstacle keempat..terjun lombong! hahaha..

Saya duduk tepi je jadi cameraman hahaha




Obstacle kelima..lepas ni saya dah lost count hahahaha..tyre flip!


Teamwork!
Running buddy, muddy sisters!





Tiba - tiba tembus ke kampung nelayan... Sungai Pendas

Obstacles kedua terakhir

Done! Officially we are Vipers's alumni!
Selesai dalam masa 3jam 30 min.

Friday, 23 March 2018

Nearly a month of training...

Menjelang half marathon pada 14 April...training hendaklah dibuat...mencabar sungguh kerana petang2 sangatlah panas...here is compilation of my training until yesterday...sebelum hujung february, training on off agak sendu..

27.02.2018

01.03.2018

04.03.2018

06.03.2018

08.03.2018

10.03.2018
13.03.2018

15.03.2018

17.03.2018

19.03.2018
23.3.2018

Tak sampai 3 minggu lagi IPNM!

Wednesday, 21 March 2018

Neon Night Run 12km (17 Mac 2018)

Another Run di UTM. Ini route paling kejam sebab 3-4 kali naik bukit..adoilah organizer..hahahaha... ada isu selepas event kerana ramai tak puas hati

1) tiada sesi warming up sebab sound sistem tak berfungsi - masalah eletrik katanya
2)pelepasan serentak lelaki dan wanita
3)banyak route gelap - larian waktu malam, ramai peserta buat short cut sendiri ( ni memang saya sendiri nampak ada orang2 yang cilok)

Well... ni kali ke4 ke ke5 kot saya run di UTM..setiap organizer berbeza dan diorg pun students...so..terpaksa lah redho... lari dengan budak2 katakan....ada yang komen , janji dapat lari...

Saya? no komen kot..or saya tergolong dalam kumpulan janji dapat lari hahahaha...tapi safety lah perlu diutamakan.... marker well managed tapi some tempat gelap tu bahaya juga lah...maybe sebab ada tiang lampu tak berfungsi..bukan salah organizer juga ye...tetiba malam tu lampu tak nyala..camno..

Yang penting, enjoy your run!





Video of the route ....


Saturday, 30 September 2017

Adrenaline Run 12km, UTM Skudai ( 29.9.2017) - night run


First time masuk acara rasmi jarak 12km. Alhamdulillah..selesai dgn catatan masa 1 jam 19minit,pace 7.06. Suami saya selesai lebih awal 1 jam 10 minit, pace 6.26. Seronok pulak dapat lari jarak sebegini...puas rasa berlari..( ade jugak jalan hehehe)..kat KM 6 dan Km 8 saya jalan dan lari-lari anak sebab terasa nak cramp betis. Semasa di hujung2 larian, sy berlari dengan seorang student (tak sure sekolah ke uni..nampak muda sgt lagi) ni..kami tak berckp pun..tapi kejap sy kat depan, kejap dia di depan, seolah2 kami pacer masing2 hahaha...lawak betul...sampai finish line, adik tu ckp..tahniah kakak.. (it is an honour to me too ye dik).

Bila sampai finish line, adik organizer hulur nombor..tahniah akak dapat no 4.(kategori women open) Ha???? Dapat hamper.. ^_^ as usual xde plan podium pun..sy cuma nak habiskan larian, sambil dgr lagu kat ear phone..bila boring, lari sambil humming dan  nyanyi..xpe orang tak dengar pun nyanyi sumbang2 hahahaha.Ok..kena cari lagi next event! :) Komen tentang event: crowd ok..cuma since organizer dia students lagi... kelakar juga bab nak start lari tu.lepas emcee bagi salam dan cakap2 sikit..., tetiba bunyi healer ponnnn... terkejut makkk terus lari..overall,still ok lah..lagi pun we had fun running right!puasss lari 12km!

Tiada injury, cuma sakit2 muscle biasa (normal pain yang dirasai esoknya)...kaki pun tiada blisters..alhamdulillah...



Map larian
Ikutkan apps ni, kami lari 11km..organizer kata 12 km..wallahualam..