Wednesday, 2 January 2019

Madinah Almunawarrah: Masjid Nabawi

Kami tiba di Madinah sekitar jam 2 pagi, selesai urusan check in hotel dalam jam 3 pagi. ( Hotel Ansar), Ustaz bagi tahu tunggu di lobi jika mahu beriringan dengan beliau ke Masjid Nabawi. Jarak Masjid lebih kurang 200m, dan jalannya lurus je dari lobi Al-Ansar. Subuh masuk waktu jam 5 lebih, maka dalam jam 4 tu kami beriringan dengan Ustazah dan beberapa jemaah lain. Di Madinah, pintu masuk masjid dalah berbeza lelaki dan wanita. Untuk lelaki lebih banyak pintu, manakala bagi wnaita cuma boleh masuk melalui pintu 16 dan pintu 25 sahaja. Alhamdulillah, memang pintu 16 tu straight je takde belok-belok dari hotel.Kalau jalan laju, tak sampai 10 minit dah sampai ke pagar masjid. Or give and take lebih kurang 15-20 minit berjalan santai lah.


Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi..Subhanallah, speechless sungguh. Allahu dah sampai sini rupanya kami..alhamdulillah..alhamdulillah...



Subuh pertama di Masjid Nabawi..duduk belakang sebab lambat hehehe

Air zamzam..minumlah sepuas-puasnya...sy bw botol mineral kosong dan isi utk bw balik minum di hotel juga

Bersama, my mom(duduk),dari kiri:ustazah habibah, Kak Wati, Naza. Jemaah yang bersama2 ke masjid pg tu
Selepas subuh, dalam jam 7 pagi kami bersarapan dan melelapkan mata sebentar.Kemudian Ustaz bagitahu nak berkumpul jam 9 pagi di lobi hotel. Aktiviti hari itu adalahaktiviti ziarah dalaman Masjid Nabawi di mana ustaz membawa kami berjalan sekeliling masjid sambil bercerita tentang sejarah-sejarah berkaitan masjid....selepas 1 jam, Ustaz membawa jemaah lelaki ke Perkuburan Baqi manakalah ustazah membawa jemaah wnaita ke dalam masjid untuk solat Dhuha dan sekiranya ingin ke Raudhah pun boleh.Selepas Zohor, saya ke Raudhah bersama ibu melalui laluan wheelchair.Alhamdulillah walaupun menunggu hampir 2 jam(sampai terlepas lunch hihi)..dapat juga masuk ke Raudhah walaupun sekejap.



Our hotel- Al Ansar New Palace


Keluar lobi hotel beginilah viewnya

Bangunan hotel kami selang 3 buah bangunan hotel lain sebelum tiba ke perkarangan masjid.

Ada 2-3 farmasi di deretan laluan ke masjid

Deretan kedai , memang lalu bila ke masjid..tabahkan hati..shopping lepas solat ye...

Yang ada payung -payung besar itulah Masjid Nabawi
Bin Dawood ni supermarket macam Tesco tapi barangnya sgt mahal huhu.Better beli kedai-kedai biasa masih boleh tawar menawar

Briefing dari ustaz



Berhenti sebentar di kubah hijau... sambil mendengar briefing ustaz. Dibawah kubah inilah makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda Sayidina Abu Bakar Assidiq dan Umar Alkhattab RA( di kawasan Raudhah) .Di sini kalau kita berhenti dan berkumpul lama, memang kena halau dengan polis, tujuannya nak elakkan jem dan juga nak elakkan org2 buat benda2 khurafat. Cukup lah sekadar selawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dan sahabat. Tak perlu buat benda pelik-pelik macam meratap, merintih, merayu.

Our group photo..ala kena photobomb lah!Gambar dari hp Ustaz..ambik cepat-cepat sebelum kena halau heheh


Pintu jemaah wanita yang selalu kami masuk.

Payung kuncup dengan payung terbuka...kagum.

View selepas subuh

Yang ni view Isya sebab terlambat...kami solat kat luar hehehehe kat dalam dah penuh.Sepanjang di sini ada lah 4kali kot solat kat perkarangan masjid ( ada karpet disediakan), kalau tak dapat duduk kat karpet, bawalah sejadah..lantainya sejuk yang amat!

Tambahan info:

1.Solat subuh di sini tiada Doa Qunut.
2.Selepas solat imam tidak membaca doa...kita doa sendiri-sendiri je
3.Sepanjang di Madinah hampir setiap waktu, ada solat jenazah..ambillah peluang mengerjakan solat jenazah.Seingat saya ada 1-2x je waktu yang tiada solat jenazah.
4.Niat iktikaf bila menjejak kaki ke dalam masjid. Kata Ustaz, kalau kita keletihan dan tertidur di masjid pun, dapat pahala iktikaf. Ambil lah peluang seboleh-boleh solat 5 waktu di sini. Sebaik masuk masjid buat solat sunat tahiyatul masjid. Di waktu pagi boleh buat solat dhuha(pagi). Kemudian solat sunat taubat dan lain-lain solat sunat serta mengaji.Elakkan buat perkara sia-sia ( bergosip bersembang perkara merepek ke..artis ke..dunia ke semasa di masjid), tapi kalau setakat nak berbual kejap nak hilangkan mengantuk,berkenalan dan bertanyakan program-program di Madinah atau Mekah  kepada jemaah lain boleh je cuma jangan leka lah.
5.Bawa botol spray untuk ambil wudhuk. Toilet nya tak la jauh sangat depan pintu 16 tu je...tapi kalau kita keluar masjid, konfem tak dapat dah spot tadi tu heheheheh..cepat je orang lain akan isi kekosongan kita tu. Tanda -tanda tempat tak main di sini ye...

6.Datang awal (at least 1.5-2 jam sebelum masuk waktu solat kalau tak nak menyelit atau dapat spot solat yang tidak selesa(tepi laluan, tepi air zamzam biasanye tempat orang selalu nak menyelit dan lalu lalang, budaya nya lain, kalau lalu tak mintak izin, silap2 kepala dan bahu kita dia tekan sambil jalan - macam buat tongkat atau macam pegang dinding untuk bertahan atau dibuatnye kita macam  kerusi je hihi...sabarrrr..sebab budaya negara mereka memang mcm tu).Langkah kepala semasa kita sujud itu biasa....(sabar!).Kalau datang awal saya suka duduk tepi tiang atau tepi dinding yang memisahkan antara jemaah wanita dan lelaki sebab spot begitu biasanya bukan laluan orang untuk menyelit..lebih selesa buat ibu saya juga..-ibu pernah ditolak orang warga Afrika tak semena-semena tetiba muncul masa kami kat saf tengah..again sabarrrr....Memang kena banyak bersabar...sebab ada juga yang jenis..mula-mula dia selit sorang..tetiba dia panggil 5-6 org menyelit tempat yang sama!(selalu saya lihat warga Algeria atau belah-belah Afrika buat begini).Sabar ya!Ujian Allah tu...sebab kalau kita asyik nak marah-marah bebel bebel..i.deme tak paham..ii.buat kurang pahala kita je sebab takleh fokus beribadat.Tapi sebenarnya jemaah mereka ni kalau sorang-sorang, mesra juga kalau kita menyapa..ada juga warga India yang mengajak saya berbual-bual sebab dia tegur wheelchair ibu saya yang berwarna oren terang tu cantik dan comel hehehehehe..dari belakang dia tegur saya ,äre you from Malayzie?"dah tau saya orang Malaysia..hahahahaha. Ada blog yg saya baca, memang kena sabar dengan mereka sebab memang tolak menolak..rempuh merempuh, singgung2 orang ni biasa je bagi mereka...terutama yang datang dari negara yang padat penduduk....

7.Makluman: jemaah Malaysia paling digemari oleh pengawal sebab sopan,dengar kata dan patuh.Jarang kita dengar pengawal wanita marah orang Malaysia..biasanya mereka akan bersuara lembut dan motherly, panggil kita ke saf - IBU..IBU..SINI..SINI..PERGI DEPAN, MASUK MASUK. Watak pengawal bertukar garang kalau dengan warga Afrika atau Timur Tengah sebab mereka boleh tahan ketegaq wei....pengawal kata A dia buat B...saya tengok pengawal pun nampak kepenatan tapi most of the time mereka sangat energetik!

8.Sedekah: sediakan duit kecil 1 riyal,2 riyal atau 5 riyal...sedekahlah kepada pekerja di masjid..pekerja2 wanita yang datang dari pelbagai negara. Mereka bukan sahaja membersihkan masjid malah menyusun Quran, mop lantai etc.Selalu yang saya jumpa warga Indonesia, siap berborak-borak. Dan bila kita sedekah, terpancar seyuman manis mereka mengucapkan terima kasih.Kadang-kadang yang warga Indonesia pakai niqab, kadang-kadang buka(dalam masjid). Tapi kalau cleaner warga lain memang tak boleh tgk muka mereka sebab berniqab. Sebelum ni pun kawan-kawan bagitahu elakkan sedekah kepada pengemis sebab nanti kita kena serbu dan kena bagi semua. Dan bahaya jika ada yang pickpocket ya..nauzubillah..bukan nak buruk-burukkan ya tetapi memberi peringatan..pick pocket ni mana-mana pun ada... .berhati-hati ya?

2 comments:

  1. seronok baca perkongsian sahabat ke tanah suci. semoga CT pun diberi kesempatan itu menjadi tetamuNya =)

    ReplyDelete