Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, 29 December 2022

Penang Bridge International Marathon 11/12/2022

Event pertama (comeback- last event tahun 2019) dan terakhir 2022 🤣 meh la buat race report terus. Jalan ✅ penutupan dari 12mlm sampai 10 pagi. Terasa sgt safety..alhamdulillah. Waterstation /pisang ✅ ( tapi air/100plus tak sejuk as usual- ada satu je WS yg ada air sejuk) Volunteers/petugas WS yg hujung2 sangat ceria, rajin menyorakkan runners ,sweet sgt tau..macehhh...❤️ Ais/span basah ✅ ada. Crowded sangat2 kat pen HM lepas tu dari belakang pen nak melepasi FO arch tu kat situ dah buang masa 3 minit . Ok kemudian dah lepas arch boleh lari2 anak..then kat KM2, ramai pulak runners depan sy berjalan.. saya & Fiza Faisal Al-Jarumi cuba ke tepi belah kiri jalan nak cari ruang, clumsy me,kaki kiri terpelecok pulakk. Adui baru 2km. Fiza tanya ok tak...sy ckp bg sy jln dlm 200-300m, lps tu rasa ok..so kami larilah beriringan gilir2 kejap dia depan, kejap sy depan sambil berbual2. Fiza pun baru pulih dari injury, so mmg niat kami asalnya nak follow pacer 3.00 tapi pacernya tak adaaa..yg ada pace 2.30 & sweeper(kira pacer 3.45 la). All is smooth..cuma sesekali rasa kembung sbb minum 100plus x sejuk kot 🤣 . 

Sblm lari dah mkn pisang + half hutan ration so tak la lapar pun. Kemudian menghampiri km 18-19 kaki terpelecok tadi dah mula rasa sakit dan berat. Boleh lari tapi kalau kita stop jalan ..dia lagi sakit . So sy ckp Fiza ,bertahan pace ni jelah ya sampai FL . Sampai depan Queensbay Mall..eh eh mana arch FO tadi ni...terasa jauh lak FL wpun jarak dia 500 m je dari depan QB tu. Kaki kiri makin sakit. Lps siap lari, terus ambil medal /tee ,ke surau dan kaki makin sakit, seterusnya pergi ke khemah recovery mintak ais.. lps tu dah ok sikit, weols sambung la sesi bergambo. 

Tahniah juga sahabatku Siti Norlinda Supiran dan adikku Atika Suliman first event HM & secara rasmi nya finisher HM!🫰💪💪 #runningmotivation #runningchallenge #runningmoms


with Fiza
Ika, Linda & me


Sunday, 29 December 2019

Mesin kopi Arissto Happy Maker di Sis & Me Bakery, Ayer Hitam, Johor



Bagi sesiapa yang ada lalu or ke area Ayer Hitam ni, boleh lah jengah bakery ni ya ( depan Arena Warna tempat jual kerepek dan buah-buahan tu)... Sis & Me buka setiap hari jam 10 pagi - 8 malam dan off day pada hari Isnin sahaja.


Sis Siti, owner bersama adik beradik katanya..


Dalam Sis & Me Bakery ada Gie Cafe, hidang kopi dan choc drinks beserta roti bakar dan waffle...
 

 



Antara kek yang ada , tiramisu, snowy cheese, red velvet, oreo cheese, oreo cream dll
Victorian cake


Ni saya dan anak-anak pergi ngopi sambil makan kek selepas selesai bayar yuran persekolahan..:) walaupun bakery ini kecil tapi ambience dia menarik untuk menghilangkan lelah sambil minum kopi latte sejuk dan menikmati kek/waffle atau roti :)

Berminat untuk tahu tentang Mesin Kopi Sewa RM1 Arissto? Klik link dibawah ini

http://maizacatlina2019.wasap.my  

Waffle dan iced latte utk kakak

Red velvet untuk mama, oreo cake untuk adik


Thursday, 26 December 2019

Kids Holiday Baking Class again! Kali ni Donat dan Muffin!

Since kami pun tak ke mana-mana minggu Krismas tu, sekali lagi saya mendaftarkan anak-anak ke Kids Holiday Baking Class...kali ni ada 4 orang je sebab ada beberapa peserta tak dapat hadir walaupun dah booking. Seronoklah mereka sebab berempat je!












Sementara assistant chefs semua tolong gorengkan donat, mereka start bancuh adunan muffin pula






Lepas tu, sambil baking muffin, hiaskan donat pulak






Semua gambar adalah ihsan dari guru kelas @ Chef.Maaf lupa namanya hehe...tapi bakery beliau , Brown Sugar by PUDSForYou terletak di Taman Perindustrian, Sri Kluang.



Jumpa lagi next cuti sekolah, anak-anak saya aim nak masuk kelas cake deco pula!Thank you Chef dan para staf beliau!

Thursday, 19 December 2019

Kids Holiday Baking Class( Cheese tart dan Yogurt Ice Cream)


Baru- baru ini ( 11 Disember) saya berkesempatan mendaftarkan anak-anak menyertai Kids Holiday Baking Class...kelas ni saya dah perasan dari cuti sekolah sebelum ni lagi tetapi ada je aral melintang ( kami berjalan atau balik kampung). Kelas ni anjuran Brown Sugar by Puds4You, sebuah bakery di Taman Sri Kluang( area kawasan perindustrian).Gambar adalah dari FB Brown Sugar. My kids love it! Insya Allah boleh join lagi kalau ada rezeki...chef dan pembantu-pembantu beliau pun mesra kanak-kanak...