Showing posts with label Marathon. Show all posts
Showing posts with label Marathon. Show all posts

Thursday, 2 May 2019

Run For A Reason : Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2019

Hai hai hai!

Marilah menyumbang for a good cause kepada National Cancer Society Malaysia! Saya akan berlari Full Marathon lagi insya Allah pada 29 September 2019!

Sumbangan hendaklah disampaikan melalui link ini : https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2019/82188/#.XNJBW6QRWM8  dan klik DONATE NOW

Tarikh tutup untuk menyumbang adalah pada 15 Ogos 2019.




Wednesday, 30 January 2019

My First Full Marathon in Twincity Marathon


Lama betul tak update blog! busy beeeee....


Tak pernah terfikir pun nak lari 42.195km sejak mula lari fun run (5km) di tahun 2015. Yang terlintas di benak fikiran, larian cumalah satu senaman selingan untuk saya mencapai cita- cita mendaki gunung Kinabalu yang dijadualkan pada Disember 2016. Selepas Kinabalu, masa semakin etrhad untuk mendaki dan tak boleh lah selalu tinggalkan anak-anak untuk pergi hiking. Hiking di Gunung Lambak pun memakan masa 3 jam termasuk drive ke parking resort Gunung lambak. Jadi untuk kekal aktif, saya pilih berlari. Secara beransur-ansur jarak larian semakin bertambah...dari 5km ke 10 km ke 12 km. Sehinggalah suami dan rakan ajak masuk half marathon di tahun 2017. Memang kerja gila sebab saya baru berlari paling jauh, 12km. Selepas half marathon pertama, saya gigih berlatih slow ly bermula dari KM5 semula...which lead to another HM (total 3 half marathon events dan 3 half marathon lari sendiri-sendiri hahaha ) sepanjang tahun 2018. Bulan Ogos 2018, sekali lagi terjebak dengan virtual run secara berkumpulan 1963 team Challenge, ....dan kawan-kawan baru saya bercerita tentang Twin City Marathon yang akan berlangsung pada 20 Januari 2019. Saya maklumkan suami, kami terus daftar jarak 42.195 km atau orang panggil, full marathon (FM)! Sempat ni training....kenapa kami tertarik join Twin City Marathon? sebab cut off time (COT) yang panjang iaitu 8jam. Biasanya events lain ,COT bagi FM adalah 7 jam ke 7 jam 15 minit. Jadi, Twin city ni sangat sesuai bagi runner yang baru nak berlari FM.
Sampai ke hujung November dalam kesibukan kerja dan berlatih lari ( 3-4 kali seminggu termasuk long distance run di hujung minggu), saat momentum tengah sedap berlatih berlari....lutut saya sakit pulak...diagnosed sebagai runner's knee. Sempat pergi physiotherapy 2x, kemudian awal December ke umrah 2 minggu. Balik umrah batuk-batuk sebulan..awal Januari berlari paling jauh pun 15 km..huwaaa...dalam seminggu(sepatutnya 2 minggu)  terakhir kena taper ( istilah mengurangkan km dalam larian untuk rehatkan muscle dan simpan tenaga). Masih rasa tidak bersedia, malah malam sebelum lari FM tu saya rasa macam nak DNS je hahahahaha pujuk hati sambil ambil gambar flat lay kelengkapan larian...as most runner do.Mana lah tak nervous, baru je runner's knee mula sembuh, dah nak lari FM.
Larian bermula jam 4 pagi pada 20 Januari lepas,kami menginap di hotel berdekatan , check in dan ambil race kit sehari sebelumnya. Jam 1 pagi dan bangun, bersiap2, kemudian 2 pagi bergerak ke race venue, sarapan ala kadar dengan roti, pisang dan saya pula ada beli multigrain Marathonbaker.

Excited sebab sebelum ni lari takat 21km je
Dalam jam 3 pagi kami dah berlegar-legar sekitar start lines sambil berlari2 anak dan stretching. saya dan suami tidak berlari bersama-sama sebab ini adalah kali pertama FM kami, jadi ikut je pace larian masing-masing.
Jam 4 pagi flag off.. 21km pertama looking good. Memang organizer dan bagi tahu elevation 450m...sekali lagi disadvantage  saya , kurang berlatih berlari atas bukit huwaaa....dalam masa 3 jam 15 minit saya dan seorang rakan menyelesaikan 21km...slow and steady je.. selepas km21, setiap signboard kami selfie sebab memang tak pernah lari lebih 21km hahaha...

yeay..30!

Kemain sahabat runner pakai costume CNY

Masa ni saya dah 32km..sahabat yang ini saya memang respek....Udin masuk half marathon. Kami dari group Virtual Runners Marathonbaker lah ,we encourage each other
Sampai ke km30 (5jam rasanya) saya beritahu kawan saya nak lari dahulu(kawan saya dah berjalan...saya pulak bila berjalan makin bonk rasanya). Sampai km 33 ada keropok lekor tapi serious tak lalu nak makan dah. Water station memang cukup...dengan air mineral..100plus..cuma di km17 dan 20 ada berlaku kehabiskan ari..havoc kejap lah dengan runners yang marah-marah..yelah dah la penat..haus..air habis... di km22 krew pantas menyediakan air (isotonic) di kawasan flag man sementara runner nak ke water station seterusnya. Mulai km35 saya berlari-lari anak sebab tak sabar nak habiskan larian..memang mental diuji sebab masa ni kita rasa mengantuk..penat..letih semua ada. Saya siap bungkus ais dalam plastik, dan berlari sambil tuam ais kat dahi, pipi dan peha . Daaaannn... yang paling syahdu...km 41 tu terasa jauh sangat finish line hahahaha....semua runners cakap mcm tu..dan akhirnya saya menghabiskan larian virgin full marathon saya dengan catatan masa 6 jam 53 minit.Alhamdulillah....saya dah bergelar MARATHONER. Waaaayyy longer than I expected ( saya target 6jam 30 minit), tapi saya akur lah sebab saya baru recover dari previous injury.... selepas ini kita berlatih lagi..dan elakkan injury sebelum event day. :)



Kawan lari yang kenal di FB...bersua juga akhirnya dengan Moon Salleh

Another MB squad member , Safwan. Dia dah lagi laju ni sebab sgt rajin training
Perasaan di finish line : gembira, syahdu, terharu, teruja sebab wow finally i made it! Lega juga sebab finish tanpa kecederaan serious..cuma lenguh-lenguh dan penat serta normal muscle sores yang reda lebih kurang 5 hari selepas event.
Kemudian....tunggu saya update next FULL MARATHON saya yeh?

Thursday, 1 September 2016

Kebaikan jogging dan manfaatnya kepada tubuh badan

 

 

1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


2. Berat Badan

Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simtom kemurungan.


5. Tidur

Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.


6. Tekanan

Jogging dapat meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja ataupun belajar.


7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. 


8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda. 


9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 


10. Otak 

Semasa jogging, darah akan membawa oksigen ke otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala kerja akan menjadi lebih produktif.


11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih halus.

Jom, pakai kasut jogging petang ni dan get,set, GO!

Wednesday, 31 August 2016

Kluang Climbathon di Gunung Lambak ( Lari dan Daki Merdeka) 31.08.2016

Hari-hari lalu gi kerja pagi2..mesti lalu melintasi banner event ni...dalam hati rasa mampu ke nak join sebab selama ni taking our own sweet time mendaki..tak pernah set masa lah pulak..kalau dalam event..ada cut off time bagi pengiraan mata atau kelayakan dpt medal finisher, bergantung kepada organizer. Ajak hubby join..hubby kata jom try...Kemudian daku hubungi organizer, katanya ni bukan race, tapi peserta dikehendaki menghabiskan larian/climbathon dalam masa 90 minit.Kalau lebih tak dapat medal. Congak2..huhu sebenarnya so far best time 120 minit turun naik puncak gunung Lambak.Organizer ckp..no worries..naik separuh je ni tak sampai puncak.. 2.2 km run/jog, kemudian 1.6 daki turun naik smpi checkpoint , dan 2.2 berlari/jog semula ke garisan mula/tamat tadi. Total semua 6km. Hari kejadian, organizer announce cut off time ditukar ke 120 minit .Yes!

Anggaran 1000 peserta yang join.Wajiblah posing duluan.

 
Flag off jam 7.15 pagi




 
Laluan jalan raya di celah-celah kawasan perumahan tapi jalannya lurus la.Nampak puncak Gunung Lambak dari kejauhan


 
Mulai off road , masuk ke jalan hutan menuju ke checkpoint seterusnya




 
Trail yang sempit, licin dan tidak rata memang mencabar..ramai jugak peserta tergelincir . Most pakai kasut sukan..jadi memang licin la...aku pakai kasut sukan sebab kasut hiking tu berat kalau nak buat lari dan sakit tapak kalau guna di jalan tar (kasut hiking adalah untuk laluan off road)
Alhamdulillah..finish! Hubby menamatkan larian jam 8.25 pagi ( 1 jam 10 minit), manakala aku slow sikit sebab asyik amik gambar kan hahahaha , 8.55 baru sampai ..(1 jam 40 minit). Dan ini adalah julung2 kali kami join event begini,berdua.



Suka betul dengan medal ni..sebab siap engrave tarikh..which is...my birthday! ) MERDEKA!

Tuesday, 2 June 2015

Fit Malaysia (Johor) 2015: Fit Run

My first participation in 5km marathon run! SERONOK!Crowd mmg ramai.Rasanya yang lari je dak 5k manusia x termasuk crowd yg dtg join aktiviti kat khemah2 pametan.Ada zumba...self defense..fitness zone ,pemeriksaan kesihatan dll.Ada 2 event utama pada Fit Malaysia Johor 30.05.2015 ni iaitu 10km run dan 5km run.Bagi peserta 5km run kami dilepaskan jam 7.50pagi.Daku manage to finish the run dalam 8.40pagi gitu...hihik .Jogging je sebenarnya.Takdelah lari beriya.Next time of course looking forward to join again!Adrenaline overload!Event ni dirasmikan oleh YB En.KJ.Beliau pun lari juga 5km .Tapi x aci sbb dia dari mula dpt baris depan hahahaha...boleh gitu ye ..

Dengan anak-anak murid...
Sebelum lari...with my sister .



Tengah lari pun sempat bergambar hahahaha

Finishhhhhh...






My students have fun doing zumba

Nampak macam senang...kalau aku buat,,tak bergerak kot hahahaha
Ok belanja gambar KJ sekeping from FB Fit Malaysia... nice job bro! First time i tgk menteri yang boleh berlari marathon seminggu 2-3 kali ikut event yang beliau join.Kipidap!eheh....