Insya Allah jika tiada aral melintang, next trip adalah pada 15 Julai 2017. Trip dah fully packed..so maaf ya..tak ada kosong.. :) pengalaman pertama bagi saya menguruskan permit sendiri demi merealisasikan hasrat seorang sahabat, Cikgu Rox and the gang... later I will update the climb..2nd time for me :).
Dan namanya tujuan blog ini untuk share info, berikut adalah cara - cara memohon permit mendaki Gunung Belumut.
1. Dapatkan 15 orang peserta - done ( plus 1 guide - guide ni wajib ya - pandai2 la deal dgn guide mengenai upah/ kos guider). Satu permit adalah untuk maksimum 15 orang je...kalau tak cukup 15 pun tak apa, tapi RM150 bahagi jumlah orang yang follow lah ye...increase kos.
2.Tulis@taip surat rasmi memohon permit.Sertakan nama peserta, no hp, nama waris dan no hp waris.
3.Bawa ke Pejabat Hutan Daerah Kluang Tengah - berdekatan area tasik Kluang, kawasan bangunan - bangunan kerajaan.Bayar kos permit RM150, dapatkan resit.
4.Fotostat surat rasmi tadi yg dicop kebenaran mendaki .Sesalinan fotostat serah ke balai polis Kampung Gajah ( ni balai polis terdekat dengan Gunung Belumut).Ketua Balai akan chop pula di surat asal tanda dah terima makluman kita. Jangan pi hantar ke Balai Polis Parit Raja Batu Pahat nun pulak ye....Salinan ori, simpan dan bawa ke pondok renjer utk diperiksa pada tarikh mendaki nanti.
So simple kan? Actually anda boleh upah je guide or agen buatkan, tapi ada lah kos dia...jika boleh uruskan sendiri, lebih jimat..cuma balai polis tu je lah yang jauh..tapi boleh je anda cuma singgah pada pagi hari mendaki tersebut...saya serahkan awal , sebab rumah saya dekat dengan Gunung Belumut dan saya tak lalu dah balai polis kalau nak ke sana..hehehe... :).
Tak semua orang ada masa nak uruskan permit sendiri, jika masa mencemburui anda, maka, upahla org untuk melalukannya ;)
salam blogwalking too~ terimah kasih sebab sudi singgah blog saya =)
ReplyDeletebtw, banyakkkknyaaa gunung awak dah daki bestnya.
Nway, best of luck daki gunung irau nanti. serious saya rindu jugak nak daki gunung irau tue lagi walaupun masa nak turun dari gunung tue mental breakdown dah ahaha.
takde lah banyak..sikit-sikit...bila ada masa terluang zasss...grab the opportunity...lagi2 bila dah bekerja dan berkeluarga, masa terhad!thanks singgah blog ni ya
DeleteSalam kak, bole sy dptkan no guider yg akak amik tak? Bejet dlm berapa ea? Sy plan nk naik bulan 8.
ReplyDeleteini bukan guide trip 15julai ni ye, tapi guide trip saya sebelum ni..Roslee 019-718 0263 , recommended sebab memang guide jaga betul2..siapa yang last, guide akan sweep kan bila otw turun...selamat mendaki
Deletekalau semua guide urus, dalam RM40-RM50(guide urus semua termasuk makanan bungkus)
DeleteKalau upah guide sahaja,meaning permit mendaki dan urusan balai polis awk buat sendiri, makan pun sendiri..kos jadi murah lagi.yang ni kena bincang dgn guide utk tanya kos upah guide ala carte(guide sahaja)
berapa bilangan minimum peserta utk mohon permit?
ReplyDeleteSalam, bang sy baru pertama kali nk anjurkan pendakian di gunung lumut dgn rakan2 sekerja sy, blh terangkan tak mcm mne nk berurusan dgn guide?
Delete