Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, 3 September 2017

Tahniah Malaysia!



 Harap masih belum etrlambat untuk mengucapkan tahniah!

Betul-betul back to back celebration untuk Malaysia tahun ini, sambutan kemerdekaan ke 60 tahun, sambutan hari Raya AidilAdha dan kemenang di Sukan SEA 2017. TAHNIAH!

Friday, 30 December 2016

Medal yang ini tiada edisi Virtual Run/Climb :D

Successful climber!Betapa berdebar-debar memulakan perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata, malam nya sebelum tidur berdebar-debar lagi.Esoknye bangun tidur bersiap nak summit, berdebar-debar lagi "adakah aku akan sampai ke puncak?"

Bila dah balik..semua tu rasa mcm mimpi pulak ...rindu!

Cuma succesful climber (berjaya ke puncak) boleh beli medal ni... tunjuk sijil masa nak beli. :)






Wednesday, 5 October 2016

Cuti-cuti Kuching, Sarawak Part 3 :Last Day

25.9.2016...last day already !Kejapnya! Anak-anak dah mula attach dengan Uncle Mizi depa...kawan hubby yang memang bermastautin di Kuching ni...

Berpeluk2 dengan uncle dan wifenya , macam tak mau balik...last day, selepas checkout, kami melawat Gunung Santubong dan Kampung Budaya(tak masuk pun..next time._, kemudian ke pantai Santubong ( semua dekat2 satu kawasan)..sebelum minum petang dan menunggu departure jam 9 malam...lepas minum petang, uncle Mizi bawa pusing2 ke satu mall ni...alahai lupa pulak namanya)...cuci cuci mata, sangkut pulak baju kids 2 pasang hehehe...

Mee kolok goreng plus roasted chicken and wanton.

Nama kedai ni SRC...kat Waterfront mall..bawah hotel...kami lunch di sini...

Tumpang main mewarna sementara menunggu Uncle Mizi jemput


Kemudian ke Pasar Satok/Medan Niaga Satok


I am not a fan of terubuk...hmm..jangan tanya rasa dia hahahaha..hubby beli utk mak..

Kemudian ke Santubong.

Ok..next wish list untuk hiking!

Minta masuk area depan ni untuk bergambar je...kalau nak round semua RM60/adult, RM30/kid.



Group pose.Baju biru wife Uncle Mizi, tudung putih tu kawanku, ajak dia sebab kesian tgk dia sorang2 nak tunggu departure 8pm...

Suka betul main tangga.

Pantai Santubong...air surut...tgh panas terik jam 3.30 petang.




Makan makan time...minum petang dan makan petang.

Mee kolok with soup

Terima kasih kepada sahabat suami, Uncle Mizi dan isterinya....yang bersabar melayan peel anak2 angkat beliau hahahha

Orang nak makan...anak berdua ni sibuk nak menulis ( berebut kertas nota)


Lupa pulak nama mall ni..tertarik dengan arca 3d ni...
Bersama uncle Mizi dan wife nya ..

Boarding & departure..selamat tinggal Sarawak...nanti kamek datang lagik jenguk kitak!
Insya Allah ada rezeki..ke sana lagi ...amin...


Friday, 30 September 2016

Cuti - cuti Kuching,Sarawak Part 2 : Crocodile Farm

Perkara yang paling disukai anak-anak bila ke hotel, wajiblah mandi manda....


Kemudian, esoknya, sementara sy berkongres, mereka semua telah meninggalkan saya dan pergi ke taman buaya! Tak aci sungguh..huh!...hahah..






Anyway, tak banyak gambar sebab kebanyakannya diambil through video..suka anak-anak tengok buaya semasa diberi makan(feeding time) sebab biasa tgk kat zoo buaya diaaaammm je...


Sedikit info Jong's Crocodile Farm : link website di sini.

-terletak di Siburan, kira-kira 20 minit dari bandar Kuching.
-mempunyai muzium buaya dan taman burung/taman haiwan
-feeding time jam 11 pagi dan 3 petang...

Berapa bilangan buaya tak dinyatakan pulak dalam website nya...



Wednesday, 28 September 2016

Cuti-cuti Kuching, Sarawak Part 1: Arrival, Kek Lapis, Kongres

Mini vacation kami 2 dalam 1...sambil mama menyertai Kongres, sambil anak-anak dan abahnya ikut bercuti...

Flight bertolak tepat 8.45 malam(22/9/2016) dan arrival di Kuching International Airport jam 10.25 malam. Sampai di airport, kami dinner sekejap di Sugar Bun ( lamanya tak makan di Sugarbun, last berada di Kuching tahun 1989 hahahaha lama kan...sebab sy anak askar, dulu pernah menetap di Kuching). Kemudian sahabat hubby jemput kami dan terus ke Waterfront Hotel, Kuching.

Seperkara nak kongsi di sini, tiket flight utk 3 orang ( suami dan anak-anak) sepattnya berharga RM886.00 return, tetapi sy redeem BIG Airasia point, maka dapatlah dikurangkan ke RM250.00 untuk 3 orang return. Dapat jimat kat situ, nanti duit lebih buat beli kek lapis dan terubuk masin yeeee hahahahaha... Pada asalnya sepatutnya saya seorang sahaja ke sini, tetapi suami setuju untuk ikut sama bersama anak-anak...alhamdulillah.

Picture captured by Eein, anak sulung saya...hehe..bergegar .
Keesokan paginya, sy mendaftar bagi Kongres dan mulai berjumpa dengan sahabat-sahabat sekelas, ada yang dah 12 tahun lepas graduate, inilah baru jumpa balik!

Dr Chuo, rakan sekelas tahun 1999-2004, kini Presiden Persatuan Veterinar Sarawak...cayalah!
Semasa pendaftaran, ada kaunter jualan kek lapis dan beg anyaman Penan Women...cuci mata dulu.....iman belum tergugat sebab baru 1st day..hahahaha




Selesai register, ada Annual General Meeting (AGM) tetapi sy bukan ahli maka , berjalan-jalanlah kite..sementara menunggu dinner rasmi malam nya.

Dari Waterfront hotel, kami berjalan kaki kira-kira 10-15 minit sebelum sampai ke jeti di depan Hotel Hilton. Kalau salah jeti, nanti jauh pulak nak menapak ke area Kg Boyan/Kg Gersik iaitu tempat kek-kek lapis, food court dan restoran.


Menaiki bot penambang ke seberang sungai...RM0.50 /pax sahaja one way.


Sampai di jeti seberang, berjalan ke arah kanan, dalam 200 meter akan nampak kedai Kek Lapis Mira dan Kedai Kek Lapis Warisan, manakala Kedai Kek Lapis Dayang Salhah pulak agak tersorok, kira2 400 meter dari jeti. Kami pilih untuk ke Dayang Salhah.

Tudiaa...macam hidangan kuih muih raya... boleh sampling(rasa)sepuasnya dan kemudian decide lah nak beli yang mana.



Ada kakak tengah buat kek..kata adik.
Done...banyak yang orang kirim ...hahaha tapi limited due to luggage capacity...

Jam 6 petang, kami singgah dinner di Barok Village, kalau dari jeti kira2 - 200 meter ke kiri.

Ayam pangsuh - kombinasi rasa seperti tomyam dan sup ayam.

Nasi kambing ketok(penyet). Asalnye nak order mee kolok/kolomee tapi belum siap  ..huhu takpe2..nanti kita hunt kolomee.
Kucing mata satu yang sangatla nakal..mengejar kaki orang . Bagi makan ayam baru dia behave.

Waktu balik, saya baru teringat nak ukur jarak sebenar jeti ke hotel kami...Hampir-hampir terlewat ke Fraternity dinner,aka makan malam pembukaan majlis kongres, sebab jam 6.40 petang saya baru nak melintasi sungai!Sampai di hotel, kawan2 maklumkandinner ditangguhkan ke jam 7.30 malam..alhamdulillah sempat join...


Jarang-jarang dapat berkumpul seramai ini...hampir 1/4 dari jumlah keseluruhan kelas hadir! :)