Showing posts with label Gunung. Show all posts
Showing posts with label Gunung. Show all posts

Saturday, 1 February 2020

Gunung Lambak 2020

Lama tak menjengah Gunung lambak...makan masa setahun kot..hahaha..terdetik nak ke sana, di hujung minggu baru -baru ni, selesai sarapan bersama anak-anak ( suami pergi cycling), saya bawa mereka hiking separuh Gunung Lambak. Walapun mereka dah pernah ke puncak beberapa kali tapi sebab kurang nya hiking dalam setahun tu maka kita santai-santai jelah ye...rilek rilek watlek watpis orang muda kata.... :)


Sarapan di Rail Coffee Taman Sri Impian, Kluang



Mereka teringin mencelup kaki..haipp..tak boleh..basah kasut nanti :D


Tuesday, 5 February 2019

Gunung Datuk 3.0

Sempena CNY, kami ke Gunung Datuk lagi..kali ni bersama adik beradik, sepupu dan seorang sahabat.


Kami tak naik semasa cuti CNY, tapi naik sebelum cuti CNY hehehe...konfem takde parking kalau time hari cuti. Kisahnya kami ke sana , malam sebelum cuti umum CNY. Bertolak jam 10 malam dari Kluang, tida jam 1 pagi di kaki gunung. Jam 2 kami mula hiking, kemudian jam 4.30 pagi sampai kat atas, lepak dulu..baring-berselimut, sempat tido sebelum subuh :), lepas solat, bersarapan kat atas sana di area camping site. By lunch hour dah turun, siap gi makan gulai daging salai yang femes kes sano....

Menikmati sunrise



Depan: Ajim, Cg Zulhelmi ( duduk),my hubby, me. Belakang: Ijad, Ehan, Ika,Muaz

Hish..org lain hari cuti relaks kat rumah golek-golek tgk tv..cari penyakit tul la korang ni


Tangga dah lain..boleh lihat beza tangga asal di post yang ini :Mendaki Gunung Datuk .

Thursday, 15 November 2018

Jalan-jalan Jogja - Malioboro

Sambungan dari trip Prau-Merbabu(haha lepas 3 bulan baru update!)

19 Ogos
Kami check in di Hotel Griya Sentana pada jam 7 petang. Bersiap2 mandi, kemudian jam 8 malam Rasya bawa makan malam. Nama kedai sudah lupa hehehe... bestnya tidur di tilam setelah 2 hari tidur dalam kesejukan. Apa pun cukup menginsafkan saya kerana baru 2 hari tidur dalam ketidakcukupan dah rasa macam terseksa. Apa lagi orang-orang susah yang tidur berlantaikan simen dan selimut nipis ya?




20 Ogos
Kami bersarapan jam 7 pagi, dan packing beg kali terakhir. Jam 10 pagi kami chekout & our guide Rasya bawa jalan-jalan ke sekitar Jogja dan Malioboro. Kami makan bakso di angringan (gerai ) di sana. Jam 2 petang Rasya bawa kami ke bandara/airport, sebab nak check in jam 3 petang.


sebelum checkout hotel

kedai/kilang kuih bakpia

Eiger, jenama outdoor gear yang popular di Indonesia




Ada jual Osprey jugak kat sini
Lebih kurang jam 12 tengahari kami ke Malioboro

Banyak kedai-kedai di kiri kanan jalan, macam di Petaling Street/Jalan TAR/ Bandung




Sebelum ke airport
So, kami bertolak pulang ke Malaysia lebih kurang jam 6 petang dan tiba di KLIA2 jam 9 malam, terus bertolak balik ke Johor ( drive). That's our short getaway for August 2018!

Friday, 31 August 2018

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2018, Malaysia!

Semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur...amin..

Gambar diambil di Pos 3,Gunung Merbabu :)

Thursday, 30 August 2018

Pendakian Gunung Merbabu 3142mdpl via Boyolali/Gancik

18 Ogos : dalam jam 11 pagi kami masuk semula ke homestay dan mandi, berkemas2 dan checkout dalam jam 1 tengahari, sepatutnya kami melawat sekitar Dieng, tapi jem teruk (macet), maka kami sepakat meneruskan perjalanan ke basecamp Merbabu. Jauh juga.sebenarnya patah balik otw ke Jogjakarta, lebih kurang 4jam. Nak turun dari Dieng pun agak lama sebab jem.Jam 3 petang baru kami lunch somewhere on the way tu. Kemudian meneruskan perjalanan, tiba di basecamp Merbabu dalam jam 6 petang. Sempat bergambar sebelum masuk area kampung/basecamp..suruh Is driver berhenti tepi jalan sebab kagum sangat dengan view Merapi-Merbabu. Oh ya...jalan menuju ke basecamp Merbabu ni macam jalan Cameron Highland. Boleh muntah kalau orang tak biasa.

Sebelah kiri tu Merbabu, sebelah kanan,her twin sister, Merapi
Penginapan di basecamp ni agak daif , macam dewan mangsa banjir. Ada tikar je. Rasya offer saya dan kak Dyna utk tidur satu ruang bilik ( tapi takde pintu sebenarnya hahahaha...ada hallway..jadilah..ada privasi sikit buat kami).Sejuk menggigil...sampai lupa nak minta sleeping bag. Saya dan kak Dyna tido berselimutkan emergency blanket. Itupun tetap sejuk menggigil2. Mandi? Hanya yang tabah sahaja yang bisa mandi dong...hahahahaha...

Duduk hadapan kayu api untuk panaskan badan.. :)

"Bilik" saya dan Kak Dyna.Sebelum tido, saya mandi ala kadar, kemudian buat macam di Kinabalu, pakai kelengkapan baju semua lengkap. lepas tu tidur hahaha...bangun nanti tinggal gosok gigi dan mandi dua jari(cuci mata) hahahahaha

Gummy ultra beli dari Marathon Baker... untuk kunyah-kunyah semasa hiking.


Jam 7 lebih tu saya order nasi goreng dengan tuan basecamp tu..memang dia masakkan juga ( order je).Rasanya dalam jam 9 malam kami dah paksa diri tido. Sejuk nya mencucuk-cucuk ke tulang sum sum. Saya tak pasti geng lelaki tido jam berapa, sebab masa saya dah nak tido, terdengar mereka berbual-bual lagi...

19 Ogos
 Jam 1 pagi saya bangun, kejutkan Kak Dyna, dan tengok suami saya dah bangun. Jam 2pagi kami semua dah bersiap... saya tak selera nak sarapan roti, so saya ambil sepotong Brownie by MarathonBaker juga beserta sedikit air kosong(boleh beli online ye) . Untuk permulaan, kami naik ojek(motor) untuk ke perbatasan Gunung Merbabu. Kalau berjalan kaki, mau makan masa  1 jam kata Rasya. Kos ojek, 15,000 rupiah seorang. Jimat masa dan energy lah ya.Kami juga disertai seorang lagi guide, Imron namanya.

Menunggu ojek

Gelap kan...takde nak ambik gambar hahaha... menghampiri jam 5 pagi kami tiba di Pos 3, Batu Tulis dan menunggu sunrise.Puncak jawooohhh lagi wohh..

Carilah spot menarik untuk duduk hehehhe...
Saya juga chop spot yang sesuai..nampak Gunung Lawu dari kejauhan....


Sekilas warna jingga sunrise muncul


Selamat pagi sunshine..gambar tak jelas sangat
You have to see it yourself...pictures won't do justice


Masing-masing posing sakan

Bukit dibelakang ni puncak tipu yaaaa.....ada 3 bukit perlu didaki lagi hehehehe sebelum sampai ke bukit ke 4 iaitu puncak sebenar
Beberapa anak muda Indonesia minta bergambar bersama
Dah siang, baru nampak wuuuu banyak nya khemah!

Marilah kita teruskan perjalanan.....

Bukit teletubbies


Ni view yang membelakangi kita...Gunung Merapi...

Berehat sebentar di Sabana 1


Sarapan pagi
Diorang je makan megi tomyam..saya tak minat megi

Seronok...bila kena matahari rasa hangat sangat!Sebab tengah kesejukan
Setibanya di Sabana 2, Kak Dyna memberitahu , lututnya sakit ( old injury),lalu tak boleh teruskan lagi bimbang jadi lebih mudarat dan dia decide menunggu di situ sahaja. Di Sabana 1 lagi Kak Dyna dah mula rasa tak selesa di lutu, tapi dia cuba bertahan. Rasya menemani Kak Dyna, manakala Imron membawa kami ke puncak.



Melewati Sabana 2


Ada lesung besar... tumbuk padi atau jagung agaknya ya...



Mesyuarat: memikirkan nak ikut jalur yang mana...hahaha semua nya menaik je kan kih3

Jamil dan Imron. If you look carefully belakang mereka berdua ada 3 bukit beralun2. Itulah laluan kami.Memang psiko juga lah nak tabahkan kaki naik turun, naik turun. Nuang pun ada 1 je puncak tipu hahahahaha..ni ada 3 puncak tipu!

Jam 10.30 pagi, kami tiba di puncak Merbabu...
Alhamdulillah
 Ada 3 puncak di Gunung Merbabu iaitu puncak Triangulasi, kemudian puncak Kentengsongo (jarak 5 mnit je dari Triangulasi) dan Puncak Sharif. Menurut Imron, puncak Sharif ni kena turun naik bukit lagi dan masa agak suntuk, jadi kami tidak ke puncak Sharif.



I can stay here forever.... :)
Last group pose kat Sabana 2


Kemudian dalam jam 11.30 pagi kami mulai turun.... tiba di Sabana 2 dalam jam 12.30 tengahari, kemudian terus turun ke perbatasan. Ada lagi sesi bergambar-gambar tapi nanti post ni jadi panjang sangat pulak hahahha...

Kami tiba di Perbatasan dalam jam 2 petang,kemudian naik ojek balik ke basecamp.Lupa pula nak rakam video, lumayan tanjakan(gelap tadi tak nampak betapa horrornya ketinggian Bukit Gancik ) hahahahaha.....luckily saya dpt rider perempuan, memang saya peluk dia weh..sebab ngeri!

Tiba di basecamp, mandi, makan tengahari nasi goreng lagi hahahaha tapi dah lapar belasah je,sedap pulak kan..tambah lagi ada baked beans dan sambal ikan bilis dalam tin hahahaha...kemudian dalam jam 3.30 petang kami bertolak ke Jogjakarta.Tiba di Jogjakarta dalam jam 7 petang...seronok betul dapat mandi dengan sempurna , air suam2 dan ada ..wifi! :D

Bersambung....