Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts

Wednesday, 30 January 2019

My First Full Marathon in Twincity Marathon


Lama betul tak update blog! busy beeeee....


Tak pernah terfikir pun nak lari 42.195km sejak mula lari fun run (5km) di tahun 2015. Yang terlintas di benak fikiran, larian cumalah satu senaman selingan untuk saya mencapai cita- cita mendaki gunung Kinabalu yang dijadualkan pada Disember 2016. Selepas Kinabalu, masa semakin etrhad untuk mendaki dan tak boleh lah selalu tinggalkan anak-anak untuk pergi hiking. Hiking di Gunung Lambak pun memakan masa 3 jam termasuk drive ke parking resort Gunung lambak. Jadi untuk kekal aktif, saya pilih berlari. Secara beransur-ansur jarak larian semakin bertambah...dari 5km ke 10 km ke 12 km. Sehinggalah suami dan rakan ajak masuk half marathon di tahun 2017. Memang kerja gila sebab saya baru berlari paling jauh, 12km. Selepas half marathon pertama, saya gigih berlatih slow ly bermula dari KM5 semula...which lead to another HM (total 3 half marathon events dan 3 half marathon lari sendiri-sendiri hahaha ) sepanjang tahun 2018. Bulan Ogos 2018, sekali lagi terjebak dengan virtual run secara berkumpulan 1963 team Challenge, ....dan kawan-kawan baru saya bercerita tentang Twin City Marathon yang akan berlangsung pada 20 Januari 2019. Saya maklumkan suami, kami terus daftar jarak 42.195 km atau orang panggil, full marathon (FM)! Sempat ni training....kenapa kami tertarik join Twin City Marathon? sebab cut off time (COT) yang panjang iaitu 8jam. Biasanya events lain ,COT bagi FM adalah 7 jam ke 7 jam 15 minit. Jadi, Twin city ni sangat sesuai bagi runner yang baru nak berlari FM.
Sampai ke hujung November dalam kesibukan kerja dan berlatih lari ( 3-4 kali seminggu termasuk long distance run di hujung minggu), saat momentum tengah sedap berlatih berlari....lutut saya sakit pulak...diagnosed sebagai runner's knee. Sempat pergi physiotherapy 2x, kemudian awal December ke umrah 2 minggu. Balik umrah batuk-batuk sebulan..awal Januari berlari paling jauh pun 15 km..huwaaa...dalam seminggu(sepatutnya 2 minggu)  terakhir kena taper ( istilah mengurangkan km dalam larian untuk rehatkan muscle dan simpan tenaga). Masih rasa tidak bersedia, malah malam sebelum lari FM tu saya rasa macam nak DNS je hahahahaha pujuk hati sambil ambil gambar flat lay kelengkapan larian...as most runner do.Mana lah tak nervous, baru je runner's knee mula sembuh, dah nak lari FM.
Larian bermula jam 4 pagi pada 20 Januari lepas,kami menginap di hotel berdekatan , check in dan ambil race kit sehari sebelumnya. Jam 1 pagi dan bangun, bersiap2, kemudian 2 pagi bergerak ke race venue, sarapan ala kadar dengan roti, pisang dan saya pula ada beli multigrain Marathonbaker.

Excited sebab sebelum ni lari takat 21km je
Dalam jam 3 pagi kami dah berlegar-legar sekitar start lines sambil berlari2 anak dan stretching. saya dan suami tidak berlari bersama-sama sebab ini adalah kali pertama FM kami, jadi ikut je pace larian masing-masing.
Jam 4 pagi flag off.. 21km pertama looking good. Memang organizer dan bagi tahu elevation 450m...sekali lagi disadvantage  saya , kurang berlatih berlari atas bukit huwaaa....dalam masa 3 jam 15 minit saya dan seorang rakan menyelesaikan 21km...slow and steady je.. selepas km21, setiap signboard kami selfie sebab memang tak pernah lari lebih 21km hahaha...

yeay..30!

Kemain sahabat runner pakai costume CNY

Masa ni saya dah 32km..sahabat yang ini saya memang respek....Udin masuk half marathon. Kami dari group Virtual Runners Marathonbaker lah ,we encourage each other
Sampai ke km30 (5jam rasanya) saya beritahu kawan saya nak lari dahulu(kawan saya dah berjalan...saya pulak bila berjalan makin bonk rasanya). Sampai km 33 ada keropok lekor tapi serious tak lalu nak makan dah. Water station memang cukup...dengan air mineral..100plus..cuma di km17 dan 20 ada berlaku kehabiskan ari..havoc kejap lah dengan runners yang marah-marah..yelah dah la penat..haus..air habis... di km22 krew pantas menyediakan air (isotonic) di kawasan flag man sementara runner nak ke water station seterusnya. Mulai km35 saya berlari-lari anak sebab tak sabar nak habiskan larian..memang mental diuji sebab masa ni kita rasa mengantuk..penat..letih semua ada. Saya siap bungkus ais dalam plastik, dan berlari sambil tuam ais kat dahi, pipi dan peha . Daaaannn... yang paling syahdu...km 41 tu terasa jauh sangat finish line hahahaha....semua runners cakap mcm tu..dan akhirnya saya menghabiskan larian virgin full marathon saya dengan catatan masa 6 jam 53 minit.Alhamdulillah....saya dah bergelar MARATHONER. Waaaayyy longer than I expected ( saya target 6jam 30 minit), tapi saya akur lah sebab saya baru recover dari previous injury.... selepas ini kita berlatih lagi..dan elakkan injury sebelum event day. :)



Kawan lari yang kenal di FB...bersua juga akhirnya dengan Moon Salleh

Another MB squad member , Safwan. Dia dah lagi laju ni sebab sgt rajin training
Perasaan di finish line : gembira, syahdu, terharu, teruja sebab wow finally i made it! Lega juga sebab finish tanpa kecederaan serious..cuma lenguh-lenguh dan penat serta normal muscle sores yang reda lebih kurang 5 hari selepas event.
Kemudian....tunggu saya update next FULL MARATHON saya yeh?

Saturday, 3 January 2015

Tan'Yaa Hotel by Ri-Yaz

Memandangkan cuti sekolah dilanjutkan lagi..kame sekeluarga amik kesempatan berjalan2 lagi...sambil2 hantar SIL ke KL....tak depun sampai KL hantarnya..sampai Tol Ayer Keroh, dah ada kawan dia menjemput untuk gerak sekali ke KL..tapi plan asal untuk libur (cikonon) sekeluarga masih diteruskan...(SIL kerja so dia tak boleh join berlibur2 hihi)...

Ok aku ni byk benda tak tahu rupanya..memang  selalu dengar Agoda, Trivago, Booking.com , tapi ni lah kali pertama guna booking hotel online ...rupanya kalau rajin surf, boleh dapat lagi murah dari kita walk in atau calling2....

Hajat di hati nak ke Everly lagi sebab dekat dgn Alamanda tapi harga Everly agak mahal dan rasa2 tidak berbaloi dengan harga RM200++ lebih tanpa breakfast masa tu, so ku cari alternatif lain below RM200.00..

Masa belek2 nama hotel ni, awat pelik nau nama dia...tak pernah dgr pun,lokasi di Cyberjaya...try jelah, sebab bila call tny, aku diberitahu yang biliknya semua saiz studio 40meter persegi ke atas....(saiz normal standard room adalah 20-30 meter persegi)..no swimming pool tapinya...a bit off sikit tapi dapat jalan2 pun budak ni dah suka...janji ada gym utk abah nya work out...gym di sini open 24 hours..aku book bilik dengan no breakfast sebab nak jimat2 kan...dasar penjimatan..masa berjalan pun bawa bekal dari rumah :) ...

So i booked Deluxe room(44 m2), tapi bila sampai, macam dapat bilik Executive Deluxe(46 m2)..belasah je lah...oh ye bila guna booking online ni, TOLONG CHECK SYARAT ROOM CANCELLATION ya sebelum booking..ada yang free, ada yang charge kalau kita cancel....




Aku rasa aku book bilik yang ini...

Tapi dapat one bedroom studio...ok lah hihihi


Gym yang boleh tahan
Konon2 yoga + pilates hadoii sukati korang la nak oi 

Lakonan semata2....dumbell 1kg hahahaha

Sila awasi anak2 anda k bila ke gym..takut terjatuh ke terselit kat basikal ke atau dumbell hempap kaki je huhuhu

Pada saat entry ni ditulis, harga penginapan di Everly mencanak2 turun below RM200..grrr.......siap breakfast lak tu..grrr lagi...