Showing posts with label Detox. Show all posts
Showing posts with label Detox. Show all posts

Monday, 5 March 2018

Larian Antidadah UTM 2018 - 7km , 23 Feb 2018

Lari seorang je, partner sakit kaki lagi , so beliau cuma temankan saya ke Stadium Azman Hashim di UTM. Saya pun baru je nak pulih dari plantar fasciitis jadi malam tu pendekatan saya adalah lari-lari santai layan kaki. So saya tak delah tengok orang depan saya ada berapa orang dan kejar seperti selalu hahahha iye lah tu kejar ornag konon...bila tamat berlari..oh..dapat 4th place pulak ..hehehe...alhamdulillah...seriously saya tak push pun lari malam tu...
 
 
 


 

 

Jumpa pulak orang kampung hubby kat sini, kawan sekolah dia..


 
 
 
 

Tuesday, 25 October 2016

Homemade sarsi drink


First time baru dapat tahu..sarsi berasal dari pokok kayu..ada kawan2 yang kata, kat Cameron Highland banyak pokok sarsi ni...

Resepi
3 keping kayu sarsi (jgn byk keping sgt nanti pahit)
2liter air
Gula secukupnya(sy guna organic brown sugar)-pilihan lain:molases/gula kabung/raw cane sugar. Lassst choice sy adalah gula putih(refined white- dah jaaaarang guna jenis ni)


Steps:

Rebus kayu sarsi dgn air smpi mendidih. Tapis kayu sarsi td dan keringkan(boleh simpan balik dan boleh direbus lg).


Campur gula secukupnya ikut suka thp kemanisan memasing. Sejukkan ke suhu bilik. Tmbh ais jika suka.
Ada byk version utk buat air sarsi ni..ada yg jadikan pekatan kordial,nk minum baru bancuh.terpulang lah nk buat mana satu.

Saya belum baca khasiatnya tapi ada terbaca sikit artikel di fb, bagus untuk buang angin dalam badan...bagi orang yang susah kentut lah kot hahaha... ^_^ 

Friday, 5 December 2014

My version of infused detox water

Left; Apple + cucumber + lemon detox water
Right; Cucumber + lemon + lime detox water

Sunday, 30 November 2014

Apa itu air detox? aka Infused Detox Water






Apa itu infused detox water? 

Kononnya trending now..sebenarnya dah lama aku tau (ecececeh)...sejak amalkan exercise by April 2014, memang dah lama baca tentang detox water ni tapi belum tergerak nak buat....sampailah, bulan lepas, hubby ku bagi satu link tentang detox water dan ckp," jom try?"

Sejak hari tu, memang hari - hari dah amalkan detox water ni....Air detox ni, air masak yang kita masukkan hirisan buah - buahan atau sayur - sayuran yang dibiarkan semalaman dalam peti sejuk....

"Whether you’re trying to lose weight or you simply want to look and feel healthier, one of the best ways to rid your body of harmful toxins is to drink water. Just 6 to 8 glasses every day will help to keep you hydrated and keep your vital organs in their best possible health." sumber

Recipe yang aku selalu buat , satu tumbler air yang panjang tu, daku isi potongan timun+ kiwi + perahan limau nipis(tak masuk sebijik2 sebab nak elak masuk kulit limau nipis tu dalam air- takut ada pesticide lak ) dan air masak.Biar semalaman dalam fridge, esok pagi dah boleh minum...

Anyway dari apa yang aku baca....setiap kandungan dalam air detox tu ada tujuan masing - masing, lebih menjurus kepada fungsi  vitamin - vitamin dan zat dari buah-buahan tersebut:

Slim down detox:hirisan  limau gedang + hirisan timun + lime + lemon + daun mint segar

Fruity detox : any fruits( kiwi, strawberi, tembikai atau timun - boleh campur -campur atau asing -asing)

Day spa (remove toxin dan slim down):hirisan apple dan 1-2 batang kulit kayu manis(cinnamon)

Beautiful skin detox water: strawberi +daun mint segar

Fat burning detox : hirisan epal +1 sudu apple cider vinegar + serbuk cinnamon + perahan lemon

Cleansing and detox : hirisan timun + perahan  lime atau lemon ( ini yang aku sokmo buat, memang hari-hari la membuang heheehhe)

Circulation and digestion detox : gel aloe vera segar dari pokok aloe vera ()toreh daun dan ambil gel nya) + perahan/hirisan lemon

Cleansing and pain reliever : perahan lemon + perahan halia sebesar ibu jari

Simple morning detox: tak perlu biar semalaman dalam fridge, cuma perah separuh lemon ke dalam air masak dan minum setiap kali lepas bangun dari tidur

Eliminate bloat and clean kidneys: limau gedang + lemon + timun + halia + daun peppermint + secubit garam

Antioxidant and toxin eliminating : blueberries + oranges

Green tea detox : Daun teh hijau kering atau segar + hirisan timun + perahan lemon atau lime

Apa pun, my opinion, apa sahaja bahan yang natural macam ni ok je amalkan hari - hari, tapi hidup seharian kena aktif dan sihat lah( exercise , makanan seimbang )..kalau hari2 minum air detox tapi benda tak sihat mcm cikedis, air gas, makanan bergula tinggi, berkolestrol still dimakan, dengan tak exercise nya jawabnya...tak berkesan lah detox ni huhuhu..aku tak buat pun detox dengan bahan yang susah nak dapat atau mahal...memadai dengan apa yang senang nak dibeli dan yang murah pun takpe ( lime + cucumber memang murah...kiwi RM2 sebijik, lemon pun lebih kurang harga..)

Lagi resepi detox water di sini:

20 recipes detox water

8 detox water recipes

Make your own detox water