Showing posts with label Hotels. Show all posts
Showing posts with label Hotels. Show all posts

Monday, 11 November 2019

Hotel Review: Imperial Hotel, Kuching, Sarawak



Outstation!!! Sebenarnya sejak Oktober yang lepas , nama saya banyak sekali jadi insan terpilih untuk outstation.

1. 12 - 14 Oktober sepatutnya ke kursus di Mersing ( cancelled sebab my boss ckp dia lagi perlukan saya di pejabat)
2.21 hingga 23 Oktober saya ke Jerantut(kursus)
3.29 - 31 Oktober saya ke Hulu Yam, kursus lagi.

Masa saya sedang di Hulu Yam, saya dapat whatsapp, kena ke Sarawak pada 6 hingga 8 November...dussss...tapi sebenarnya cam seronok gak yang jauh-jauh sikit ni hahaha..naik belon kitak!

Credit: semua gambar hotel dari Agoda.

First thing first, sebab penginapan tak disediakan, kita survey hotel mana yang terdekat dengan tempat bertugas iaitu DVS Sarawak..kawan bagi tahu duduk la kat Hotel Imperial . Saya hampir-hampair salah book sebab ingatkan Imperial Riverbank ( berdekatan Waterfront, rupanya bukan...) tapi Hotel Imperial yang bersambung dengan Booulevard Mall. Cuma yang tak berapa best, saya seorang..huhu jadi mood jalan-jalan tak berapa nak on. Beli belah kek lapis je itupun sebelum balik..hehehe.

Lobi dia luasss....



Saya ambil bilik twin deluxe, ini bilik paling rendah berbanidng harga bilik lain

Kolam ni saya tengok dari atas je


Cafe..nice..banyak jugak pilihan sarapan


Malam-malam makan di sini je...mall nya bersambung dengan hotel
Gym!I like!!Sempat lah jog kat treadmill 5km malam sebelum balik...




Sebelum balik, of course cari kek lapis dulu....mula-mula saya beli di Mira Cake House. Kemudian di airport terbeli lagi dalam 3 biji di Hamidah Kek Lapis pulak hehehe. Lepas ni kalau susah nak bergerak.tggu beli di airport, harga tak mahal..sama je macam kat kedai-kedai di luar..seingat saya range RM10 - 35 je...ok lah tu.



Outlet Hamidah Kek Lapis Sarawak di airport Kuching


Yang bestnya kek lapis Hamidah ni, dia ada buat macam ni..jadi boleh la cuba macam-macam perisa kan... tak payah beli 3 loaf.


Hotel Review: Msuites Danga Bay

Sebenarnya bukan kali pertama datang sini..dah masuk kali ketiga rasanya...2x urusan kerja...kali ni baru leisure. Kebetulan duk kesian ke anak-anak bila mama abah dia lari atau hiking, mereka tak ikut..kali ni kita bawa sekali walaupun JB je...

Saya book 2 bilik deluxe dengan kos RM145 per room/night (nonrefundable) melalui Agoda. Agak surprise dengan harga yang ditawarkan tapi no wonder la sebab nonrefundable so kita pun ambil risiko if tak jadi, burn je la kan duit booking bilik....kalau yang refundable ( tapi kalau nak free cancellation kena cancel within time frame yang dia bagi) biasanya bilik- bilik ni berharga RM250-300 semalam.

Sampai di hotel, dapat surprise lagi...receptionist tanya puan nak bilik sebelah-sebelah ya...datang sefamili besar ke..saya kata ya...then dia offer upgrade 3 bedroom studio..wahhh kita apa lagi yes kan jelah!(tapi sebelum tu tanya dulu, kena byr extra ke...katanya tak...alhamdulillah).

Kolam di sini pun agak menarik,tak besar sangat tapi kanak-kanak suka..jangan lupa ya pantau anak-anak semasa mandi manda tu. Oh ya suite kami tu ada 1 master bedroom, 1 queen room dan 1 single bed room.

Sepatutnya bilik kami yang ini...actually walaupun bilik biasa, hotel ni mengamalkan konsep suite..jadi bilik biasa tu pun besar sebenarnya (48m persegi ye) dibanding dnegan hotel-hotel lain biasanya 20-24m persegi.


 Dan kami diupgrade kan ke bilik ini ( 3 bedroom studio)..alhamdulillah..



Sayang xde microwave..kalau Dtanyaa Cyberjaya ada..


Master bedroom

Queen bedroom
Single bedroom
*gambar dari Agoda Malaysia

The best one waited by kids..pool lah apa lagi!



Bawah ni sedikit gambar dari hp saya..maaf tak banyak ambil gambar..malas hahaha. Yang penting anak-anak happy dan dia tak bising buat sementara waktu kalau mama abah keluar run and cycling kih3...mode beli jiwa kan....



Saturday, 7 October 2017

Hotel Bangi Putrajaya

Source: Bangi Putrajaya
Picturesque? Yes. Majestic?Yes.. luxury? Yes. Affordable? Surprisingly, yes...dari RM185 nett ...Food?Banyak pilihan...tapi takde aiskrim! hahahahaha....(ada cendol dan abc) ..ok Dorsett menang sebab ada aiskrim..hahaha aiskrim je pun..patut bersyukur dapat tumpang makan ya... :P .

Kami menginap di sini sempena Majlis Konveokesyen Pertanian Bersepadu di hujung September baru - baru ini di MAEPS... 2 hari je menginap di sini. Jom tengok gambar dari website Bangi Putrajaya ya.. range harga, rasanya dalam RM200++ untuk double bed room( muat 2 orang), RM330++ untuk premier family(muat 4 org). Hotel ni memang besar, silap-silap boleh sesat masa cari bilik especially yang di level 1....tapi tak boleh lawan Hotel Pullman yang macam maze dungeon and dragon! hahahahaha


Gym!My fav!

Faveret juga..makan-makan


Premier room

Premier deluxe






Thursday, 21 September 2017

Dorsett, Putrajaya

Tempat berbengkel baru - baru ni. Hotel baru ( 2-3 tahun kot), organizer pula dari Putrajaya so maybe sebab tu hotel ni terpilih berserta kos harga promosi yang rendah. Untuk normal rate dengar khabarnya RM400++ sebilik, tetapi untuk conference/seminar rate, jadi RM180/pax. Oh ya, hotel ni bertaraf 4 bintang. Bilik memang selesa lah, paling suka bantal dia..boleh terlajak tido ni hahaha...dan good, delicious food..alhamdulillah...

Jom tengok gambar dari website hotel.

Lobi

Ruang makan/kafe

Ruang makan

Antara jenis bilik - yang ni deluxe kot

Pool. Semasa saya di sini...setiap hari hujan..plus saya bukan pandai berenang so just pergi gym bila gian nak berjogging.


View dari tingkap



Suka konsep ala-ala english dan hiasan burung kecil di karpet, depan bilik...

View sunset dan siang hari...from my room.
Sempat jog di treadmill 2x selama berada di sini


Tuesday, 29 August 2017

Short getaway: Cuti - cuti...eh betul ke cuti ni?

Tengok gambar dah tahu kat mana kan? Wah..dua kali jalan-jalan dalam bulan 8 ni..hadiah besday ke apa..hahaha... satu trip berjalan dengan kawan-kawan..yang kedua jalan-jalan dgn kawan-kawan, suami dan kawan-kawan suami... trip jalan-jalan cari pasal dan cari sakit namanya..hehehe...will detailed out in next post.

     Bertolak dari Kluang jam 9 pagi,konvoi 3 buah kereta... tiba di exit Tapah dalam jam 3.30 petang, hujan dan renyai-renyai dari masa lalu Ringlet lagi. Kami stay di Brinchang, nama hotel Hotel Check in 2 , booked melalui Agoda. Ada yang pilih duduk dorm ( sebab stay 1 malam sahaja), untuk privasi, saya dan suami ambil bilik private ( twin). Review hotel? ok lah utk short stay, selesa juga, dan konsep macam ala-ala homestay. Untuk dorm wanita memang ada dorm khas wanita sahaja. Bagi lelaki, ada dorm mixed . Maksudnya satu dorm tu 4 katil double decker, kalau ko datang berempat ngam-ngam la duduk dgn geng-geng je, tapi katalah datang seorang atau berdua, kang ade yang share bilik dgn minah saleh hehehe..bahayaaaa.. tapi backpakers hotel kalau style dorm memang macam ni sebab harganya yang murah RM35 bagi dorm dan bgi bilik private dalam RM90 - 150 satu malam. Kedudukan hotel ni strategik juga, dekat dengan kedai-kedai makan, kedai /gerai cenderahati dan juga walking distance ke bus stand pun dekat ( bagi mereka yang memang naik bas). Oh ye..hotel ni juga menggunakan konsep shared bathroom kecuali di dorm wanita, bathroom dalam dorm..so agak terjaga juga privasi nya. Kenalah tu dengan budget harganya kan...

       Sampai di hotel jam 5.30- petang, lepas je check in, saya dan kawan-kawan perempuan berjalan-jalan sekitar hotel untuk tengok2 souvenir dan juga mencari kedai makan utk dinner. Suami saya? dia ngeteh dgn kawan-kawan dia di kedai Mamak depan hotel..hehehe..dah namanya jumpa kawan-kawan kan, tak sesuai pula sy nak join dia ngeteh.

*Ngeteh ( slang loghat dari Johor untuk minum di kedai makan bersama kawan-kawan..kadang-kadang disebut ngopi juga..not sure la origin mana, indonesian slang or javanaes slang ke wallahualam)

With my friend Muna...berhenti take 5 bukan untk minum teh Bharat tapi singgah cari toilet ^_^



Saya dan suami stay di bilik 403. Basic room, tapi just nice.

Lobi hotel di 1st floor, dorm wanita dan twin room di first floor, bilik family di 3rd floor.
Jalan-jalan dapat beli : cendawan goreng..jagung rebus..sedap betul dimakan panas-panas dalam hujan renyai..


Sebelum kembali ke bilik hotel, shopping s edikit barang keperluan utk esok, kedia runcit 24jam di bawah hotel..terserempak pula dgn my friend Dr Donny, pun join trip kami tapi dia dari KL :)

Can u guess where i was going? hehehe