Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

Tuesday, 5 November 2019

Jelajah berbasikal Kluang - Mersing - Kluang Part 2

26 Okt 2019:

Ok, setelah bermalam dan berehat, tiba masa nya untuk balik ke Kluang semulaaa..wow masa ni badan dah mula mengalami DOMS ( delayed onset muscle soreness) tapi kena lah bertahan dan bertabah sebab, satu-satunya transport adalah basikal ( tapi terdetik juga di hati macam nak balik naik bas hahahahahaha)

Solat subuh di Felda Nitar

Saya dan Cgu Linda

Kami bertolak pada jam 5 pagi dari Hotel Seri Malaysia, sampai di Felda Nitar jam 6.30 pagi, berhenti solat subuh ,dan sarapan lebih kurang sejam, sebelum meneruskan perjalanan semula...sesuai dgn namanya kayuhan santai dan berkumpulan, bila ada yang dah terkebelakang, yang depan akan tunggu. Nampak kedai kopi , singgah dulu!Dalam perjalanan balik, selepas sarapan, lagi satu pit stop adalah kedai kopi di simpang Kahang dalam jam 12 tengahari.  Sebab kurang latihan endurance, badan mula rasa lenguh dan sakit-sakit . Tapi alhamdulillah smapai juga ke rumah saya di Kluang dalam jam 1.50 tengahari...dari simpang Kahang ke rumah saya, ada 5-6 bukit yang agak kejam jugak laaa.... bila dah nampak sign board Sek Men Sains Sembrong, leganya rasa...home is near!!! semua jadi bersemangat semula! Sampai rumah, sebagai tuan rumah, of course la hidang air sejuk dulu....tengok dlm peti sejuk ada ribena anak-anak...bancuh ribena lah..nyaman kan pekena dgn ais! kaya Vitamin C lagi hahaha....alhamdulillah..selamat semuanya..

Makin hampir ke destinasi penamat, gambar makin kurang hahahaha...mood dah ke laut masing-masing

Where to next guys???Dari atas kiri: Cg Fly suamiku, saya, Cgu Haziq, Cgu Hanbali, Ropi, Zharfan. Cgu Linda, Cgu Zulhelmi, & Ijad

200km in a day! pinjam data suami sebab sy ter off jam Garmin..kalau saya punya dalam 196km kot...sebab suami saya sempat round kawasan rumah lagi 4 km untuk genapkan 200km..
Balik, berehat secukupnya(ahad cuti...sempena Deepavali) ...sebab seminggu lagi pula ada event Full Marathon!!

Jelajah berbasikal Kluang - Mersing - Kluang Part 1

Kalau lah benda ini dibincangkan beberapa tahun lepas, saya akan kata ini kerja gila...hahahah...but we did it anyway!dapat pulak geng satu kepala...lagi lah menjadi-jadi..planning dibuat dalam masa 2 bulan termasuk memilih tarikh, booking hotel, recruit ahli heh.Jarak Kluang-Mersing adalah 96km one way.

Jadi tarikh cuti deepavali (25 Oktober pergi, 26 Oktober balik) dipilih untuk melaksanakan projek berbasikal ini.

Ahli-ahli

1. suami saya
2.saya
3.Cgu Zulhelmi
4.Cgu Linda ( wife Cgu Zulhelmi)
5. Zharfan
6.Cgu Haziq
7.Cgu Hanbali
8.Ijad (adik)
9.Bos Ropi ( bos ni ke mana- mana ajak dia on je!)

Jadi semuanya berkumpul di rumah kami jam 4.30 pagi...tapi bergerak lambat sikit dalam jam 5 pagi gitu sebab ada kawan tertinggal helmet beskal pulak....



Posing lepas subuh, di depan surau di Felda Kahang...siap jumpa tahi gajah..ish ish..memang ada pelepah kelapa jatuh banyak atas jalan sebelum surau ni..mujur lah tak terserempak dgn gajah
Berhenti untuk sarapan, masa ni dah kayuh 50km

Di Masjid Kg Lukut, berhenti untuk ke tandas dan refill air minum



Excited nampak sign board sempadan Mersing!

Hujan pulak..masa ni lagi 37 km nak sampai Mersing

Iklan jap...saya menang giveaway dpt hadiah Chocotainer Almond Choc! sedap!
Jam 12.40 tenghari sampai di Mersing, cari port lunch dulu!Masing-masing komplen bontot sakit hahahaha....
Akhirnya sampai di lokasi berehat/bermalam, Hotel Sri Malaysia Mersing!Sangat bicycle friendly! rupanya ramai pelancong yang  cycling menginap di sini!


Alhamdulillah, sampai di Hotel, rehat, refresh, saya sempat basuh baju dulu...sebab tgk hotel ada beranda..jadi takdelah bawak balik baju busuk hahaha...cuaca pun panas elok..cepat kering!kawan-kawan ada yang plan nak mendobi pada waktu malamnya....waktu malam kami keluar lunch selepas maghrib, sebelum balik , tidur dan esoknya perjalanan balik ya....




To be continued