Showing posts with label Earthquake. Show all posts
Showing posts with label Earthquake. Show all posts

Monday, 26 December 2016

Puncak-puncak Gunung Kinabalu

Ha.....mesti selalu dengar pasal Gunung Kinabalu tapi tak ramai yang tahu Gunung Kinabalu ada banyak puncak. Tapi cuma beberapa puncak sahaja yang dikenali ramai terutama puncak tertinggi Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak (4095.2meters).

Ini ialah Low's peak(di belakang suami saya tu).

 Cara nak kenal Low's peak...1)puncak yang paling tinggi dan ada signboard di Low's Peak. 2) puncak yang dikenali dengan ikut je tali putih tu sampai ke puncak ye... 3) puncak yang dituju oleh semua pendaki.

Seterusnya....St.John's Peak.Juga dikenali sebagai Monkey's peak atau Orang Utan's Peak,sebab nampak macam muka monyet/orang utan di salah satu permukaannya.Ketinggiannya adalah 4091m.

Nampak tak puncak seringgit di sebelah kiri :)


Next...South Peak atau dikenali sebagai puncak seringgit..antara puncak yang paling disukai oleh pendaki untuk diambil gambar....kenapa seringgit? sebab gambar puncak ni ada kat duit seringgit yang kertas ( bukan yang kertas licin plastik tu ye).Ketinggiannya adalah 3922m.

Pandangan puncak seringgit dari atas Low's Peak,jam 6 pagi

Melalui sebelah puncak seringgit sebelum turun ke Laban Rata , 7pagi.
 Puncak seterusnya, Donkey's Ears Peak.... yang sekarang dah patah.....ketinggian 4054m.



Ini gambar Donkeys' Ear peak sebelum dan selepas gempa bumi 2015...dari The Star.




Tahukah anda, puncak Donkey's ear peak ni sgt besar sebenarnya???Ini kita nampak dari jauh je ye..skala saiz manusia dengan Donkey's ear peak seperti gambar di bawah...tak silap saya sebelum gempa, sebenarnya ada aktiviti macam wall climbing yang sepatutnya jadi attraction baru di puncak..tapi sebab dah patah, tak jadi lah aktiviti tu...sumber: Landslide blog .

http://blogs.agu.org/landslideblog/2015/06/08/the-mount-kinabalu-rockfall-on-friday/




Kemudian ada Low's Gully..dengan kedalaman lebih 3000m..ini gaung, bukan puncak..betul-betul di belakang signboard Low's Peak...berdiri di sini...rasa ngeri..sebab tu ada pagar dawai supaya kita tak melangkau tebing di sini..bahaya.(semasa entry ni ditulis, sy ingatkan tak ada orang pernah masuk ke Low's Gully, rupanya ada! ada percubaan yang gagal hingga terpaksa diselamatkan helikopter-ekspedisi tahun 1998 di mana para pendait terperangkap 10 hari dalam Low's Gully,ada juga beberapa percubaan yang berjaya pada 2003 ke 2008 kalau tak silap, diketui pendaki Perancis yang sememangnya pakar-pakar canyoning iaitu menuruni gunung dengan tali + berenang dalam kolam/sungai Panataran di hujung Low's Gully).Banyak air terjun dalam Low's Gully dan bahaya kalau hujan lebat sebab air nya akan jadi makin deras.

Boleh rujuk di sini(tapi dalam bahasa Perancis) : Youtube Low's Gully Expedition by Karl Willem

https://www.youtube.com/watch?v=oczK7X3aY_A (ada versi english tapi tak boleh bukak pulak kat pc)

Bayangkan, mereka descend Low's Gully, di mana antara gaung/gully yang paling susah nak dimasuki sebab korang kena daki Gunung Kinabalu dulu! Memang kena pasukan yang mantap dan stamina tinggi!




Puncak-puncak lain...saya tak kenal pasti sebab saya tak study dulu hahahaha...fokus kepada nak mendaki je..gini lah jadinya...mungkinkah ada lain kali untuk saya? just untuk kenalpasti puncak? hahahahaha...

Di bawah ni ada map yang lengkap mengenai kedudukan puncak-puncak Kinabalu yang lain...dari blog PictureofGambar. Ada 11 peaks terkenal semuanya!Namun tak semua berjaya dikenalpasti...sebab cuma 2-3 puncak sahaja yang famous(Low's peak, South Peak , Monkeys' peak & Donkey's ear peak). Puncak-puncak yang tak berjaya saya kenali adalah

Victoria Peak
Alexandra's Peak
St Andrew Peak
Ugly Sister Peak
Tunku Abdurrahman Peak
Oyayubi Iwu Peak.


http://pictureofgambar.blogspot.my/2010/06/peaks-of-mount-kinabalu-sabah-malaysia.html

Ada lagi satu blog yang saya jumpa, bagus juga detailnya tentang puncak -puncak ni..salute! Boleh klik sini... JoeLorenzo. Beliau mengenalpasti hampir kesemua 11 puncak di atas sana ...thumbs up!

Satu lagi blog pun, seronok untuk dibaca... Checheh.com.  Kedua-dua blog i ni ditulis sebelum gempa...dalam blog checeh ni...beliau memaklumkan mereka menginap di Gunting Lagadan, yang mana telah musnah kini ( runtuh) akibat dihempap batu-batu yang sliding dari puncak pada gempa 2015....memang nampak lah asrama Gunting Lagadan yang berwarna hijau dan Panar Laban Hut yang berwarna putih, menyenget hampir menyembah bumi......tapi tak ambil gambar masa tu...kedua - dua hostel ini dekat sikit dengan puncak....

Menurut beliau, ada banyak lagi puncak yang belum dinamakan atau belum diukur..cuma puncak-puncak terkenal sahaja yang biasa dikenali orang ramai....

Menurut Website Sabah Park...ada 23 puncak sebenrnya di atas sana, termasuk puncak yang tidak bernama atau belum diukur...

Peaks of Mount Kinabalu

01Lows Peaks4095.2 M
02Victoria Peaks4090.0 M
03St. Johns Peaks4090.7 M
04Alexandra Peaks3997.5 M
05Kinabalu South Peaks3921.5 M
06King George Peaks4062.6 M
07Mesilau Peaks3801.3 M
08St. Andrews Peaks13295 FT
09West PeaksNA
10Dewall PeaksNA
11No Name Peaks12918 FT
12Noudai PeaksNA
13Tsukushi PeaksNA
14Ugly Sister Peaks13228 FT
15Donkey Ears Peaks13301 FT
16Mushroom PeaksNA
17Tunku Abdul Rahman Peaks12952 FT
18King Edward Peaks13405 FT
19Phallus PeaksNA
20Gully PeaksNA
21Cirque PeakNA
22North Peak12680 FT
23Oyoyubi IwuNA


Ini pula imej dari seorang professional photographer, lebih kurang 2 minggu selepas gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015...terasa kerdilnya diri ini....bila tengok gambar ni apetah lagi bila berada di sini...(kredit to : johnlkong.com)

Kredit: http://www.johnlkong.com/summit-trail-above-laban-rata-after-the-quake/#comment-509

 Dan di bawah ini pula semasa laluan baru (Ranau trail)mula dibuka pada Disember 2015...sebelum ini untuk naik ke puncak, tidak ada tangga pun...

Sumber:NST
Ini rupa laluannya semasa trip saya ke sana  :)


Menurut info yang saya baca, puncak batu sebelah kanan sekali itu lah puncak Tunku Abdurrahman :)



Apa pun..dapat berdiri di atas summit plateau Gunung Kinabalu is an honour to me..dan dapat pula pergi berdua dengan suami di sisi....Subhanallah..Alhamdulillah....

Sumber: www.johnlkong.com


Gempa bumi lemah

Sejurus kami balik dari Gunung Kinabalu( to be exact, 2 days after), dikhabarkan berita ini.



Dan sebenarnya semasa gempa bumi lemah ni, ada seorang sahabat juga sedang mendaki..katanya gegaran dirasai semasa mereka dah berada di Sayat-sayat Checkpoint....Alhamdulillah group mereka seramai 25 orang selamat...dan juga group lain-lain yang turut sama mendaki pada masa itu...

Sebenarnya bila berada di puncak, rasa sayangnya nak turun..nak berada lama sikit di atas, tapi sebab guide dah arahkan turun jam 7 pagi supaya kami sempat sarapan dan checkout ( mesti checkout sebelum 10.30 pagi dari hostel di Laban Rata)..maka kuturutkan jua...

Kinabalu..ada rezeki kita bertemu lagi...dah rindu dah ni..(to myself: oh please move on laa hahahahahaha)

Saturday, 24 December 2016

Ranau Trail - Trail baru selepas gempa bumi di Gunung Kinabalu

Bila dah membaca tentang Kinabalu lagi pula dah daki..banyak pula info menarik..makin lama makin banyak saya tertarik untuk membacanya...macamana selepas gempa, Kinabalu ditutup dari Jun hingga November 2015..dan dibuka semula pada 1 Disember 2015. Saya jumpa satu FB Malim Gunung yang memaparkan gambar-gambar pembikinan jalan baru ke puncak (dari Laban Rata ke  puncak)..kerana jalan lama(trail lama telah musnah).Semua barangan ini dibawa oleh porter ke atas..dan menurut guide kami, jalan baru ini dibina oleh pekerja Sutera Sanctuary Lodge dan malim gunung sendiri.

Untuk info juga, beberapa minggu sebelum saya ke sini, ada lagi satu trail telah dibuka iaitu Kota Belud Trail yang lebih mencabar(ada panjat air terjun etc..huhu).

Kredit kepada FB; Refflisia Putih.






Hujan - hujan pun mereka bekerja...syabas!


Memang Gunung Kinabalu macam air terjun bila hujan lebat


Mendaki Kinabalu membuatkan saya mengagumi usaha mereka .Dan  betapa besarnya kuasa Allah bila kita dapat melihat Kinabalu itu sendiri serta berpeluang berada di sana..di puncaknya....

Tuesday, 20 December 2016

Mendaki Gunung Kinabalu 2016 (Part 1)

18 Disember 2016, tibalah tarikh dinanti-nanti..booking seawal 6 bulan in advance, akhir nya this is the day. Sebenarnya sy dan suami sampai di bumi KK ni pada 17hb Disember jam 10 pagi...kemudian ambil teksi dari airport terus ke area Pasar Filipin dan menginap di budget hotel di sana ( J& J Hotel). Petang tu aktviti berehat-rehat sementara tggu esok pagi.

Di sebalik cerita, asalnya kamiada sepuluh orang dalam 1 group..yang ditubuhkan oleh member Sabahan (ex-classmate sy). Kami dah plan nak ke Kinabalu pada Nov 2015..tapi pada Jun 2015, kejadian gempa menyebabkan hasrat terbantut walaupun dah byr booking.Pendakian pun tak dibenarkan masa tu.....Booking refund, dan, akhirnya semua dah membatalkan hasrat ke Kinabalu. Awal tahun ni, sy propose balik niat ke Kinabalu kepada group, namun semua tak dapat nak commit makanya, tinggal sy dan suami sahaja...setelah mencari-cari dan tengok iklan, baru lah hire seorang agent utk uruskan pakej kami..(will save this story and details later yea).Maka dalam Jun 2016, sy book pakej untuk mendaki Dec 2016....nak jugak pergi tahun ni sebab bimbang tahun 2017 kami sibuk sgt ke, tak sempat pergi ke...ada trip lain ke ooppss hahahaha..

Pada hari kejadian,Sabtu(18/12/16), driver ( book asing) ambil kami jam 5 pagi dan terus bawa ke Kinabalu Park ,sebab masih awal pagi, tiada traffic jam, kami tiba di Kinabalu Park jam 7.30 pagi. Dan bersarapan di restoran di bawah Kinabalu Park.

Jam 8 pagi kami masuk ke Kinabalu Park(entrance RM3/pax), driver drop kami depan Pejabat Sutera Sanctuary Resort. Berjumpa dengan guide dan sain sehelai borang kehadiran, kemudian dapatlah permit mendaki yang perlu dipakai sepanjang masa mendaki termasuklah waktu makan hehehe.

Transfer to Timpohon Gate
Dalam jam 9 pagi kami dibawa dgn van ke Timpohon gate(transfer ke Timpohon include in pakej). Untuk makluman, Timpohon Gate terletak di ketinggian 1866m dari aras laut..jadi jumlah keseluruhan hiking Gunung Kinabalu adalah  4,095m - 1,866m = 2,229m. Dan selepas briefing, jam 9.15 pagi mula hiking menuju ke Laban Rata. Di Timpohon Gate ni pun sain dokumen lagi...ada kedai runcit di Timpohon gate ni, kalau rasa - rasa nak tmbh snek or air, boleh beli di sini..sebab di laban rata lebih mahal harganya(rate hotel). Saya bawa 1 botol mineral 500ml, 100 plus 500ml, 2 batang Kit Kat dan sebungkus nasi goreng separuh tadi hahaahha serta sandwich dan juga sweater serta baju hujan.Oh ye, boleh sewa tongkat(hiking pole ) ya di pondok Transportation Service sebelah Pejabat Sutera Sanctuary ( RM10/pole), bagi sy hiking tempoh amsa lama begini memang perlu kan tongkat sebab tongkat ni byk membantu menyerap hentakan dan menstabilkan badan.Kalau ada sendiri, bawa je tapi kena masuk kargo ye..hand carry kang tak lepas, nangis kang.

Pondok rehat
Ada 7 hut/pondok rehat sepanjang perjalanan ke Laban Rata: Pondok Kandis(KM1.0), Pondok Uboh(KM1.5), Pondok Lowii(KM2.5),Pondok Mempening(KM3.0), Pondok Layang-layang( KM4.0 : di sini biasanya pendaki berhenti untuk lunch), Pondok Villosa ( KM4.5),dan Pondok Paka ( KM5.0),sebelum kita sampai ke Laban Rata iaitu KM6.0 di ketinggian 3273meter dari aras laut.(rujuk peta di bawah).Setiap pondok ada tandasdan paip air(air gunung)..boleh je minum kalau yakin dan habis bekalan air ke....sebab tu lah kos nak naik Kinabalu ni tak lah semurah gunung-gunung lain...memang kebersihan dan prasarana gunung ni dijaga baik di sini....Laluan Mesilau sudah ditutup sebab dah rosak dek gempa....


Jom tgk sedikit gambar sepanjang perjalanan....

Menunggu sarapan siap...

View Kinabalu Park dari restoran seberang jalan..


Breakfast kat restoran berhadapan jalan, bawah Kinabalu Park..nama restoran ni Panatan ke ape tah..lupa...satu pinggan nasi goreng RM7.50, portion dia besar boleh makan 2 orang, sy tak habis, sy bungkus separuh save utk lunch.

Kat sini biasanya ramai org ambil gmbr, tapi belakang tak nampak Gunung Kinabalu sebab berkabus masa kami di area sini, kalau pelancong yang tak mendaki pun boleh datang berjalan-jalan setakat Timpohon gate je lah..
Final check semua beg sebelum meninggalkan 2 beg kecil di locker room Sutera Santuary Lodge ( RM12/beg..tapi sebab beg saya kecik-kecik, diorg charge RM12 sekaligus je).Beg oren tu keperluan kami seberat 9kg untuk dibawa oleh porter.Beg saya berat dalam 1.5kg, manakala suami punya dalam 3kg ( beliau bawa DSLR-in the end tak bawa ke puncak sebab risau berat ..memang tepat pun keputusan tak bawa tu..sebab bawak diri pun dah susah...)
Simpan beg di sini ya..pergi je ke kaunter reception.

Tengah ambil tag/permit di pejabat Sutera Sanctuary(selang satu pondok dengan Reception tadi)

Di sini lah Timpohon gate, pendaki yanga d atag/permit sahaja dibenarkan masuk

Beriefing dari guide (belah kanan tu guide/aka porter kami, Rafizam namanya ) dan sorg lagi guide in training, Hazman ( masa perjalanan Rafizam jadi porter, Hazman take over jadi guide sebab dia tgh praktis.Muda-muda lagi diorg ni early 20s

Kat sini bertem,bung dgn porter lain yang sedang mengangkut barang ke Laban Rata..minima sorang 20-30 kg!



Berhenti rehat di Pondok Kandis(KM 1.0) dan melayan tupai2 yang jinak.


Lps km 1.0..jalan jalan jalan jalan... penat berhenti la 4-5 saat ambil nafas. Tips dia...jln prlahan2..jgn kalut nak laju sgt hang bkn ultramarathoner. Jln santai..enjoy the view tau. Dan jgn bhenti lebih 5minit.Elok kaki tgk panas berjln..kite stop..mmg boleh cramp.



Kat sini macam lapang sikit dan angin sepoi-sepoi bahasa..kering jap peluh..



 Sampai Pondok Layang-layang(KM 4.0)..dlm jam 11.30 kot.Berhenti lunch. Sy mkn sandwich je sbb x rasa lapar.Lebih kpd haus n penat. Tapi paksa diri makan utk energi. Byk tupai demok juga sini.Saya call guide, eh korang ni mana tak sampai-sampai..guide ckp "xpe jalan dulu, kami ada di belakang" ( salah seorang sakit perut katanya..lmbt sikit asyik singgah tandas..laa kisahnya...).

We had lunch here...

Tupai pun lunch sama-sama makan rotiiiii hahahaha..gemuk nya ko cik pai, memang orgs elalu bagi makan, jinak -jinak merpati semuanya..

Lepas lunch, perjalanan diteruskan!

Rasa mcm dalam fairy tale,sejuk, dah mula sarung sweater.

Hujan
Lepas je KM4.5(pondok villosa)hujan lebat gilaaa..maybe dlm jam 12 tghari. Stop sekejap. Hujan reda(tp masih heavy raindrops jugak la-pakai poncho beli kat giant) ..kami proceed. Start sini perjalanan dia makin mencabar..selain trek yg mcm air terjun mini sebab hujan, udara makin nipis.. kita mungkin mulai mengah.Sila guna tips yg sama..tarik nafas perlahan ikut hidung,lepas ikut mulut.Dont rush walaupun rasa larat. Maintain your pace. Bunyi air hujan sy visualised lg sbg satu bunyi yg menenangkan..nyaman..sejuk..tenang..it helped!Sambil mulut berzikir Subhanallah, Alhamdulillah diberi peluang menatap keindahan milikNya.... Walaupun kasut basah..stokin basah..jari2 ku membeku huwaaa....




Watch ur steps!


Licin tu..sebab air hujan sedang mengalir


Alhamdulillah, tiba di Laban Rata
Jalan punya jalan punya jalan...(sambil stop snap2 gmbr)... dlm jam 1.45 ptg smpi Laban Rata. Sy siap x percaya ingat hubby gurau...sebab sy baca mana-mana blog semua ckp sampai Laban Rata jam 3@4 petang...lepas tu tgk ok betul la Laban Rata.....alhamdulillah syukur. We made it!


1.45pm..sampai Laban Rata....


Our hostel/dorm...muat 16 orang, tapi masa ni ada 11 orang je..katil double decker,masa ni menunggu waktu makan malam yang dijadualkan jam 4 petang.

Bersedia nak turun makan...eksyen je pakai selipar, bawah tu lecah, pakai kasut jugak
Petang tu hujan lebat..Gunung Kinabalu jadi mcm air terjun

Dengan pendaki dari Jepun, Uncle Takasaki,dia ajak kitorg pergi daki Mt Fuji di kampungnya...aminnnnnn one day yeah...umur uncle ni 68 tahun. Fuh..kuat lagi dia

Tempoh masa dari Timpohon Gate berketinggian 1866m ke Laban Rata berketinggian 3273m (tak byk berhenti rehat, rehat sekejap selang 2 pondok je)...9.15 pagi dan sampai di Laban Rata jam 1.45pm: 4 jam 30 minit. Lebih kurang jarak  naik Gunung Ledang :) atau naik turun Gunung Datuk.

(Mengikut guide, sebenarnya estimation masa dari Timpohon untuk sampai ke Laban Rata adalah 6km=6jam. Iaitu 1km = 1 jam )

To be continued....  Mendaki Kinabalu Part 2