Showing posts with label Gunung Belumut. Show all posts
Showing posts with label Gunung Belumut. Show all posts

Monday, 17 July 2017

Mendaki Gunung Belumut 2.0 ( Belumut, revisited )

Trip 15 Julai 2017, Sabtu. Saya dan Kak Dyna tiba di parking Hutan Lipur Gunung Belumut pada jam 8.00 pagi. Agak nervous sebab lepas raya ni banyak makan dari bersenam hahahahaha....doa banyak2 semoga dipermudahkan perjalanan kami. Jam 8.30pagi baru lah semua ahli trip tiba. Stretching, sedikit ice breaking, dan mula mendaki jam 9 pagi. 

Trip kali ni, saya cuma kenal Kak Dyna dan Cgu Rox ( kawan2 running). Yang lain semua baru jumpa hari tu lah. Jumlah semua termasuk guide ( Zul ),15 orang. Yang saya ingat nama, Kak Mas, Abg Rahimi(suami Kak Mas), Farah, Che Da, Ain, Naza ,Raimi... yang lain- lain walaupun nama anda yang sy taip dalam permit..maaf tak tertangkap dek otakku hehehehe..

Oklah, entry bergambar je ye...

100plus beku...bila hiking, sedap tau minum sejuk2...boleh apply kalau rumah/ada fridge berdekatan heheheh.Dalam plastik merah is nasi gorengggggg :)
Huk aloh...sampai2...kami berdua je baru sampai..yang lain belum sampai..posing dulu
Stretching dulu - pic credit to  Raimi
Pic by Raimi

Pic by Raimi

Pic by Raimi
Che Da dan Farah
Ini pacat..... hahahaha...serius tak tau pun Belumut ada pacat banyak mcm ni! Memang epik serangan pacat hari tu!Kak Dyna diserang 6 ekor kat kaki....saya? setakat kat kasut n seluar sebab pakai stokin panjang.Pacat tak leh gigit.
CP 2 Batu Kerang


Ini lah CP3..trek pacak lagi legend










Masa ni dah nak sampai CP4- last waterpoint

Trek dari CP4 menuju ke puncak..berkabus,,sejuk..sebab pagi tu hujan.


Trip sebelum ni tak banyak ambil gambar, boleh dikatakan.trip ekspress masa tu...




Kami tiba di puncak sekitar jam 1 tghari, berehat dan makan tengahari dengan bekal masing2



Dan..acara seterusnya...... OOTD - outfit of the day!Tema HARI RAYA! hahaha





Ini kan raya :)

Tepat jam 2 petang, kami mula bergerak turun... dalam perjalanan, saya, Kak Dyna dan Naza menjadi peserta terakhir dalam group, sambil turun sambil selfie wefie lagi hahahaha...



Kaki gunung semakin hampir bila kita jumpa dan melangkah/memanjat 10-11 batang pokok tumbang ni..


Bila jumpa salur paip air ni..meaning..lagi 8-10 minit sampailah kat bawah :)
Kesimpulan perjalanan trip kali ni:

Mula mendaki 9 pagi
Sampai puncak 1 tengahari
Peserta terakhir sampai ke kaki gunung jam 5.30 petang.

Alhamdulillah..selesai trip Belumut 2.0 bagi saya... repeat? nope. hahahaha...kita ke gunung lain pula..tungguuuu...insya Allah.

Saturday, 8 July 2017

Memohon permit mendaki Gunung Belumut - DIY

Bismillahirahmanirrahim

Insya Allah jika tiada aral melintang, next trip adalah pada 15 Julai 2017. Trip dah fully packed..so maaf ya..tak ada kosong.. :) pengalaman pertama bagi saya menguruskan permit sendiri demi merealisasikan hasrat seorang sahabat, Cikgu Rox and the gang... later I will update the climb..2nd time for me :).

Dan namanya tujuan blog ini untuk share info, berikut adalah cara - cara memohon permit mendaki Gunung Belumut.

1. Dapatkan 15 orang peserta - done ( plus 1 guide - guide ni wajib ya - pandai2 la deal dgn guide mengenai upah/ kos guider). Satu permit adalah untuk maksimum 15 orang je...kalau tak cukup 15 pun tak apa, tapi RM150 bahagi jumlah orang yang follow lah ye...increase kos.
2.Tulis@taip surat rasmi memohon permit.Sertakan nama peserta, no hp, nama waris dan no hp waris.
3.Bawa ke Pejabat Hutan Daerah Kluang Tengah - berdekatan area  tasik  Kluang, kawasan bangunan - bangunan kerajaan.Bayar kos permit RM150, dapatkan resit.






4.Fotostat surat rasmi tadi yg dicop kebenaran mendaki .Sesalinan fotostat serah ke balai polis Kampung Gajah ( ni balai polis terdekat dengan Gunung Belumut).Ketua Balai akan chop pula di surat asal tanda dah terima makluman kita. Jangan pi hantar ke Balai Polis Parit Raja Batu Pahat nun pulak ye....Salinan ori, simpan dan bawa ke pondok renjer utk diperiksa pada tarikh mendaki nanti.

 

So simple kan? Actually anda boleh upah je guide or agen buatkan, tapi ada lah kos dia...jika boleh uruskan sendiri, lebih jimat..cuma balai polis tu je lah yang jauh..tapi boleh je anda cuma singgah pada pagi hari mendaki tersebut...saya serahkan awal , sebab rumah saya dekat dengan Gunung Belumut dan saya tak lalu dah balai polis kalau nak ke sana..hehehe... :).

Tak semua orang ada masa nak uruskan permit sendiri, jika masa mencemburui anda, maka, upahla org untuk melalukannya ;)




Sunday, 21 May 2017

Mendaki Gunung Belumut


Line up Hiking Gunung Belumut 1010.Tarikh: 20.5.2017 (Sabtu)

1. Roslee( guide)
2. Kapten Suhaili( gogo)- memang kapten askar ye
3. Mail
4.Halim
5.Boss Rofi
6. Cg Azman
7.Cg Azamudin
8.Cg Nik
9.Cg Zulhelmi
10.Ayuni
11. Yin
12. Yus
13. Mejar Mazlan - bos pada kapten tadi
14.Azam
15.Zaini
16.Cg Fly(incik hubby hahaha)
17. saya

Kalau salah tulis nama harap maafkan...semua nama gelaran je , nama penuh, yang buatkan permit je tahu >_<

Dalam trip ni sebenarnya saya cuma kenal cikgu-cikgu sebab mereka semua kawan- kawan suami saya. Yin dan Zaini pula colleague saya :)... yang lain-lain tu semua baru kenal.. 7 dari 16 orang peserta adalah tentera..hahaha..amik..pacing dan semangat askar terus dibaginya...range umur? dari hujung 20an ke 50an... apa pun memang kami berterima kasih kepada Kapten yang bersusah payah uruskan permit dan guide. Kami join sekaki dan sekasut sahaja penuhkan line up. Tshirt Terjal Outdoor Adventure tu pula, hubby yang design utk group hiking beliau yang semuanya lelaki tapi sy sibuk je beli jugak..supportive la katakan hahahaha...

Sebenarnya kami sepatutnya mendaki pada Mac yang lalu, tetapi ada masalah dengan agent/guide so  the trip is cancelled....malas nak panjang2 cerita, we let bygones be bygone lah ye...kiranya rezeki nak naik Belumut belum sampai masa tu. Beberapa orang peserta kali ni, ada yang dulu join juga the cancelled trip...langit tak selalunya cerah la kan..redha sahajalah. Masa tu frust juga lah tapi, pujuk hati jelah, rezeki belum ada.

Untuk Gunung Belumut, bagi sesiapa yang berhasrat mendaki nya, sila persediakan diri anda mental dan fizikal, sila training naik bukit atau gunung yang lebih rendah, jogging 2 - 3 x seminggu juga membantu untuk maintain stamina sebab bukan semua orang ada masa nak hiking setiap hari kan?(kecuali rumah kau memang kat kaki gunung hahaahaha....).Kalau memang dari Kluang, Gunung Lambak adalah tempat training terbaik... Berketinggian 1010m, ada 4 checkpoint. Dokumen rasmi seperti permit dan laporan ke Balai Polis hendaklah diselesaikan paling lewat, seminggu sebelum tarikh mendaki. Permohonan permit dibuat sendiri tanpa menggunakan khidmat runner atau agent, manakala guide pula kena hire yang berlesen, atas arahan Pejabat Perhutanan.(1 permit harganya RM150/maksima 15 kepala). Memang trip yang tak mengambil untung, seorang cuma bayar RM20++, berbanding kalau anda ikut trip yang memang oleh company outdoor, mungkin akan dicaj dalam RM40 -50/pax.Bagi trip ini, makanan dan minuman sila bawa sendirian berhad.Itinerary kami pada hari tu kiranya begini

7.30 pagi : para peserta berkumpul di depan pintu gerbang Hutan Lipur
8.00 pagi : pengurusan diri ( ke tandas, urusan ambil tshirt, urusan bayaran bagi yang belum bayar - maklumlah trip kawan-kawan ...kos memang cover kos guide dan permit sahaja )
8.30 pagi : stretching dan baca doa.
8.40 pagi : mula mendaki
9.15 pagi: tiba CP 1(jarak perjalanan 2km), take 5 di sini, kemudian berhenti lagi di CP 2(jarak 3km), tak ingat jam berapa, take 5 lagi.
(Trek CP 3 sangatlah kejam ye...perumpamaan nya,hidung bertemu tanah - trek pacak hampir 90darjah, memang memanjat habis on all 4 hands and legs)-sampai sini dah tak tengok dah berapa jarak km :)
11.30 pagi: tiba di CP 4( di sini trek dah santai kembali...santai-santai landai)
12 tengahari : tiba di puncak Gunung Belumut/makan/selfie/gambar group(masa ni ada 2 group lagi  di puncak)- saya bawa sandwich sahaja, tak lalu nak makan, makan sandwic sepotong je cukup.Bila hiking ni kita banyak minum air sebenarnya....sahabat-sahabat suami siap bersilat memasak kat atas, meriah jadinya....kalah kita orang perempuan kat dapur hahah( sy ni pulak kalau nak masak kat dapur pun tak berapa pandai, ni nak masak guna messtin, lagi lah takpandai ! :))
1.00 petang : mula turun
3.15 petang : tiba di kaki gunung/parking.

Saya tak berapa pasti jarak keseluruhan, tapi blog-blog lain kata, lebih kurang 15km pergi dan balik (7.5km sehala). 

Nak jadi cerita saya mengalami stomach cramp selepas CP2, jadi saya kena sweep lah dengan suami dan kawan-kawan beliau di belakang, ada yang tolong bawa beg saya walaupun sy insist sy ok..bukan beg yang jadi masalah tapi perut sy cramp( sebab tgh uzur sebenarnya - masalah orang perempuan :)) menyandar jugak lah kat pokok masa tgh cramp tu..( tapi tak se-intense di Santubong cramp peha di tangga tali hahahaha)..alhamdulillah, bila sampai CP3, saya dah ok. Personally, sy cukup risau kalau oleh sebab saya, sy melambatkan orang lain...huhuhu :) Apa pun setiap gunung ada cabarannya yang tersendiri, Gunung Belumut tetap masuk kategori gunung yang mencabar fizikal dan mental!


Dari pintu masuk jalan terus, belok kanan masuk ke jambatan gantung..kalau jalan terus tak belok-belok ke jambatan, tempat berkelah(air terjun/sungai)
CP2 : Batu Kerang

Dari CP 1 ke CP3 jalan lebih kurang macam ni je, elevation landai dan santai -santai ...dia naik sikit-sikit, tak de la pacak sangat.
Berselut.. sikit je ni

11.30 pagi :CP4 last water Point(memang tak bergambar kat CP3 sebab agak bahaya... kalau tak handphone jatuh, takut tuan handphone tergolek kang naya)
Masa di pertengahan CP3, ada terjumpa adik ni...dia kata dia baca blog saya lah! wah! Terima kasih dik Awin! :)
Pinjam gambar dari blog kembara AADK :).. haaa gini lah trek CP3, 45 minit ke 1 jam mendaki mcm ni...cuaca di sini agak panas sebab pokok-pokoknya jarang-jarang...tak merimbun mcm di Gunung Lambak or Gunung Nuang

With my buddy, Yin ( otai ni... gunung overseas pun dia dah  berapa biji  tapau... koleksi tapau terbaru, baru balik Mt. Pulag last month.Respect!bila lah saya pulak nak sampai ye..)
Sampai puncak 12tengahari
Ada batu besar ni, boleh panjat untuk tgk view atau ambil gambar
Wajiblah ambil gambar dgn incik suami kan... yang lain tetiba ckp  jeless..hahahaha boleh pulak gitu (rolls eyes)..memang kuat menyakat diorg nih
Batu Keris

Kata mereka, itu Gunung Chemendong.

Atas ni takde tempat teduh..pandai2 la cari port...Yin, Ayuni dan saya..Ayuni ni tentera ya...sekejap dia kat depan, kita kelip mata 3 kali, dia hilang dah hahahaha....dasat...apapun dalam hutan amalkan buddy system, cari buddy yang sama pace at least berdua..
Eh nak jugak selfie ..hahaha

Last pose sebelum turun...group picture...Guide kami yang pakai pakai sunglasses tu

Reminder:

1.bawa air minum 1.5 liter - 2.0 liter ( saya bawa 1 botol 100plus dan 2 botol mineral , semua botol 500ml)tapi kalau ada rezeki mendaki ke sini lagi, saya akan bawa 500ml x 4botol ( cuaca agak panas, risiko kehabisan air itu ada)Oh ye di CP 4 ada sumber air, jadi kalau kehabisan air, boleh refill di anak sungai di area CP4 ( turun ke bawah sikit kata diorg la..saya tak turun pun gi jenguk sumber air tu)

2. Kalau kumpulan yang ramai dan pelbagai level pengalaman ( tak pernah mendaki/jarang mendaki),disarankan mula mendaki lebih awal maybe jam 7 @7.30 pagi. Menurut guide, ada peraturan baru, sesiapa yang touch down lebih jam 5.00 petang, akan dikenakan surcaj RM50 ( sy tak tanya pulak surcaj untuk seorang atau satu kumpulan).


Ketinggian gunung: 1010m
Jangka masa naik : 3 - 4jam
Jangka masa turun: 3 - 4 jam.

Our group pace:
Mula mendaki 8.40 pagi
Sampai puncak 12 tghari, rehat 1 jam di puncak
Jam 1 tghari mula turun, jam 3.15 petang sampai parking.