Pembuka event tahun ni dengan bukit-bukit dragonback dari km7 sampai habis . Dah redho kalau tak PB bila melintasi berbijik2 bukit kat sini . Duk fikir janji finish je. Dah la kena scam dgn encik somi, mlm tadi dianya siap drama sakit perut la perut angin la, konon nak lari sama2 smpi km 10 ke pastu kite kena tinggal awak oi... Ha...akak yang nak "berangin" kena tinggal... tapi teruskan jugak la xkan nak majuk kan.
Tuesday, 5 March 2024
Desaru Half Marathon 2024:2 Mac 2024
Pembuka event tahun ni dengan bukit-bukit dragonback dari km7 sampai habis . Dah redho kalau tak PB bila melintasi berbijik2 bukit kat sini . Duk fikir janji finish je. Dah la kena scam dgn encik somi, mlm tadi dianya siap drama sakit perut la perut angin la, konon nak lari sama2 smpi km 10 ke pastu kite kena tinggal awak oi... Ha...akak yang nak "berangin" kena tinggal... tapi teruskan jugak la xkan nak majuk kan.
Saturday, 25 November 2023
Medini Half Marathon : 25 November 2023
Alhamdulillah another HM tahun ni. Last event for the year lah, Medini Half Marathon ,penutup 2023.
Saturday, 16 April 2022
Bersenam juga di bulan Ramadhan: Welcome 57.5kg!
Aktiviti dalam 10 hari ni selain berpuasa , buat sedikit weight training(basic je), virtual ride & slow jog.
Tuesday, 5 April 2022
Menjaga berat badan
By FB Anna Liza Roslaini
Apabila saya menasihati wanita untuk menurunkan berat badan , ramai yang mengatakan bahawa mereka sudah cuba. Ramai mengatakan bahawa mereka makan sama banyak atau kurang sikit daripada 3-4 tahun lepas, tetapi berat mereka naik terus.
Wednesday, 23 March 2022
Weightloss journey: Welcome 59.5kg!
Alhamdulillah dah semakin ringan rasa badan. Sebelum ni nak rukuk pun rasa sakit lutut. Mari kita berusaha lagi ke arah 55kg! :)
Tuesday, 18 January 2022
Weight loss journey : bermula dari 67 kg
Misi mengempiskan mummy's tummy. Jom siapa nk join,the more the merrier gitu... Tak ada rahsia2 apa pun... Jaga portion makan tu faktor terbesar . Dan aktifkan badan juga . Now mampu walk je dan juga buat indoor cycling. Betul tak tipu ...tapi mmg pregnancy kali ni badan jadi train wrecked semacam (siapa pernah accident jatuh motor ? Ha lebih kurg mcm tu la rasa badan sakit2 dlm sebulan dua) , previous 2 daughters dulu cepat turun kgs faktor menyusu badan dgn faktor usia muda lagi masa tu. Dan sy alami severe diastesis recti kali ni..sobs ...
Friday, 5 December 2014
My version of infused detox water
Thursday, 4 December 2014
Overnight oats - Langkah demi langkah
Resepi klik di sini
Post yang pernah viral kat FB hihihi...anyway I love to share good things.Sharing is caring... ^_^
Langkah 1
Masukkan rolled oats-amik yang regular ya bukan instant atau quick , isi hingga 1/2 botol /bekas yang anda guna...Dalam gambar di bawah sy guna mason jar 500ml dan juga balang sekut raya....Boleh tambah lebih oats kalau suka.
Langkah 2
Masukkan chia seeds ( 1 sudu besar).
Langkah 3
Masukkan 1 atau 2 sudu greek yogurt atau plain yogurt.Masukkan sesudu madu ( kalau ada madu asli lagi bagus..- gambar madu tak ada dlm ni lupa snap).
Langkah 4
Masukkan susu segar ( anggaran separuh bekas /botol yang digunakan).
Langkah 5
Kacau rata dengan menggunakan sudu.
Langkah 6
Simpan dalam peti sejuk semalaman. Kalau tak sabar , lepas 2-3 jam dah boleh ngap.

Langkah 7
Sejurus sebelum makan, tambahkan topping buah-buahan yang digemari.
![]() | |
| Dari kanan clock wise: Blueberry overnight oats, Mango overnight oats, Apple cinnamon and peanut butter overnight oats dan Strawberry overnight oats. |
![]() |
| Mango overnight oats - my favourite! |
Monday, 1 December 2014
Breakfast in A Bottle....Healthy and Simple Overnight Oats
Bahan - bahan asas :
Organic rolled oats( 1/2 bekas yang digunakan)
Chia seeds( 1 sudu teh)
Greek yogurt atau plain yogurt( 1 sudu besar - boleh tambah kalau nak masam lagi)
Madu( 1 sudu besar- boleh tambah ikut suka)
Susu segar ( 1/2 gelas atau 1/2 bekas yang digunakan)
Satukan semua bahan di atas dan kacau dengan sudu bagi bergaul.Simpan semalaman dalan fridge.Boleh add topping buah - buahan atau peanut butter atau cereals(kalau suka) sebelum makan.
Tips:
1.Organic rolled oats boleh beli brand Pristine atau Anzen atau mana - mana organic brand( elakkan guna instant oat..they tend to mush or become lembik2, hancur gitu)
2.Chia seeds ada dijual di Cosway dan kedai - kedai organik
3.Greek Yogurt - ada je kat mana - mana pasaraya
4.Madu - dapat madu asli lagi bagus
5.Susu segar - watch and read the label..SUSU SEGAR bukan susu low fat atau susu penuh krim ok...kandungan susu segar hanya lah susu segar sahaja. Kalau susu penuh krim atau low fat, biasanya kandungan dia pepejal susu(susu tepung la tu) , corn syrup, corn flour...not original milk already... perhatikan pada kotak susu penuh krim dan low fat akan ditulis RECOMBINED PASTEURISED MILK ( SUSU BANCUHAN SEMULA- lagi satu hint yang memberitahu susu ni adalah susu tepung yang dibancuh bukan susu segar)
Trivia:
A bottle of 500ml overnight oats ada lebih kurang 400-475 kalori(depends pada kalori buah yang jadi topping juga)..lebih kurang sama dengan sepinggan nasi lemak bersambal. :)
Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan topping:
Mango
Strawberry
Honeydew
Banana
Kekacang ( walnut, pecan, badam, cashewnut)
Blueberry
Apple
Plum
Cherry
Pomegranate
Kiwi
Avocado
Apa-apa sahaja buah yang anda suka dan rasa sesuai (kalau nak cuba letak durian , manggis dan langsat, silakan aje...nanti bgtahu apa rasa dia hahahaahha..)
Bahan-bahan lain( bahan - bahan di bawah agak manis dan tinggi kandungan gula , jadi memadai letak sedikit sahaja atau jangan letak langsung, nanti hilang healthy nya kalau letak banyak - banyak)
Nutella(1 sudu)-manisssss...I cannot go la this one...
Peanut Butter( 1 sudu besar) - i love this..memang yummy...sesudu besar peanut butter ada 94 kalori
Coklat(1 sudu)- Hersheys' maybe? or kalau rajin buat healthy cocoa topping sendiri....
Muffin crumble
Cake crumbles
Cereals(cornflakes etc)- nope..i don't like...risaukan GMO hahahaha..sorry banyak nau pantang larang...
Later kalau rajin, aku post gambar step by step k...untuk buat overnight oats ni..cuma tak tahu bila hahahaaha....tungguuuuuu



























