Showing posts with label Charity Run. Show all posts
Showing posts with label Charity Run. Show all posts

Saturday, 12 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon : Photos from Official Photographer

Ada 20 orang Official Photographer tapi saya tak ingat lah semua...ada je tercatat di FB rasmi KLSCM. Di bawah antara gambar-gambar yang berjaya dijumpai...kalau SMART pix senang dia ada face recognition, yang lain-lain memang juling mata nak scroll..thanks kawan-kawan yang tag! special Thanks to all the Photographers...ada lagi album yang saya belum tengok...tak larat nak cari hihi....
Ayakkk..macam tengah zumba pulak... kena baiki pose lagi lepas ni hahahaha


Rasanya ni di KM40..auw..thanks for asking for my hands hahahaha sila jangan muntah
Yang ini betul-betul di Finish Line :), photo by Standard Chartered Marathon official

Ok finish!NEXT ? :)

Friday, 11 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon - we did it!

Alhamdulillah.... berjaya menyelesaikan (finish) full marathon betul-betul bawah 7jam... padan muka sebab skip training, training tak betul...jadi jangan harap lah nak mencipta PB...(first full marathon pun nearly 7 jam hahahaha...). Cut off time KLSCM adalah 7 jam 15 min.

Larian Full Marathon kedua rasa lebih bermakna bila

1. menjadi pelari Run For A Reason, saya mewakili National Cancer Society Malaysia
2.berlari di event Hari Raya runners ( event paling besar di Malaysia), 13ribu pelari kategori Full Marathon sahaja, 40ribu jumlah kesemua pelari semua kategori.
3.berlari bersama-sama suami dari mula sampai habis :)
4.berjumpa ramai kawan-kawan runners (kawan-kawan FB/VR :sis Fariza ,sis Tuty,bro Sapit, bro Jad, sis Yanti ,sis Ogy dll)

Berjalan kaki dengan sis Fariza ,jumpa bro Jad yang VFM di starting line (starting line je lebih kurang 5km panjang ya)

Menunggu Flag Off jam 3.45 pagi
Haruslah ambil gmbr kenangan kan

Jumpa sis Yanti kat KM28 kot, she finished strong! tahniah!seronok tengok dia rilek2 je run, dia dah sertai banyak event fm dan ultra
Di lebuhraya DUKE

Jalan nak masuk ke Bukit Tunku...bukit yang agak horror elevationnya kata kawan2 runners

kat KM32 rasanya, Bukit Tunku, kawan suami Zharfan sempat sembang bisnes hahahaha

with sis Ogy, tahniah on your virgin full marathon! you are now a marathoner!


my hubby and friends ( tahniah utk Cgu Asmuner-baju hijau dan Rofi-singlet kelabu yang menamatkan larian bersama-sama dengan timing 5.30 hours!)Tahniah juga utk kawan kami Mizie yang tamat lebih kurang kami :) ikutkan beliau lagi power tapi sebab sama2 tak training


Nak bercerita panjang macam malas pula sebab dah catat di FB..kalau rajin saya transfer sini ya..hehehe....cuma nya selepas FM ni, saya bertolak ke Putrajaya untuk menghadiri majlis makan malam, kemudian esoknya ke MAEPS untuk konvokesyen pelajar saya...hahaha mujur la tak banyak tangga terlibat dalam keadaan kaki ketam lepas FM :), ada lif dan escalator.

Simpan sini untuk kenangan.. route untuk full marathon 42.195km

Wednesday, 9 October 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon - REPC

Sarapan dulu...dari kiri my hubby & me, Zharfan, Cgu Asmuner, Rofi
Jadi pada 28 September 2019 ( Sabtu), kami bertolak dari Kluang seramai 5 orang menuju ke KL :). Plannya sampai KL nak ambil run kit ( REPC - race event pack collection). REPC berlangsung di PWTC. Met few friends too... walaupun beratur panjang, tapi sangat sistematik jadi pengambilan run kit dapat dibuat segera. Tahniah crew dan volunteers!





Jumpa kak Dyna di REPC

Ambil tshirt Run For A Reason bagi peserta yang berjaya mengumpulkan lebih RM500 donation. Jumpa Puan Rozie dari National Cancer Society Malaysia yang uruskan registeration RFAR saya sebelum ini.

Dalam jam 2 petang kami bertolak ke hotel pula..rupanya Hotel Pudu 99 ni terletak di hadapan Stesen Bas Pudu.Lunch pun gi makan kat food court Pudu sebab dah park kereta, dah malas nak drive keluar. Kos hotel RM100 /malam. Parking ada parking awam di belakang hotel, RM5 sehari. Antara sebab saya book hotel ni sebab kawan rekemen since parking di agak selamat lah dan murah ( tempat lain most hotel ad alimited parking, dan parking berbayar dalam RM25-69 sehari hohooo..(gated).


 Di hotel , sis Tuty ( team mate Marathon Baker) datang hantar pesanan saya dan kemudian jumpa pula Kak Yong /Kak Fariza ( another team mate!) dia ni laju dan padu tau..cycling pun power.


Kak Yong, me and Tuty


Thanks Sis  Syaz ( co-founder MB) siap bg surat cinta heheheheheh that's what i love about them, setiap pembelian tu adalah personalised dan mereka ingat kami yang loyal customers ni hehehehe... thank you..dah setahun saya guna produk MB ni

Lepas lunch balik ke hotel rehat jap..lewat petang kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka untuk tengok-tengok port lari hahahaha


Kak long dan abang2 long Kluang hahahaha semuanya ambil full marathon..berdebar sebenarnya ni...saya dan suami dah FM kedua, tapi kami tetaplah nervous...mereka semua ni virgin full marathon.
Masa berjalan kaki dari Dataran, dah jadi acara lari dah sebab hujan! hahahaha...dari jarak 1km jadi 2km sebab nak elak hujan...lari celah2 bangunan dan lari lintas jalan...adoi! mujur tak demam! Dalam jam 8 malam kami dinner di Hailam Kopitiam bawah hotel Pudu 99 , kemudian jam 9 malam semua dah kembali ke bilik masing-masing, tidur...tapi saya duk buat flay lay picture pulak hahaha..last-last jam 10 malam baru tidur. Jam 2 pagi kena bangun sebab jam 3 pagi cam tu nak berjalan ke Dataran Merdeka pula.


BERSAMBUNG

Monday, 2 September 2019

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon(SCKLM) : Run For A Reason

Kawan-kawan..hujung bulan ini (29 September) saya akan berlari Full Marathon di acara SCKLM sebagai peserta Run For A Reason. Saya akan mewakili badan kebajikan National Cancer Society Malaysia, kawan-kawan boleh menyumbang sehingga 15 September ini di link bawah ini ya?


Doakan saya dikurniakan kesihatan yang baik sehingga dan selepas acara..amin.. ;) 


I will run for National Cancer Society Malaysia in my first SCKLM participation. If you are interested to donate, click my profile link https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2019/82188/#.XV0TWe3mg0M

Donation can be done until 15th September 2019. 😊Thank you.