Tuesday 5 November 2019

Jelajah berbasikal Kluang - Mersing - Kluang Part 2

26 Okt 2019:

Ok, setelah bermalam dan berehat, tiba masa nya untuk balik ke Kluang semulaaa..wow masa ni badan dah mula mengalami DOMS ( delayed onset muscle soreness) tapi kena lah bertahan dan bertabah sebab, satu-satunya transport adalah basikal ( tapi terdetik juga di hati macam nak balik naik bas hahahahahaha)

Solat subuh di Felda Nitar

Saya dan Cgu Linda

Kami bertolak pada jam 5 pagi dari Hotel Seri Malaysia, sampai di Felda Nitar jam 6.30 pagi, berhenti solat subuh ,dan sarapan lebih kurang sejam, sebelum meneruskan perjalanan semula...sesuai dgn namanya kayuhan santai dan berkumpulan, bila ada yang dah terkebelakang, yang depan akan tunggu. Nampak kedai kopi , singgah dulu!Dalam perjalanan balik, selepas sarapan, lagi satu pit stop adalah kedai kopi di simpang Kahang dalam jam 12 tengahari.  Sebab kurang latihan endurance, badan mula rasa lenguh dan sakit-sakit . Tapi alhamdulillah smapai juga ke rumah saya di Kluang dalam jam 1.50 tengahari...dari simpang Kahang ke rumah saya, ada 5-6 bukit yang agak kejam jugak laaa.... bila dah nampak sign board Sek Men Sains Sembrong, leganya rasa...home is near!!! semua jadi bersemangat semula! Sampai rumah, sebagai tuan rumah, of course la hidang air sejuk dulu....tengok dlm peti sejuk ada ribena anak-anak...bancuh ribena lah..nyaman kan pekena dgn ais! kaya Vitamin C lagi hahaha....alhamdulillah..selamat semuanya..

Makin hampir ke destinasi penamat, gambar makin kurang hahahaha...mood dah ke laut masing-masing

Where to next guys???Dari atas kiri: Cg Fly suamiku, saya, Cgu Haziq, Cgu Hanbali, Ropi, Zharfan. Cgu Linda, Cgu Zulhelmi, & Ijad

200km in a day! pinjam data suami sebab sy ter off jam Garmin..kalau saya punya dalam 196km kot...sebab suami saya sempat round kawasan rumah lagi 4 km untuk genapkan 200km..
Balik, berehat secukupnya(ahad cuti...sempena Deepavali) ...sebab seminggu lagi pula ada event Full Marathon!!

No comments:

Post a Comment