Showing posts with label Riding. Show all posts
Showing posts with label Riding. Show all posts

Thursday, 10 September 2020

Kayuhan Grand Fondo lagi...JB(Anjung)-Tanjung Piai-JB:117km

 Yess...misi diteruskan..hahah syiok pulak ber grand fondo ni baru lah puas berbasikal..misi kali ini disertai oleh kenalan baru, kawan kepada adik ipo(Ijad) iaitu Harif. As usual, i am the rose among the thorns hehehehe 


Kayuhan bermula di Anjung, bergerak menuju ke Pekan Nenas,kami berhenti di warung masjid Pekan Nenas(sebenarnya tu warung makcik husband :)). Kemudian semasa sarapan, hujan renyai renyai mulai turun...ok lah kami smabung borak2 jap..then..eh..hujan ni renyai tapi tak berhenti..kemudian kami decide berkayuh la jugak..hujan pun hujan la.....

 

CP pertama: sarapan duluuuu
Nothing will never go wrong with nasi lemak!


Kayuhan diteruskan, yang seronok, walaupun dari JB ke Pekan Nenas banyak trafik light, tapi perjalanan selepas pekan nenas memang lurussss je smapai ke Tg.Piai. Utk saya yang baru lagi memakai cleatshoes, memang kena hati-hati di area  traffic light atau simpang. Lambat uncleat...nanti dapat la jatuh tak pernah cerdik akak jatuh bodo.

Alhamdulillah...Sampai...lencun semua!



Berhenti di kedai Kopi Tenggek..ngopi....



Selesai ngopi..kami sempat tumpang peloton riders dari JB...dalam 10km camtu sebelum berpisah ke jalan masing-masing...


Ada dalam 20 orang masa ni..tumpang curi angin jap..hihi

Basikal Ijad kebocoran...otw balik..di area Penerok,lagi 40km baki kayuhan....Asam garam dunia basikal

Peta Strava :)..where to next trip?




Monday, 10 August 2020

Riadah bersama sahabat ;)

 Dalam minggu ni saya kena selesaikan mileage virtual ride saya jadi saya bawa MTB ke pejabat. Then saya cycling lepas jam 5petang :P. 


9 Ogos, berdua je dengan Gee


Kemudian esoknya 10 Ogos, bertambah meriah sebab ada yang join jogging....



Rindunya nak ride jauh-jauh sikit...mampu ini sahajalah dek sebab kebizian kerja, curi-curi masa petang sebelum fetch anak balik sekolah agama, kita ride duluan....

Saturday, 28 March 2020

Stay at home: Mengayuh di rumah dengan ZWIFT

Later saya cerita ya tentang ZWIFT :)

Keperluan :

1. Basikal ( MTB/Roadbike atau apa2 basikal yang boleh sambung ke bike trainer)
2.Bike trainer ( range RM250.00 - 10,000.00)saya punya yang paling murah lah tu hihihi..sempat beli sebelum PKP/MCO
3.Speed sensor ( untuk letak kat tayar belakang)
4.ZWIFT apps ( ada free trial 25km)

My Bianchi yang dah sambung ke Deuter bike trainer.


Additional

Air minum yang mencukupi
Tempat yang well ventilated
Kipas angin untuk mengeringkan peluh :)
Skrin tv atau pc atau laptop ( kena ada ANT+ dongle utk connection)

Sebelum ni saya berkayuh with trainer dan connect to cycle computer tapi rasa lemau..malas dan berat kaki hahahaha...then dapat tahu pasal apps ni dan kita try...wow..great fun!! walaupun tak lah sama mcm kayuh kat luar tapi boleh menghilangkan kebosanan mengayuh di rumah tu hihihi....



saya guna screen hp je

Sempat kayuh kat London wehhh hahaha

Sunday, 15 March 2020

Setelah dua bulan tak berkayuh

Strava perli baeekkk punya...harder than your relative effort hahahaha...sabo je!




Bersyukur masih boleh keluar ngeteh....

Monday, 27 January 2020

Monday, 15 July 2019

Berbasikal ke Felda Linggiu



Awal berbasikal, kekok pula rasanya sebab MTB ada gear..bila tukar gear ..kelekuk./kelekak..kadang2 gear tak masuk..hahahaha .. kita try test cyclingd ari Bandar Tenggara pergi Felda Linggiu ya...dulu hubbyku dan family beliau menetap di situ dari zaman sekolah rendah ke habis sekolah menengah

Saturday, 13 July 2019

New Hobby ( tambahan kepada yang sedia ada....hahahaha)

Kenapa cycling pula? Sebenarnya dah setahun lebih berazam nak berbasikal tapi belum betul-betul rasa perlu. Lately, berlari dna hiking membuatkan kami berdua injured ( plantar fasciitis, runners knee), jadi akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli basikal MTB sebagai salah satu cross training . Jadi sebenarnya kami berbasikal untuk berlari...ada faham? :) why? sebab berbasikal ni menggunakan muscle yang sedikit berbeza dari larian tetapi ia boleh digunakan sebagai tujuan recovery dan mengekalkan stamina...insya Allah semoga kami istiqomah...