Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Monday, 28 May 2018

Masak-masak Ramadhan : Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan

Bahan A : Goreng hingga 2/3 masak
1/2 ekor ayam dipotong kecil( kalau nak banyak, boleh buat seekor)
garam dan kunyit (gaul dengan ayam, goreng macam biasa)

Bahan B:Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering atau 2 sudu cili kisar
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Bahan C:
1/2 cawan sos tomato
1 biji tomato ( besar) - potong dadu

Bahan hias
Bawang holland dipotong
Kacang hijau/peas secukupnya

Langkah-langkah
1.gorengkan ayam hingga 2/3 masak, ketepikan.
2.Kisar Bahan B dan tumis hingga naik bau.
3.Masukkan Bahan C. Tumis hingga naik minyak.
4.Masukkan ayam,gaul dan balikkan , masak hingga mendidih atau hingga kuah pekat sedikit.
5.Masukkan kacang peas dan bawang holland dan didihkan 2-3 minit sebelum tutup api dan hidangkan.

Derhaka sikit sebab lupa taruk kacang peas(lupa beli) -boleh  letak kan juga serai untuk tmbh bau hihi


Saturday, 26 May 2018

Masak-masak Ramadhan : Ayam masak kicap

Memandangkan kurang activity run di bulan puasa ini, kita cerita pasal masak pulak... sekali sekala memasak untuk keluarga, apa salahnya....menu simple boleh dihidangkan semasa berbuka atau sahur. Anak-anak saya suka betul ayam masak kicap!

Bahan-bahan
Ayam seekor dipotong kecil (saya suka buang kulit ayam hehehehe)
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Bawang merah 1 biji
Bawang besar 1 biji
Tomato 2 biji sederhana besar
Cili padi  6-8 tangkai (suaikan ikut kepedasan yang diinginkan)
3 sudu sos tiram
Kicap secukupnya ( dalam 1/2 cawan...kalau nak kuah lebih, boleh letak lebih)
Gula dan garam untuk perasa
Daun sup dipotong2



Cara-cara

1.Goreng ayam + kunyit + ayam sehingga 2/3 masak, angkat dan ketepikan
2. Potong halus bawang merah, bawang besar dan cili padi, tumis hingga naik bau.
3.Masukkan tomato yang dibelah empat.
4.Masukkan sos tiram.
5.Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.Masukkan ayam dan didihkan sebentar.
6.Hias dengan daun sup sebelum dihidangkan.

Pilihan: boleh juga goreng kentang yang dipotong 8 atau tempe goreng, masukkan semasa masukkan ayam.

Thursday, 17 November 2016

Biskut Chocolate Chips

Dah lama plan nak bake cookies dengan anak-anak tapi asyik tertunggak... nah..pagi2 semangat bangun awal sebab mereka nak bua(read kacau) buat cookies..

Resepi sy ambil dari blog Azie's Kitchen. Gula castor sy ganti dengan madu brand CED organic. Yang lain-lain ikut resepi except terlebih butter lah pulak ehehehe...jadi cookiesnya jadi soft cookies pulak..tapi masih boleh dimakan.Rupa memang off bila ada tangan2 kecil yang membentuk doh hihi.

Belum mandi, dah buat cookies..tapi better buat sebelum mandi..dah comot2 boleh mandi lepas tu!


Herot biskutnye..hehehe
Practice makes perfect..ok ade lah rupa bulat cookies tu
Telur yang terkorban semasa percubaan Aisy memecahkan telur huhuhuhuhu

Friday, 13 November 2015

Cheesekut - no sugar & no condensed milk recipe!

Melayan cacing dalam perut....hehehe....salahkan cacing ya...

Tiba2 teringin makan something cheesy but not cakes!

Langkah 1

Dapatkan bahan - bahan di  bawah











250 g cream cheese tatura
1 bungkus deluxe crackers
1/4 cwn madu preferably organic honey(boleh lebihkan klo nk manis lg)
200ml uht whipped cream
Segenggam rolled oats - rendam susu dulu patutnya...baru lembut n kembang(optional..tak nak pun tak apa)
Sedikit nestum utk hiasan
1/2 cwn susu segar



Langkah2

 

Putar whipped cream,cream cheese hingga sebati. (Option; perahan lemon 1/2 sudu teh or 1sudu teh esen vanilla; i used none of these).Guna handmixer or nk lg mudah..pki blender (jgn pki blender yg buek sambal yo hihi)

Langkah 3
 
 
Masukkan madu dan blend/mix hingga sebati. Rasa dulu & boleh tmbh madu klo rasa x cukup manis.

Langkah 4
 
 
Letak adunan cream cheese pd lapisan pertama. Tabur rolled oats dan nestum Celupkan deluxe cracker ke dlm susu segar. Celup depan blkg. Susun cracker atas adunan cream cheese td. Buat selang2 smpi habis adunan.

Langkah 5
 
 


Wrap dgn aluminium foil atau plastic wrap..biarkan smlmn dlm fridge (chill kan). Esok boleh ngap.

Gambar yang dah sedia dimakan...tak  sempat snap dah habis../.hehe

Saturday, 7 November 2015

No cook homemade play doh!

My first attempt


Modal below RM10 !I made this a few weeks ago....

3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan garam halus
1 cawan air

Gaulkan semua sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna makanan. Aku add perisa sebab nak bagi wangi. Walaupun safe to eat...tapi bukan untuk dimakan ya....

1-2 hours of play time!

Kek

Pizza

Orang..kata adik aisy




2nd attempt...lebihkan tepung..dpt byk sikit heehhe

Mama pun tumpang moulding hahahaha...pacman!

Monday, 22 December 2014

Belajar buat air asam hehe


Sudah tua bangka tapi baru pandai buat air asam...makanya asyik kena bahan dgn encik suamiku adeiiii...

Bahan-bahan

Sekeping belacan dibakar
1/2 cawan asam jawa adabi
Cili padi,bawang merah dipotong2

Hancurkan belacan dan gaul dgn asam jawa.Tambahkan air masak ikut kepekatan yg dikehendaki.Masukkan bahan2 potong dan gaul.Boleh juga tumbuk cili padi kalau mahu lebih pedas.Boleh juga tambah sedikit gula.

Teringat2!

Sunday, 21 December 2014

No Sugar Added Moist Chocolate Cake

Since i have made a promise to bake a cake with Eein,kena lah tunaikan...Eein ni suka buatkan je,tapi x suka makan kek ..huhu

The recipe

250gm butter(i use tatura)
250gm honey
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko

Steps;

Pukul butter dan honey hingga berkrim.Masukkan telur dan putar hingga kembang.Masukkan esen vanila.Masukkan tepung,koko dan air berselang seli hingga habis.

Bakar pada suhu 160 celcius,selama 1 jam.Boleh letak dlm loyang atau acuan cupcakes.

Topping

1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu esen vanilla
1/2 cawan minyak zaitun atau butter lembut
1/2 cawan susu pekat manis atau plain yogurt atau whipping cream

(jika guna plain yogurt,kena add honey sikit bg manis)

Campur semua bahan dan masak cara double boiler.

Bila kek n topping dah sejuk,sila tuang topping atas kek dan sejukkan semalaman dlm fridge sblm ngap!





Budak kecik dan comot tiada boleh dipisahkan jua....


Tangkap leleh youuuuu!!

Bawa ke tadika pagi ini..(ada tusyen cuti sekolah)



Friday, 19 December 2014

Simple,plain homemade butter cookies



Bahan-bahan

125gm butter
375gm madu(aku guna organic brown sugar,madu dah habis)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
some chocolate chips/rice/kismis
1 biji telur

Cairkan butter dan gula.Campur dengan semua bahan kecuali choc chips.Bila adunan dah x melekat kat tgn,masukkan choc chips dan gaul rata.

Terap atau buat bentuk bulat dan leperkan.Bakar pada suhu 160 celcius,30 minit.Sejukkan dan simpan dalam balang.



Pembantu cilik..Eein gentel2 adunan, nak buat olaf katanya..:)


Lain kali boleh buat lagi!
Approved by Aisy!

Sunday, 14 December 2014

Mangolicious Overnight Oats

Overnight oats + mangga lemak manis Siam, beli di Perlis ...niat di hati nak beli harum manis, sayangnya belum musim....settle down with lemak manis pun oraiitt...5 kilo 2-3 hadap, licin dikerjakan anak-anak dan mak nya hahahaha...

Saturday, 6 December 2014

Makan-makan ....Pulut Mangga Thai

First time makan pulut mangga ni, sewaktu berkunjung ke Padang Besar. Sebenarnya kat Kelantan pun ada juga tapi tak pernah terjumpa..hahahahaha..habis tu, kalau dah balik kampung duk cari nasi dagang n nasi kerabu je, dah kenyang sgt sebab tu tak cari makanan lain ^_^. Biasa aku makan pun, pulut durian kat Yati's Percik, Kota Bharu. Sama je pesen dengan pulut mangga Thai ni, except tukar dgn buah durian.

Lepas balik dari Padang Besar, teringin nak makan pulut mangga ni lagi.Tapi tak reti.Masak pulut pun tak pernah...google and google, jumpa resepi di sini: Singgahsana Kitchen. Nampak mudah dan ringkas..why don't I just give it a try?

Aku ikut satu persatu resepi di blog ni, cuma tukar gula putih ke gula organik (pesticide free ),dan sukatan 750ml santan, kuguna santan segera 1 liter.Malas nak simpan - simpan baki 250 ml, nanti bukan guna pun lagi..habiskan terus je lah.....saat entry ni ditulis, dah 4-5 kali dah buat...alhamdulillah..hubby, my mom, kawan2 suka...sedaplah kot tu hehehehe....cuma kalau nak buat pulut mangga ni, kena lah tunggu time mangga ada.....kalau tak, tak boleh lah nak buat pulut mangga...kali ke5 daku masak pulut ni,baru teringat nak snap gambar.....tadaaa.....


Care for a bite?

Resepi daku taruk sini....utk rujukan sendiri juga..:) 


Bahan-bahan

500gm beras pulut
1000ml santan segar atau santan kotak
6 sudu besar gula perang organik
3 sudu besar gula perang organik
Daun pandan
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung beras +  1 tepung jagung

Kuah Santan

Panaskan santan bersama 6 sudu gula dengan api kecil sehingga pecah minyak.Ketepikan dalam 200-300ml untuk digaul bersama pulut.Panaskan baki santan bercampur dengan tepung jagung, tepung beras dan baki 3 sudu gula tadi untuk dijadikan kuah.

Mengukus pulut

Panaskan periuk kukusan.Basuh pulut dan letak air separas dengan pulut.Letak secubit garam dan daun pandan.Kukus dengan api sederhana selama 20 minit atau hingga masak.Apabila masak, keluarkan pulut tadi, gaul dengan santan sedikit demi sedikit.Masukkan balik dalam kukusan dan kukus selama 10 minit lagi.

Boleh dimakan panas-panas atau tunggu sejuk sebelum dihidangkan dengan hirisan buah mangga ....

Thursday, 4 December 2014

Overnight oats - Langkah demi langkah





Resepi klik di sini

Post yang pernah viral kat FB hihihi...anyway I love to share good things.Sharing is caring... ^_^

Langkah 1

Masukkan rolled oats-amik yang regular ya bukan instant atau quick  , isi hingga  1/2 botol /bekas  yang anda guna...Dalam gambar di bawah sy guna mason jar 500ml dan juga balang sekut raya....Boleh tambah lebih oats kalau suka.


Langkah 2
Masukkan chia seeds ( 1 sudu besar).

 

Langkah 3
Masukkan 1 atau 2 sudu  greek yogurt atau plain yogurt.Masukkan sesudu madu ( kalau ada madu asli lagi bagus..- gambar madu tak ada dlm ni lupa snap).


Langkah 4
Masukkan susu segar ( anggaran separuh bekas /botol yang digunakan).
 

Langkah 5
Kacau rata dengan menggunakan sudu.

 

Langkah 6

Simpan dalam peti sejuk semalaman. Kalau tak sabar , lepas 2-3 jam dah boleh ngap.


Langkah 7

Sejurus sebelum makan, tambahkan topping buah-buahan yang digemari.

Dari kanan clock wise: Blueberry overnight oats, Mango overnight oats, Apple cinnamon and peanut butter overnight oats dan Strawberry overnight oats.
Posing sebelum dikendurikan.
Mango overnight oats - my favourite!
Apple cinnamon peanut butter overnight oats - my favorite too...kalau yang strawberry and blueberry, makan sekali sekala boleh lah...mudah rasa muak sikit.Pernah buat yang add serbuk koko , pun muak huhuhu
Selamat mencuba!