Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Sunday, 1 December 2019

Putu halba

Masa balik Kelate tu ari, musim hujan..jadi delicacy atau kuih putu halba ni banyak dijual di tepi-tepijalan. Sedap makan panas-panas..macam putu bambu, bezanya dia campur ubi kayu...



Copy dari link asal : Bicara Mentari

Putu halba kuih tradisi Kelantan. Resipi putu halba menggunakan bahan ubi kayu, gula melaka dan halba, serta kelapa muda parut sebagai pencicah. Putu halba dijual secara bermusim pada musim hujan.   

Masuk saja musim banjir atau tengkujuh, penjual putu halba tumbuh macam cendawan selepas hujan. Di mana-mana saja, terutama di tepi jalan wujud kedai putu halba segera. Ada yang sekadar bernaung di bawah sebuah payung untuk menjalankan perniagaan putu halba.

Putu halba adalah kuih yang dibuat menggunakan bahan asas ubi kayu. Namun nama ubi kayu itu sendiri tenggelam. 

Sebaliknya nama halba, sejenis rempah pula mengambil nama walaupun penggunaan halba sebenarnya amat sedikit, sekadar untuk mendapat aroma baunya.

Mungkin pemilihan nama itu untuk ‘lari’ dari nama ubi kayu. Kalau sebut nama putu ubi kayu mungkin tidak ramai yang tertarik kepadanya. 

Putu halba bukan ‘mesti’ dibuat pada musim tengkujuh sahaja. Sebaliknya pada bila-bila masa pun putu halba sedap dimakan. Namun, seperti satu budaya, ia biasanya hanya ditemui pada musim banjir. 

Keadaan ini sebenar berpunca pada sejarah awal atau ketika ia mula diperkenalkan. Ubi kayu banyak ditanam penduduk kampung sama ada untuk dijual mahupun keperluan keluarga. Ia muda ditanam dan tidak perlukan kepada penjagaan. 

Namun, satu perkara yang pokok ubi kayu kalah ialah kawasan tanamannya tidak boleh ditenggelami air. Jika berlaku banjir, dalam tempoh sehari atau dua hari mesti dicabut atau dikeluarkan isinya. Jika tidak isi ubi kayu akan rosak atau dipanggil ‘carok’.
Jadi, untuk mengelak kerosakan dan kerugian, maka sebanyak manapun ubi kayu yang ada perlu dicabut biarpun melebihi kepeluan atau kegunaan semasa. 

Memandangkan banyak ubi kayu, maka timbul idea kreatif penduduk Kelantan mempelbagaikan kegunaan ubi kayu. Biasanya kita dengar menu ubi kayu rebus, ubi kayu bakar, tapai ubi kayu, ubi kayu goreng, sira ubi kayu dan macam-macam lagi. Semuanya menggunakan nama ubi kayu. 

Satu-satu menu berasaskan ubi kayu yang tidak menggunakan nama ubi kayu bersama-sama ialah putu halba.  Bahkan ada juga menggunakan nama putu piring untuk putu halba. Bagaimanapun ia jarang digunakan kerana ada jenis putu piring yang lebih dikenali yang menggunakan beras.Ubi kayu yang ingin dibuat putu halba perlu diparut. Kemudian dimasukkan ke dalam bekas kain untuk diperah dan dikeringkan sehingga berderai. 

Sekarang ini tidak perlu lagi parut ubi kayu untuk membuat putu halba kerana telah ada dijual ubi kayu diproses yang sesuai untuk dibuat putu halba. Ubi kayu kering ini boleh disimpan lama. 
Jadi, peminat putu halba boleh membuatnya sendiri tanpa perlu menunggu musim banjir. 


Gambar dari google

Saturday, 10 December 2016

Pasar Jelawat,Bachok

Mencari sarapan di sini bila balik kampung..

nasi dagey(nasi dagang), pulut pagi, nasi kerabu, nasi berlauk ikan ke ayam ke,semua ada..cuma harga dah naik la skrg..dulu2 nasi bungkus2 ni RM1.50 je sebungkus(sekarang RM2.50 sebungkus), kuih 5biji  seringgit.Skrg dah naik sikit tapi harga nasi bungkus2 ni still murah  lah berbanding di Johor( nasi berlauk ada di Johor tapi RM3.50.....), nasi lemak seringgit masih ada lagi di kedua -dua tempat Kelantan dan Johor..:)

Sayuran segar...
Blurry sikit

pilih..pilih

Akok!
Petang-petang pergi jenguk rumah lama arwah abah kami.... lalu di Kg. Landak, Pengkalan Chepa, kita beli akok panas-panas baru siap masak deh?2 singgit 2 singgit!




Wednesday, 25 May 2016

Sunrise at Bachok

Mengikut hubby sambil bawa anak-anak selepas subuh ke pantai nelayan tidak bernama, di Bachok, Kelantan....Salahs atu aktiviti masa cuti sekolah Mac, baru nak update hihi....

Family pic first. Yang depan belah kiri sekali tu memang over hahahaha

Nak suruh berdiri diam memang susah...nailed it!Ada banyak lagi gambar..tapi takpelah simpan sendiri je...

Pose paling mahalkah? hahahaha

Nelayan menarik gandar roda selepas membantu menolak bot ke laut....