Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Tuesday, 29 August 2017

Short getaway: Cuti - cuti...eh betul ke cuti ni?

Tengok gambar dah tahu kat mana kan? Wah..dua kali jalan-jalan dalam bulan 8 ni..hadiah besday ke apa..hahaha... satu trip berjalan dengan kawan-kawan..yang kedua jalan-jalan dgn kawan-kawan, suami dan kawan-kawan suami... trip jalan-jalan cari pasal dan cari sakit namanya..hehehe...will detailed out in next post.

     Bertolak dari Kluang jam 9 pagi,konvoi 3 buah kereta... tiba di exit Tapah dalam jam 3.30 petang, hujan dan renyai-renyai dari masa lalu Ringlet lagi. Kami stay di Brinchang, nama hotel Hotel Check in 2 , booked melalui Agoda. Ada yang pilih duduk dorm ( sebab stay 1 malam sahaja), untuk privasi, saya dan suami ambil bilik private ( twin). Review hotel? ok lah utk short stay, selesa juga, dan konsep macam ala-ala homestay. Untuk dorm wanita memang ada dorm khas wanita sahaja. Bagi lelaki, ada dorm mixed . Maksudnya satu dorm tu 4 katil double decker, kalau ko datang berempat ngam-ngam la duduk dgn geng-geng je, tapi katalah datang seorang atau berdua, kang ade yang share bilik dgn minah saleh hehehe..bahayaaaa.. tapi backpakers hotel kalau style dorm memang macam ni sebab harganya yang murah RM35 bagi dorm dan bgi bilik private dalam RM90 - 150 satu malam. Kedudukan hotel ni strategik juga, dekat dengan kedai-kedai makan, kedai /gerai cenderahati dan juga walking distance ke bus stand pun dekat ( bagi mereka yang memang naik bas). Oh ye..hotel ni juga menggunakan konsep shared bathroom kecuali di dorm wanita, bathroom dalam dorm..so agak terjaga juga privasi nya. Kenalah tu dengan budget harganya kan...

       Sampai di hotel jam 5.30- petang, lepas je check in, saya dan kawan-kawan perempuan berjalan-jalan sekitar hotel untuk tengok2 souvenir dan juga mencari kedai makan utk dinner. Suami saya? dia ngeteh dgn kawan-kawan dia di kedai Mamak depan hotel..hehehe..dah namanya jumpa kawan-kawan kan, tak sesuai pula sy nak join dia ngeteh.

*Ngeteh ( slang loghat dari Johor untuk minum di kedai makan bersama kawan-kawan..kadang-kadang disebut ngopi juga..not sure la origin mana, indonesian slang or javanaes slang ke wallahualam)

With my friend Muna...berhenti take 5 bukan untk minum teh Bharat tapi singgah cari toilet ^_^



Saya dan suami stay di bilik 403. Basic room, tapi just nice.

Lobi hotel di 1st floor, dorm wanita dan twin room di first floor, bilik family di 3rd floor.
Jalan-jalan dapat beli : cendawan goreng..jagung rebus..sedap betul dimakan panas-panas dalam hujan renyai..


Sebelum kembali ke bilik hotel, shopping s edikit barang keperluan utk esok, kedia runcit 24jam di bawah hotel..terserempak pula dgn my friend Dr Donny, pun join trip kami tapi dia dari KL :)

Can u guess where i was going? hehehe


Monday, 8 August 2016

Stesen Mardi, Cameron Highlands

Pun dapat merasa stay di sini sebab berkursus..ampun lambat sangat update...too much things going on hahaahha...banyak betul la kursus masa tahun 2015 ni haih.... takpe..think positive..dapat berjalan-jalan tengok negeri orang walaupun rindu dgn anak2 dan cik abe yang ditinggalkan...kursus selama lebih kurang 4 hari , May 2015. Maaf, tiada gambar sebab tak bergambar pun..so banyak maklumat diambil dari google je ye.Boleh juga lawati website MARDI Agropark ni.

Pintu masuk MARDI Agropark ..



Semasa berkursus tu. penginapan disediakan oleh pihak urusetia di apartment seperti di bawah:



Manakala VIPs dan VVIPs menginap di English Cottage.




Dan dah balik baru kutahu ada jungle trail/walk di sekitar stesen MARDI ni..grrr...melepas...nak gi next time tak tahu lah bila lagi ye....depan bangunan pentadbiran, ada kedai..teh keluaran MARDI agak murah jugak..kami nak try aiskrim strawberry malangnya hari tu orang yang jual aiskrim tu tak ada..tak merasa laaa..

Dari segi kos... tak pasti pula sebab tak booking sendiri..tapi urusetia ada bagitahu utk aparment lebih kurang RM150/pax(siap makan 5 x sehari-rate kursus)...masa tu kami dimuatkan 6 orang per apartment (ada 3 bilik) ...sesiapa berminat kena hubungi pihak MARDI sendiri...tapi homestay dan hostel pun banyak sgt kat CH ni...mudah la nak cari penginapan...cuma kalau time peak season kenalah book awal....

Sunday, 24 May 2015

Budget Hostel: Cameronian Inn

Semasa bertugas outstesen sempat lah merasa 2 jenis penginapan.Salah satunya adalah Cameronian Inn...pilihan ramai backpackers sebenarnya. Harga bermula dari RM20( double decker bed/dorm style - bilik air di luar,sehingga lah unit triple bedroom untuk keluarga ( RM180-200++). Aku pilih bilik standard dengan private bath room berharga RM80/night. Utk budget hotel/hostel..boleh tahan sangat2.Scones di sini dengar2nya famous...tapi masa aku ke sini..chef nya aka kakak owner inn ni..tak ada..so tak merasa lah scones Cameronian Inn..tu yang usaha pi cari kat Boh Plantations tu hehehee....




Menurut owner...gambar unit yang nampak agak baru ni..adalah unit terbaru dibuat iaitu family room....1 katil king di bawah dan 2 single di atas.....
Dapat tengok gambar jelah...hahaha

Saturday, 23 May 2015

Cameron Highlands { 18 - 21 Mei 2015}



Nampak macam lama je stay kat Cameron Highlands.Urusan kerja.Empat hari kat sana...3 hari adalah kerja 8 pagi hingga 11 malam.Hari akhir sebelum balik baru dapat greenlight bersurai awal sedikit.Maka beberapa jam yang sedikit tu dipenuhi sebaik mungkin.Haipppp....readyyy..get set...gooo!!!..masa di sana...setiap hari hujan.Suhu dalam lingkungan 17 - 21 darjah celcius.Konon bawak sport shoes/hiking shoes..nak jogging konon.Sekali tiap2 petang hujan..ngahahahahahaha....melepass...

1.Strawberry celup coklat dan bunga -bungaan...... checked!Shopping strawberries, dried fruits & sayur mayur mak kirim...checked!

Sangat murah...3 -4 box plastik RM10.00 ..rasa masam2 manis.Pandai bodek..dapat lah 5 box RM10.00.Kalau kat Giant Kluang ni..RM12 per box..fuh..nak makan smpai cirit strawberry pun boleh kat Cameron Highlands ni hehehehe










2.Ladang teh...checked!

Macam lah sejuk sangat bwahahahahahahaha!!




Posing itu mesti.Opss....
3.Makan scones!!Checked!




Sedap ke scones?macam makan muffin yang tawar..tapi penuh rasa butter.Makan sekali...ok lah...kalau nak makan kali kedua..muak dah kot....