Showing posts with label 21km. Show all posts
Showing posts with label 21km. Show all posts

Tuesday, 10 September 2019

LSD lagi

Ulang suara...Apakah maksud LSD dalam dunia larian? LSD stands for Long Slow Distance running :). Untuk membuat LSD, biasanya degupan jantung di kadar easy atau aerobic sahaja dan tidak perlu hingga ke max HR. Atau lebih mudah kita kata, berlari pada talking pace ( berlari perlahan tapi masih boleh berbual-bual tanpa rasa mengah).Kalau tak ada kawan, sambil bernyanyi pun boleh hahahaha..

Saya memang dah ada niat nak LSD semalam sementelahan hari cuti umum 9.9 kan... mulanya plan nak start berlari 6.30 pagi utk kurangkan terdedah ke panas terik, tapi akhirnya jam 7.30 pagi baru mula lari... 

Baru km3 masa ni...tabahkan hati
Pada km 7, saya singgah kedai kejap beli 100 plus. Kemudian di km9 terserempak seorang runner lagi... saya tegur , rupanya beliau sama-sama juga tengah LSD untuk training SCKLM..so we ran together! Next water station kami di KM12 ( petronas - beli jelly kelapa dan minum air), kemudian di KM16 kami berpisah sebab kawan baru saya,sis Ogy tadi nak terus sambung lari balik rumah hihi...so saya pun pusing-pusing lah keliling tasik di Bandar Tenggara nak genapkan 21km...fuh..2 kilometer terakhir tu memang hazab sikit sebab masa tu dah dekat 10.30 pagi..matahari dan mula tegak atas kepala...saya jalan..lari..jalan..lari.. alhamdulillah...berjaya juga LSD semalam. Kalau tak jumpa geng lari, mau awal2 di KM 12 saya dah stop agaknya..rezeki nak jumpa kawan baru, berborak sambil berlari, kebetulan pula sama-sama join SCKLM..all the best to us!

New friend!
Alhamdulillah...tercapai jua..30km next week? hahaha tak berani nak janji!!!

Sunday, 20 May 2018

Sireh Park 21km Run

Seminggu selepas Viper Challenge, kami menyertai pula larian 21km di Sireh Park, berdekatan Nusajaya/Iskandar Puteri. Event larian terakhir sebelum mula berpuasa... Larian ni, larian half marathon ketiga buat saya dan suami.Sebenarnya pada masa ini, saya mengalami sakit belakang selepas Viper Challenge, mungkin sebab terlampau beriya - iya memanjat halangan-halangan semasa tu hahaha...Larian bermula seawal jam 6 pagi...kami dilepaskan ( flag off).

Pada awal larian, saya berlari dengan suami sehingga km9, saya mula slow down. Kaki terasa berat mungkin effect dari sakit belakang yang saya alami. Jadi saya minta suami saya berlari dulu kerana saya tak mahu slowed him down. Saya slow jog ke km10, kemudian terserempak pacer 2jam 45 minit dan mula menyaingi larian pacer sehingga km14. Dari km15 ke km 18, saya lari-jalan -lari melayan kaki yang terasa kepenatan. Selepas water station di km18, rasa segar pula dapat makan pisang hahahaha...dan saya teruskan berlari dengan target anggaran 2jam 50min ( sebelum ini best time saya, 2 jam 53min).

Alhamdulillah, saya menamatkan larian dalam masa 2jam 41 minit walaupun sebelum itu pacer 2jam 45 minit telah jauh meninggalkan saya. Rupanya pacer ter sampai awal ke finish line. ..adeiii la..lepas ni boleh lah target 2jam 30 minit pula ya insya allah...Suami saya berjaya menghabiskan larian dalam masa 2jam 27 min.. tahniah !

Secara keseluruhan, event ni agak kecil ( lebih kurang 300-400 pelari sahaja berbanding 6000 pelari semasa IPNM), tetapi pihak penganjur berjaya menyediakan semua keperluan asas pelari seperti, surau(kecil je tapi ramai juga bentang tikar solat subuh di parking), water/fruit station , goodies bag , air sejuk selepas lari dan pemberian medal yang teratur.

Another running buddy,Ain,, her 2nd HM.




Group pic....Kak Dyna ( kiri sekali dengan kostum dan sayap pari-pari)


Sekeping gambar dari official photograper...


Monday, 16 April 2018

Iskandar Puteri Night Marathon - 21km (14.4.2018)

Akhirnya event yang ditunggu tiba... ada pahit manis dalam event ni ya...

My weapon untuk larian...

Hujan otw, kami bertolak sebelum asar kerana aim nak parking di Masjid Iskandar Puteri, boleh jalan kaki je ke starting line, kalau tidak, kena park di Putri Harbour dan naik shuttle bus ke dataran.
Selesai solat Asar, nothing to do, kami berjalan-jalan sekitar dataran melihat gelagat manusia..

dan ambil gambar di board,tgk nama masing-masing di papan ni.

Nasibla orang pangkal nama huruf Z hahahaha

bawa kawan ku, Ain yang akan melarikan larian half marathon pertama beliau.. )
Menunggu flag off jam 8.25 malam

with kak Dyna and her friend

Kawan-kawan hubby yang sempat berjumpa di flag off
           Permulaan larian, agak smooth , flag off ada bunga api bagai..kemudian selepas km5, disaster struck. Water station kehabisan air(eh bukan habis..tak ada air!). Sepatutnya di km10 ada air dan isotonic drinks, tetapi pelari yang kehausan semuanya hampa dan mula rasa keletihan sebab dehidrasi. Saya bawa air, sy offer pada suami dan kawan beliau tapi diorg mula minum di km15. Pelari berharap ada air di km15, pun sama, tak ada air!

             Ngam-ngam km18, air yg saya bw  habis. Dan di KM18, kelihatan botol-botol air bersusun tepi jalan, ada yang bergelimpangan, rupanya lori hantar air, meletakkan (campak?)botol2 air di tepi jalan. Bila baca FB dan IG, ada pelari yang kata, lori tu campak je air. Fuh..memang ramai keletihan dan kehausan. Tetapi ada semangat yang timbul..semangat bantu membantu...runners yang dapat botol air, akan susun/dirikan botol air elok2 atas divider untuk diminum oleh pelari seterusnya..soal hygiene letak tepi....minum bergilir-gilir..saya sambil berlari ,selepas meneguk air, pun pass botol ke belakang tanpa melihat siapa yang sambut..begitulah seterusnya setiap pelari...

          Cerita selanjutnya boleh tengok dan baca di hashtagIPNM 2018, rata-rata pelari marah dan kecewa dengan situasi begini..memang bahaya berlari jarak jauh tanpa air. Itu kami yang 21km, pelari 42km lagi kesian...di km30++ baru mereka jumpa air(minum air pertama di km5..).Apapun saya tabik semua runners yang gigih menghabiskan larian despite the disastrous condition. Fb penganjur jgn cakaplah..penuh kecaman dan makian pelari yang marah.

Usai event, penganjur membuat kenyataan maaf di FB dengan alasan ribut petir petang tadinya menyebabkan air tidak dapat diedarkan...huhu..oklah malas nak komen... jangan sampai ada pelari yang mati atau cedera sebab dehydration baru nak terngadah ya...harap organizer lain ambik iktibar. Result untuk 21km pun ada kekecohan, sebab ada runners yang sesat (ditunjuk jalan yang salah oleh marshall).

Medal cantik..tapi memang hazab lah larian kali ni....ada pelari yang kecewa, rename IPNM as Iskandar Puteri No Water Marathon! Serik? tidak lah serik... ada event lain lagi boleh sertai...hahaha..langit tak selalu cerah, mendung tak bererti hujan dan tak semua events tak de air minum kan?
Family and friend.Misi 5,10 dan 21km berjaya walaupun ada kekecohan

Terima kasih encik hubby pacing saya dari mula sampai habis ( kesan dari injuries sebelum ni, saya berlari-lari anak sahaja janji habis..no PB recorded)
 



My official timing :


Friday, 23 March 2018

Nearly a month of training...

Menjelang half marathon pada 14 April...training hendaklah dibuat...mencabar sungguh kerana petang2 sangatlah panas...here is compilation of my training until yesterday...sebelum hujung february, training on off agak sendu..

27.02.2018

01.03.2018

04.03.2018

06.03.2018

08.03.2018

10.03.2018
13.03.2018

15.03.2018

17.03.2018

19.03.2018
23.3.2018

Tak sampai 3 minggu lagi IPNM!

Wednesday, 15 November 2017

Berlatih untuk half marathon

Sejujurnya semasa Iskandar Puteri Half Marathon yang lepas, saya belasah je masuk dengan keyakinan(dan hentam saja) yang tinggi dan jugak sebab dihasut oleh encik suami dan Kak Dyna! hahahaha...

Tapi selepas dah rasa lari half marathon macam mana, nampaknya selepas ni sy kena training juga walaupun yang paling basic yang mungkin untuk 

1. mengurangkan injury
2. meningkatkan PB( ini bonus lah kalau dapat).

Rezeki saya sebab selepas lari HM baru-baru ini, sy tidak ada kecederaan serius seperti cramp atau blister ( tapi tapak kaki rasa pijarrr panassss je menghampiri km21 - kalau lama lagi mungkin blister juga). Cuma dapat kepenatan dan sengal-sengal otot biasa, tapi tidak seteruk sakitnya seperti selepas mendaki Kinabalu(ni kengkang terus hahaha). Dari segi recovery otot, tubuh saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih. Puas berlari tapi letihnya! Petang tu tidur 3jam lepas zohor hahahaa

Catatan larian saya sebelum half marathon baru2 ini( 8 minggu sebelum). Hahaha sangatlah tidak konsisten sebab sy tak merujuk kepada mana-mana program latihan!Walaupun secara tak langsung saya telah train selama 8 minggu hehehehe...masih kena perbaiki ni...bersepah betul!

Lari 3 kali seminggu 4 -5km( tak tentu hari, kadang-kadang Isnin, Rabu, Jumaat)
Berlari 10 - 12 km di hujung minggu ( dapat 3x)

1 Sept:5km
3Sept: 8km
4 Sept: hiking 2.5km
7Sept: cycling 12km
9Sept: 10km-Jumaat
11Sept: 5.1km
13 Sept: 7km
14 Sept: 5km
16 Sept:6km(International Autism Run)-Sabtu
18 Sept: 4km
22Sept: 4km
23Sept :12km
24Sept: 4km
26 Sept: 4km
29Sept: 11km(Adrenaline Run)-Jumaat
5Okt: 2km
10Okt:6km
13Okt: 3.2km (Larian Johor Berkemajuan)-Jumaat
14Okt: 5.0km
16Okt:4km
17Okt: 5.1km
18Ok:5km
20Okt:hiking 2.5km
22Okt: Bodyweight 20min
23Okt: Bodyweight 20min
24Okt:5km
25Okt: Bodyweight 30min
26Okt:6km
28Okt: ISKANDAR PUTERI HALF MARATHON-Sabtu

Semangat! Lepas ni nak try follow program latihan yang saya jumpa ni di website Runnersworld...nampak macam mudah nak ikut :) cuma selalunya saya agak busy kerjaaa dan lately hari-hari hujan......huwaa...xpe kita cuba dulu..


Sunday, 29 October 2017

My first Half Marathon - Iskandar Puteri Half Marathon 2017 {macam mimpi}

Sempat wefie sebelum flag off
Macam mimpi... mimpi yang ...exhausting tapi sweet hahahaha! Istilah bagi first time masuk half marathon 21km ni adalah virgin half marathon..hahaha aloolo sweet nye istilah. ni mak virgin tau..mak dara hahahah!

Selesai sudah cabaran 21km... rasa dia? Penat sudah tentu..tapi kepuasan tu lebih penting! Acara run ini dibuat di Dataran Kota Iskandar, Iskandar Puteri - dulu nama dia Nusajaya. Pelepasan peserta /flag off jam 5.15 pagi tapi sebab VIP yang naklepaskan peserta tu lambat, maka kami dilepaskan jam 5.30 pagi. Sedang eok 5 minit lari, azan subuh berkumandang, ada yang berhenti solat dulu di tepi jalan . Saya dan rakan saya Kak Dyna berhenti solat jam 6.30 pagi selepas melepasi papan tanda km6. Saya dan Kak Dyna lari sambil layan pace 7 dan 8 je..sebab taknak terlampau beriya, tak nak terlalu push diri...dan kami cuba maintain pace tu sampai habis. Saya berlari nonstop sehingga km15selepas splat subuh tu..kemudian saya mula slow down..tiap kali saya rasa nak berjalan je saya pujuk hati supaya slow jog...sampai di km19, saya mula rasa exhausted, betis dan tapak kaki rasa pijar..maklumlah paling jauh saya train cuma 12 km je! Insaf dah ..lepas ni kalau nak join 21km lagi..make sure training long slow distance sekali sekala. Di km 19, saya berjalan semula sebah kaki dah rasa kepenatan..kemudian bila nampak papan tanda km20, rasa bersemangat semula..sikit lagi! Dan saya jog sehingga finish line..alhamdulillah...saya berjaya menamatkan larian dalam masa 2jam 53minit, iaitu masih tidak melepasi cut off time(COT) selama 3jam 30minit. Hmm..perasaan dia..speechless! Suami saya menamatkan larian dalam masa 2jam 17minit. Cuma pelari yang tamat sebelum COT sahaja yang akan menerima finisher tee berwarna hitam.

Secara keseluruhan, event yang bagus, ada 6 water station, kat water station juga ada pisang..adalah saya berhenti di km15 sebab terasa lapar pulak bila berlari..berhenti jap makan pisang hahahha. Cuma surau portable diletakkan di km13, yang mana kalau kami yang baru-baru join ni..termasuklah runner wanita, takkan sempat reach km13 sebelum matahari terbit..so ikut kreativiti masing-masing lah nak ambil waktu solat subuh macamana..lebih elok kalau portable surau diletakkan di km8 atau 9...atau event ni diubah ke waktu malam... saya rasa sy spend lebih kurang 10 minit untuk berhenti solat .


Insya allah akan join lagi..tapi kalau betul nak join lagi..kena make sure do ample intensive exercises, trainings and good nutritious food at least 2 weeks sebelum event gini!

Apa yang lagi best...pagi berlari..petang nya pula sy ke Terengganu dan Kelantan selama 3 hari untuk outstation by car! woaahhhh..(saya sedang menaip post dari bilik hotel la ni hahahah)




Dengan kak Dyna yang comel dengan skirt tutu nya

We survived half marathon!
medal comel nau..kecik sgt hahahaha...bayar yuran mahal tau..organizer sila lah buat medal besar sikit

Looking forward for next half marathon..insya allah!
Treknya psiko jugaklah..sebab kita baru nak sampai..boleh nampak elite runners dah mula patah balik..aduyai...

DI hari yang sama, adik ipar dan biras saya juga join event run ke3 mereka...di UTM. Adik ipar lelaki saya ni asalnya 105kg berat badannya, dah lose 30kg lebih sejak mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat since Jan 2017..tahniah bro! Wifenya pun lose dari 85ke ke 75kg sekarang...alhamdulillah

Friday, 20 October 2017

Seminggu lagi

Salam semua...so..dah kembali bekerja after cuti sekolah? ( walaupun bukan semua bercuti hehehe)

Yang di atas ni...pengaruh rakan selarian dan suami hahahaa... adeh deh..betul ke ni...baru lari 10-12km sekali sekala terus nak try 21km?

Slow -slow ok... janji finish!Penat berlari, kita jalan je lah..Ahhh..berdebar pula!

Masa mula- mula berlari, ( start dengan virtual run masa Ramadhan 2016) tak pernah terfikir nak lari 10 km waima 21km pun..banyak kali ckp pada diri, dapat lari 5km..6km kira syukur dah... Tapi semakin kerap berlari, semakin membuak-buak rasa nak push myself, nak mencuba sesuatu yang baru, I once thought running is boring..buat cari penat dan sakit je...baik lepak kat sofa di rumah tgk tv(same as hiking hahahaha)

Now? Saya tarik balik la kata - kata tu hahahahahahaha..wish me have happy run!