Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Monday, 11 November 2019

Hotel Review: Imperial Hotel, Kuching, Sarawak



Outstation!!! Sebenarnya sejak Oktober yang lepas , nama saya banyak sekali jadi insan terpilih untuk outstation.

1. 12 - 14 Oktober sepatutnya ke kursus di Mersing ( cancelled sebab my boss ckp dia lagi perlukan saya di pejabat)
2.21 hingga 23 Oktober saya ke Jerantut(kursus)
3.29 - 31 Oktober saya ke Hulu Yam, kursus lagi.

Masa saya sedang di Hulu Yam, saya dapat whatsapp, kena ke Sarawak pada 6 hingga 8 November...dussss...tapi sebenarnya cam seronok gak yang jauh-jauh sikit ni hahaha..naik belon kitak!

Credit: semua gambar hotel dari Agoda.

First thing first, sebab penginapan tak disediakan, kita survey hotel mana yang terdekat dengan tempat bertugas iaitu DVS Sarawak..kawan bagi tahu duduk la kat Hotel Imperial . Saya hampir-hampair salah book sebab ingatkan Imperial Riverbank ( berdekatan Waterfront, rupanya bukan...) tapi Hotel Imperial yang bersambung dengan Booulevard Mall. Cuma yang tak berapa best, saya seorang..huhu jadi mood jalan-jalan tak berapa nak on. Beli belah kek lapis je itupun sebelum balik..hehehe.

Lobi dia luasss....



Saya ambil bilik twin deluxe, ini bilik paling rendah berbanidng harga bilik lain

Kolam ni saya tengok dari atas je


Cafe..nice..banyak jugak pilihan sarapan


Malam-malam makan di sini je...mall nya bersambung dengan hotel
Gym!I like!!Sempat lah jog kat treadmill 5km malam sebelum balik...




Sebelum balik, of course cari kek lapis dulu....mula-mula saya beli di Mira Cake House. Kemudian di airport terbeli lagi dalam 3 biji di Hamidah Kek Lapis pulak hehehe. Lepas ni kalau susah nak bergerak.tggu beli di airport, harga tak mahal..sama je macam kat kedai-kedai di luar..seingat saya range RM10 - 35 je...ok lah tu.



Outlet Hamidah Kek Lapis Sarawak di airport Kuching


Yang bestnya kek lapis Hamidah ni, dia ada buat macam ni..jadi boleh la cuba macam-macam perisa kan... tak payah beli 3 loaf.


Saturday, 29 April 2017

Aiskrim gula apong

Yes, finally saya jumpa juga aiskrim ni! 3kali datang Srawak, kali ke4 membuahkan hasil hahahaha...poyo je kan..sebab ada member suruh rasa, so kita cari...

Sama je mcm aiskrim sundae tapi beza sedikit sebab ada tambah gula apong. Verdict?Manesss.... memangs edap tapi tak boleh makan selalu..haha lagipun kami gi beli mangkuk besar, bercinta nak habiskan..kalau cup kecil RM2 je.. semangkuk besar RM5. Kami ke Dp Ice Cream Gula Apong, bersebelahan Kapit Hotel.




Jom baca info aiskrim ni dari Sarawakiana.net , artikel tahun 2015

Berlokasi di Jalan Padungan bersebelahan dengan Kapit Hotel, Masni Datuk Haji Pawadi, 27, dan suaminya, Mohd Supian Lopok, 28, kedua-duanya berasal dari Tabuan, Kuching gigih mengusahakan perniagaan mereka; "DP Ice Cream Gula Apong" disana sejak dua bulan yang lalu.

Biarpun sibuk dengan perniagaannya, ibu kepada lima orang anak ini yang murah dengan senyuman ketika melayani pelanggan yang singgah di kedai mereka, sempat meluangkan masa untuk ditemubual Sarawakiana petang tadi.

"Perniagaan ais krim memang jarang diceburi oleh Bumiputera dan secara kebetulan, ayah saya mempunyai resepi ais krimnya yang tersendiri maka kami memulakan perniagaan menjual ais krim gula apong," kata Masni apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan ais krim.

Menurut Masni, kedai ais krim gula apong di Padungan merupakan cawangan ketiga dibuka oleh keluarganya dimana kedai pertama terletak di Tabuan sementara ahli keluarganya yang lain juga membuka kedai ais krim di Satok Uptown yang beroperasi hanya di hujung minggu.

Dengan sewaan kedai sebanyak RM1,000 sebulan, Masni berkata, mereka mampu menjual sebanyak lebih 1,000 mangkuk ais krim (25 - 30 gelan bahan) dalam sehari dengan menggunakan dua mesin ais krim khas.
 
Memang ramai, masa sy tgh makan, lepas saya order, ramai orang beratur, tapi saya gi waktu siang(petang). Imej dari Hungrygowhere

Imej dari Hungrygowhere
 

Saturday, 4 March 2017

Kuching..di hati ku



Kuching, will always be dear to my heart...eh tapi semua tempat lah always dear to my heart...Cameron Highland, KK..Kuantan ke, Terengganu ke hahahaha .. menjinakkan diri ke dunia hiker menjadikan saya lebih menghargai sesuatu tempat..sebab kenangan tercipta di situ kan..lagi lah kalau tempat yang kita pernah jejak semasa kecil..nostalgia gitu.

Datang sini..teringat zaman kecil dulu sebab saya anak perantau. Tugas arwah abah sebagai tentera memerlukan kami sentiasa bergerak berpindah randah. Dari menaiki trak /land rover/ kapal terbang Charlie/Ferri Malaysia sehingga lah dapat merasa menaiki MAS menggunakan tiket waran. Semua itu sebelum saya berusia 13 tahun.

Oleh kerana datang semata-mata nak jejak Santubong, maka, selepas pendakian, kami berehat dan berjalan-jalan sekitar Waterfront sahaja. Kemudian semasa nak bertolak ke airport, sahabat suami saya menawarkan diri utk menghantar kami, sempat singgah di pasar Satok. Insya allah, ada rezeki, bertamu lagi ke sini....teringin nak pergi tengok sekolah lama di Kem Penrissen :).Ada rezeki lagi, maybe boleh jejak Labuan, lawat sekolah lama di sana juga hehehehe....

Siapa paling comel... kami ke kucing? Eh masuk bandar pun pakai hiking shoes? Key point adalah..jimat luggage hahahaha kalao boleh, jgn simpan kasut dalam beg nanti berat. ^_^


Laksa Sarawak

Nasi goreng tsunami..macam2 nama ye

Di airport...nampak Gunung Serapi di sebelah kiri, Gunung Santubong sebelah kanan...( not in picture)

View sebelah kiri lobi airport