Showing posts with label 5km. Show all posts
Showing posts with label 5km. Show all posts

Monday, 15 October 2018

Run with my daughter! Cheerful Run 5km (13 Oktober 2018)

Join larian dalam taman perumahan je...sebelum run ni, dalam 2 minggu duk training si kakak...tapi bukanlah hari-hari, seminggu 3 latihan walking, cycling dan run-walk. Itupuncover 3-4km sahaja satu sesi, ikut mood dia.

Alhamdulillah... kakak berjaya finish her 2nd 5km run! Tahun lepas ada masuk 5km run di UTHM tapi banyak walk je hehehe...kali ni saya memang register si kakak sahaja, manakala saya sebagai pacer/ghost runner menemani si kakak.Bukan selalu dapat run mother and daughter kan... bila tanya lagi nak join /ikut mama lari lagi tak? Anakku kata, dia dah bersara untuk tahun ni..hahaha amboi!


dengan sahabat running, Syazila yang menang podium 3rd place, tahniah!

Monday, 26 March 2018

STEM Fun Run 5km (25 Mac 2018)

STEM stands for Science, Technology, Engineering and Mathematics. Larian kali ni dianjurkan oleh Sek Men. Sri Gading, Batu Pahat tapi event nya di buat di UTHM . Yurannya sangat murah RM20 untuk school kids & RM25 utk orang awam. Dapat tshirt & medal. Yang paling best saya tak sangka medal dia sangat cantik! Macam medal bg event yang yurannya RM50 je. Untuk kali ini, saya dan suami menjadi ghost runner. teman anak-anak sebab saya cuma daftarkan untuk anak-anak. Adik2 pun ikut daftar lari.Untuk makluman, ini lah pengalaman pertama anak-anak saya masuk event larian. Kelakar juga..diorg lari 1km pertama, lepas tu rasa penat, berjalan hingga ke finishing line..hihihi...dah cakap jgn risau, kat sini semua orang dapat hadiah tau(medal). Anak sulung sy risau bila tengok pelari-lepari lain potong dia ( dia ingat mcm event lumba lari 200 meter di sekolah..haha) .Tahniah buat organizer, event yang simple dan teratur, tiada VIP berucap!Walaupun lewat sikit dalam 10 minit utk mula, tapi selepas tu event berjalan lancar hingga ke akhir larian.
 
Aisy badmood sebab " kita tak suka lariii..." si kakak excited nak lari.


Bagi main sini jap .,..nampak lah ceria sikit

Jumpa pulak kawan seangkatan dari opis sebelah

Kawan-kawan yang kenal dari group virtual run since 2017, Syazila & Ain, kawan hiking juga.




Dapat medal terus gembira!

Friday, 23 March 2018

Nearly a month of training...

Menjelang half marathon pada 14 April...training hendaklah dibuat...mencabar sungguh kerana petang2 sangatlah panas...here is compilation of my training until yesterday...sebelum hujung february, training on off agak sendu..

27.02.2018

01.03.2018

04.03.2018

06.03.2018

08.03.2018

10.03.2018
13.03.2018

15.03.2018

17.03.2018

19.03.2018
23.3.2018

Tak sampai 3 minggu lagi IPNM!

Thursday, 21 December 2017

Cuti - cuti Perth : Day 2 - Jom jogging!

Kami jogging jam 6 petang..brrr..suhu turun mendadak..sejuk weh...dalam 16-17 darjah celcius!
Mula- mula layan kids kat Playground....lepas diorang dah puas main, kita hantar balik rumah dulu...

Bodyguard
Eksyen je tu..alhamdulillah dapat jog 5km, pace 5.49 ( 29 minit11 saat). Sub30 again yeay !


Suke lah pokok purple ni :)

Saturday, 11 November 2017

Larian Amal Run For You UTHM 5km (11.11.2017)

Terjebak masuk larian kat UTHM Batu Pahat pulak...setelah habis event berbincnag dgn suami..tak sesuai lagi dah join event kat sini. First & last lah ni hahahaha....Sebab? Jauh. double back journey bila nak hantar anak ke rumah neneknya kemudian datang sini, patah balik semula ke rumah nenek..eh..memang lebih kurang 100km pergi balik. Sangatlah tak practical....Better join runs di JB sebab one way sahaja rumah nenek nya pun otw ke JB..lebih kurang 70km return.

Parking senang, urusan ambil baju dan bib senang. Taaaapiii...

Flag off sangatlah lambat..memang dah rasa nak marah dah. Ikutkan iklan flag off 7.30 pagi. Tak pasti apa yang ditunggu2 oleh organiser ( mahasiswa uni ni jugak lah- Persatuan Himpunan Mahasiswa Kelantan- sy join sebab support lah kan..sama negeri hahahaha). Kejap kata tunggu VIP..kejap kata tunggu instruktor senamrobik - which is..akhirnya tak muncul2. Crowd dah mula meringsa...Dalam jam 8.45 baru kami dilepaskan ! Jam 9 pagi, matahari dan mula meninggi. Bukan komplen panas, tapi cuaca agak terik dan peserta terdedah dengan dehydration atau pitam. Mujur lah 5km je. Kalau 10 km , konfem kami pergi kaunter, ambik medal je terus balik! ( marah punya pasal ni).

Masa lari, marker agak bagus sebab pelajar-pelajar ( urusetia) yang jadi marker setiap checkpoint. Risau jugak sesat kan, tak biasa lari di sini. Selesai lari...adik2 mahasiswa bukak gerai air sarsi, air sejuk kosong dan air anggur. Ok..sejuk sikit hati mak. Bertambah sejuk lagi...dapat 3rd place dan berjaya maintain pace baru iaitu pace 6 :).. agak sukar nak maintain sebab minggu ni cuma berpeluang 2x training lari shj...harap-harap bila join 10km nanti boleh lah kekalkan pace ni, amin . 

Sampai kat stadium UTHM jam 7 pagi.Mula-mula rasa wah bestnya lari di pagi yang sejuk..berkabus.
8.45 pagi...Pelepasan peserta lelaki. Flag off lambat tapi agak sistematik sebab takde lah kelam kabut tercampur lelaki perempuan..( di UTM pernah berlaku peserta perempuan gatai pi lari masa flag off lelaki..konon nak cepat abis lah tu)

Menunggu penyampaian hadiah. Strategi bijak organiser - semua tak boleh dapat medal selagi hadiah belum di sampaikan...hahahaha( kalau bagi awal2 kang stadium kosong lak)

Member hubby, Rofi dapat tempat kedua kategori lelaki..selesai lari dalam 20 minit!

3rd place woman... 27 minit :) tapi tak cukup 5km pun route nya (4.6km je)..so takleh nak kata PB lah.


Kenapa yek bila ambil gambar medal mesti nak gigit??hahahaha

Sebelum flag off rasa panasss...ok lepas lari dah sejuk..

Friday, 10 November 2017

2nd Personal Best 5km : 30.36 minit

Alhamdulillah... walaupun lari dalam keadaan malas malas..sebab frust hari sebelumnya tak dapat lari sebab hujan lebat..eh eh byk betul sebab musabab...adoi..




Thursday, 26 October 2017

Larian Johor Berkemajuan 2017

Terlupa nak update..hehehe...Sempena Ekspo Johor Berkemajuan...ada program run percuma,pada 13 Oktober(malam) register sahaja... cuma frust sikit sebab jarak sebenar tak cecah 4 km pun huhuhu....anyway mujur lah medal cun.Esoknya terus ajak suami jog kat area rumah 5km , nak bagi puas hati..hahaha

Golap..lari jam 8.30 malam



Saturday, 21 October 2017

Morning Run in Bachok Kelantan(5km) & Evening Run in Penang Botanic Garden(5km)

See.. i told ya i am crazy over this apps.. backward post yea...

Morning run at Bachok, 17th Oct, flat route, maklum lah paras laut...berlari-larian tepi pantai lagi

Evening run in Penang Botanic Garden, 18th Oct ,berbukit bukau setinggi 210mtrs!

my running partner

Penang Botanic Garden, done! hilly route mak aihhh

Saturday, 4 February 2017

Aktiviti weekend

Melayan permintaan seorang teman untuk mendaki Gunung Lambak hingga ke puncak :). Kak Dyna adalah rakan virtual run saya sebenarnya dan ini kali pertama kami berjumpa! Dalam group virtual run tu, kebanyakan orang JB dan KL sebab banyak event larian actual dibuat di sana. Then kak Dyna menyatakan hasrat nak naik Gunung Lambak..saya on aje!Kak Dyna datang dari JB.Harap tak serik kak ye...plan asal sepatutnya ada 3 orang lagi, tapi semua ada hal emergency pula last minute..tinggal lah saya berdua dengan beliau. Kak Dyna biasa masuk event larian 5 & 10km..katanya nanti nak try 21km..hihi..saya baru nak try 10km this year...

meet up di parking

Kak Dyna yang cool!
Yeay!she made it!
Tahniah kak Dyna! Kata Kak Dyna, last dia mendaki tahun 1990 dulu, zaman sekolah menengah! wow!