Showing posts with label Workcation. Show all posts
Showing posts with label Workcation. Show all posts

Sunday, 8 December 2019

Kuala Terengganu(3 -5 Disember) ...Part 2: Terengganu Drawbridge





Antara tarikan terbaru di Kuala Terengganu adalah Draw Bridge Tower nya...hotel kami berdekatan juga dengan bridge ni , kalau jog dalam 5km jugak lah...tapi sekitar jalan berdekatan, memang banyak resort dan hotel..within walking distance juga..banyak hotel dan resort di sekitar Pantai Batu Burok contohnya Primula Beach Resort, Hotel Continental, Batu Buruk Beach Resort, Seri Indah, Intan Resort dll. semua nya mmg dekat-dekat lah untuk berjalan kaki pun ok je kalau larat lah..lingkungan 3-5km je...sejak menceburkan diri ke bidang larian ni (ewah), saya rasa lagi feel kalau berjalan kaki ke satu-satu tempat yang berdekatan....tower ni boleh naik ya..dengan bayaran RM5 ( naik lif la).


Kat hujung tower ada bahagian beralaskan clear glass....



Turun dari bridge, jalan-jalan di Pantai Batu Rakit pula...yang seronoknya. jalan di sepanjang pantai agak lurus dan luas, ramai orang berjogging dan cycling di sini sehingga ke jalan Seberang Takir/ Airport.

Banyak buaian sebegini , sesuai untuk upload ke instagram hahahaha


Friday, 6 December 2019

Outstation lagi ler....Kuala Terengganu (3-5 Disember 2019) - part 1

Kang dah kabo..banyak pulak keluor outsteseng nih adoi...

So..balik dari Kampung, 2 hari kat Johor kemudian berkelana lagi....melawat anak-anak murid yang sedang latihan praktikal ladang di beberapa ladang di K.Terengganu. Yang paling tak sangka, melawat ladang lembu yang owner nya En. Yusof dan anak beliau Cik Nadia Gadis  Kerbau Pink. Kagum dgn anak gadis ini, lasak dan tak kisah cuci kandang, beri makan lembu, kerbau dan lembu bali ayahandanya!


Projek Agropolitan,di sempadan Besut/Setiu ni adalah bawah ECER Terengganu kalau tak silap, di mana pekerja-pekerja diambil dari golongan B40 yang berkeluarga malah diberikan rumah kuarters.





Yang ladang kerbau pink ni... kat Kg. Gemuruh ..actually ni albinism pada kerbau..tak semua kerbau dia kaler mcm ni..yang banyaknya En. Yusof ni bela lembu ya...orang terengganu panggil kuba bala (bala =albino)



Nama kerbau pink ni Awang



Buffalo girl..Nadia pernah viral seiring dgn Syukor budak kerbau.




Monday, 11 November 2019

Hotel Review: Imperial Hotel, Kuching, Sarawak



Outstation!!! Sebenarnya sejak Oktober yang lepas , nama saya banyak sekali jadi insan terpilih untuk outstation.

1. 12 - 14 Oktober sepatutnya ke kursus di Mersing ( cancelled sebab my boss ckp dia lagi perlukan saya di pejabat)
2.21 hingga 23 Oktober saya ke Jerantut(kursus)
3.29 - 31 Oktober saya ke Hulu Yam, kursus lagi.

Masa saya sedang di Hulu Yam, saya dapat whatsapp, kena ke Sarawak pada 6 hingga 8 November...dussss...tapi sebenarnya cam seronok gak yang jauh-jauh sikit ni hahaha..naik belon kitak!

Credit: semua gambar hotel dari Agoda.

First thing first, sebab penginapan tak disediakan, kita survey hotel mana yang terdekat dengan tempat bertugas iaitu DVS Sarawak..kawan bagi tahu duduk la kat Hotel Imperial . Saya hampir-hampair salah book sebab ingatkan Imperial Riverbank ( berdekatan Waterfront, rupanya bukan...) tapi Hotel Imperial yang bersambung dengan Booulevard Mall. Cuma yang tak berapa best, saya seorang..huhu jadi mood jalan-jalan tak berapa nak on. Beli belah kek lapis je itupun sebelum balik..hehehe.

Lobi dia luasss....



Saya ambil bilik twin deluxe, ini bilik paling rendah berbanidng harga bilik lain

Kolam ni saya tengok dari atas je


Cafe..nice..banyak jugak pilihan sarapan


Malam-malam makan di sini je...mall nya bersambung dengan hotel
Gym!I like!!Sempat lah jog kat treadmill 5km malam sebelum balik...




Sebelum balik, of course cari kek lapis dulu....mula-mula saya beli di Mira Cake House. Kemudian di airport terbeli lagi dalam 3 biji di Hamidah Kek Lapis pulak hehehe. Lepas ni kalau susah nak bergerak.tggu beli di airport, harga tak mahal..sama je macam kat kedai-kedai di luar..seingat saya range RM10 - 35 je...ok lah tu.



Outlet Hamidah Kek Lapis Sarawak di airport Kuching


Yang bestnya kek lapis Hamidah ni, dia ada buat macam ni..jadi boleh la cuba macam-macam perisa kan... tak payah beli 3 loaf.