Wednesday 30 January 2019

My First Full Marathon in Twincity Marathon


Lama betul tak update blog! busy beeeee....


Tak pernah terfikir pun nak lari 42.195km sejak mula lari fun run (5km) di tahun 2015. Yang terlintas di benak fikiran, larian cumalah satu senaman selingan untuk saya mencapai cita- cita mendaki gunung Kinabalu yang dijadualkan pada Disember 2016. Selepas Kinabalu, masa semakin etrhad untuk mendaki dan tak boleh lah selalu tinggalkan anak-anak untuk pergi hiking. Hiking di Gunung Lambak pun memakan masa 3 jam termasuk drive ke parking resort Gunung lambak. Jadi untuk kekal aktif, saya pilih berlari. Secara beransur-ansur jarak larian semakin bertambah...dari 5km ke 10 km ke 12 km. Sehinggalah suami dan rakan ajak masuk half marathon di tahun 2017. Memang kerja gila sebab saya baru berlari paling jauh, 12km. Selepas half marathon pertama, saya gigih berlatih slow ly bermula dari KM5 semula...which lead to another HM (total 3 half marathon events dan 3 half marathon lari sendiri-sendiri hahaha ) sepanjang tahun 2018. Bulan Ogos 2018, sekali lagi terjebak dengan virtual run secara berkumpulan 1963 team Challenge, ....dan kawan-kawan baru saya bercerita tentang Twin City Marathon yang akan berlangsung pada 20 Januari 2019. Saya maklumkan suami, kami terus daftar jarak 42.195 km atau orang panggil, full marathon (FM)! Sempat ni training....kenapa kami tertarik join Twin City Marathon? sebab cut off time (COT) yang panjang iaitu 8jam. Biasanya events lain ,COT bagi FM adalah 7 jam ke 7 jam 15 minit. Jadi, Twin city ni sangat sesuai bagi runner yang baru nak berlari FM.
Sampai ke hujung November dalam kesibukan kerja dan berlatih lari ( 3-4 kali seminggu termasuk long distance run di hujung minggu), saat momentum tengah sedap berlatih berlari....lutut saya sakit pulak...diagnosed sebagai runner's knee. Sempat pergi physiotherapy 2x, kemudian awal December ke umrah 2 minggu. Balik umrah batuk-batuk sebulan..awal Januari berlari paling jauh pun 15 km..huwaaa...dalam seminggu(sepatutnya 2 minggu)  terakhir kena taper ( istilah mengurangkan km dalam larian untuk rehatkan muscle dan simpan tenaga). Masih rasa tidak bersedia, malah malam sebelum lari FM tu saya rasa macam nak DNS je hahahahaha pujuk hati sambil ambil gambar flat lay kelengkapan larian...as most runner do.Mana lah tak nervous, baru je runner's knee mula sembuh, dah nak lari FM.
Larian bermula jam 4 pagi pada 20 Januari lepas,kami menginap di hotel berdekatan , check in dan ambil race kit sehari sebelumnya. Jam 1 pagi dan bangun, bersiap2, kemudian 2 pagi bergerak ke race venue, sarapan ala kadar dengan roti, pisang dan saya pula ada beli multigrain Marathonbaker.

Excited sebab sebelum ni lari takat 21km je
Dalam jam 3 pagi kami dah berlegar-legar sekitar start lines sambil berlari2 anak dan stretching. saya dan suami tidak berlari bersama-sama sebab ini adalah kali pertama FM kami, jadi ikut je pace larian masing-masing.
Jam 4 pagi flag off.. 21km pertama looking good. Memang organizer dan bagi tahu elevation 450m...sekali lagi disadvantage  saya , kurang berlatih berlari atas bukit huwaaa....dalam masa 3 jam 15 minit saya dan seorang rakan menyelesaikan 21km...slow and steady je.. selepas km21, setiap signboard kami selfie sebab memang tak pernah lari lebih 21km hahaha...

yeay..30!

Kemain sahabat runner pakai costume CNY

Masa ni saya dah 32km..sahabat yang ini saya memang respek....Udin masuk half marathon. Kami dari group Virtual Runners Marathonbaker lah ,we encourage each other
Sampai ke km30 (5jam rasanya) saya beritahu kawan saya nak lari dahulu(kawan saya dah berjalan...saya pulak bila berjalan makin bonk rasanya). Sampai km 33 ada keropok lekor tapi serious tak lalu nak makan dah. Water station memang cukup...dengan air mineral..100plus..cuma di km17 dan 20 ada berlaku kehabiskan ari..havoc kejap lah dengan runners yang marah-marah..yelah dah la penat..haus..air habis... di km22 krew pantas menyediakan air (isotonic) di kawasan flag man sementara runner nak ke water station seterusnya. Mulai km35 saya berlari-lari anak sebab tak sabar nak habiskan larian..memang mental diuji sebab masa ni kita rasa mengantuk..penat..letih semua ada. Saya siap bungkus ais dalam plastik, dan berlari sambil tuam ais kat dahi, pipi dan peha . Daaaannn... yang paling syahdu...km 41 tu terasa jauh sangat finish line hahahaha....semua runners cakap mcm tu..dan akhirnya saya menghabiskan larian virgin full marathon saya dengan catatan masa 6 jam 53 minit.Alhamdulillah....saya dah bergelar MARATHONER. Waaaayyy longer than I expected ( saya target 6jam 30 minit), tapi saya akur lah sebab saya baru recover dari previous injury.... selepas ini kita berlatih lagi..dan elakkan injury sebelum event day. :)



Kawan lari yang kenal di FB...bersua juga akhirnya dengan Moon Salleh

Another MB squad member , Safwan. Dia dah lagi laju ni sebab sgt rajin training
Perasaan di finish line : gembira, syahdu, terharu, teruja sebab wow finally i made it! Lega juga sebab finish tanpa kecederaan serious..cuma lenguh-lenguh dan penat serta normal muscle sores yang reda lebih kurang 5 hari selepas event.
Kemudian....tunggu saya update next FULL MARATHON saya yeh?

Tuesday 8 January 2019

Sejarah Masjid Nabawi

Sesungguhnya pengalaman solat 5 waktu dan ziarah Masjid Nabawi selama 5 hari ( 10 Disember - 15 Disember) adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Bila balik baru saya google dan membaca tentang sejarah pembinaan Masjid Nabawi.

Keypoint:

model binaan asal Masjid Nabawi


- dibina oleh Rasulullah saw pada bulan Rabiul Awal saat awal Hijrah baginda ke Madinah
- saiz Masjid Nabawi ketika itu 1030 meter persegi atau 70 hasta kali 60 hasta sahaja. Mengikut pembacaan, kini, keluasan Masjid Nabawi zaman ini merangkumi luas sebenar bandar Madinah zaman silam.

Gambaran pelukis binaan asal Masjid Nabawi

-  lantai masjid asal adalah dari tanah berbatu, beratap pelepah kurma dan mempunyai 3 pintu sahaja.
Lantai masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.

Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Lantai masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.

Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Lantai masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.

Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
- pada asalnya Masjid Nabawi tidak mempunyai bumbung, bumbung dibina apabila apabila terdapat muslimin dari luar (lupa pula dari mana) yang berlindung di masjid tersebut apabila berhijrah ke Madinah. 
-Pada tahun ketujuh Hijrah  luas masjid menempati kawasan seluas area 2.475 meter persegi
- Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ft) pada empat sudut
- Pada era modern di bawah pemerintahan Saudi Arabia, pembesaran masjid Nabawo bermula pada tahun 1948, kerajaan Arab Saudi dibawah pimpinan  pemerintahan Raja Abdulaziz Al Saud. Masjid ini diperbesar  ke kawasan seluas 16.327 meter persegi. Pada saat yang sama, perbaikan dan renovasi dilakukan pada struktur bangunan yang ada
Luas sekarang lebih dari 400.500 meter persegi. Bangunan Masjid Nabawi mampu menampung hingga  lebih dari 700ribu jamaah. Pada kemuncak haji dan umrah, Masjid ini mampu menampung 1 juta jemaah.
- Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter. 
-rumah Rasulullah yang pada asalnya berhampiran masjid, kini berada dalam kawasan masjid ( rasulullah saw dimakamkan di salah sebuah bilik di rumah baginda apabila wafat, tetapi dipisahkan oleh dinding ) - boleh google juga mengenai Raudhah iaitu dipanggil baginda sebagai  taman-taman syurga ( kawasan antara mimbar masjid dan rumah baginda)
-Teknologi payung besar di perkarangan masjid dibawa dari Jerman dan Jepun. Suhu di nbawah payung diberitakan mampu diturunkan kepada 15-17 darjah celcius apabila payung dibuka kerana ada sistem penyejukan di bawah payung.


Payung raksaksa di masjid Nabawi
Sumber:

Saturday 5 January 2019

Madinah Almunawarrah: Masjid Quba, Kebun Kurma dan Jabal Uhud

Itinerary seterusnya ialah ziarah luar ke  tiga lokasi ini. Kami bertolak selepas sarapan pagi, dalam jam 8 pagi.

Lokasi pertama adalah Masjid Quba 



Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.
Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah.
Justeru, bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.
Ini saya petik dari sini --> Baca lebih lanjut

 
Jemaah yang terbatal wudhuk, jangan risau, ada je tempat wudhuk.Tapi memang ramai ke sini, jadi berasak-asak juga. jadinya sediakan je botol spray lebih mudah. Ruangan solat wanita agak kecil tak sebesar seperti Masjid Nabawi, tetapi memang ni masjid kedua terbesar selepas Masjid Nabawi. Di sekeliling Masjid Quba juga rancak dan meriah dengan jual beli kurma, coklat, buah-buahan seperti delima, anggur dan limau. Tapi tak sempat nak pusing-pusing pasar, kami diberikan 45 minit je di sini. Dalam masa 45 minit tu nak ambil wudhuk (kalau terbatal), nak solat Dhuha, solat sunat 2rakaat, dan solat taubat.Bas parking jauh jugak lebih kurang 700 ke 800m dari pintu masjid sebab terlalu banyak bas! Tapi kan, kalau rajin dan tak penat, boleh ambil teksi dan datang solat sunat di sini setiap hari pun boleh.






Wajiblah bergambar kan...ada jemaah Singapura tolong ambil gambar..masa ni kami memang terpisah lelaki dan wanita pintu masuk berlainan..

Kebun Kurma

Dipenuhi jemaah Malaysia dna Indonesia

Kemudian mutawif bawa kami ke kebun kurma. Tapi tak pula dibawa melawat kebun betul..cuma kedainya je hehehe.

Yang bestnya satu je lah, boleh makan kurma sepuas hati sebelum membeli..kurma bermula dengan harga 30 riyal sekilo sehinggalah mencecah 100 riyal sekilo. Biasanya kurma ajwa yang mahal ( start dengan 70 riyal sekilo). Ada juga jual coklat dan kekacang , di sini.

Jabal Uhud
Bukit /Gunung Uhud tu yang dataran bukit panjang di belakang tu ya..ada bukit kecil di hadapan masjid, ramai yang mendaki untuk bergambar.Tingginya tak sampai 70m pun.



Saya petik artikel dari sini ya..selanjutnya boleh sambung baca di link TravelDream

Tak seperti gunung atau bukit lainnya di Kota Madinah, Jabal Uhud memiliki keistimewaan tersendiri. Bahkan Jabal Uhud adalah salah satu bukit yang dijanjikan kelak ada di surga.
" Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di surga'," demikian hadis yang diriwayatkan HR Bukhari.


Bukit Uhud atau Jabal Uhud ialah sebuah bukit berjarak 5 kilometer di sebelah utara Kota Madinah dengan elevasi keagungannya sekitar 1.077 meter di atas permukaan laut. Bukit ini selalu diingat oleh umat Islam sebab di lembah gunung ini pernah terjadi pertempuran besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriah (Maret 625 Masehi) yang mengakibatkan 70 pejuang Islam mati secara syahid.


Suatu ketika, Rasulullah SAW sedang bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Utsman bin Affan RA. Setelah keempatnya sedang di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.


Rasulullah SAW kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, " Tenanglah Wahai Uhud. Di atasmu sekarang ialah Rasulullah seorang shiddiq dan dua yang kelak akan mati syahid."

Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Di lembah bukit ini jugalah terjadinya peperangan Uhud dan para syuhada disemadikan di sini.(bacaan lanjut) Di kaki Bukit Uhud terdapat sebuah masjid bernama Masjid Sayiddul Syuhada.



Gambar di sini ada yang terdelete huhu...ini je sebahagian yang ada..jemaah lain ad ayang tidka mendaki, mereka berjalan-jalan di abwah je pergi ke pasar di bawah juga

Ada pasar di hadapan masjid Sayiddul Syuhada



Seterusnya dalam jam 11 pagi kami dah kembali ke hotel, dan bersiap-siap untuk solat zohor pula...petangnya selepas asar aktiviti bebas, jadi saya dan suami keluar berdua pusing-pusing sekitar hotel smabil mencari kedai dobi hehehe...

Di bawah ,sebelah kiri hotel ada kiosk fast food(sama bangunan dengan hotel) ada kebab, broast ape tah..hihi..sy pernah beli kebab ayam je..kat hotel pun asyik hidang daging jadi lama-lama rasa mcm jemu pula nak mkn daging. Sini ad ejual aiskrim jugak..tapi Madinah sejuk.so sy beli sekali je pastu tak rasa nak makan aiskrim hahaha (4 riyal- lebih kurang harga sundae Mc D je kih2)

Haa...biasa tgk kedai 2 ringgit..ni kedai 2 riyal :P

Banyak kedai jubah

1 helai 25 riyal

Jadi best friend dah dengan Ahmad ni ha sebab asal lalu je suami mesti sembang dgn dia ni ..belinya tak jugek kih2...suami tanya Ahmad, kenapa muka awak macam orang China? katanya dia dari keturunan Uzbekistan sebelah datuknya...oooooh.Ada beza ya attitude penjual di Madinah dan di Mekah..kesimpulan saya, penjual di Madinah lebih mesra dan mereka tak bermasam muka kalau kita tak beli.Berbual tak beli pun ok je.


Wednesday 2 January 2019

Madinah Almunawarrah: Masjid Nabawi

Kami tiba di Madinah sekitar jam 2 pagi, selesai urusan check in hotel dalam jam 3 pagi. ( Hotel Ansar), Ustaz bagi tahu tunggu di lobi jika mahu beriringan dengan beliau ke Masjid Nabawi. Jarak Masjid lebih kurang 200m, dan jalannya lurus je dari lobi Al-Ansar. Subuh masuk waktu jam 5 lebih, maka dalam jam 4 tu kami beriringan dengan Ustazah dan beberapa jemaah lain. Di Madinah, pintu masuk masjid dalah berbeza lelaki dan wanita. Untuk lelaki lebih banyak pintu, manakala bagi wnaita cuma boleh masuk melalui pintu 16 dan pintu 25 sahaja. Alhamdulillah, memang pintu 16 tu straight je takde belok-belok dari hotel.Kalau jalan laju, tak sampai 10 minit dah sampai ke pagar masjid. Or give and take lebih kurang 15-20 minit berjalan santai lah.


Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi..Subhanallah, speechless sungguh. Allahu dah sampai sini rupanya kami..alhamdulillah..alhamdulillah...



Subuh pertama di Masjid Nabawi..duduk belakang sebab lambat hehehe

Air zamzam..minumlah sepuas-puasnya...sy bw botol mineral kosong dan isi utk bw balik minum di hotel juga

Bersama, my mom(duduk),dari kiri:ustazah habibah, Kak Wati, Naza. Jemaah yang bersama2 ke masjid pg tu
Selepas subuh, dalam jam 7 pagi kami bersarapan dan melelapkan mata sebentar.Kemudian Ustaz bagitahu nak berkumpul jam 9 pagi di lobi hotel. Aktiviti hari itu adalahaktiviti ziarah dalaman Masjid Nabawi di mana ustaz membawa kami berjalan sekeliling masjid sambil bercerita tentang sejarah-sejarah berkaitan masjid....selepas 1 jam, Ustaz membawa jemaah lelaki ke Perkuburan Baqi manakalah ustazah membawa jemaah wnaita ke dalam masjid untuk solat Dhuha dan sekiranya ingin ke Raudhah pun boleh.Selepas Zohor, saya ke Raudhah bersama ibu melalui laluan wheelchair.Alhamdulillah walaupun menunggu hampir 2 jam(sampai terlepas lunch hihi)..dapat juga masuk ke Raudhah walaupun sekejap.



Our hotel- Al Ansar New Palace


Keluar lobi hotel beginilah viewnya

Bangunan hotel kami selang 3 buah bangunan hotel lain sebelum tiba ke perkarangan masjid.

Ada 2-3 farmasi di deretan laluan ke masjid

Deretan kedai , memang lalu bila ke masjid..tabahkan hati..shopping lepas solat ye...

Yang ada payung -payung besar itulah Masjid Nabawi
Bin Dawood ni supermarket macam Tesco tapi barangnya sgt mahal huhu.Better beli kedai-kedai biasa masih boleh tawar menawar

Briefing dari ustaz



Berhenti sebentar di kubah hijau... sambil mendengar briefing ustaz. Dibawah kubah inilah makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda Sayidina Abu Bakar Assidiq dan Umar Alkhattab RA( di kawasan Raudhah) .Di sini kalau kita berhenti dan berkumpul lama, memang kena halau dengan polis, tujuannya nak elakkan jem dan juga nak elakkan org2 buat benda2 khurafat. Cukup lah sekadar selawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dan sahabat. Tak perlu buat benda pelik-pelik macam meratap, merintih, merayu.

Our group photo..ala kena photobomb lah!Gambar dari hp Ustaz..ambik cepat-cepat sebelum kena halau heheh


Pintu jemaah wanita yang selalu kami masuk.

Payung kuncup dengan payung terbuka...kagum.

View selepas subuh

Yang ni view Isya sebab terlambat...kami solat kat luar hehehehe kat dalam dah penuh.Sepanjang di sini ada lah 4kali kot solat kat perkarangan masjid ( ada karpet disediakan), kalau tak dapat duduk kat karpet, bawalah sejadah..lantainya sejuk yang amat!

Tambahan info:

1.Solat subuh di sini tiada Doa Qunut.
2.Selepas solat imam tidak membaca doa...kita doa sendiri-sendiri je
3.Sepanjang di Madinah hampir setiap waktu, ada solat jenazah..ambillah peluang mengerjakan solat jenazah.Seingat saya ada 1-2x je waktu yang tiada solat jenazah.
4.Niat iktikaf bila menjejak kaki ke dalam masjid. Kata Ustaz, kalau kita keletihan dan tertidur di masjid pun, dapat pahala iktikaf. Ambil lah peluang seboleh-boleh solat 5 waktu di sini. Sebaik masuk masjid buat solat sunat tahiyatul masjid. Di waktu pagi boleh buat solat dhuha(pagi). Kemudian solat sunat taubat dan lain-lain solat sunat serta mengaji.Elakkan buat perkara sia-sia ( bergosip bersembang perkara merepek ke..artis ke..dunia ke semasa di masjid), tapi kalau setakat nak berbual kejap nak hilangkan mengantuk,berkenalan dan bertanyakan program-program di Madinah atau Mekah  kepada jemaah lain boleh je cuma jangan leka lah.
5.Bawa botol spray untuk ambil wudhuk. Toilet nya tak la jauh sangat depan pintu 16 tu je...tapi kalau kita keluar masjid, konfem tak dapat dah spot tadi tu heheheheh..cepat je orang lain akan isi kekosongan kita tu. Tanda -tanda tempat tak main di sini ye...

6.Datang awal (at least 1.5-2 jam sebelum masuk waktu solat kalau tak nak menyelit atau dapat spot solat yang tidak selesa(tepi laluan, tepi air zamzam biasanye tempat orang selalu nak menyelit dan lalu lalang, budaya nya lain, kalau lalu tak mintak izin, silap2 kepala dan bahu kita dia tekan sambil jalan - macam buat tongkat atau macam pegang dinding untuk bertahan atau dibuatnye kita macam  kerusi je hihi...sabarrrr..sebab budaya negara mereka memang mcm tu).Langkah kepala semasa kita sujud itu biasa....(sabar!).Kalau datang awal saya suka duduk tepi tiang atau tepi dinding yang memisahkan antara jemaah wanita dan lelaki sebab spot begitu biasanya bukan laluan orang untuk menyelit..lebih selesa buat ibu saya juga..-ibu pernah ditolak orang warga Afrika tak semena-semena tetiba muncul masa kami kat saf tengah..again sabarrrr....Memang kena banyak bersabar...sebab ada juga yang jenis..mula-mula dia selit sorang..tetiba dia panggil 5-6 org menyelit tempat yang sama!(selalu saya lihat warga Algeria atau belah-belah Afrika buat begini).Sabar ya!Ujian Allah tu...sebab kalau kita asyik nak marah-marah bebel bebel..i.deme tak paham..ii.buat kurang pahala kita je sebab takleh fokus beribadat.Tapi sebenarnya jemaah mereka ni kalau sorang-sorang, mesra juga kalau kita menyapa..ada juga warga India yang mengajak saya berbual-bual sebab dia tegur wheelchair ibu saya yang berwarna oren terang tu cantik dan comel hehehehehe..dari belakang dia tegur saya ,äre you from Malayzie?"dah tau saya orang Malaysia..hahahahaha. Ada blog yg saya baca, memang kena sabar dengan mereka sebab memang tolak menolak..rempuh merempuh, singgung2 orang ni biasa je bagi mereka...terutama yang datang dari negara yang padat penduduk....

7.Makluman: jemaah Malaysia paling digemari oleh pengawal sebab sopan,dengar kata dan patuh.Jarang kita dengar pengawal wanita marah orang Malaysia..biasanya mereka akan bersuara lembut dan motherly, panggil kita ke saf - IBU..IBU..SINI..SINI..PERGI DEPAN, MASUK MASUK. Watak pengawal bertukar garang kalau dengan warga Afrika atau Timur Tengah sebab mereka boleh tahan ketegaq wei....pengawal kata A dia buat B...saya tengok pengawal pun nampak kepenatan tapi most of the time mereka sangat energetik!

8.Sedekah: sediakan duit kecil 1 riyal,2 riyal atau 5 riyal...sedekahlah kepada pekerja di masjid..pekerja2 wanita yang datang dari pelbagai negara. Mereka bukan sahaja membersihkan masjid malah menyusun Quran, mop lantai etc.Selalu yang saya jumpa warga Indonesia, siap berborak-borak. Dan bila kita sedekah, terpancar seyuman manis mereka mengucapkan terima kasih.Kadang-kadang yang warga Indonesia pakai niqab, kadang-kadang buka(dalam masjid). Tapi kalau cleaner warga lain memang tak boleh tgk muka mereka sebab berniqab. Sebelum ni pun kawan-kawan bagitahu elakkan sedekah kepada pengemis sebab nanti kita kena serbu dan kena bagi semua. Dan bahaya jika ada yang pickpocket ya..nauzubillah..bukan nak buruk-burukkan ya tetapi memberi peringatan..pick pocket ni mana-mana pun ada... .berhati-hati ya?