Tuesday, 12 January 2021
Simpan untuk kenangan..PKP again in Johor & other 5 states! Stay Strong!
Thursday, 29 October 2020
Kluang-Batu Pahat-Muar- Melaka 276 km return (23-24September 2020) Part 1
Maka berkelana lagi lah kami...mula nya risau juga takut sebab covid ni kot ada macam-macam syarat ke..tapi setelah study, yang ada syarat etc cuma di Perlis (kena minta kebenaran pihak polis). Bagi negeri lain yang tiada PKPB atau PKPD boleh ride tak kisah berapa orang janji follow SOP..(terbaru untuk PKPB tidak boleh lebih 10 orang untuk sukan tiada kontak seperti lari dan berbasikal) .
Persediaan bermula sebulan sebelum tarikh yang dirancang. Iaitu cari peserta ( di kalangan kawan-kawan je). Bab plan route saya serahkan kepada incik suami dan kawan2 lelaki nya...manakala saya bertugas untuk plan /booking tempat menginap dan jadi bendahari jaga duit makan hahahahaha . Selain tu juga kami hire seorang sahabat yang membawa kereta untuk jadi support crew @ marshal. Perjalanan jauh tidka boleh dijangka, macam-macam boleh jadi ,so kita sediakan payung sebelum hujan. Sahabat suami, Cikgu Haziq sudi follow kami untuk trip ni as support crew. Dan juga undang-undang jalanraya mesti dipatuhi ya..kami riders berhemah..kat trafik light merah mesti berhenti! hahaha bukan apa, sekarang ni entah kenapa ramai nau geram dan marah2 tengok geng berbasikal..padahal kami bukan merempit pun..ruang yang kami ambil di jalanan pun kecik je, sama macam laluan moto je kan...lepas tu mungkin mereka ingat yang berbasikal ni anak-anak remaja gamok eh...maap..kebanyakan kami ni mak bapak orang daaa...kami juga pengguna jalan raya..bukan tak pernah drive kereta pun kann , insya allah ikut peraturan.
![]() |
The gang : Ijad, me, my hub, Cgu Linda, Cgu Zul dan anak muda ... Asyraf aka Acap (memang selalu panggil anak muda sebab dia paling muda ) |
Kertea semua tumpang parking di pejabat saya, dan kami bermula dari Ayer Itam. Kemudian kami mengayuh melalui Batu Pahat untuk ke Muo.
![]() |
Lupa di mana..somewhere in BP kot ,sarapan dulu lepas 20km mengayuh |
![]() |
Tayar basikal ku pancit masa ni baru 35km perjalanan..sebelum reach BP Mall.Dugaan..nasib baik ada 2 orang heroes. |
Sampai Muo, lunch time! oh ye trip ni kan macam trip jalan-jalan cari makan.. :)
![]() |
Masuk daerah Muo ..jarak perjalanan dalam 75km dari starting point. Jangan percaya sangat ini dua orang, posing memang over. Diorg bersiul je sambil kayuh tak penat pun. |
![]() |
Seorang lagi support crew yang cemerlang..Jidin. Kami take 15minutes berehat sambil membasahkan tekak dgn bekalan air yang dibawa. |
![]() |
Cgu Haziq, the best marshal! |
![]() |
Penat-penat layan caffein fix ..memang sedap! |
![]() |
Alamak saya lupa di mana lokasi ni..tapi tak silap macam jalan ke Bukit Rambai |
![]() |
Sampai ke A Famosa jam 3 petang.. |
![]() |
Lebih kurang 135km perjalanan...puassss! |
![]() |
Cendol..cendol...area dekat2 A Famosa.Nama kedai jangan tanya..lupa..hahaha |
Alhamdulillah kesemuanya selamat sampai dan tiada masalah yang membimbangkan...jadi petang tu kami check in , rehat , dinner dan tido sebelum pulang semula keesokkannya...
Friday, 2 October 2020
Larian Mencari Nur 2 ( 11-13 September 2020)
Larian Mencari Nur ni asalnya event tak rasmi Pacat Crews ( organizer runs/ultramarathon). Since semasa PKPB/PKPP tiada event larian, maka inisiatif mereka terutama Bro Arman dan isterinya Sisi Suzie amat dihargai. Ada sesi pendaftaran, scan mysejahtera dan pelari diwajibkan mengamalkan social distancing serta memakai mask bila tidak berlari atau berhampiran ramai orang.Saya tak pergi Larian Mencari Nur yang pertama tapi berpeluang menyertai Larian Mencari Nur 2. Peluang ini juga saya ambil untuk bawa anak-anak jalan-jalan.Terima kasih hubby tersayang yang sudi bawa saya ke sini .Kami menginap di Hotel Dorsett Putrajaya, memang dekat dgn lokasi pendaftaran Larian Nur ni.
Permulaan
larian ...almost tak berlari sbb kilat memancar dari maghrib..pakej
gerimis...tapi show up juga kat mekdi...just in case tak boleh
lari...kita gathering pun ok...alhamdulillah..rezeki oleh Nya,cuaca
semakin cerah utk berlari mlm tu.
Poster Larian Mencari Nur 1
Poster Larian Mencari Nur 2
Gambar diambil sebelum berlari...asalnya utk team Marathonbaker seramai ni..tapi ramai beransur balik selepas siap lari 21km (yang siap awal balik dulu)
Ramai yang datang esoknya, ada yang lari sehingga 100-124km! Bagi runners, bukan satu kejutan kalau dah minat berlari dna mencabar diri...lepas geram takde event nih..hihi
Demi minat yang sama... Gigih berlari mengelilingi Putrajaya di malam hari santak ke dinihari.Yang mana buat lebih 50km tu..dari malam ke pagi ke malam ke pagi..hebat!



Sunday, 31 May 2020
Masjid Nabawi dibuka semula (Covid19)
Artikel ini disalin dari FB
Betapa rindunya hati insan untuk kembali berjemaah di Masjid Nabawi. Akhirnya pada subuh pagi tadi, pintu masjid yang telah sekian lama ditutup rapat dibuka semula. Orang ramai berduyun-duyun ke sana bagi mendapatkan tempat dan saf.
Ada garis panduan yang harus dipatuhi. Pelitup muka wajib dipakai. Kanak-kanak tidak dibenarkan langsung untuk datang. Air zamzam pula dihentikan penyediaannya buat sementara waktu.
Syukur.
Alhamdulillah.
Segala pujian hanyalah bagi Allah SWT.
Doa dipanjatkan tanda syukur. Air mata mengalir keluar tanda gembira. Perasaannya seperti hari inilah hari raya. Setelah hampir 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ke masjid yang dicintai ini. Setelah mengharungi 30 hari Ramadan tanpa bertarawih berqiamullail di sini.
Hari ini, seakan tidak percaya. Penduduk setempat sudah boleh masuk berjemaah semula di sini.
Walaupun pembukannya dibuat secara berperingkat, namun sedikit kelonggaran ini sudah cukup nikmat. Tiadalah nikmat yang asyik direbut saat bermukim di Madinah selain daripada dapat solat di Masjid Nabi SAW.
Lockdown tempoh hari menyedarkan kita semua akan nikmat yang tidak terperi ini. Tuhan menegur sikit saja hati-hati yang terleka. Ketika ada ruang dan peluang untuk menziarahi masjid, kita buat-buat sibuk dengan aktiviti lain.
Akhirnya kita semua merinduinya bersama. Menyesal akan sikap tidak endahkan masjid sebelum ini.
Dan kini, bila dengar saja ada masjid akan kembali dibuka. Kita semua seronok. Biarlah sebelum ini jarang sekali menjejakkan kaki ke masjid. Namun perasaan sebegini, dirasai oleh semua.
Ya Rabb, dekatkan hati-hati kami dengan masjid walau di mana kaki ini berpijak.
Setakat ini, hanya Masjidilharam yang masih belum dibuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, sekitar 90,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi sudah mula dibuka untuk solat berjemaah dengan garis panduan yang mesti dipatuhi.
Itulah.
Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.
Sumber gambar: Media Haramain.
Friday, 29 May 2020
Pengalaman berpuasa di dalam PKP (Covid19)
Thursday, 28 May 2020
Tahniah Pahang (Covid19)
PERLAKSANAAN SOLAT JUMAAT MENGIKUT SOP - MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN INDERA MAHKOTA KUANTAN
Masjid Daerah Kuantan, Masjid Tengku Ampuan Afzan mula melaksanakan Solat Jumaat mengikut SOP pada 22 Mei 2020 berikutan perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang untuk masjid-masjid Daerah seluruh negeri Pahang melaksanakan solat Jumaat mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Seramai 103 orang menunaikan solat jumaat termasuk petugas daripada PAID Kuantan, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuantan, PDRM, JPAM, MPK, KRT Indera Mahkota serta Ahli Kariah Kawasan Indera Mahkota Kuantan.
Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid ini juga berpuas hati dengan segala kawalan dan pematuhan SOP yang dipantau oleh semua urusetia bertugas. Pemeriksaan suhu juga turut dibantu oleh Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Pengurusan Masjid Tengku Ampuan Afzan mengucapkan Jutaan Terima Kasih dan sekalung penghargaan kepada semua petugas dan urusetia yang terlibat khususnya Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang , PPA Daerah Kuantan, Pegawai Masjid Daerah Kuantan, PDRM, MPK, JPAM, KRT dan semua agensi yang turut membantu..Semoga Allah memberkati kita semua..
SELAMAT BERPUASA,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.
SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN INI..
AMIN.
Nota:
Pada masa artikel ini ditulis, masjid telah ditutup untuk solat selama 11kali Jumaat....
Tuesday, 26 May 2020
Sederhana dan meriah walaupun satu hari ( Selamat Hari Raya)
Thursday, 14 May 2020
Ziarah hari Raya dibenarkan satu hari sahaja ( Covid19)
PUTRAJAYA ,13 Mei– Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.
Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.
“Mesyuarat khas MKN putuskan untuk hadkan aktiviti iaitu hari pertama sahaja. Ia adalah untuk ahli keluarga terdekat dan tak lebih 20 individu dalam satu masa.
“Jumlah itu juga perlu mengambil kira keluasan rumah. Sebagai contoh rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, sudah tentu jumlah itu dalam satu masa adalah ramai dan tidak boleh penjarakan sosial jadi mungkin boleh masuk lima individu setiap kali tetapi maksimum tetap 20 orang sehari,” katanya.
Menurutnya, SOP ketika berkunjung juga perlu diikuti iaitu mengunakan pensanitasi tangan atau basuh tangan ketika melawat.
“Mereka digalakkan memakai penutup muka dan melakukan penjarakan sosial. Jangan makan berbagi, biasalah bila adik beradik apa dia makan kita pun makan. Kita cuba tahun ini.
“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.
Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti wabak Covid-19.
“Saya juga mengambil contoh di New Jersey, Amerika Syarikat yang hanya terdiri empat orang berkumpul untuk jamuan makan dan akhirnya mereka semua meninggal dunia kerana Covid-19.
“Ya kita benar tetapi kita kena jaga diri sendiri. Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita bahaya untuk mereka,” katanya. – Harian Metro
Sunday, 29 March 2020
COVID19: STOP CARI GLOVES!!
Mohammad Khairul Azhan
Tanpa korang sedari, tindakan korang pakai glove & cara pelupusan yang salah buatkan korang lagi terdedah pada virus dan patogen lain tau. Dan lebih teruk korang sebenarnya yang bantu merebakkan lagi virus ni.
Take home message:
1. Tak perlu guna glove jika boleh cuci tangan dengan sabun / hand sanitiser
2. Nak guna glove, make sure korang boleh lupuskan dengan betul.
3. DUDUK RUMAH
4. Kerajaan dah bagi macam2 untuk kita, jadilah rakyat yang berterima kasih. Jangan degil jangan kufur nikmat.
COVID19: Latest update mengikut negeri dan daerah
Saturday, 28 March 2020
Stay at home: Mengayuh di rumah dengan ZWIFT
Keperluan :
1. Basikal ( MTB/Roadbike atau apa2 basikal yang boleh sambung ke bike trainer)
2.Bike trainer ( range RM250.00 - 10,000.00)saya punya yang paling murah lah tu hihihi..sempat beli sebelum PKP/MCO
3.Speed sensor ( untuk letak kat tayar belakang)
4.ZWIFT apps ( ada free trial 25km)
![]() |
My Bianchi yang dah sambung ke Deuter bike trainer. |
Additional
Air minum yang mencukupi
Tempat yang well ventilated
Kipas angin untuk mengeringkan peluh :)
Skrin tv atau pc atau laptop ( kena ada ANT+ dongle utk connection)
Sebelum ni saya berkayuh with trainer dan connect to cycle computer tapi rasa lemau..malas dan berat kaki hahahaha...then dapat tahu pasal apps ni dan kita try...wow..great fun!! walaupun tak lah sama mcm kayuh kat luar tapi boleh menghilangkan kebosanan mengayuh di rumah tu hihihi....
![]() |
saya guna screen hp je |
![]() |
Sempat kayuh kat London wehhh hahaha |
Friday, 27 March 2020
COVID19:Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Kg. Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam
From FB
1. Nama Tempat: Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
2. Jumlah positif : 66 org (+ve COVID 19).
3. Kematian : 1 x kes kematian - Md Ali bin Shahril - 71 tahun. (Jemaah Masjid Dato' Ibrahim Majid)
4. Jum Penghuni Kg Dato' Ibrahim Majid : 1495 penghuni.
5. Kg Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam declare lockdown : *Kes Kluster Tertinggi* - Punca Meningkat Secara Mendadak +ve COVID 19.
6. *Kg Dato Ibrahim Majid* (Kg Induk). Lainx Kg di kws sekitar adalah spt berikut:
(a) Kg Pt Salman - 45 rumah (180 penghuni).
(b) Kg Pt Kasmani - 5 rumah (20 penghuni).
(c) Kg Pt Talibek - 30 rumah (120 penghuni).
(d) Lorong Perdana - 36 rumah (180 penghuni).
(e) Taman Surau - 19 rumah (95 penghuni).
(f) Jln Benut - 30 rumah ( 150 penghuni).
7. Bantuan Tentera yang dipohon penambahan SJR dari 1 ke 5 Lokasi (penambahan 4 x lokasi SJR).
8. Psk Tentera yang di aturgerak: 33 RAD
Sekian perkara di angkat utk makluman YBhg Dato'
Monday, 16 March 2020
Perkembangan COVID19 di MALAYSIA
Dan ini sehingga 16 Mac 2020,8 pagi....
COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8 pagi, 16 Mac 2020.
Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.
Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11 kes) dengan kadar kematian 7.9%.