Showing posts with label Dieng. Show all posts
Showing posts with label Dieng. Show all posts

Thursday, 15 November 2018

Jalan-jalan Jogja - Malioboro

Sambungan dari trip Prau-Merbabu(haha lepas 3 bulan baru update!)

19 Ogos
Kami check in di Hotel Griya Sentana pada jam 7 petang. Bersiap2 mandi, kemudian jam 8 malam Rasya bawa makan malam. Nama kedai sudah lupa hehehe... bestnya tidur di tilam setelah 2 hari tidur dalam kesejukan. Apa pun cukup menginsafkan saya kerana baru 2 hari tidur dalam ketidakcukupan dah rasa macam terseksa. Apa lagi orang-orang susah yang tidur berlantaikan simen dan selimut nipis ya?




20 Ogos
Kami bersarapan jam 7 pagi, dan packing beg kali terakhir. Jam 10 pagi kami chekout & our guide Rasya bawa jalan-jalan ke sekitar Jogja dan Malioboro. Kami makan bakso di angringan (gerai ) di sana. Jam 2 petang Rasya bawa kami ke bandara/airport, sebab nak check in jam 3 petang.


sebelum checkout hotel

kedai/kilang kuih bakpia

Eiger, jenama outdoor gear yang popular di Indonesia




Ada jual Osprey jugak kat sini
Lebih kurang jam 12 tengahari kami ke Malioboro

Banyak kedai-kedai di kiri kanan jalan, macam di Petaling Street/Jalan TAR/ Bandung




Sebelum ke airport
So, kami bertolak pulang ke Malaysia lebih kurang jam 6 petang dan tiba di KLIA2 jam 9 malam, terus bertolak balik ke Johor ( drive). That's our short getaway for August 2018!

Tuesday, 28 August 2018

Perarakan Hari Kebangsaan Indonesia ke 73

Usai turun dari Gunung Prau, kami menuju ke gerai makan di basecamp.Tengah makan2 sekali ada bunyi muzik, bunyi bising. Rupanya ada perarakan kira macam peringkat kampung or daerah agaknya. Kami mendaki Prau pada 18 hb, manakala sehari sebelumnya adalah Hari Kebangsaan Indonesia (mujur tak jem semasa kami tiba waktu tengahari, selepas perarakan kebangsaan dah selesai.)Memang sangat meriah! Saya tengok sekejap, kemudian masuk gerai semula , habiskan makanan. Memang sangat menarik juga sebab semua bersungguh-sungguh berarak danmembuat persembahan. Mungkin ini pertandingan perarakan,ada yang berkostum. Ada yang menari diiringi irama dangdut lagi hehehe...meriah! Here are some pictures taken by us....

 




Terbayang movie 300...hehehe