Showing posts with label Gunung Lambak. Show all posts
Showing posts with label Gunung Lambak. Show all posts

Saturday, 1 February 2020

Gunung Lambak 2020

Lama tak menjengah Gunung lambak...makan masa setahun kot..hahaha..terdetik nak ke sana, di hujung minggu baru -baru ni, selesai sarapan bersama anak-anak ( suami pergi cycling), saya bawa mereka hiking separuh Gunung Lambak. Walapun mereka dah pernah ke puncak beberapa kali tapi sebab kurang nya hiking dalam setahun tu maka kita santai-santai jelah ye...rilek rilek watlek watpis orang muda kata.... :)


Sarapan di Rail Coffee Taman Sri Impian, Kluang



Mereka teringin mencelup kaki..haipp..tak boleh..basah kasut nanti :D


Saturday, 3 March 2018

Hiking with friends

17 Februari 2018(saturday)

Hiking again..this time..in the afternoon! Sepatutnya saya start mendaki jam 10 pagi tapi ada urusan tak dapat dielak..saya minta kak Dyna naik dahulu dan janji bertemu di puncak... saya start hiking jam 12 tengahari dan reach the top 12.55pm  then turun semula bersama kak Dyna , adiknya, dan Naza( geng Berlumut dulu) . Then,usai aktiviti kami mengopi kat Railway Coffee :) lain kali kita naik 2 puncak atau pokok besar ye kak..tak sempat nak fulfill permintaan akak that day.





Saturday, 20 January 2018

First Hiking in 2018



Oleh kerana tak boleh berlari 2 minggu ini..duk fikir-fikir apalah nak buat ya..

Nak cycling basikal statik - boring pula...
Bodyweight exercise pun terasa boring juga ..hehehe padahal dah lama tak buat.

So yesterday, hari ke15 berehat, decide to start hiking again..risau juga pancit sebab dah lama kot tak naik gunung, almost 2 months...tapi bila dah parking kereta kat kaki Gunung Lambak dan sarung kasut hiking, yess... i feel at home!Saya mengambil masa 49 minit semalam untuk sampai ke puncak. Not my best time, but hey not bad for an auntie & injured one that is! Aktiviti hiking boleh dikira sebagai terapi dan mengekalkan stamina since saya tak boleh nak berlari(untuk mengelakkan plantar fasciitis menjadi lebih teruk). Melalui hiking, lebih kepada brisk walk(berjalan cepat)  dan memanjat... looking forward to hike again soon! Mula-mula rasa malas, rasa tak larat..dah sampai puncak, terus plan nanti nak datang lagi hahahaha...(gara-gara kena rehat dari run ye...)

Not my best time..my PB was 39 minutes :)
Cuma satu lah nak tegur hikers muda mudi ni..20an agaknya umur mereka..

1.satu group remaja ni....tak pakai proper attire - selipar jepun & jeans. Memang menyumbang kepada kecederaan kalau terpelecok selipar tu. Jeans..ouch..tak melecet ke peha tu?Kaki nak pakai lama dik...
2. satu group remaja yang tak bawa air, end up sy bagi sebotol air saya kepada a group of them(saya bawa dua sebab saja nak beratkan beg).Kalau mendaki lepas subuh tak minum air mungkin ok, tapi semalam saya mendaki jam 10 pagi dan turun jam 12 tengahari rembang tu. Bawalah air wahai adik-adik....kalaupun awk tak minum, awk boleh tolong orang lain yang kehabisan air ke?

ahh..nampak nya perangai auntie sy makin ketara..membebel je ye..sorry..hahaha bukan bebel di blog je, dua group remaja ni saya bebelkan ( nasihat je )...ok bai..take care!

Ada nampak mummy happy??

Saturday, 21 October 2017

Relive! Morning hike at Gunung Lambak, 20 Oct 2017

Love this apps! hahaha..heck..I'm crazy about this apps.. sorry ter over excited :) sadly i only know its existence after all my mountains climbed..kalau tak boleh rekod semua hiking guna apps Relive ni...Relive is a free apps, but as it is free, only 3 most recent hike or run will be saved, it will auto erased after new videos made. You can go premium ( paid) if you want more upgrade.

Cuma kadang-kadang rasa pelik dgn Strava dan Relive ni..Gunung Lambak berketinggian 510 meter, tapi dalam ni catat 382 meter sahaja. Semput juga dah lama tak mendaki Gunung Lambak.. last daki sebulan lepas :) . Nampak tak dalam relive tu saya jalan gigil gigil hahahahaha ^_^

Wednesday, 6 September 2017

Mendaki Gunung Lambak kali ke.... ^_^

Mendaki dengan anak-anak, 4 September 2017. Last day cuti sebelum bersekolah semula.... jarang - jarang bawak diorg ni..first time mereka sampai ke puncak, last year! hahahaha... punca sebenar nak mendaki? nak try headlamp mama & abah! ( yesss..kids memang suka main lampu-lampu nih...) asalnya nak naik separuh je..then diorg pulak teruja nak mendaki hingga ke puncak. Alhamdulilah, sampai puncak dalam 1 jam 20 minit..(start mendaki 6.50 pagi, smpai puncak 8.10 pagi)

See..told ya







Kakak sampai dulu..dia menang katanya ^_^


Ini nenek tau...nenek gagah naik gunung lagi..lupa tanya nama..i think she is in early 60's
dia main tabur-tabur bunga pulakkkk



Mereka kata, tak penat pon..boleh daki lagi..hahahahadei

Sunday, 9 July 2017

Breaking own record!

Masa terpantas untuk saya mendaki ke puncak Gunung Lambak sebelum ni adalah 46minit.

Semalam, berjaya mendaki dgn tempoh 39 minit!

Hiking is not a race yea...saya saja suka - suka untuk menguji diri sendiri :). Bila balik..sengal2 juga rasa kakiku ini...heheheh..

Dan agak rare, otw ke puncak, nampak seorang misi siap beruniform mendaki gunung! Cayalah! Katanya baru balik kerja...terus hiking..fuiyohhh!

Salute!



Friday, 30 June 2017

Ramadhan Hiking... 17 Jun

If you can climb Gunung Lambak,you can climb other mountains.Get that?
(Baca dgn slang aunty patrin yeah) ^_^







Tuesday, 30 May 2017

Mendaki Gunung Lambak sebelum berpuasa :)

Semenjak kebelakangan ni memang hari-hari hujan. Kadang-kadang pagi, kadang2 petang. Memang dah janji nak naik Gunung Lambak dengan adik ipar (brother in law- BIL), biras,dan juga Kak Dyna dari JB. Hujan turun dari pagi membawa ke petang, akhirnya lepas solat jumaat, nampak mcm renyai-renyai...hasrat diteruskan jua..standby raincoat nipis .

with Kak Dyna

dalam 17-20 minit, sampai ke separuh gunung

by BIL dan wife nya, sedang membuat program weight loss. BIL dari 105kg telahberjaya mencecah 88 kg dalam masa 4 bulan. Biras sy pula dari 85 kg, dah turun ke 76 kg. The key? jaga makan, dan bersenam.


Hiking with family is the best!Ini kali kedua mereka ke Gunung Lambak
While waiting for them , lagi 400m nak ke puncak



View di puncak Gunung Lambak, biasa - biasa aje...sebab cuma nampak kawasan perumahan dan kilang2...kebanyakan dilindungi belukar/pokok2. Kalau lepas hujan maybe boleh dapat awan karpet sikit


we all made it! Selamat berpuasa!

Monday, 3 April 2017

Hiking alone..but alhamdulillah I've got friends everywhere!

Aktiviti pada 1 April baru - baru ni...komuniti pendaki Gunung Lambak memang semua peramah..so literally saya tidak lah hiking alone, bergerak seorang yes, tapi sepanjang pendakian mesti berjumpa sahabat :)..samada yang kenal lama atau baru kenal.

Sahabat yang ini bakal mendaki Gunung Pulag minggu ini...all the best! nak ikuttt huwaaa

Gunung Lambak... saya punya hari tu ( tak de orang sangat hahahah)


52 minit masa diambil untuk ke puncak. Still not beating my best time 46minutes!

Maybe i have to stop posting about Gunung Lambak ^_^ .. but definitely not stop going!

Friday, 31 March 2017

Gunung Lambak Mall

Baru teringat nak cerita betapa sesaknya Gunung Lambak masa hari cuti keputeraan sultan Johor baru - baru ni ( Khamis, 23 Mac 2017),tak pernah lagi sepanjang 2 tahun melambak ni...pusing2 lebih 10 minit cari parking! hahaha...lagi pula di kaki gunung ada kolam renang kanak-kanak dan playghround, jadi mungkin ramai datang utk short getaway di sini...
First time saya terpaksa parking di luar pagar hahahaha




Yang ini group dari JB, dalam 60 orang kot.

Love the lady's t-shirt ..THINK LESS, LIVE MORE







Saturday, 11 February 2017

Weekend activity..yep you guessed it right!

Beginilah jadinya bila pelari..bertukar menjadi..pendaki :)...bulan Februari tak banyak event, ada je virtual run tapi tahun ni agak selective , tengok pad ayuran ( makin lama makin mahal pulak rasa hahaha) dan juga keunikan medal tersebut...

Jom layan hiking!Kali ni kami berempat!Banyak sikit gambar, semua dok snap snap hahaha

Kak Dyna, me , (first time jumpa)Cikgu Rox & Bion





Acara terakhir...makan-makan
Nice meeting you all...memang seronok dapat berkenalan dan berkawan dengan rakan yang sama minat,dari pelbagai bidang & walk of life :)