Showing posts with label Resort. Show all posts
Showing posts with label Resort. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Let's stroll along the beach.....

Edisi walk-walk-jog tepi pantai...mulalah terngiang2 bait lagu "pasir putih tepi pantai..ombak lari berkejaran..." hahaha

Sebenarnya berada di Tanjung Leman ni atas urusan kerja..waktu petang dan pagi bila ada kesempatan, jalan-jalan sikit..kemudian last day berjogging tepi pantai.....



Kami menginap di hotel Felda Residence Tanjung Leman(review hotel, kemudian ya..). Tentang pantai..boleh dikatakan agak bersih, terjaga (sebelah hotel ada resort Tunjuk Laut) dan tak ramai orang sebab walaupun musim perayaan deepavali, ramai pengunjung memilih untuk bersantai di kolam renang berbanding ke pantai.

31 Oktober: jalan-jalan ambil angin dahulu...survey jalan untuk jogging.



1 Nov, berjalan-jalan anak di tepi pantai..berpeluh jugalah...pace slower sebab jalan sambil kutip kulit siput hihi..

Last day 2 Nov,selepas subuh dan  sebelum sarapan, finally running along the beach dengan pace 8.
Agak susah nak kekalkan pace 8 sepanjang larian ni sebab kaki saya masih sakit dari aktiviti sebelum ini. Mula-mula plan nak jog 5km..tapi tengok masa tak mengizinkan, tambahan ada lagi sambungan kerja selepas itu, maka...cukuplah buat kali ini ya...Kenapa saya sibuk sangat jaga pace?tak jaga pace pun, cuma nak tahu kebolehan diri sendiri setelah beberapa bulan menjadikan jogging sebagai aktiviti rutin :).Sayugia diingat saya bukan seorang marathoner, sy cuma seorang fun & virtual runner :) .

Friday, 20 June 2014

Oustation: Palm Garden, IOI Resort Putrajaya

Entry sebelum tido....sedang bercongress kat sini untuk 3 hari 2 malam...huhuhu bercinta nak tunggu balik rumah...beginilah rutin seorang gomen servant...saya yang menurut perintah huk huk....suruh gi berkursus, kena lah pergi....

Mata dah ngantuk....sila layan gambar-gambar di bawah ya...daku stay di bilik Heliconia/Superior Twin...normal rate RM295++ hingga RM375++...rate untuk congress participant RM215 sahaja.....sebab boss dah bayarkan untuk yuran congress..so ada diskaun lah untuk bilik...
Gambar-gambar dari Google....






Tak bawa anak-anak..malas nak jenguk pool..but i might jenguk their gym..hehehehe....kalau sempat lah ahaks...

My rating...?belum boleh bagi rating sebab baru setengah hari duk sini...tunggu lepas habis tempoh 3 hari baru leh komen hehehehe...

Sunday, 30 March 2014

Tok Amah Family Gathering: Pantai Sedili, Kota Tinggi

OK ...entry sedikit basi huhu...memang bab update sekarang dahmacam siput khinzir sket hihihi...Gathering ni pada 31 Jan 2014 hari tu masa Chinese New Year..tema baju merah takde kena mengenak dgn CNY..kebetulan je warna merah hahahaha...

Asalnya pakcik suami ku, rancang nak ajak makan-makan je kat rumah beliau... yang memang dekat dgn pantai ni....sekali chit chat chit chat kat whatssap famili,sorang nak bawak itu, sorang nak bawak ini, sorang nak buat sukaneka, nak buat game bagai..alih2 jadi happening pulak.. :) macam satu majlis besar jadinye...janji semua happy...

Kami berkumpul di Chalet Jason Bay..bertaraf 2 bintang kot...yang penting ayahanda Nasir dah sponsor sewa sebuah chalet 2 pintu untuk kegunaan mandi, solat dan berehat.Cadangnya anak2 semua nak mandi..tapi sampai ke sana kami batalkan hajat sebab laut bergelora dan air nya berselut pasir, tak jernih macam biasa.

Jom layan gambar!








Hai meow...


Aku jadi co - juri dart





dapat 3rd place kerusi beracun..hadiah dismpaikan oleh cik abe sendiri hahaha



 Yeah...we had fun in the sun!

Friday, 7 February 2014

Jalan -jalan iCity (14/12/13) :~ Trickart Museum

Time to test ur creativity of posing!Museum ni biasa je...mcm bilik2 kosong yang ada lukisan2 di dinding...yang jadi unik bila gambar-gambar ni nampak 3dimensi atau nampak hidup bila kita bergambar bersama......











Saturday, 25 January 2014

Jalan-jalan I-city , Shah Alam :Part 1 (INTEKMA RESORT)

Idea nak gi I-city ni aku terdetik spontan..sebab nak memenuhi impian E-ein nak tengok salji..(masa g Beijing baru - baru ni, salji belum turun..silap aku jugak tak survey betul-betul bila agak2 salji nak turun huhuhu)...

So we went to Shah Alam on 13th Dec..bermalam di Intekma Resort. Puas jugak aku google nak tgk apa pilihan hotel yang ada...since kami agak ramai iaitu 7 orang ( aku, hubby, mak mertua, adik ipar 2 orang, E-ein dan Aisy ) dan bukan selalu jalan-jalan beramai2....so aku survey apartment INTEKMA, dengan harga yang aku dapat pada masa tu adalah RM280.00.Menurut staf INTEKMA< ni harga pas diskaun, if not, the usual price is RM320.00.Aku book apartment 2 bilik.Takut2 juga nak book sebab baca banyak review tak best pasal INTEKMA.

So...hari yang dinantikan tiba....jom view our apartment....

View depan apartment tingkat 4 kami , betul-betul depan lif.Nampak  usang..cuak gak, camne eh rupa kat dalam ni
Ruang tamu yang sangat luas..tapi sangat 70s..hehehe...

Not bad...selesa jugak lah




Ada dapur tapi tak boleh memasak lah...



Ini budak explore everything! Asal ada pintu je dia bukak tutup! huhu...
Oh ini bukan paranormal activity..ini Aisy melarikan diri bila aku nak ambik gambar






Kawasan luaran agak kemas dan landskapnya cantik...cuma ada feel 70an sikit lah hehehe

Diorg geram tengok kalui, ikan bandaraya dan ikan kap sebesar peha laki aku hahahaha...

Part yang budak2 dan mak pak budak suka...mandi kolam!!


My sister in law..



Lapar lepas berendam.. Aisy jenis tak suka mandi lama2...agak2 dah sejuk, dia yang cakap.."dah..dah"...sambil geleng2 ..hehehe



 Komen : dari 5 bintang...aku bagi 3 bintang lah...kat resort ni...lagipun gomen punya..dari segi keluasan, memang betul - betul ho liao...kalau hotel lain harga rm280 baru dapat bilik deluxe yang muat 4 orang kot...

Bab sarapan, memang terbaik..banyak choice makanan..dessert dan pattiseries yang sedap2..paling aku suka puding roti kastad , cinnamon rolls dan butter cake.Nasi lemak, nasi goreng dia well to do dan ada rasa...

Cuma rasanya kalau boleh pihak pengurusan hias lah apartment tu cun - cun..tapi kalau cun sangat nanti dpt taraf 5 bintang, jadi mahal pulak nanti hehehe...tak cun sangat pun takpe..maybe boleh repair sikit kabinet dapur yang senget2 tu..dan cat baru..tmbh wall paper...kikikiki cadangan aku lah...ok to be continued....