Showing posts with label Rembau. Show all posts
Showing posts with label Rembau. Show all posts

Monday, 8 May 2017

Gunung Datuk 2.0 with my students

Alhamdulillah rezeki...dapat naik ke puncak Gunung Datuk kali kedua pada 5 Mei 2017, dengan perancangan bersama anak-anak murid saya dalam tempoh 2 minggu sahaja. Kami dapat guide yang bagus , yang betul-betul guide dan jaga kami one by one sehingga lah ke tangga di batu .Sebenarnya boleh je naik Gunung Datuk macam tu sahaja, tapi memandangkan kami ni kumpulan yang agak besar, dan cuma sy seorang je yang pernah naik Gunung Datuk, maka kami rasa lebih terjamin sekiranya mengambil pemandu arah tempatan yang faham benar selok belok hutan dan arif hal - hal kecemasan. Semasa di puncak ada seorang pelajar perempuan cramp betis, mujur ok semasa nak turun. Kemudian beliau cramp sekali lagi di peha pula bila dah sampai kaki gunung. Selain itu tak ada apa-apa hal kecemasan dan kesulitan yang lain alhamdulillah....Kami mula mendaki pada jam 8 pagi, pendaki terakhir sampai di puncak jam 10 pagi, kemudian kami duduk kat puncak hampir 2 jam termasuk makan- makan bekal yang dibawa dan menikmati pemandangan,agak berkabus , sekejap je dapat tengok pemandangan.... turun semula jam 12 tengahari dan alhamdulillah jam 1 petang semua dah sampai bawah....

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya menyertai acara ini :)

Bas parking jauh sikit, jalan sempit dan di atas tiada parking bas...kira - kira 1km dari kaki gunung.
Berjalan kaki ke starting point
Taklimat oleh encik guide..ada 2 orang guide, seorang di depan, seorang jaga belakang(sweeper)






Bergambar bersama-sama sebelum menaiki tangga ke puncak paling atas




Turun semula selepas lepak hampir sejam lebih hahahaha

Nama panggilan guide ni Apak..Apak memang jaga kami seorang demi seorang masa naik dan turun tangga
otw down..
Sempat lagi posing di sini sambil menunggu students hihi
Berjalan kaki ke bas semula....
Guide kami juga cover Gunung-gunung lain seperti Gunung Besar Hantu, Gunung Berembun - Telapak Buruk, Trans Yamtuan ( Datuk/Gagak/ Rembau), sekiranya berminat, boleh hubungi beliau , nama panggilan Bulan, 013 - 621 5068. :) Happy hiking.

Monday, 6 June 2016

Hotel Rembau (Rumah Penginapan Rembau)

Sebelum daki Gunung Datuk, bincang dgn hubby, takkan kita takde rehat, lepas Broga, terus nak naik Datuk? So search punya search, jumpa lah hotel(motel?) murah ni..RM60 je per night. Kami expect biasa2 aje lah...sebab harga pun murah..dapat crash and bed untuk mandi, rehat & tido pun cukup..so aku book by phone dan diminta memasukkan deposit RM50 tand ajadi. Kalau tak jadi..burn laaa...

Memang budget backpacker nih...


The room just nice lah untuk kami berdua, cuma masa kami ke sana bilik tu a bit gloomy lah, but it's ok..kami tak cerewet...gloomy is nice for rehat2 kan...........but wait..ada yang menarik...

WIFI dia sangaaaaaaaatttt laju!best!
Kemudian Astro channel dia lagi banyak dari hotel-hotel 3-4 star, memula petang tu dah penat, konon-konon nak tido kejap..tapi tak jadi sebab layan movie & wifi hahahaha.....

Untuk urusan backpacking, hotel ni memang tak mewah tapi cukup lengkap semua...kat bawah ada kedai makan Arab, kedai makan lain pun banyak di seberang jalan, u name it, kedai masakan melayu, kedai mamak, gerai nasi lemak etc ( kena drive sikit la), ada sediakan dobi . Tak ada gym tapi ada gym di bangunan sebelah hotel ni...dan juga ada kedai bundle serta bengkel kereta. Just like i said, tak mewah tapi boleh dikatakan lengkap untuk keperluan traveller kalau sekadar bermalam :).Hotel ni ada website..boleh klik http://hotelrembau.com .