Showing posts with label MTB. Show all posts
Showing posts with label MTB. Show all posts

Friday, 18 December 2020

Another breakfast ride....we are loving it! (12.12.2020)

 Ni lah ride paling meriah kot...Cg Hajar walaupun route lain, tapi kami janji nak breakfast sama2, sis Ogy walaupun baru balik kerja shift malam pun datang join sekejap..thank you all. :)


Stay healthy semua!



belum ready....

123 say cheese!


Friday, 4 December 2020

Breakfast ride 30km with my ladies friend

 Kayuhan kesihatan..sambil kami ber "me-time". Love you all ladies! Stay healthy ok?


Me, Cg Linda, Sis Mid & Moon



Kayuhan kali ini disertai juga oleh anak bujang Sis Mid, Ariff namanya ,jadi bodyguard kami tau .





Saturday, 28 November 2020

Kayuhan ngopi aka coffee ride 35km ( 27.11.2020)

 Kita update slow-slow sikit...kebizian melanda.. 


thank you ladies! seronok sangat! Route T6-Pdg Tembak- Mykluang- TSI-T6

 

Yaya, Cg Linda, me & Atul

 










Wednesday, 29 July 2020

Mummies ride 24/7/2020

Yess..bertambah sorang lagi ahli berbasikal iaitu Cikgu Linda,  sambil kita melancong makan angin di Kluang :P . Route kayuhan, T6-Padang Tembak - Mykluang - Gunung Lambak - TSI -T6.

Masa ni Garmin masih lagi down, jadi minggu ni semua tayang jam untuk tunjuk mileage! haha!"
Kayuh sambil cari sarapan....






Tuesday, 5 November 2019

Jelajah berbasikal Kluang - Mersing - Kluang Part 2

26 Okt 2019:

Ok, setelah bermalam dan berehat, tiba masa nya untuk balik ke Kluang semulaaa..wow masa ni badan dah mula mengalami DOMS ( delayed onset muscle soreness) tapi kena lah bertahan dan bertabah sebab, satu-satunya transport adalah basikal ( tapi terdetik juga di hati macam nak balik naik bas hahahahahaha)

Solat subuh di Felda Nitar

Saya dan Cgu Linda

Kami bertolak pada jam 5 pagi dari Hotel Seri Malaysia, sampai di Felda Nitar jam 6.30 pagi, berhenti solat subuh ,dan sarapan lebih kurang sejam, sebelum meneruskan perjalanan semula...sesuai dgn namanya kayuhan santai dan berkumpulan, bila ada yang dah terkebelakang, yang depan akan tunggu. Nampak kedai kopi , singgah dulu!Dalam perjalanan balik, selepas sarapan, lagi satu pit stop adalah kedai kopi di simpang Kahang dalam jam 12 tengahari.  Sebab kurang latihan endurance, badan mula rasa lenguh dan sakit-sakit . Tapi alhamdulillah smapai juga ke rumah saya di Kluang dalam jam 1.50 tengahari...dari simpang Kahang ke rumah saya, ada 5-6 bukit yang agak kejam jugak laaa.... bila dah nampak sign board Sek Men Sains Sembrong, leganya rasa...home is near!!! semua jadi bersemangat semula! Sampai rumah, sebagai tuan rumah, of course la hidang air sejuk dulu....tengok dlm peti sejuk ada ribena anak-anak...bancuh ribena lah..nyaman kan pekena dgn ais! kaya Vitamin C lagi hahaha....alhamdulillah..selamat semuanya..

Makin hampir ke destinasi penamat, gambar makin kurang hahahaha...mood dah ke laut masing-masing

Where to next guys???Dari atas kiri: Cg Fly suamiku, saya, Cgu Haziq, Cgu Hanbali, Ropi, Zharfan. Cgu Linda, Cgu Zulhelmi, & Ijad

200km in a day! pinjam data suami sebab sy ter off jam Garmin..kalau saya punya dalam 196km kot...sebab suami saya sempat round kawasan rumah lagi 4 km untuk genapkan 200km..
Balik, berehat secukupnya(ahad cuti...sempena Deepavali) ...sebab seminggu lagi pula ada event Full Marathon!!

Tuesday, 30 July 2019

Dengan berbasikal kami menjelajah

 
Bandar Tenggara - Kota Tinggi - Bandar Tenggara ..100km checked! pelan-pelan kayuh! 



 
Turun sikit dari Linggiu masa otw balik ..hujan..berteduh kat kedai ni
 





Tuesday, 23 July 2019

Takdok kojo cari kojo

 

Cycling hari ini kami ditemani oleh 2 orang lagi iaitu otai MTB Nasrul aka Acun dan adik iparku Ijad. Cycling santai sambil mencari sarapan di Layang-layang.. smabil-sambil belajar tips cycling dan fitting dengan Acun.





Breakfast time!

fin!

Saturday, 20 July 2019

Cycling again!

pergi oncall ke tempat kerja...tak naik kereta kali ni..cycling je dengan encik suami.. :)


Monday, 15 July 2019

Berbasikal ke Felda Linggiu



Awal berbasikal, kekok pula rasanya sebab MTB ada gear..bila tukar gear ..kelekuk./kelekak..kadang2 gear tak masuk..hahahaha .. kita try test cyclingd ari Bandar Tenggara pergi Felda Linggiu ya...dulu hubbyku dan family beliau menetap di situ dari zaman sekolah rendah ke habis sekolah menengah

Saturday, 13 July 2019

New Hobby ( tambahan kepada yang sedia ada....hahahaha)

Kenapa cycling pula? Sebenarnya dah setahun lebih berazam nak berbasikal tapi belum betul-betul rasa perlu. Lately, berlari dna hiking membuatkan kami berdua injured ( plantar fasciitis, runners knee), jadi akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli basikal MTB sebagai salah satu cross training . Jadi sebenarnya kami berbasikal untuk berlari...ada faham? :) why? sebab berbasikal ni menggunakan muscle yang sedikit berbeza dari larian tetapi ia boleh digunakan sebagai tujuan recovery dan mengekalkan stamina...insya Allah semoga kami istiqomah...