Monday, 30 April 2018

Monday, 16 April 2018

Iskandar Puteri Night Marathon - 21km (14.4.2018)

Akhirnya event yang ditunggu tiba... ada pahit manis dalam event ni ya...

My weapon untuk larian...

Hujan otw, kami bertolak sebelum asar kerana aim nak parking di Masjid Iskandar Puteri, boleh jalan kaki je ke starting line, kalau tidak, kena park di Putri Harbour dan naik shuttle bus ke dataran.
Selesai solat Asar, nothing to do, kami berjalan-jalan sekitar dataran melihat gelagat manusia..

dan ambil gambar di board,tgk nama masing-masing di papan ni.

Nasibla orang pangkal nama huruf Z hahahaha

bawa kawan ku, Ain yang akan melarikan larian half marathon pertama beliau.. )
Menunggu flag off jam 8.25 malam

with kak Dyna and her friend

Kawan-kawan hubby yang sempat berjumpa di flag off
           Permulaan larian, agak smooth , flag off ada bunga api bagai..kemudian selepas km5, disaster struck. Water station kehabisan air(eh bukan habis..tak ada air!). Sepatutnya di km10 ada air dan isotonic drinks, tetapi pelari yang kehausan semuanya hampa dan mula rasa keletihan sebab dehidrasi. Saya bawa air, sy offer pada suami dan kawan beliau tapi diorg mula minum di km15. Pelari berharap ada air di km15, pun sama, tak ada air!

             Ngam-ngam km18, air yg saya bw  habis. Dan di KM18, kelihatan botol-botol air bersusun tepi jalan, ada yang bergelimpangan, rupanya lori hantar air, meletakkan (campak?)botol2 air di tepi jalan. Bila baca FB dan IG, ada pelari yang kata, lori tu campak je air. Fuh..memang ramai keletihan dan kehausan. Tetapi ada semangat yang timbul..semangat bantu membantu...runners yang dapat botol air, akan susun/dirikan botol air elok2 atas divider untuk diminum oleh pelari seterusnya..soal hygiene letak tepi....minum bergilir-gilir..saya sambil berlari ,selepas meneguk air, pun pass botol ke belakang tanpa melihat siapa yang sambut..begitulah seterusnya setiap pelari...

          Cerita selanjutnya boleh tengok dan baca di hashtagIPNM 2018, rata-rata pelari marah dan kecewa dengan situasi begini..memang bahaya berlari jarak jauh tanpa air. Itu kami yang 21km, pelari 42km lagi kesian...di km30++ baru mereka jumpa air(minum air pertama di km5..).Apapun saya tabik semua runners yang gigih menghabiskan larian despite the disastrous condition. Fb penganjur jgn cakaplah..penuh kecaman dan makian pelari yang marah.

Usai event, penganjur membuat kenyataan maaf di FB dengan alasan ribut petir petang tadinya menyebabkan air tidak dapat diedarkan...huhu..oklah malas nak komen... jangan sampai ada pelari yang mati atau cedera sebab dehydration baru nak terngadah ya...harap organizer lain ambik iktibar. Result untuk 21km pun ada kekecohan, sebab ada runners yang sesat (ditunjuk jalan yang salah oleh marshall).

Medal cantik..tapi memang hazab lah larian kali ni....ada pelari yang kecewa, rename IPNM as Iskandar Puteri No Water Marathon! Serik? tidak lah serik... ada event lain lagi boleh sertai...hahaha..langit tak selalu cerah, mendung tak bererti hujan dan tak semua events tak de air minum kan?
Family and friend.Misi 5,10 dan 21km berjaya walaupun ada kekecohan

Terima kasih encik hubby pacing saya dari mula sampai habis ( kesan dari injuries sebelum ni, saya berlari-lari anak sahaja janji habis..no PB recorded)
 



My official timing :


Saturday, 7 April 2018

16km unlocked for 2018 :)

Tahukah anda ini pertama kali saya run untuk 16km walaupun last year dah lari 21km ..hahahaha sebab masa saya lari half marathon last year, mileage saya paling tinggi adalah 12 km terus lompat ke 21km! mujur tak injured...

Untuk event half marathon tahun ini, saya increase mileage slowly ..dari 5km beransur-ansur ke 10km..ke 12km..15 km..dan 16km.Minggu ni berehat sebelum event seterusnya pada 14hb nanti...maybe buat 2x short runs dah cukup minggu ni. Cabaran paling berat adalah plantar fasciitis saya yang belum pulih sepenuhnya...huhu...saya janji akan rehat selepas 14 April ni hehehehhe...

we trained together, we run together. :)

Sunday, 1 April 2018

104km

Mileage untuk bulan Mac adalah 104km..yang mana merupakan satu achievement bagi saya ( biasa saya run 50-60km sahaja sebulan). Jatuh cinta dengan long run, iaitu 10km ke atas, lepas ni ingat plan nak masuk events 10km above sahaja...lagipun harga tak jauh beza dengan event fun run 5-6km. Di bawah rekod strava saya... saya menggunakan apps Garmin juga tapi ada masa-masa run saya tertinggal pula jam Garmin di rumah so terpaksa lari bawa hp :). Tapi tak masuk events pun tidak mengapa, boleh je lari sendiri.