Recently , I learn how to make overnight oats..tak susah pun, campak2 itu ini, simpan dalam peti sejuk overnight, esok pagi dah boleh makan...boleh dibuat dalam mason jar, tupperware atau recycle je botol-botol sos spagheti .Kalau nak guna mason jar, boleh beli kat pasaraya..macam kat Giants ada jual mason jar berharga RM5.00-10.00.Anyway eventhought it's yummy , sekali sekala bila dah bosan , masih minum oats panas...I'm not a fan of yogurt, but tekak boleh terima lah bila dah buat dalam bentuk overnight oats...
Bahan - bahan asas :
Organic rolled oats( 1/2 bekas yang digunakan)
Chia seeds( 1 sudu teh)
Greek yogurt atau plain yogurt( 1 sudu besar - boleh tambah kalau nak masam lagi)
Madu( 1 sudu besar- boleh tambah ikut suka)
Susu segar ( 1/2 gelas atau 1/2 bekas yang digunakan)
Satukan semua bahan di atas dan kacau dengan sudu bagi bergaul.Simpan semalaman dalan fridge.Boleh add topping buah - buahan atau peanut butter atau cereals(kalau suka) sebelum makan.
Tips:
1.Organic rolled oats boleh beli brand Pristine atau Anzen atau mana - mana organic brand( elakkan guna instant oat..they tend to mush or become lembik2, hancur gitu)
2.Chia seeds ada dijual di Cosway dan kedai - kedai organik
3.Greek Yogurt - ada je kat mana - mana pasaraya
4.Madu - dapat madu asli lagi bagus
5.Susu segar - watch and read the label..SUSU SEGAR bukan susu low fat atau susu penuh krim ok...kandungan susu segar hanya lah susu segar sahaja. Kalau susu penuh krim atau low fat, biasanya kandungan dia pepejal susu(susu tepung la tu) , corn syrup, corn flour...not original milk already... perhatikan pada kotak susu penuh krim dan low fat akan ditulis RECOMBINED PASTEURISED MILK ( SUSU BANCUHAN SEMULA- lagi satu hint yang memberitahu susu ni adalah susu tepung yang dibancuh bukan susu segar)
Trivia:
A bottle of 500ml overnight oats ada lebih kurang 400-475 kalori(depends pada kalori buah yang jadi topping juga)..lebih kurang sama dengan sepinggan nasi lemak bersambal. :)
Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan topping:
Mango
Strawberry
Honeydew
Banana
Kekacang ( walnut, pecan, badam, cashewnut)
Blueberry
Apple
Plum
Cherry
Pomegranate
Kiwi
Avocado
Apa-apa sahaja buah yang anda suka dan rasa sesuai (kalau nak cuba letak durian , manggis dan langsat, silakan aje...nanti bgtahu apa rasa dia hahahaahha..)
Bahan-bahan lain( bahan - bahan di bawah agak manis dan tinggi kandungan gula , jadi memadai letak sedikit sahaja atau jangan letak langsung, nanti hilang healthy nya kalau letak banyak - banyak)
Nutella(1 sudu)-manisssss...I cannot go la this one...
Peanut Butter( 1 sudu besar) - i love this..memang yummy...sesudu besar peanut butter ada 94 kalori
Coklat(1 sudu)- Hersheys' maybe? or kalau rajin buat healthy cocoa topping sendiri....
Muffin crumble
Cake crumbles
Cereals(cornflakes etc)- nope..i don't like...risaukan GMO hahahaha..sorry banyak nau pantang larang...
Later kalau rajin, aku post gambar step by step k...untuk buat overnight oats ni..cuma tak tahu bila hahahaaha....tungguuuuuu
Salam kenal. Singgah di jalan-jalan pusing-pusing
ReplyDeletekenapa nampak cam sedap sangat... aihh.. lapar den. :3
ReplyDeleteSalam kenal mrs A ;)
ReplyDeleteOmbre vanilla; try it..klo suka oats,mmg sedap ;) good recipe to lower cholestrol
ReplyDeletebuah tu nampak menarik sungguh..tibe2 rasa lapar hihi
ReplyDeleteInfo yang saya cari selama ni. Tq...
ReplyDelete