Tuesday 31 December 2019

Selamat tinggal 2019..selamat datang 2020


Teringat dulu, semasa masih kecil..mungkin belasan tahun, terbayang macamana Malaysia tahun 2020 agaknya ya..yang pastinya, bagi mereka yang lahir tahun 1980an, mengalami 4 dekad berbeza....1980,1990,2000(Y2K-ingat tak?),2010 dan..beberapa hari je lagi, 2020. Apapun, diberitakan juga tahun 2020 tahun penuh cabaran dan kesukaran sebab ekonomi is not very good..wallahualam...stay healthy, stay safe, sayangi family anda ok...doakan semoga urusan kita senantiasa dipermudahkan..amin.


Sunday 29 December 2019

Mesin kopi Arissto Happy Maker di Sis & Me Bakery, Ayer Hitam, Johor



Bagi sesiapa yang ada lalu or ke area Ayer Hitam ni, boleh lah jengah bakery ni ya ( depan Arena Warna tempat jual kerepek dan buah-buahan tu)... Sis & Me buka setiap hari jam 10 pagi - 8 malam dan off day pada hari Isnin sahaja.


Sis Siti, owner bersama adik beradik katanya..


Dalam Sis & Me Bakery ada Gie Cafe, hidang kopi dan choc drinks beserta roti bakar dan waffle...
 

 



Antara kek yang ada , tiramisu, snowy cheese, red velvet, oreo cheese, oreo cream dll
Victorian cake


Ni saya dan anak-anak pergi ngopi sambil makan kek selepas selesai bayar yuran persekolahan..:) walaupun bakery ini kecil tapi ambience dia menarik untuk menghilangkan lelah sambil minum kopi latte sejuk dan menikmati kek/waffle atau roti :)

Berminat untuk tahu tentang Mesin Kopi Sewa RM1 Arissto? Klik link dibawah ini

http://maizacatlina2019.wasap.my  

Waffle dan iced latte utk kakak

Red velvet untuk mama, oreo cake untuk adik


Saturday 28 December 2019

Weekend Night Fun Ride JB (27 Disember 2019)

Pertama kali join event tapi ni event free, suka-suka bukan race ya. Saja nak rasa macamana berkayuh ramai-ramai..rasanya ada dalam 200 orang kot peserta. Jarak diberitahu 20km ,bermula dari Dataran Jam , tapi jarak sebenar cuma 17 km sahaja..itu pun berhenti 4kali hahaha...ada marshall, jadi terjamin la keselamatan, marshall jaga depan, kiri kanan dan belakang gittew....siap saya rasa ngantuk kih kih kih...memang mcm tu kata adik iparku Ijad, sebab fun ride ni kanak-kanak pun ada. Laluan bukit dia sedang-sedang je tapi bahaya bagi yang tak mahir kawal basikal sebab ada yang berlanggar sesama sendiri dan jatuh pun ada(tapi tak injured la sebab slow je).Kayuhan bermula dalam jam 8.40 macam tu..


Jumpa Farrah again

Yang hujung tu Bro Jas, kawan Ijad, saya dan suami baru kenal malam tu


Masa ni tengah berhenti tunggu riders lain hehehe baru 8km kot masa ni
Macam-macma jenis basikal..fatbike, MTB..RB..basikal lipat

Selepas settle fun ride, dijamu sandwich, 100plus dan pisang. Ada lucky draw..saya dan Ijad dapat cabutan, alhamdulillah (hamper dan botol air beserta diary dari MBJB )terima kasih MBJB, event ni memang ada sebulan sekali termasuk fun run 5km tau....:)...Selesai kayuhan, rasa tak puas lagi. Masa tu dah 10 malam. Esok pun cuti kan (Sabtu) so, pusing-pusing sampai Danga Bay, kemudian patah balik ke Dataran Jam. Bro Jas, terus kayuh ke rumah kerana beliau memang ride dari rumah di Kg Bukit Pasir ke tapak event,manakala kami parking kereta di area dataran. Total mileage malam tu adalah 43 km sahaja....sampai rumah Ijad dalam lebih kurang jam 1 pagi ( sebab lepas ride tu kami ngeteh lagi), decide tido situ sebab husband rasa mengantuk nak drive balik...subuh2 esoknya kami gerak balik ke rumah :).

Tak pasal-pasal main basikal lajak yeeee..hahahaha buang tebiat tul lah..dari kiri,suami saya Cg Fly, Ijad , Bro Jas dan saya.








Thursday 26 December 2019

Kids Holiday Baking Class again! Kali ni Donat dan Muffin!

Since kami pun tak ke mana-mana minggu Krismas tu, sekali lagi saya mendaftarkan anak-anak ke Kids Holiday Baking Class...kali ni ada 4 orang je sebab ada beberapa peserta tak dapat hadir walaupun dah booking. Seronoklah mereka sebab berempat je!












Sementara assistant chefs semua tolong gorengkan donat, mereka start bancuh adunan muffin pula






Lepas tu, sambil baking muffin, hiaskan donat pulak






Semua gambar adalah ihsan dari guru kelas @ Chef.Maaf lupa namanya hehe...tapi bakery beliau , Brown Sugar by PUDSForYou terletak di Taman Perindustrian, Sri Kluang.



Jumpa lagi next cuti sekolah, anak-anak saya aim nak masuk kelas cake deco pula!Thank you Chef dan para staf beliau!

Wednesday 25 December 2019

Kayuhan Bandar Tenggara - Kota Tinggi - Bandar Tenggara pada Hari Krismas



 Memang hari cuti adalah hari yang dinanti-nantikan seperti kanak-kanak riang menanti hari berjalan-jalan hahaha.

Walaupun dah pernah kayuh ke Kota Tinggi dengan MTB sebelum ini, kali ni masing-maisng dah upgrade ke roadbike, maka nak rasa macamana pula feel kayuh ke Kota. Kami start berkayuh jam 6.45 pagi macam tu..tiba di Kota dalam jam 8.30 pagi dan bersarapan dulu di Warung Mak Tam corner's(sepupu suami kerja tukang masak di sini). Lepas dah bersarapan dan borak-borak baru lah memulakan kayuhan balik .

Berhenti beli air kat Semangar

Dari Bandar Tenggara ke Kota dapatlah saya cecah average 24.6km/sejam. Tapi waktu balik saya kalah dengan keletihan mengayuh ( maklumlah asyik cheat day je bab makan dan jarang training) , maka average saya cuma 20.6 km/h. Average keseluruhan saya, 22.5 km/h dicampur pergi dan balik,total 93km untuk saya seorang. Sampai di area dekat rumah mertua, suami dan adip ipar berkayuh lagi genapkan 100km, saya surrender dah..tak larat..peha rasa nak cramp so slow-slow kayuh ke rumah. Dalam 20km terakhir asyik terfikir nak suruh biras ambik naik kereta ada laaa hahahahaha

 


Makan di kedai sepupu


Acah-acah laju je

Adik ipar ku Ijad gilir-gilir jadi sweeper..kejap dia kebelakang, kejap suami sy ke belakang teman saya hahahaha