Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Friday, 2 September 2016

Sambutan Merdeka Tadika :)

Sambutan Hari Kemerdekaan pada awal September di tadika Aisy...

Canggih2 baju anak2 ini...fuh

Last minute addition....hehehe..adoi...bersengkang mata jahit ni tau tak...adik dapat saguhati..ok lah for last minute prep.

Thursday, 12 March 2015

Selamat Hari Lahir ke6 tahun... E-ein

Sebenarnya sambut harijadi Eein awal 9 hari. Birthday nya 18hb tapi oleh kerana Eein nak sambut dengan kawan-kawan setadikanya... so kami sambut awal sbb tarikh 18 Mac jatuh pada hari cuti sekolah.... meriah wpun simple dan ringkas.. alhamdulillah.. even boys pun teruja tgk kek Eein hehehe....







Saturday, 24 January 2015

It's been a busy week!(Persekolahan bermula :))

Tahun ni my Aisy memulakan tahun persekolahan tadika nya yang pertama...ada kakak, E-ein so quite ok lah...hari pertama ke tadika, aku tunggu dalam setengah jam je (masa E-ein dulu 1 jam lebih aku tunggu kat sekolah tadika hehe), lepas tu si kakak ajak adik main rumah-rumah kat tadika dan aku beransur ke tempat kerja..nangis memang nangis lah, sebab Aisy belum faham konsep "mama will come back"..cikgu cakap dia asyik tanya" bila mama nak ambik Aisy?"

Bila ku tanya kenapa adik nangis? Katanya, sebab mama tak ada hehehe...actually this is a good sign of bonding menurut beberapa artikel yang aku baca..sebab kanak-kanak tak faham konsep masa ,kalau kita cakap kul 12 mama ambil, memang lah tak paham..what didi I said was..."nanti lepas makan tengahari, mama ambil adik".Baru dia faham.Masuk 2 minggu dah sekolah, still jebek2 bila daku tinggal kan..tugas si kakak tukang pujuk skrg hihihi...cikgu pun assures me, it's ok..lama2 dia ok lah tu ni baru2 lagi kan...

Pakaikan stokin adik....bagus kakak!Thumbs up!







Hari bersenam!





Hari Khamis pakai tudung

Sunday, 28 December 2014

Back to school,E-ein & welcome to school, Aisy!

4 Jan ni Aisy bakal ke tadika..she is only 3 years old, sebab lahir Disember 2011.Tapi kalauikut tahun, Januari 2015, umur nya dah 4 tahun...so, Aisy akan ke tadika sama dengan E-ein(E-ein dah 6 tahun next year).

Jadi ini antara persiapan untuk kelengkapan sekolah...untuk tadika ^_^

E-ein
Baju uniform tadika 2 pasang : plus minus RM22.00 x 2=RM44.00
Kasut sekolah (biasa aku beli yang RM10 sepasang, tahun ni abah sponsor Bata)=RM28.00
Stokin 3 pasang = RM7.00
Pencil box Disney= RM12.00(mahal dah ni bagi aku, itupun hampir2 tak jadi beli tapi E-ein buat muka dengan mata macam Puss in Boots)
Alatulis:RM0.00 sebab baki stok tahun ni ada lagi...
Pakaian sukan: RM0.00 sebab nanti tadika bagi sekali dengan byrn yuran
Beg: pakai beg tahun lepas

Total : RM91.00

Aisy
Baju uniform = RM0.00 ( hand me downs from E-ein, takdak saiz untuk Aisy di kedai)
Kasut sekolah from abah = RM28.00
Stokin 3 pasang= RM7.00
Pencil box Disney =RM12.00(tiru kakak okeh)
Alatulis: RM0.00(amik E-ein punya stok je hahaha)
Pakaian sukan : RM0.00 tunggu tadika punya
Beg: pakai E-ein punya yang tahun 2013

Total : RM47.00


Lain-lain:
Kos yuran kali pertama awal tahun RM80.00/seorang
Kos yuran bulanan tadika KEMAS RM20.00 sebulan seorang..
Yuran gambar konvo RM20.00 seorang

Tak semestinya tahun baru, semua barang kena baru ^_^

Tengah mempertimbangkan untuk masukkan E-ein ke Tadika Agama Johor atau kelas mengaji  sebelah petang, tapi takut dia penat pulak....still thinks she is too young to be schooled pagi dan petang.......darjah satu nanti, sekolah pagi petang lagi....we'll see how...