Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, 29 October 2020

Kluang-Batu Pahat-Muar- Melaka 276 km return (23-24September 2020) Part 1

Maka berkelana lagi lah kami...mula nya risau juga takut sebab covid ni kot ada macam-macam syarat ke..tapi setelah study, yang ada syarat etc cuma di Perlis (kena minta kebenaran pihak polis). Bagi negeri lain yang tiada PKPB atau PKPD boleh ride tak kisah berapa orang  janji follow SOP..(terbaru untuk PKPB tidak boleh lebih 10 orang untuk sukan tiada kontak seperti lari dan berbasikal) . 

Persediaan bermula sebulan sebelum tarikh yang dirancang. Iaitu cari peserta ( di kalangan kawan-kawan je). Bab plan route saya serahkan kepada incik suami dan kawan2 lelaki nya...manakala saya bertugas untuk plan /booking tempat menginap dan jadi bendahari jaga duit makan hahahahaha . Selain tu juga kami hire seorang sahabat yang membawa kereta untuk jadi support crew @ marshal. Perjalanan jauh tidka boleh dijangka, macam-macam boleh jadi ,so kita sediakan payung sebelum hujan. Sahabat suami, Cikgu Haziq sudi follow kami untuk trip ni as support crew. Dan juga undang-undang jalanraya mesti dipatuhi ya..kami riders berhemah..kat trafik light merah mesti berhenti! hahaha bukan apa, sekarang ni entah kenapa ramai nau geram dan marah2 tengok geng berbasikal..padahal kami bukan merempit pun..ruang yang kami ambil di jalanan pun kecik je, sama macam laluan moto je kan...lepas tu mungkin mereka ingat yang berbasikal ni anak-anak remaja gamok eh...maap..kebanyakan kami ni mak bapak orang daaa...kami juga pengguna jalan raya..bukan tak pernah drive kereta pun kann , insya allah ikut peraturan.

 

The gang : Ijad, me, my hub,  Cgu Linda, Cgu Zul dan anak muda ... Asyraf aka Acap (memang selalu panggil anak muda sebab dia paling muda )

 Kertea semua tumpang parking di pejabat saya, dan kami bermula dari Ayer Itam. Kemudian kami mengayuh melalui Batu Pahat untuk ke Muo.

 

Lupa di mana..somewhere in BP kot ,sarapan dulu lepas 20km mengayuh


Tayar basikal ku pancit masa ni baru 35km perjalanan..sebelum reach BP Mall.Dugaan..nasib baik ada 2 orang heroes.

Sampai Muo, lunch time! oh ye trip ni kan macam trip jalan-jalan cari makan.. :)


Masuk daerah Muo ..jarak perjalanan dalam 75km dari starting point. Jangan percaya sangat ini dua orang, posing memang over. Diorg bersiul je sambil kayuh tak penat pun.

Seorang lagi support crew yang cemerlang..Jidin. Kami take 15minutes berehat sambil membasahkan tekak dgn bekalan air yang dibawa.

Cgu Haziq, the best marshal!


Penat-penat layan caffein fix ..memang sedap!


Alamak saya lupa di mana lokasi ni..tapi tak silap macam jalan ke Bukit Rambai

Sampai ke A Famosa jam 3 petang..

Lebih kurang 135km perjalanan...puassss!

Cendol..cendol...area dekat2 A Famosa.Nama kedai jangan tanya..lupa..hahaha

 

Alhamdulillah kesemuanya selamat sampai dan tiada masalah yang membimbangkan...jadi petang tu kami check in , rehat , dinner dan tido sebelum pulang semula keesokkannya...

Friday, 7 April 2017

Zoo Melaka - The unplanned trip

Ada urusan di Bangi/Seri Kembangan pada 6 April ,lepas tu memang plan asal terus balik je keesokkannya (kami tidur di Bangi Gateway Hotel-booked by Agoda RM90 je).

Then ternampak iklan /banner Farm in The City, Aisy tanya tu kat mana, kami cakap kat KL ni lah..lepas tu dia diam. Tak minta nak pergi, dia sibuk bergurau dgn kakak nya (sbnrnya bergasak dalam kereta hahahah)...tapi bila anak dah tanya, maka mama nya google la..oh..kat Seri Kembangan je ..tengok harga tiket RM116.00 untuk 4 orang ( 2 adults, 2 child). Kemudian buka jam 10 pagi. Then hubby ckp, why not kita pergi Zoo Melaka je...on the way balik. Kalau bertolak dari Bangi jam  pagi mcm tu, dah sampai kat Zoo kul 10 pagi...

Kalau nak ke Farm in The City kena tggu lagi farm tu buka..so jam 8 pagi selepas sarapan ( not included in hotel) , kami pun bertolak lah pulang ke Johor, memang lalu pun Zoo ni kan. Dan harga tiketnya pun sangat la berpatutan, tak mahal sangat ( RM17.80 dewasa, RM7.10 kanak - kanak bawah 12 tahun - harga untuk mykid /mykad holder). Total baru RM49.80 utk 4 pax.Jimaaattt hehehehe...memang tepat jam 10 pagi kami tiba di sini.

Beg hiking juga pilihan hati...senang nak bawak air minum, beg duit hp etc. Kalau handbeg, senget bahu bawak 2 x 500ml air mineral.Kita hike dalam zoo ye
Jangan terpedaya dengan senyum manisnya.kat entrance parking dia dah merengek2 nak topi lah payung la...confirm lah mahai. RM10 seketui. Padahal harga kat Mr DIY agaknye RM3 hahahahaha

Cuaca redup sebab pagi lagi..tambahan banyak pokok-pokok melindungi cahaya matahari.


Sukaa...lepas bebas ye... orang pun tak ramai

Macam faham je baca peta














Seikat tebu dalam RM5 .. kalau takde tebu gajah tak mai dekat ^_^









Monyok je..hihi bad mood ke?

Ni kat entrance tapi aktif sangat asyik turun naik batang pokok..tak boleh nak ambil gambar betul-betul
Jam 11 pagi.selesai kami round satu zoo :), time to go home! Jauh lagi perjalanan nak ke Kluang ! Secara keseluruhan, saya dan keluarga sangat berpuas hati datang sini... saya bagi 4 bintang dari 5 bintang! Suasana yang kondusif, haiwan semua nampak sihat dan nampak relaks, nampak happy masing-masing (datang time makan pagi hahahah semua sibuk makan), capibara pun tayang punggung je sebab sibuk makan. JAlan-jalan...dongak atas, memang ada gibbons/ungka/ monyet/beruk semua duk lepak atas pokok ( tanpa pagar!) tapi mereka tak kacau orang! Maybe yang di dalam cage tu sama ada comel sgt takut org usik, ganas atau dia usik orang kalau dilepaskan . Berbaloi datang sini wpun unplanned, tiket pun berpatutan . Sekian...

Wednesday, 17 August 2016

Nasi Ayam Nadia, Alor Gajah

Balik dari Gunung Datuk bulan Jun tu ari(hahahah baru teringat nak update)...hubby ajak singgah ke port makan masa zaman uni dulu...kedai nasi ayam...Portion nya besar..harga tak ingat pulak berapa..kalau tak sebab kelaparan baru turun gunung..rasanya aku tak boleh habis makan nasi ni hahahaha....memang sedap..paling win sambal dia...kalau nak cari..

Ini je gambar yang ada...hahahaha...adoi rasa lapar pulak lepas tengok gmbr nasi ayam ni


Dan sedikit view kedai dari google : kredit kepada owner blog di sini.Kedai dia biasa - biasa je...



Wednesday, 10 August 2016

Mahkota Hotel, Melaka

Lama tak update tentang hotel...

Sebenarnya dah lama dah pergi ke sini..sebab ada kursus anjuran UTHM. Dalam bulan Oktober 2015 rasanya...tiba - tiba baru teringat nak update..semoga bermanfaat. Dapat bawa family sekali...tapi nak kata adventure tu takde lah sgt..2 hari je dan banyak memerap kat bilik kuliah/meeting ..sementara hubby layan anak-anak kat pool dan playroom. 

Gambar yang diambil dah delete lah kat hp,memory full..so google je..lebih kurang gini la Deluxe Apartment Room. Kos RM250/night (rate masa tu..sekarang mungkin dah lain kot).



Anak-anak lah yang paling kesukaan..mak terperap buat kerja dari pagi smpi malam woohh hahahaha



Tuesday, 1 April 2014

Outstation: Hotel Marvelux, Melaka

Been here on December 2013...hahaha baru nak update sebab baru teringat!

4 hari 3 malam di sini weh..untuk bengkel (urusan kerja).Agak dekat dengan Mahkota Parade.Tapi kena naik kereta jugak lah.Since driver jabatan hantar kami dengan bas..so kami di sana tak ada kenderaan...bila nak keluar, tempah van hotel ....

Gambar dari Trip Advisor lagi lah ye.... room rates, tak sure sebab HQ yang tempahkan...korang leh check sendiri kat website hotel ni atau call je :).

Gambar dari Asia Hotel Website

This photo of Marvelux Hotel is courtesy of TripAdvisor
This photo of Marvelux Hotel is courtesy of TripAdvisor
This photo of Marvelux Hotel is courtesy of TripAdvisor
This photo of Marvelux Hotel is courtesy of TripAdvisor

Review: Just nice...selesa tapi tak mewah lah sebab ni hotel 3star.View bilik ada yang menghadap construction site dan ada yang mengadap jalan raya.Memang depan hotel ada pantai tapi jauh, perlu melintasi construction site baru dapat tengok pantai :)...mungkin bila construction dah siap...pemandangan akan jadi lebih cantik...


This photo of Marvelux Hotel is courtesy of TripAdvisor


I give 3 stars out of 5 stars for a stay in this hotel...