Masa balik Kelate tu ari, musim hujan..jadi delicacy atau kuih putu halba ni banyak dijual di tepi-tepijalan. Sedap makan panas-panas..macam putu bambu, bezanya dia campur ubi kayu...
Copy dari link asal : Bicara Mentari
Putu
halba kuih tradisi Kelantan. Resipi putu halba menggunakan bahan ubi
kayu, gula melaka dan halba, serta kelapa muda parut sebagai pencicah.
Putu halba dijual secara bermusim pada musim hujan.
Masuk
saja musim banjir atau tengkujuh, penjual putu halba tumbuh macam
cendawan selepas hujan. Di mana-mana saja, terutama di tepi jalan wujud
kedai putu
halba segera. Ada yang sekadar bernaung di bawah sebuah payung untuk
menjalankan perniagaan putu halba.
Putu halba adalah kuih yang dibuat menggunakan bahan asas ubi
kayu. Namun nama ubi kayu itu sendiri tenggelam.
Sebaliknya nama halba, sejenis rempah pula mengambil nama
walaupun penggunaan halba sebenarnya amat sedikit, sekadar untuk mendapat aroma
baunya.
Mungkin pemilihan nama itu untuk ‘lari’ dari nama ubi
kayu. Kalau sebut nama putu ubi kayu mungkin tidak ramai yang tertarik
kepadanya.
Putu halba bukan ‘mesti’ dibuat pada musim tengkujuh sahaja. Sebaliknya pada bila-bila masa pun putu halba sedap dimakan. Namun,
seperti satu budaya, ia biasanya hanya ditemui pada musim banjir.
Keadaan ini sebenar berpunca pada sejarah awal atau ketika ia
mula diperkenalkan. Ubi kayu banyak ditanam penduduk kampung sama
ada untuk dijual mahupun keperluan keluarga. Ia muda ditanam dan
tidak perlukan kepada penjagaan.
Namun, satu perkara yang pokok ubi kayu kalah ialah kawasan tanamannya tidak boleh ditenggelami air. Jika berlaku banjir, dalam tempoh sehari atau dua hari mesti dicabut atau dikeluarkan isinya. Jika tidak isi ubi kayu akan rosak atau dipanggil ‘carok’.Jadi, untuk mengelak kerosakan dan kerugian, maka sebanyak manapun ubi kayu yang ada perlu dicabut biarpun melebihi kepeluan atau kegunaan semasa.
Memandangkan banyak ubi kayu, maka timbul idea kreatif penduduk
Kelantan mempelbagaikan kegunaan ubi kayu. Biasanya kita dengar menu ubi kayu
rebus, ubi kayu bakar, tapai ubi kayu, ubi kayu goreng, sira ubi kayu dan
macam-macam lagi. Semuanya menggunakan nama ubi kayu.
Satu-satu menu berasaskan ubi kayu yang tidak menggunakan nama
ubi kayu bersama-sama ialah putu halba. Bahkan ada juga menggunakan nama putu piring untuk putu halba.
Bagaimanapun ia jarang digunakan kerana ada jenis putu piring yang lebih
dikenali yang menggunakan beras.Ubi
kayu yang ingin dibuat putu halba perlu diparut. Kemudian dimasukkan ke
dalam bekas kain untuk diperah dan dikeringkan sehingga berderai.
Sekarang ini tidak perlu lagi parut ubi kayu untuk membuat putu halba kerana telah ada dijual ubi kayu diproses yang sesuai untuk dibuat putu halba. Ubi kayu kering ini boleh disimpan lama. Jadi, peminat putu halba boleh membuatnya sendiri tanpa perlu menunggu musim banjir.
Sekarang ini tidak perlu lagi parut ubi kayu untuk membuat putu halba kerana telah ada dijual ubi kayu diproses yang sesuai untuk dibuat putu halba. Ubi kayu kering ini boleh disimpan lama. Jadi, peminat putu halba boleh membuatnya sendiri tanpa perlu menunggu musim banjir.
Gambar dari google |
Ooo jadi badan nya guna ubi lah ye.. bukan tepung yang biasa kita makan putu bambu tu..
ReplyDeletesure berasa rempah tu kan.. halba quite strong gak bau dia kan.
tak rasa sgt...buat2 bau je hehehe
Delete