Showing posts with label Lari. Show all posts
Showing posts with label Lari. Show all posts

Wednesday, 4 November 2020

Restart Malaysia Challenge Finisher Tee dah sampai!

 Yeay! Lepas tu kita pakai buat run petang...dengan penuh bersemangat..yang best nya baju ni tulisannya glow in the dark. :)



Plaque Team: dipegang oleh Kapten Pasukan


Depan nya begini


Monday, 2 March 2020

Misi 100km bulan Februari Berlari tercapai!

Alhamdulillah...sebenarnya mulai awal Februari saya dah mulakan training larian HR Zone 2. Jadinya kebetulan saya terbaca nota -nota di The Kei Show Discussion Group, so saya dan beberapa rakan decide nak cuba . Penerangan larian HR Zone 2 nanti lah saya cerita ya bila ada masa nak menaip lama sikit ..:) sebab kalau boleh saya nak terangkan gaya saya, tapi kalau saya malas, nanti sy copy paste je hahahahaha..

Ni lebih kurang report card/ training info bulanan saya, menggunakan apps Garmin
Bulan Februari ni sebenarnya saya banyak berlatih untuk sukan jabatan...jadi ada lebih masa untuk latihan larian. Semoga saya lebih istiqomah menjelang Mac ini, malahan kali ni berazam 40km seminggu pula ( 40km x 4 minggu+120 km sebulan hoho)

Wednesday, 26 February 2020

Sukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2020, 21- 25 Feb 2020, Ipoh : Johan Individu Larian Ladang ( Wanita)

Alhamdulillah sweet sweet victory for my team, berjaya menyumbang mata walaupun bukan jadi johan keseluruhan..tahniah juga team mates ( Fadhil - 8th place Men Open), Malik ( 6th Place Men Veteran),Zaini ( 8th Place Men veteran) dan Samijah ( 8th Place Women Open).

IVM Runners ( team ni dah 3 tahun bertapak di IVM, tahun ni ada 4 orang ahli baru setelah beberapa orang berpindah )

Me, Samijah & Diba

Lama tak tekan pace 5, dah la saya tengah training HRZ2...so..abaikan je Z2 untuk sehari ni hehehe

Medal disampaikan oleh bos senirik hihik

Wednesday, 12 February 2020

Acara larian merentas desa MSSD Kluang

 


Awal Februari baru - baru ni anak saya mewakili sekolah beliau bersama beberapa orang rakan ke MSSD...

Lebih kepada larian merentas ladang kelapa sawit ni..  sebiji macam Kulim Kota Tinggi Run . ..jadinya of course tak cukup latihan, saya sempat train anak saya 2 minggu itupun road run sebab jauh pula nak mencari area kelapa sawit hahaha... (1 minggu 2-3kali run) sebelum event sebenar..setelah beliau memenangi johan merentas desa sekolahnya (3km). Event di MSSD ni berjarak 4km. 





Selesai larian..kepenatan
Kedua-dua anak saya dan kawannya mendapat no 35 dan 36 bagi kategori B12..kawan-kawan lelaki dapat no 21, 50 dan 69...kita cuba lagi tahun depan ya. Kena training awal..jangan malas hehehe. Sebab kebanyakan atlit sedia ada ni pace mereka 4-6. Kat bawah ni gambar dari beberapa siri larian latihan saya dan anak...perlu lebih banyak latihan ye nak