Showing posts with label 10km. Show all posts
Showing posts with label 10km. Show all posts

Monday, 27 July 2020

Mini Gathering @ Melancong di Putrajaya

Kebetulan 13 & 14 Julai saya outstesen ke Putrajaya, lepas tu saya pm Kak Yong dengan Kak Azzie...jom jogging malam jom! Plan asalnya bertiga je, tetiba ada lagi yang turun wpun unplanned ( mereka pada awalnya tak janji nak datang sebab bimbang ada hal lain) ..terharunya..terima kasih...mereka kata ini mini gathering aka social run pace pelancongan sempena saya turun Putrajaya...awww terharu... ya tahu..sebelum ni dah banyak gathering saya tak dapat join atas asbab macam-macamlah lagi-lagi kite jauh.... terima kasih para sahabat Team Marathonbaker @ MBSquad yang sudi melayan jalan-jalan malam ni. Dapat gak teman Nana & Tini clock in larian virtual TransMalaysia sebanyak 10km malam tu! Let's do this again next time! hahahaha

terima kasih

Kak Azzie
Kak Yong ( Fariza)
Zalhazmi
Jad
Sapit(Syafiq)
Nana
Tini dan suami

Love u gais a lot!




Banyak betul gambar..sy letak sikit je kang muntah hoji tengok macam-macam gaya kami

Monopod spesial tau...(stroller anak Zal) hahahaha

THANK YOUUUU!!i appreciate this a lot!


Saturday, 31 March 2018

Larian penghujung Mac 2018

Dua larian sebagai penutup bulan Mac 2018... 5 km & 10km.
Larian di tasik Kluang: 29 Mac 2018

Larian sekitar Jalan Baru di Kluang Barat ( Stadium) , ke Taman Intan, patah balik ke Stadium
Cerita run di atas, yang bermula dari Parking Stadium Kluang Barat, asalnya saya dan running buddy saya Ain nak lari 15 km. Tapi oleh kerana saya terlambat sampai ( janji 6.40 am, saya tiba 7.00 am), lepas satu jam lari, matahari makin terik dan sy pula kena sakit tumit di km9 (kecederaan lama - plantar fasciitis).So saya ckp dgn Ain sy nak stop, Ain teruskan berlari sampai 12km ( tahniah!) kemudian dia stop juga sbb boring lari sorang2 hahaha....maaf kan saya Ain sebab tak dapat habiskan 15km kali ini..tumit sakit kemudian weather  too hot huhuhu...route boleh tahan mencabar..sebab jalan nya agak sibuk kecuali jalan dipermulaan stadium, masuk Taman Intan kereta motor semua laju-laju sebab jalan sibuk, lepas tu...3-4 kali terjumpa anjing ( ada satu group anjing tu sampai 10 ekor ...huhu terpaksa kami berjalan je melintasi depa... kalau kita lari, ade dia kejar kang...dapat pace Mo Farah terus nanti! hahaha) .

Lepas lari, kami ngeteh di Rail coffee pekena mee rebus..hahah dah setahun saya tak makan mee rebus tau!!

masa ni 7.30 pagi...masih sejuk2 redup..di kejauhan nampak lah Gunung Lambak Double Peak...

dalam 8.30 pagi...panas nya..bukan complaint tapi bila berlari panas begini lagi cepat tercungap2...memang cuaca peralihan monsoon berubah2 sekarang..pagi cepat panas.
Happy us!Puas hati dapat berlari!



Friday, 23 March 2018

Nearly a month of training...

Menjelang half marathon pada 14 April...training hendaklah dibuat...mencabar sungguh kerana petang2 sangatlah panas...here is compilation of my training until yesterday...sebelum hujung february, training on off agak sendu..

27.02.2018

01.03.2018

04.03.2018

06.03.2018

08.03.2018

10.03.2018
13.03.2018

15.03.2018

17.03.2018

19.03.2018
23.3.2018

Tak sampai 3 minggu lagi IPNM!

Wednesday, 13 September 2017

Steigen Socks


Stokin ni dicadangkan oleh sahabat-sahabat yang dah pernah lari half dan full marathon. So, sy pun try beli. Nanti saya bagi review ya :).. tapi lambat lagi lah sebab nak test untuk lari jarak yang agak jauh(dalam rekod peribadi saya lah ) iaitu 12km pada hujung bulan ni...tungguuu...so far untuk rekod, saya tak pernah kena blisters lagi ( paling jauh pun lari 10km setakat ni), kena kebas-kebas jari kaki tu ada.Stokin ni ada saiz 1/4 length, 1/2 length dan 3/4 length. Compression socks pun ada tapi ni mesti harga RM100 ke atas nih.

Yang bestnya, siap guarantee no blister okayy...

Boleh baca penuh di sini. No blisters


Menarik!

Saya beli dari Jason Ku ( Sportslife Fusion) order melalui whatsapp 0138882887 ( RM180 utk 3 pairs - kalau beli satu RM69 - exclude postage. Saya combine buying with a friend). Tapi maybe boleh dibeli di kedai-kedai sukan lain juga. Senang beli/order online sahaja sebab lately macam kesuntukan masa nak keluar ke kedai huhu...dan bahaya gi kedai, takut masuk kedai plan nak beli 1 barang tapi keluar kedai jadi 5 barang camno? hahahahaha


Yeah.. let's run! 

Wednesday, 24 May 2017

My first 10k

Alhamdulillah....petang semalam sesuatu tak dijangka berlaku..plan saya cuma nak berlari sejauh 6km...terlajak jadi 10km. Kombinasi cuaca yang redup selepas hujan dan cuaca yang baik , mempengaruhi saya untuk mencuba berlari sejauh 10km. Biasanya saya kurang yakin nak berlari jarak jauh sebegini di petang hari atas faktor panas, penat selepas bekerja dan tak larat. Tetapi semalam, selepas melepasi 6km, saya rasa nak cuba 8km. Selepas cecah 8km, saya rasa, eh belum penat lagi walaupun jari kaki sedikit kebas, jom la cuba 10km! And i did it!

Bertanya pada kawan yang selalu run, kenapa jari saya kebas, beliau memberitahu mungkin faktor tak cukup garam /mineral dalam badan. Jadi nanti tengok balik pemakanan sebelum berlari.Dan semalam juga saya cuma minum 2 teguk air selepas 8km( biasanya saya boleh berlari 5-6km tanpa minum air). Jarak terbaharu ini telah memberi semangat baru kepada saya untuk terus berlari!Insya Allah..walaupun mungkin sepanjang bulan puasa ni, kena berehat dari berlari sebentar...nanti kita sambung lagi lepas raya ya....(terbayang kuih raya nih bahaya betul ni hahahaha)

Dibawah rekod-rekod pace saya menggunakan Apps STRAVA. The verdict? Selepas berjaya lari 10km ni, rasa seronok dan badan rasa ringan !



True indeed!

Monday, 8 August 2016