Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Tuesday, 31 December 2019

Selamat tinggal 2019..selamat datang 2020


Teringat dulu, semasa masih kecil..mungkin belasan tahun, terbayang macamana Malaysia tahun 2020 agaknya ya..yang pastinya, bagi mereka yang lahir tahun 1980an, mengalami 4 dekad berbeza....1980,1990,2000(Y2K-ingat tak?),2010 dan..beberapa hari je lagi, 2020. Apapun, diberitakan juga tahun 2020 tahun penuh cabaran dan kesukaran sebab ekonomi is not very good..wallahualam...stay healthy, stay safe, sayangi family anda ok...doakan semoga urusan kita senantiasa dipermudahkan..amin.


Friday, 6 December 2019

Outstation lagi ler....Kuala Terengganu (3-5 Disember 2019) - part 1

Kang dah kabo..banyak pulak keluor outsteseng nih adoi...

So..balik dari Kampung, 2 hari kat Johor kemudian berkelana lagi....melawat anak-anak murid yang sedang latihan praktikal ladang di beberapa ladang di K.Terengganu. Yang paling tak sangka, melawat ladang lembu yang owner nya En. Yusof dan anak beliau Cik Nadia Gadis  Kerbau Pink. Kagum dgn anak gadis ini, lasak dan tak kisah cuci kandang, beri makan lembu, kerbau dan lembu bali ayahandanya!


Projek Agropolitan,di sempadan Besut/Setiu ni adalah bawah ECER Terengganu kalau tak silap, di mana pekerja-pekerja diambil dari golongan B40 yang berkeluarga malah diberikan rumah kuarters.





Yang ladang kerbau pink ni... kat Kg. Gemuruh ..actually ni albinism pada kerbau..tak semua kerbau dia kaler mcm ni..yang banyaknya En. Yusof ni bela lembu ya...orang terengganu panggil kuba bala (bala =albino)



Nama kerbau pink ni Awang



Buffalo girl..Nadia pernah viral seiring dgn Syukor budak kerbau.




Saturday, 7 October 2017

Hotel Bangi Putrajaya

Source: Bangi Putrajaya
Picturesque? Yes. Majestic?Yes.. luxury? Yes. Affordable? Surprisingly, yes...dari RM185 nett ...Food?Banyak pilihan...tapi takde aiskrim! hahahahaha....(ada cendol dan abc) ..ok Dorsett menang sebab ada aiskrim..hahaha aiskrim je pun..patut bersyukur dapat tumpang makan ya... :P .

Kami menginap di sini sempena Majlis Konveokesyen Pertanian Bersepadu di hujung September baru - baru ini di MAEPS... 2 hari je menginap di sini. Jom tengok gambar dari website Bangi Putrajaya ya.. range harga, rasanya dalam RM200++ untuk double bed room( muat 2 orang), RM330++ untuk premier family(muat 4 org). Hotel ni memang besar, silap-silap boleh sesat masa cari bilik especially yang di level 1....tapi tak boleh lawan Hotel Pullman yang macam maze dungeon and dragon! hahahahaha


Gym!My fav!

Faveret juga..makan-makan


Premier room

Premier deluxe






Monday, 25 September 2017

Leaving..on a jet plane...



or not!

Tak lah..naik kereta je ..hahaha...O.U.T.S.T.A.T.I.O.N. AGAIN! adoi..dah out pulak rasa kepala...cuma lately lagu Leaving on a Jet Plane by Chantal Kreviazuk bermain- main di kepala..hahahahaha.

Sebelum ada anak-anak, memang la seronok nak outstation. Sepuluh tahun kemudian bila dah kerap outstation, ku dah jadi home sweet home punya orang..hmm..takde outstation pergi New Zealand ke hahahahahah....

Ni nak ajak famili ikut pun tak boleh sebab..anak-anak sekolah..suami pun sekolah.Eh. (suamiku guru ).

Malam ni kita pack barang... (barang minggu lepas pun ada lagi dalam beg - baju-baju yang tak dipakai lah. Used clothes of course lah dah selamat dibasuh, dilipat etc. ...

Haih..haih..haih...outstation lagi jom!

Thursday, 21 September 2017

Dorsett, Putrajaya

Tempat berbengkel baru - baru ni. Hotel baru ( 2-3 tahun kot), organizer pula dari Putrajaya so maybe sebab tu hotel ni terpilih berserta kos harga promosi yang rendah. Untuk normal rate dengar khabarnya RM400++ sebilik, tetapi untuk conference/seminar rate, jadi RM180/pax. Oh ya, hotel ni bertaraf 4 bintang. Bilik memang selesa lah, paling suka bantal dia..boleh terlajak tido ni hahaha...dan good, delicious food..alhamdulillah...

Jom tengok gambar dari website hotel.

Lobi

Ruang makan/kafe

Ruang makan

Antara jenis bilik - yang ni deluxe kot

Pool. Semasa saya di sini...setiap hari hujan..plus saya bukan pandai berenang so just pergi gym bila gian nak berjogging.


View dari tingkap



Suka konsep ala-ala english dan hiasan burung kecil di karpet, depan bilik...

View sunset dan siang hari...from my room.
Sempat jog di treadmill 2x selama berada di sini


Wednesday, 20 September 2017

Outstation..again :( ...

Saya ada love-hate relationship dengan outstation.

(Love ) dapat keluar bekerja luar dari pejabat tetapi (hate) meninggalkan anak-anak. Outstation terbaru ni memerlukan saya keluar selama 3 hari 2 malam ke Putrajaya. Kalau cuti sekolah, boleh juga bawa keluarga (book/sewa bilik sendiri ).

Seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa kawan- kawan..lagi - lagi kawan - kawan satu kelas batch DVM 2004. Maknanya dah 13 tahun umur our friendship..kebetulan, ramai kawan- kawan sekelas ni juga bekerja di jabatan yang sama.


Saya memang kalah dengan red velvet,sushi dan tempura!

Kehadiran para sahabat mengubat sekejap rindu pada anak2 ..

Wednesday, 29 March 2017

Selsema Burung H5N1: Part 3 Operasi Pelupusan Unggas

Copy je dari Fb aci tak..mood malas...hahahaha..masa ni operasi di Kg. Bunut Susu, Pasir Mas pada 13 - 16 Mac 2017.


"Disclaimer: This is my personal fb post. I intend this post as public education. Not to induce panic or scare. Feel free to ask questions,please do not make assumptions. I will try my best to answer your queries."

Demi negara dan rakyat Malaysia tercinta... angker betul tau tangkap ayam n itik mlm2.. anyway tahniah diucapkan kepada DVS Kelantan dan pasukan2 DVS negeri/federal/JPAM/JPS /Polis yang telah turun padang sejak 2 minggu lalu..kami baru turun 2 hari dah lenguh2 sakit badan masuk bowoh rok,masuk reban cari aye itik...dari lepas asar sampai 1pagi. Epik..ketuk rumah org mlm2 tunjuk notis nak lupus unggas.. alhamdulillah semua pemilik beri kerjasama yg baik... hrp x terkejut ye.. bukak pintu mlm2 ada insan2 bercoverall putih dtg rumah 😄😄.. doakan semoga wabak H5N1 segera disekat! It is a good learning experience and an honour to join all of you!

(Di hujung album ni ada pamphlet..sila baca ya)

Doktor haiwan bukan cucuk lembu kambing je tau!

4pm start...briefing di pejabat HQ jam 12 tghari serta bersiap untuk mendengar taklimat dan ambil kelengkapan...

Team kasmi ada 10 orang..masa ni yang lain tgh menyarung Tyvex dispoable suit ni...tebal tau..panas pulak tu...

Berhenti rehat dan solat jam 7.30 malam...sambung balik jam 8.30 malam..


Sampai ke jam 1 pagi! Satu pengalaman baru...tapi bagi petugas-petugas lain ada yang dah 7 hari bertugas begini....chaiyok chaiyok!
Jom baca pamphlet sikit...






Selsema Burung H5N1 Part 2: Apa itu Selsema Burung (Artikel JPV Perak 2005)

Sumber: Veterinar Kelantan

Apa itu selesema burung ?
Selesema burung ialah penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda 

What is bird flu?
Bird flu or avian influenza is a highly contagious disease which can cause sickness and death especially in domesticated birds like chickens, geese, ducks and turkeys. 

Apakah yang menyebabkan penyakit ini?
Selesema burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung, kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1.

What causes it?
Bird flu is caused by avian influenza (AI) virus which normally only infects birds, less commonly pigs and rarely horses, seals, whales, humans and other animals. There are many subtypes of AI virus.

Dari mana datangnya virus ini?
Virus ini telah wujud lebih dari se abad yang lalu dan wujud secara semulajadi dikalangan burung-burung liar yang selalunya tidak mengalami penyakit kesan dari virus tersebut

Where did the virus come from?
The avian influenza virus has been around for over a century and occurs naturally among wild birds which usually do not get sick from it. 

Kenapa ketika ini selesema burung membimbangkan?
Subtype H5N1 yang mula-mula dikesan pada tahun 1997 tersebar dikalangan burung-burung di seluruh dunia pada masa kini. Semenjak 2003 ianya telah merebak di Negara-negara Asia dan Eropah yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi pada ayam itik dan burung liar. Lebih 200 juta ekor ayam itik dan burung liar telah mati atau dibunuh disebabkan oleh virus ini semenjak tahun 1997. Virus H5N1 juga boleh berjangkit kepada manusia dalam keadaan tertentu

Why is bird flu of concern now?
The subtype H5N1 currently circulating among birds worldwide was first detected in 1997. Since 2003 has spread among many countries in Asia and Europe causing heavy mortalities in poultry flocks and wild birds. Over 200 million poultry and birds have died or were killed since 1997 due to this virus. The H5N1 virus is also capable of causing disease in humans under certain circumstances.

Dimanakah H5N1 telah dilaporkan?
Virus H5N1 telah dilaporkan di beberapa Negara tetapi pada masa ini aktif di China, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Kazakhstan, Mongolia, Russia, Turkey, Romania dan lain-lain negara

Where has H5N1 been reported?
H5N1 virus has been reported in several countries but currently active in China, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Kazakhstan, Mongolia, Russia, Turkey, Romania and other countries.
 
Adakah penyakit selesema burung di Malaysia?
Malaysia bebas dari penyakit selesema burung sehingga Ogos 2004 apabila kes pertama dikesan di Kelantan. Penyakit ini telah berjaya di benteras dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5 Januari 2005. Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun kemudian di Kuala Lumpur yang sedang dibasmikan.

Is there bird flu in Malaysia?
Malaysia has been free from bird flu until August 2004 when cases were detected for the first time, in Kelantan. The disease was promptly eradicated and Malaysia’s disease-free status was reinstated on 5 January 2005. Isolated cases are again reported exactly one year later, in Kuala Lumpur which is being eradicated.

Apakah tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas?
· Murung dan kurang selera
· Batuk, bersin dan lelehan dari hidung
· Bengkak di kepala, balung, pial dan kaki
· Balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu
· Cirit berwarna kehijauan
· Pengeluaran telur jatuh
· Dalam kes yang teruk kematian mengejut berlaku dan kadar kematian tinggi 

What are the symptoms of bird flu in birds?
· Depression and lack of appetite
· Coughing, sneezing and nasal discharge
· Swelling of head, comb, wattles and eyelids
· Purple discoloration of comb, wattles and legs
· Greenish diarrhea
· Drop in egg production
· Sudden death and high mortality in severe cases

Bagaimana penyakit ini merebak?
· Burung hijrah
· Pergerakan unggas yang terjangkit.

How does the disease spread?
· Migratory birds
· Movement of infected birds

Bagaimana unggas mendapat jangkitan?
Virus terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda ini, dengan unggas yang mati, makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar.

How do birds get infected?
Virus is shed in feces, saliva and nasal secretions of infected birds. Birds get infected when they come into contact with these, with dead birds and with contaminated feed and water, equipments, vehicles and other objects.

Apakah risiko jangkitan berlaku kepada manusia?
Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh terjangkit apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.

What is the risk of infection in humans?
Avian influenza viruses do not usually infect humans but people can contract the disease through close contact with infected poultry and the feces. Only 140 human cases reported, mostly in South East Asia (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia and China) with over 70 deaths, despite widespread outbreaks in poultry and wild birds. 

Siapakah yang berisiko?
Orang-orang yang bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan. Langkah-langkah pencegahan ialah:
· Guna pakaian perlindungan yang lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, cover-all)
· Sentiasa membasuh tangan
· Kendali daging mentah dan produk dengan bersih

Who are at risk?
People working with birds and poultry flocks, in slaughter house and those handling raw meat and manure are at risk. Necessary precautions should be taken at all times.
· Use of protective attire (gloves, goggles, boots, mask, cover-all)
· Washing hands frequently
· Hygienic handling of raw meat and products

Adakah daging ayam selamat untuk dimakan?
Daging ayam itik dan telur yang dikeluarkan secara komersial di Negara ini adalah selamat untuk dimakan. Kes yang terjadi di Negara kita adalah terhad kepada ayam yang lepas bebas. Malah tidak ada bukti bahawa dengan memakan daging ayam itik dan telur boleh menyebabkan penyakit selesema burung, namun adalah wajar daging dan telur dimasak secukupnya. Produk mentah perlu dikendalikan secara bersih terutama di tempat berlakunya wabak. 

Is chicken meat is safe to eat?
Poultry meat and eggs produced commercially in the country are safe for consumption as both outbreaks in the country are localized and restricted to free roaming chicken. There is also no evidence that consumption of poultry meat and eggs can cause bird flu, however it is advisable to always cook meat and eggs properly. Hygienic handling of raw products is important in places where outbreaks occur.

Apakah yang dilakukan oleh kerajaan kita?
Semenjak akhir tahun 2003, disebabkan ancaman dari burung hijrah dan penyeludupan di sempadan , survelan di Negara kita diperhebatkan untuk mengesan dan membasmi virus secepat mungkin. Kawalan sempadan dan pemeriksaan veterinar di pintu masuk diperkukuhkan

What is our government doing?
Since late 2003, due to threat from migratory birds and smuggling across the borders, surveillance in the country was enhanced to detect and eradicate the virus quickly. Border control and veterinary checks at entry points have been strengthened.

Apakah yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)?
Selain dari memperketatkan pintu-pintu masuk negara, strategi kawalan penyakit ialah untuk mengesan virus AI dengan cepat dan mengambil tindakan segera untuk membasmi jangkitan dan mencegah wabak. Langkah-langkah yang diambil untuk mengesan virus ialah:
· Survelan klinikal dan virologikal di ladang-ladang ayam, itik, puyuh dan lain-lain ladang, burung yang diimport, kedai haiwan kesayangan, burung hijrah, zoo, aviary, ayam kampong, ayam sabung, kawasan sempadan, pasar, rumah sembelih dan lain-lain
· Sampel diambil secara berkala di semua premis ini untuk ujian di makmal
· Kadar kematian lebih dari 3% wajib dilaporkan ke JPH
· Larangan import dari Negara yang dijangkiti
· Siasatan serta merta jika ada laporan kematian pada unggas

What is Department of Veterinary Services (DVS) doing?
In addition to tightening the entry points, the strategy is to detect the AI virus quickly once it enters the susceptible bird populations in the country so that immediate actions are taken to eradicate and to stop spread of disease. Steps taken to detect virus:
· Clinical and virology surveillance in chicken, duck, quail and other farms, imported birds, pet shops, migratory birds, zoo, aviaries, village chicken, fighting cocks, border areas, wet markets, slaughter houses and etc.
· Samples are taken at regular intervals at all these premises for laboratory testing
· Compulsory reporting to DVS of mortalities of >3% by farmers and others
· Prohibition of imports from infected countries
· Immediate investigation of reports of deaths in birds

Apakah yang harus dilakukan oleh penternak ayam itik dan lain-lain premis unggas di dalam mencegah jangkitan?
· Kebersihan dan biosekuriti ladang sangat penting
· Penggunaan jaring kalis burung di bangsal ayam itik supaya burung liar tidak dapat masuk ke bangsal
· Beli stok ayam itik dari sumber yang boleh dipercayai

What should poultry farms and other bird premises do to prevent infection?
· Cleanliness, hygiene and biosecurity in farms are very important
· Use of bird-proof nets in poultry houses to keep wild birds away from poultry
· Buy poultry stocks from reliable sources

Apakah yang perlu saya lakukan sebagai seorang awam untuk membantu ?
· Lapor serta merta kepada JPH jika terdapat unggas yang sakit atau mati
· Jangan melupus sendiri unggas atau ayamitik yang mati
· Jangan memberi makanan kepada burung-burung liar
· Jangan impot atau membawa burung, daging ayam itik atau baja tanpa kebenaran dari pihak JPH
· Jangan membeli atau membawa balik burung haiwan kesayangan ke rumah tanpa pemeriksaan dari doktor veterinar
· Jika burung haiwan kesayangan anda sakit sila bawa ke doktor veterinar serta merta
· Jika iannya menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti yang disebutkan diatas sila lapor ke JPH
· Lapor ke JPH jika anda mengetahui berkenaan penyeludupan burung atau daging secara haram
· Jangan menyertai pertandingan ayam laga atau apa-apa pertandingan burung yang haram
· Lapor ke JPH jika anda mengetahui berkenaan pertandingan ayam laga

What can I do as a public to help?
· Report to DVS immediately about sick or dead poultry or wild birds you come across
· Do not dispose dead birds or poultry yourself
· Do not feed stray/wild birds
· Do not import or transport birds, poultry meat or manure without DVS approval
· Do not buy or take home pet birds without having them examined by a vet
· If your pet bird is sick take it to the vet immediately
· If it shows the symptoms mentioned above report to DVS
· Report to DVS about illegally imported birds or meat you know of
· Do not participate in cock fighting or unauthorized bird competitions
· Report to DVS if you come across cock fighting competition

Rujukan lain:

 
 

Monday, 27 March 2017

Selsema Burung H5N1 Part 1:Kenyataan Media 9 Mac 2017

Saja update kat sini sebab, pernah jadi team operasi Selsema Burung selama 4 hari di Kelantan... 13 - 16 Mac. Banyak ilmu baru dipelajari tentang Selsema Burung....

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEJADIAN SELESEMA BURUNG (AVIAN INFLUENZA) H5N1 DI TUNJUNG, KOTA BHARU, KELANTAN

9 MAC 2017

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan penyakit Selesema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza) H5N1 telah disahkan berlaku di Kg Pulau Tebu, Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Pengesahan telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh menggunakan teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction.

Kejadian melibatkan ayam kampong di mana 15 ekor daripada 26 ekor ayam telah dilaporkan mati. Tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak DVS bagi membendung penyakit dari merebak dan seterusnya membasmi penyakit ini termasuk;

1. Menakai dan melupuskan semua unggas di sekitar 1 km radius dari Kg Pulau Tebu (Zon Jangkitan) dan menyuci hama premis terlibat,

2. Menjalankan pemantauan (survelan), pemeriksaan unggas dan persampelan di 1km hingga 10 km radius dari Kg Pulau Tebu (Zon Pemantauan/Survelan); dan

3. Mengawal pemindahan unggas keluar dari Zon Pemantauan (Survelan).
Operasi pelupusan di dalam zon jangkitan telah selesai dijalankan pada 8 Mac 2017 di mana bilangan yang dilupuskan adalah sebanyak 227 ternakan unggas dan 253 biji telur. Walau bagaimanapun, pihak DVS masih lagi membuat pemantauan bagi mengesan saki baki unggas yang masih ada untuk tujuan pelupusan.
DVS mengesahkan bahawa keadaan wabak adalah terkawal dan jangkitan hanya terbatas pada ternakan ayam kampong di Kg Pulau Tebu dan tiada ladang ayam komersil yang terlibat. Pemindahan keluar unggas dari zon pemantuan (survelan) juga sedang dipantau dan terkawal. Oleh itu, ayam-ayam yang dipasarkan adalah selamat untuk dimakan.

Di samping itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menjalankan siasatan di zon jangkitan dan tiada berlaku penularan wabak kepada manusia.

Sumber: DVS Malaysia

Friday, 14 August 2015

Bagan Lalang... 11-13 Ogos

Went for a meeting and workshop...

Bila masa terluang..cycling and jogging tepi pantai ler!



Thursday, 11 June 2015

Pasar Filipin, Kota Kinabalu, 12 Jun 2015

Susunan entry kali ni...akan dibuat secara caca marba..mana yang terfikir dulu akan diupdate dulu hehehehe...lagipun yang mana ada dalam hp lah akan diupload awal sikit...

Last day kami menginap di Hotel Celyn. Lebih kurang 2-3 minit jalan kaki ke pasar cenderahati filipin dan jugak ke pasar ikan . Ada ikan bilis, gamat, ikan masin, ikan pekasam, kerang, dan pelbagai lagilah seafood. Dan jugak gerai-gerai makanan ringan tempatan macam amplang, keropok blinjo... kerepek rumpai...rumpai laut etc.