Showing posts with label Long runs. Show all posts
Showing posts with label Long runs. Show all posts

Tuesday, 5 March 2024

Desaru Half Marathon 2024:2 Mac 2024


Pembuka event tahun ni dengan bukit-bukit dragonback dari km7 sampai habis . Dah redho kalau tak PB bila melintasi berbijik2 bukit kat sini . Duk fikir janji finish je. Dah la kena scam dgn encik somi, mlm tadi dianya siap drama sakit perut la perut angin la, konon nak lari sama2 smpi km 10 ke pastu kite kena tinggal awak oi... Ha...akak yang nak "berangin" kena tinggal... tapi teruskan jugak la xkan nak majuk kan.


🫢. Drama kena tinggal sungguh ni 😆. Pastu berkejar2 dgn pacer 2:30H lagi sebab tak nak pacer tu potong kita wakkk...Anyway i survive, alhamdulillah , nak kata PB ke tidak entah la sebab ikutkan under distance kalau ikut jarak route ni . (Timing sebelum ni 2jam28min++) Takpe next time cuba lagi..gambatte! Tetap bersyukur sebab dapat buat sub 2 hours again! Terkejut hakak daki bukit bukau desaru nih....Jap lagi kita pau encik somi kite yehhhh😆.
Tahniah juga kepada kawan2 yang join ya... Strong finisher semua! 💪💪 #bestrongerthanyourexcuses #runningmom #runningmomma #fitnesslife #getupandgo #runningmotivation #runningmomanddad

Monday, 28 August 2023

Iskandar City Half Marathon: 25 Ogos 2023

Jarang-jarang ada long distance run (road) kat Joho ..kesian tak

😅. Lagi pulak hari Sabtu. Byk event tak dpt join sebab mostly Ahad kan if luar Joho.
Masa run sempat berseloroh dengan suami dan adik ipar, kalau niat nak subuh kat FL mungkin akan cepat sampai.
Terima kasih my husband pacer kan daku hingga km14(wlupun dah bertahun beliau dah tukar ke bidang kayuhan), lepas dari tu sy suruh beliau teruskan kalau sy terlambat nk kejar pace beliau . So start sini, weols lari pace ikut keselesaan sendiri je . 100plus cukup .. carboload cukup jadi x sempat consume powergel..
Gurauan nak solat subuh kat Finish Line alhamdulillah jadi kenyataan plus PB,haaa.. .x keluar hp langsung ms run like before haha... Terima kasih Allah ... Sampai dalam 6.36am gitu terus desup cari surau sblm cari encik somi wakaka ..selesai solat jam 6.50 am gitu baru lah beratur ambik finisher tee dan kedek2 cari suami 😅 seterusnya sesi foto bersama kwn2.... Tahniah semua finisher,baik yg veteran runners or virgin half marathoners & run happy always! ❤️ #couplerun #runningmomanddad #runningmotivation #runstreak #bestrongerthanyourexcuses #halfmarathon







With friends


Thursday, 29 December 2022

Penang Bridge International Marathon 11/12/2022

Event pertama (comeback- last event tahun 2019) dan terakhir 2022 🤣 meh la buat race report terus. Jalan ✅ penutupan dari 12mlm sampai 10 pagi. Terasa sgt safety..alhamdulillah. Waterstation /pisang ✅ ( tapi air/100plus tak sejuk as usual- ada satu je WS yg ada air sejuk) Volunteers/petugas WS yg hujung2 sangat ceria, rajin menyorakkan runners ,sweet sgt tau..macehhh...❤️ Ais/span basah ✅ ada. Crowded sangat2 kat pen HM lepas tu dari belakang pen nak melepasi FO arch tu kat situ dah buang masa 3 minit . Ok kemudian dah lepas arch boleh lari2 anak..then kat KM2, ramai pulak runners depan sy berjalan.. saya & Fiza Faisal Al-Jarumi cuba ke tepi belah kiri jalan nak cari ruang, clumsy me,kaki kiri terpelecok pulakk. Adui baru 2km. Fiza tanya ok tak...sy ckp bg sy jln dlm 200-300m, lps tu rasa ok..so kami larilah beriringan gilir2 kejap dia depan, kejap sy depan sambil berbual2. Fiza pun baru pulih dari injury, so mmg niat kami asalnya nak follow pacer 3.00 tapi pacernya tak adaaa..yg ada pace 2.30 & sweeper(kira pacer 3.45 la). All is smooth..cuma sesekali rasa kembung sbb minum 100plus x sejuk kot 🤣 . 

Sblm lari dah mkn pisang + half hutan ration so tak la lapar pun. Kemudian menghampiri km 18-19 kaki terpelecok tadi dah mula rasa sakit dan berat. Boleh lari tapi kalau kita stop jalan ..dia lagi sakit . So sy ckp Fiza ,bertahan pace ni jelah ya sampai FL . Sampai depan Queensbay Mall..eh eh mana arch FO tadi ni...terasa jauh lak FL wpun jarak dia 500 m je dari depan QB tu. Kaki kiri makin sakit. Lps siap lari, terus ambil medal /tee ,ke surau dan kaki makin sakit, seterusnya pergi ke khemah recovery mintak ais.. lps tu dah ok sikit, weols sambung la sesi bergambo. 

Tahniah juga sahabatku Siti Norlinda Supiran dan adikku Atika Suliman first event HM & secara rasmi nya finisher HM!🫰💪💪 #runningmotivation #runningchallenge #runningmoms


with Fiza
Ika, Linda & me


Monday, 28 December 2020

Menemani adik berlari 21km pertama (25.12.2020)

Kami mula lari dalam jam 6.30 pagi, sis Ogy pun ada

 

Actually ini biras saya ( isteri adik ipar) tapi panggil adik la senang nak cerita hahahaha,,2 week before kejadian, beliau bgtahu , nak lari Half Marathon tapi nak akak dia ni teman..kita is on je! Alhamdulillah misi berjaya..di smaping beliau nak selesaikan half marathon one shot virtual run beliau.. tahniah Ika...Sis Ogy pun join lari sejauh 16 km sebelum beliau bertolak balik kampung...

   
Lepas siap lari kita breakfast (pagi2 tadi breakfast pisang sebiji sorang haha)




Pakej teman makan lunch lagi..masa ni kedua2 boipren kami sedang berkayuh di Desaru..jadi kami2 ni cari hiburan lain wakakaka

Nanti repeat lagi 21km!
Yng ni saya join Strava Challenge since September..tiap-tiap bulan cuba dapatkan 100km running/walk


Saturday, 12 December 2020

Scam Run 15km (11.12.2020)

 Kenapa scam? sebab asalnya nak lari 10 km je..lepas tu sayang nak berhenti..sambung lagi sampai 15km..mujur cuaca makin  panas..kalau tak mau jadi half marathon ni.  Tahniah semua . Insya Allah..saya teman run korang 21km soon ya..


Mangsa-mangsa scam hahaha


Friday, 2 October 2020

Larian Mencari Nur 2 ( 11-13 September 2020)

Larian Mencari Nur ni asalnya event tak rasmi Pacat Crews ( organizer runs/ultramarathon). Since semasa PKPB/PKPP tiada event larian, maka inisiatif mereka terutama Bro Arman dan isterinya Sisi Suzie amat dihargai. Ada sesi pendaftaran, scan mysejahtera dan pelari diwajibkan mengamalkan social distancing serta memakai mask bila tidak berlari atau berhampiran ramai orang.Saya tak pergi Larian Mencari Nur yang pertama tapi berpeluang menyertai Larian Mencari Nur 2. Peluang ini juga saya ambil untuk bawa anak-anak jalan-jalan.Terima kasih hubby tersayang yang sudi bawa saya ke sini .Kami menginap di Hotel Dorsett Putrajaya, memang dekat dgn lokasi pendaftaran Larian Nur ni.  

 
Permulaan larian ...almost tak berlari sbb kilat memancar dari maghrib..pakej gerimis...tapi show up juga kat mekdi...just in case tak boleh lari...kita gathering pun ok...alhamdulillah..rezeki oleh Nya,cuaca semakin cerah utk berlari mlm tu.

Poster Larian Mencari Nur 1



Poster Larian Mencari Nur 2



info Larian Mencari Nur 2
Its free.
Pot luck.
LSD format.
35 hours for the full time.
No medal, no fin tee.
No CP COT.
Mandatory:
- Mask is a must in crowded place.
- Penjarakkan fizikal is a must.
- Register yourself once you reach.
- No run in the group.
- Start and finish at McD Putrajaya.
- If you have contact or just comeback from overseas, haram untuk anda hadir.
- Kita akan halau balik kalau xikut mandatory SOP.
Option:
- You can come anytime to run in between 35 hours.
- You can start any time and finish any time. This is not a game anyway.
- You can use other route kalau boring route core island.
- You decide what you want.
Digalakkan:
- Bawak makan pakai sendiri.
- Share makanan (pastikan sedap)
- Kalau nak sumbang cash boleh PM tepi. Kita akan salurkan ke makanan.
Makan/Minum:
- Free flow sky juice
- Limited 100 +
- Limiter Coke
- Free flow jajan
- Free flow Tembikai
- Kek Lapis Sarawak from Dapur Amie sponsor by Selangor Marathon RD
- 2 Sarapan
.Nasi Lemak kunin by M Shahril Ayien.
.Nasi Lemak Pak Abu pagi Ahad
- 1 lunch
.Nasi Kandar oleh Pak Cik A (yang buat 35 jam sahaja)
- 1 diner
. Pizza oleh Pak Cik K (yang buat 35 jam sahaja)
Anugerah khas:
Larian paling jauh
Wajah paling menginsafkan
Pakaian paling outstanding
Makanan paling sedap (among sponsors)
Pelari paling cool.
Terima Kasih kepada pihak yang menaja.
Nota:
Yang berniat menaja boleh PM tepi.
Picture credit to
Mohd Hanif

 


Gambar diambil sebelum berlari...asalnya utk team Marathonbaker seramai ni..tapi ramai beransur balik selepas siap lari 21km (yang siap awal balik dulu)


Dari kiri: Kam, Kak Zie, saya, Kak Yong & Jad
Akhirnya tinggal mereka berempat lepas saya balik ke hotel jam 2.30 pagi ..sebab mereka lari sehingga 50km! 10 malam start lari, jam 8-9 pagi siap!Tahniah sahabat2!Rata Putrajaya korang kerjakan yaaa


Ramai yang datang esoknya, ada yang lari sehingga 100-124km! Bagi runners, bukan satu kejutan kalau dah minat berlari dna mencabar diri...lepas geram takde event nih..hihi
Demi minat yang sama... Gigih berlari mengelilingi Putrajaya di malam hari santak ke dinihari.Yang mana buat lebih 50km tu..dari malam ke pagi ke malam ke pagi..hebat! 🤭😚😅.#kluangtoputrajaya #mb25squad #mb25rmc

Monday, 2 March 2020

Misi 100km bulan Februari Berlari tercapai!

Alhamdulillah...sebenarnya mulai awal Februari saya dah mulakan training larian HR Zone 2. Jadinya kebetulan saya terbaca nota -nota di The Kei Show Discussion Group, so saya dan beberapa rakan decide nak cuba . Penerangan larian HR Zone 2 nanti lah saya cerita ya bila ada masa nak menaip lama sikit ..:) sebab kalau boleh saya nak terangkan gaya saya, tapi kalau saya malas, nanti sy copy paste je hahahahaha..

Ni lebih kurang report card/ training info bulanan saya, menggunakan apps Garmin
Bulan Februari ni sebenarnya saya banyak berlatih untuk sukan jabatan...jadi ada lebih masa untuk latihan larian. Semoga saya lebih istiqomah menjelang Mac ini, malahan kali ni berazam 40km seminggu pula ( 40km x 4 minggu+120 km sebulan hoho)

Sunday, 10 November 2019

Southern Twincity Marathon (2 November 2019) : My 3rd Full Marathon

Waiting for flag off jam 3 pagi di Teega Walk


Sebenarnya tak tahu la kenapa gatal pi register event ni yg kira-kira sebulan lepas KLSCM 😂 yakinnya kamuuu haha .


Ok tiap event mesti ada la drama dia kan wpun sikit. First, mlm sebelum event ,tersebar screen shot JKR x luluskan penutupan jalan. Sy dan suami terasa pelik kenapa laaa mlm sblm event baru nk keluarkan statement. Viral la kat fb rakyat runners belaka. Agak merosakkan mood para runners tapi mujur semua runners ni hati kental( tapi sampai xde mood la nk buat flat lay kah3) .Boleh kata run kali ni ala2 runcation beli jiwa sbb book hotel tido di JB dan bawa anak2 sekali (thanks buat adik2 ipo tlg jagakan mereka masa kami run).

The familiar faces, Kak Dyna

Kawan-kawan sepelarian

Kawan suami, Adi


Sebenarnya agak byk brg tertggal sblm sy bermlm di JB. Termasuklah produk Marathon Baker dan blinker. Mlm tu teringat nk mesej member sepelarian kot ada choc diva lebih..nti ganti balik..alhamdulillah dapat! Thanks Zharfan! Beli juga power gel N8 masa repc..3 peket rm20(guna 1/2 sachet je share dgn encik suami..sy mmg jenis suka mknn yg boleh dikunyah2 huhu) .Tapi beli gel ni sbb tertarik masa test rasa bila pnjual kata ni rasa mangga.. mmg x muak masam2 manis..kalau power gel lain sy dah terkeluarkan balik sbb manis dia tu x tahan. Hari kejadian, tdo kul 9mlm, bgn kul 12 mlm bersiap2 dan bergerak ke FO Teega walk jam 1.30 pagi. Flag off smooth je... x ramai sgt participant. (Dgrnya total 2700 peserta semua kategori, fm 380 org).




First 15km berjln lancar dgn pace 7.30-9. Lepas tu km 18 or 19 suami solat tapi sy x nmpk mobile surau with telekung.. sy tggu je suami sambil mkn choc diva. Kemudian lari lagi dgn hrpn jumpa surau. Jumpa di km21...jam 6.40 pagi. Haaa 2x bhenti solat....ish2... Lps dari km21 kami makin byk berjln sbb suami kata tapak kaki sakit + sbnrnya dari mlm tadi dia sakit gigi. Berjalan je hinggalah km 27 camtu suami ambil keputusan nak dnf sbb sakit kaki dah satu hal... sakit gigi pulak makin mencucuk2 wpun dah telan panadol. Punye lama bincg selama 1km..finally he decided dnf at km28. Sy pun almost tempted nak dnf sbb masa tu terbygkan sedap nyeee tidooo wooo hahahaa .. tapi setelah ditimbang2, tak jadi dnf, sy amik keputusan teruskan je, rasa nk dnf tu lebih kpd mental mula nk bonk haha pdhal sy ok je( suami ku call member yg dah siap hm utk tlg ambil dia). Kat km30 masuk ke Kg Sg Melayu sy mula rasa nak cramp kat peha..so ambil 1 sachet crampfix.lps tu hisap salt candy + minum 100plus sambil jln dan run slowly 3 min,jln 1 min.. sy buat mcm ni smpi habis. Byk bg2 salt candy kat org dari hisap sendiri hahaaa..himalaya salt candy nk lantik sy jd duta takkk kah3... rasa nye sy hisap 2 butir je sepnjg larian. Kat km 34 mcm dpt semangat baru (sambil mkn pisang) sbb tgk lagi 8 km je nk siap! Sambil run sambil ckp kat runners lain jom2 sikit lagi sikit lagi!
Lepas tu menghampiri Teega walk nmpk sign 40km rasa lega. Tapi rasa sedikit marah bila hampir mencecah km42 sy tgk kena pusing jauh nak ke FL! Chinese man dpn sy siap mnjerit "arghhh overshot!" ,tumbuk2 tgn sendiri sambil ditenangkan kwn sebelah dia. Jgn laaa main2 dgn emosi runner fm okayy.. Sy jeling jam mmg tgk sy dah cecah 42.2 di 6jam40min. Pasrah je lah siap ada pusing roundabout lagi nk ke Teega walk. Overall jam tnjuk 43 km, cross FL 6jam47min. Rmi juga kwn2 runners post hm jadi 22.5km.. fm jadi 43-43.4km gitu. Adoii... dah la long distance run, tak payah la belanja overshot ye.. klo run 5km tu ok lagi overshot.


mula-mula lari berdua, lepas tu cross FL sorang-sorang wuwuwuwuwu





Waterstation ok cukup. 100plus colour2 lagi tapi selang 2 ws baru ada 100plus..yg lain air mineral. Pisang cukup... rsnye lps km21. Lupa. Masuk Kg Sg Melayu x nmpk ada medic or ambulans round. Keluar kampung mcm kurg yg jaga tepi jln.. x cukup budget agaknye.. tapi bahaya la masa di area highway menuju ke Teega tu. Sbb saat ni runners dah rmi letih dan mungkin x alert kenderaan nk lalu. Masa sy smpi terus ckp kat suami..event ni x sama dgn twincity cyberjaya.. huhu.. anyway tahniah buat semua runners ya.. dan jugak tahniah encik suamiku yg endure sakit agak lama jugak smpi 28km sblm decide dnf...sekian. Tq for reading!

Gambar yang nice dari official photographer...ni dalam 5 km pertama lepas flag off..tq

Monday, 14 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon : the journey home

Usai full marathon, kami checkout dari Hotel Pudu 99 jam 2 petang, pergi lunch dan suami hantar saya ke Everly Putrajaya pula untuk next event...malam tu ada dinner sempena Konvokesyen graduan tempat saya bekerja..petang tu saya berehat dahulu di hotel...alhamdulillah dalam jam 8 malam, suami saya whatsapp dah selamat sampai ke rumah lepas hantar kawan-kawan yang car pool bersama...itu lah nak cuti lagi tak boleh..esoknya masih bekerja kan..

Keadaan kaki? mengetam sikit la hahahaha...yang penting jangan jumpa tangga tinggi! :) syukur lepas 3 hari semua dah ok...tak ada injury yang teruk melainkan DOMS ( delayed onset muscle soreness).

Minum petang sambil mengunyah strawberry blast

Bersiap-siap untuk dinner lepas Maghrib

ok..maaf saya poyo hahaha not everyday i ran a full marathon ya

Tengok..ke hulu ke hilir bawak! hahahaha

On the way balik...singgah RNR Pagoh

Finally pada 30  September baru medal sampai rumah :)