Showing posts with label Outstation. Show all posts
Showing posts with label Outstation. Show all posts

Wednesday, 28 September 2016

Cuti-cuti Kuching, Sarawak Part 1: Arrival, Kek Lapis, Kongres

Mini vacation kami 2 dalam 1...sambil mama menyertai Kongres, sambil anak-anak dan abahnya ikut bercuti...

Flight bertolak tepat 8.45 malam(22/9/2016) dan arrival di Kuching International Airport jam 10.25 malam. Sampai di airport, kami dinner sekejap di Sugar Bun ( lamanya tak makan di Sugarbun, last berada di Kuching tahun 1989 hahahaha lama kan...sebab sy anak askar, dulu pernah menetap di Kuching). Kemudian sahabat hubby jemput kami dan terus ke Waterfront Hotel, Kuching.

Seperkara nak kongsi di sini, tiket flight utk 3 orang ( suami dan anak-anak) sepattnya berharga RM886.00 return, tetapi sy redeem BIG Airasia point, maka dapatlah dikurangkan ke RM250.00 untuk 3 orang return. Dapat jimat kat situ, nanti duit lebih buat beli kek lapis dan terubuk masin yeeee hahahahaha... Pada asalnya sepatutnya saya seorang sahaja ke sini, tetapi suami setuju untuk ikut sama bersama anak-anak...alhamdulillah.

Picture captured by Eein, anak sulung saya...hehe..bergegar .
Keesokan paginya, sy mendaftar bagi Kongres dan mulai berjumpa dengan sahabat-sahabat sekelas, ada yang dah 12 tahun lepas graduate, inilah baru jumpa balik!

Dr Chuo, rakan sekelas tahun 1999-2004, kini Presiden Persatuan Veterinar Sarawak...cayalah!
Semasa pendaftaran, ada kaunter jualan kek lapis dan beg anyaman Penan Women...cuci mata dulu.....iman belum tergugat sebab baru 1st day..hahahaha




Selesai register, ada Annual General Meeting (AGM) tetapi sy bukan ahli maka , berjalan-jalanlah kite..sementara menunggu dinner rasmi malam nya.

Dari Waterfront hotel, kami berjalan kaki kira-kira 10-15 minit sebelum sampai ke jeti di depan Hotel Hilton. Kalau salah jeti, nanti jauh pulak nak menapak ke area Kg Boyan/Kg Gersik iaitu tempat kek-kek lapis, food court dan restoran.


Menaiki bot penambang ke seberang sungai...RM0.50 /pax sahaja one way.


Sampai di jeti seberang, berjalan ke arah kanan, dalam 200 meter akan nampak kedai Kek Lapis Mira dan Kedai Kek Lapis Warisan, manakala Kedai Kek Lapis Dayang Salhah pulak agak tersorok, kira2 400 meter dari jeti. Kami pilih untuk ke Dayang Salhah.

Tudiaa...macam hidangan kuih muih raya... boleh sampling(rasa)sepuasnya dan kemudian decide lah nak beli yang mana.



Ada kakak tengah buat kek..kata adik.
Done...banyak yang orang kirim ...hahaha tapi limited due to luggage capacity...

Jam 6 petang, kami singgah dinner di Barok Village, kalau dari jeti kira2 - 200 meter ke kiri.

Ayam pangsuh - kombinasi rasa seperti tomyam dan sup ayam.

Nasi kambing ketok(penyet). Asalnye nak order mee kolok/kolomee tapi belum siap  ..huhu takpe2..nanti kita hunt kolomee.
Kucing mata satu yang sangatla nakal..mengejar kaki orang . Bagi makan ayam baru dia behave.

Waktu balik, saya baru teringat nak ukur jarak sebenar jeti ke hotel kami...Hampir-hampir terlewat ke Fraternity dinner,aka makan malam pembukaan majlis kongres, sebab jam 6.40 petang saya baru nak melintasi sungai!Sampai di hotel, kawan2 maklumkandinner ditangguhkan ke jam 7.30 malam..alhamdulillah sempat join...


Jarang-jarang dapat berkumpul seramai ini...hampir 1/4 dari jumlah keseluruhan kelas hadir! :)

Monday, 8 August 2016

Stesen Mardi, Cameron Highlands

Pun dapat merasa stay di sini sebab berkursus..ampun lambat sangat update...too much things going on hahaahha...banyak betul la kursus masa tahun 2015 ni haih.... takpe..think positive..dapat berjalan-jalan tengok negeri orang walaupun rindu dgn anak2 dan cik abe yang ditinggalkan...kursus selama lebih kurang 4 hari , May 2015. Maaf, tiada gambar sebab tak bergambar pun..so banyak maklumat diambil dari google je ye.Boleh juga lawati website MARDI Agropark ni.

Pintu masuk MARDI Agropark ..



Semasa berkursus tu. penginapan disediakan oleh pihak urusetia di apartment seperti di bawah:



Manakala VIPs dan VVIPs menginap di English Cottage.




Dan dah balik baru kutahu ada jungle trail/walk di sekitar stesen MARDI ni..grrr...melepas...nak gi next time tak tahu lah bila lagi ye....depan bangunan pentadbiran, ada kedai..teh keluaran MARDI agak murah jugak..kami nak try aiskrim strawberry malangnya hari tu orang yang jual aiskrim tu tak ada..tak merasa laaa..

Dari segi kos... tak pasti pula sebab tak booking sendiri..tapi urusetia ada bagitahu utk aparment lebih kurang RM150/pax(siap makan 5 x sehari-rate kursus)...masa tu kami dimuatkan 6 orang per apartment (ada 3 bilik) ...sesiapa berminat kena hubungi pihak MARDI sendiri...tapi homestay dan hostel pun banyak sgt kat CH ni...mudah la nak cari penginapan...cuma kalau time peak season kenalah book awal....

Tuesday, 16 December 2014

Outstation: Grand Alora, Alor Star


Bila dapat khabar berita perlu bertugas di Kedah, maka ligatlah jari men"google" hotel apa yang best di sana... teringat lah pulak masa ke Alor Setar sebelum ni menginap di Leverage Hotel,sebelah Grand Alora.So I think, why not try this hotel ....

Starting from RM198++(belum masuk tax..dah masuk tax, RM200.++), hotel ni agak baru juga..so memang agak selesa...apa yang aku paling suka adalah kemudahan gym/fitness centre nya. Nak-nak masa kami ke gym just ada kami sahaja( aku, hubby n E-ein)...Gym tak besar tapi banyak equipments...tu yang best! E-ein main gym ball yang of course lagi besar dari dia, while I cycled and run on threadmill with my hubby. Swimming pool pun menarik...swimming pool kanak-kanak cuma separas lutus orang dewasa, no life guards here, so parents sila perhatikan anak anda betul-betul sebab pool ni betul - betul tepi tebing koridor hotel.Takut ada yang memanjat ke beranda tu kang...

Satu perkara lagi yang menarik...hotel ni terletak depan Tesco...so kalau malas nak keluar jauh2, just jalan kaki je ke Tesco , ada food court and other food shops......

Food wise for breakfast....boleh tahan aje lah... hehehehe...biasa2 je....not really much choice of food...boleh diupgrade lagi sesuai dengan harganya...



Our room from the Hotel Website
 
Superior room from Trip Advisor website(2 single beds)

Saturday, 13 December 2014

Muzium Kota Kuala Kedah ..sambil kerja sambil jalan - jalan

Alkisahnya, daku perlu outstesen ke Kedah dan Perlis pada 10 dan 11 Disember....ikutkan aku dah booking driver opis...tapi bila berbincang semula dengan hubby , dan dengan kebenaran majikan, kami decide bawak kereta sendiri....hubby pun cuti sekolah kan....alang-alang kira outstation 2 in 1 lah nii...sambil nyelam sambil minum air... 9hb, bertolak dari Kluang ke Alor Staq.Sampai jam 5 petang, check in hotel Grand Alora and rehat (later ku buat review hotel ya).Pada 10 hb pula, settlekan kerja2 di Alor Star and Pokok Sena, buat inspection aset kerajaan.Tengahari dah siap keje, jalan2 sikit , makan tghari dan bertolak ke Kangar...


Dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kangar, kami ambil sedikit masa pusing2 di area Kubang Rotan dan seterusnya ke Muzium Kota Kuala Kedah.Selepas tu , makan tengahari di sebuah gerai tepi jalan yang sangat best! Lupa dah namanya tapi kat area Alor Janggus...macam2 ikan bakar ada, ayam bakar, daging bakar dan juga puyuh bakar...memang marveles.....cicah air asam...pehh....

Kami di Kangar, menetap di Hotel Putra Palace. Kemudian 11 hb,lepas sarapan,terus gi settlekan kerja2 di Kangar dan Arau, dan dalam jam 1 tghari, kerja dah settle, bertolak pulang ke Kluang semula...sampai rumah jam 9 malam....begitulah cerita jalan2 ekspress  kami..bawa E-ein je..sebab involve banyak menunggu dalam kereta, takut Aisy meragam lak dalam kereta...sambil tunggu mama menyinggah2 di 4 pejabat2 yang perlu dibuat pemeriksaan....lusa lepas balik rasa mcm nak demam hahahaa....yang happy E-ein lah, dapat mandi kolam..asal gi hotel je nak terjah kolam..haduyaii....



Keluar dari area Muzium, ada sawah padi hijau luas terbentang....stop tepi jalan and posing dulu...

pose again....




Tuesday, 2 December 2014

Outstation: Pullman Putrajaya


http://www.pullmanputrajaya.com/gallery/



Ada event awal September baru - baru ni di Putrajaya ...lebih tepat di PICC..Majlis Konvokesyen Pertanian Bersepadu....daku merangkap urusetia dan juga sebagai jemputan bersama lebih kurang 19 orang lagi officer lain....

Dapat la peluang menginap di Pullman, walau pun plan asal kami nak stay kat Everly(ada sebab nya...sebab nak dekat dengan Alamanda...hihihi).namun majoriti pilih untuk stay kat Pullman..tukar angin lah katakan...

Bilik standard harga nya RM250.00++ paling rendah lah tu..itupun bukan harga peak.. we manage to get sekitar RM120/person untuk superior twin sharing room itupun sebab join group rombongan jabatan lain.

Yep, hotel ni hotel 4 bintang...bangunan ala - ala medieval knight, dengan bilik penuh dengan mozek dan dinding yang berukir indah, dan dekat sepelaung je dgn PICC(2-3 minutes by car), still tak boleh lah jalan kaki nanti ketibas lak...kalau suruh jalan ke jogging dgn sport shoes baru boleh hahaha..ni dah pakai cun2 dgn kasut tinggi takkan nak jalan kaki ke PICC hahahaha....
 

 Our room...with 2 single beds.


 Untuk masuk ke bilik, agak...hmm..mcmana nak cakap ye...kalau bawa anak2 kecik, rasanya mcm tak sesuai duduk hotel ni sebab kedudukan lobi dan bilik yang agak jauh..kalau nak honeymoon or anak2 dah besar, ok lah. Since tema hotel ni mcm medieval sikit, so lorong2nya agak panjang2, kalau tak hati2 , boleh sesat hehehe..tapi bab makan, memang best especially pastries yang fresh from the oven , ni aku paling suka...cinnamon roll dan chocolate croissant dia.

http://www.pullmanputrajaya.com/gallery/
http://www.pullmanputrajaya.com/gallery/



http://www.pullmanputrajaya.com/gallery/

Friday, 20 June 2014

Oustation: Palm Garden, IOI Resort Putrajaya

Entry sebelum tido....sedang bercongress kat sini untuk 3 hari 2 malam...huhuhu bercinta nak tunggu balik rumah...beginilah rutin seorang gomen servant...saya yang menurut perintah huk huk....suruh gi berkursus, kena lah pergi....

Mata dah ngantuk....sila layan gambar-gambar di bawah ya...daku stay di bilik Heliconia/Superior Twin...normal rate RM295++ hingga RM375++...rate untuk congress participant RM215 sahaja.....sebab boss dah bayarkan untuk yuran congress..so ada diskaun lah untuk bilik...
Gambar-gambar dari Google....






Tak bawa anak-anak..malas nak jenguk pool..but i might jenguk their gym..hehehehe....kalau sempat lah ahaks...

My rating...?belum boleh bagi rating sebab baru setengah hari duk sini...tunggu lepas habis tempoh 3 hari baru leh komen hehehehe...

Wednesday, 9 April 2014

Wednesday, 2 April 2014

Outstation: D'boutique Hotel Dengkil(Putrajaya)

Been here on January 2014.Tarikh dah lupa...Hotel ni hotel butik..so harga sangat reasonable.Bilik standard dari RM118++, bilik paling besar (deluxe ) dari RM148++. Gambar-gambar pun dah hilang ke mana2 tah..so...aku guna gambar dari TripAdvisor dan internet jelah ye...

Website hotel ni di sini: D'Boutique 

This photo of D Boutique Hotel is courtesy of TripAdvisor
This photo of D Boutique Hotel is courtesy of TripAdvisor 

Gambar dari website D Boutique(bilik superior)


Gambar dari website D Boutique (bilik deluxe)
 Hotel ni berada di hujung bandar Putrajaya, di area Dengkil.Kawasan terpencil dan agak sunyi.Ada kedai2 makan berdekatan tapi tak banyak lah.Cuma advantage dia, dekat dengan Putrajaya, 5 minutes only to my HQ office..... saya bagi 3 bintang dari 5 bintang :)