Showing posts with label Gunung Irau. Show all posts
Showing posts with label Gunung Irau. Show all posts

Saturday, 2 September 2017

Mendaki Gunung Irau : Part 2

Mendaki Gunung Irau Part 1 (klik di sini)

Along the way turun... ini lah aktiviti kami....^_^.

Pic from guide,Apit

Pic from guide,Apit

Guide kami Apit cakap..dengan group kami ni tetiba dengan dia dia sekali amik gambar beratus2 keping..hahaha rasa seronok kot tgk org lain duk snap-snap gambar. Mujur laaa..naik masa gelap..so sibuk berposing masa turun je hahaha...kalau naik siang kang lagi lambat sampai puncak sebab sibuk bergambar.






Ropi & Dr Larry

Pic from guide,Apit

Pic from guide,Apit
Diorang dah sampai dulu...dalam jam 12.30 @ 1tghari kot


Saya dan kawan-kawan sampai bawah dalam jam 1.30 tghari


Tahniah Kak Dyna!!!


Yang depan tulah our guide

Macam-macam gaya mak pak orang nih
Back at hotel Nova by 3.30 pm...
Sebenarnya perancangan asal tidur lagi satu malam di Cameron Highlands(CH), tapi last minute masing-masing cakap nak balik..kalau penat and ngantuk, gilir2 drive. So,jam 4 kami pulang kunci ke hotel(tak tumpang mandi pun), singgah jap kat pasar CH cari strawberries , jagung dan sayur2 untuk bawa balik....lepas tu pergi makan, then tgk jam dah kul 5ptg , singgah Masjid Tanah Rata untuk mandi dan solat. Jam 6 petang baru bertolak turun dari CH.

Sampai exit Tapah jam 7 malam, singgah ngeteh di Hentian Jejantas Sungai Buloh jam 10.30 malam sambil solat Isya dan Maghrib (Jamak Taakhir) dan akhirnya sampai di Kluang jam 2 pagi.

Padahal dah bincang dgn hubby tak nak buat keje gila mcm di Nuang, lepas turun gunung terus drive balik..apakan daya..masing-masing duk kesian kat famili dan anak-anak tak nak lama sangat tinggalkan diorg.. :) cuma Kak Dyna dan Ropi sahaja yang bawa famili bermalam sambil cuti-cuti.


Alhamdulillah, praise to Allah...Gunung Irau done!

Ketinggian: 2110m
Jangka masa naik 3-5 jam bergantung kepada fitness
Jangka masa turun 3-4 jam

Checkpoints:

CP Pondok
CP Taman
CP Pisang
CP Slide(ada tanah runtuh di sini, so avoid lalu di tebing ya)
Mini Irau
CP Bonzai 1
CP Bonzai 2 
Puncak

Tips mendaki Irau:

1. Pakaian : pakai je tshirt dry fit /with inner kalau tak tahan sejuk, then sarung windbreaker/waterproof jacket.Along the way, tak delah berpeluh mana..dan sejuk juga especially kat puncak bila angin berhembus. Kecuali awak memang asal dari CH, boleh lah tahan sejuk hahaha. Buff or mask, kalau rasa - rasa hidung tu tak tahan sejuk.

2. Bawa juga baju hujan nipis/disposable. Hujan tak menentu sekarang ni

3. Kasut: adidas kampung boleh juga..kalau sayang kasut hiking mahal tu hahaha...saya memang tak boleh pakai adidas kampung, melecet..takpe saya rela basuh kasut...

4.Makanan : bawa la snek macam kekacang ke, pisang ke roti ke..power bar or coklat. Sejuk-sejuk cepat lapar.Kalau rajin nak bawa nasi pun ok..kalau rajin lagi bawak je dapur camping /messtin n masak. Guide kami masak air dan bancuh nescafe o kat puncak..nyaman!Saya bawa roti krim, kuaci, dan coklat. Air minum saya bawa 2 botol ( 1 mineral, 1lagi  100plus..mineral luak 1/4 botol je masa naik turun...yang 100 plus sampai balik Kluang pun tak minum lagi hahaha)

5.Headlamp & first aid : bawa sahaja headlamp wpun siang..just in case of emergency.Macam kami memang naik jam 2 pagi so..headlamp tu wajib!

First aid walaupun tak guna pun kali ni saya isikan dgn

Handyplast
Tiger balm
Iodin
Bandage
Panadol
Ubat selsema
Ubat vertigo saya, Betaserc
Ubat cirit birit
Panadol Actifast
ORS(oral Rehydration salt) 4 peket

Walaupun guide juga ada bawa first aid kit, dicadnagkan masing-masing bawak eprsonal first aid kit sebab mana tahu, kita terpisah dgn guide dan kawan-kawan....nauzubillah...

6. Sarung tangan waterproof (kalau ada), saya cuma pakai half gloves dan beli lagi satu gloves murah di gerai souvenir. Memang akan basah jugak sebab akar-akar kayu tempat kita berpaut pun berlumpur..tapi memang membantu supaya pegangan kita tak licin..bawa 2 pasang pun takpe..satu pakai masa nak naik..satu lagi pakai masa nak turun.

7.Walkie talkie (optional)
satu org depan pegang, satu org belakang pegang. Agak bagus kalau ada sebab boleh  jimat bateri hp... kalau kumpulan besar 30 org at least ada 3 walkie talkie ok dah...(kami 11 org, 2 walkie talkie, hubby punya).

Thursday, 31 August 2017

Mendaki Gunung Irau ( Mengejar Matahari Terbit - Sunrise Attack): Part 1

Booked slot lebih kurang 2 bulan lepas, alhamdulillah dipermudahkan urusan kami...awal-awal ada masalah juga nak mencari peserta dan almost cancel/postphone this trip kalau tak cukup 10 orang tetapi akhirnya dapat juga mengumpul jumlah kekuatan seramai 11 orang peserta. Kesemuanya first time mendaki Gunung Irau tapi kebanyakannya dah mengenali satu sama lain melalui events sebelum ni , kenalan dari tempat kerja or kawan atas kawan. Plan asal nak mendaki 30 Ogos, konon nak sambut merdeka la kan sunrise 31 Ogos. tetapi disebabkan dekat sgt dengan tarikh raya haji dan ada yang selepas hike, nak balik kampung, maka diawalkan sehari...sunrise attack 29 Ogos.

Line ups:

1.saya selaku organiser santai-santai ( berdebar juga first time buat trip luar Johor)
2.suami
3. Ropi
4. Kapten
5. Zaini
6.Cg Zulhelmi( Ropi, Kapten,Zaini dan Cg Zul , dah pernah hiking bersama semasa trip Belumut)
7.Ain
8.Muna (Ain dan Muna kawan sepejabat saya, my running/jogging buddies dan pernah ke Gunung Datuk bersama-sama)
9. Kak Dyna ( my running buddy, juga pernah hiking bersama Gunung Lambak dan Gunung Belumut)
10. Dr. Donny ( kawan seopis yang dah pindah KL)
11. Dr. Larry ( junior Dr Donny - see... thru hiking you will get new friends!)
12. Guide ( hire dari Tebing Tinggi Backpackers)

All of us, aged 34 years old above ya.. yang paling senior, En. Zaini berumur 50 tahun. Cayalah!

Disebabkan kekangan masa dan malas nak urus permit sendiri, maka kali ni saya ambil khidmat Tebing Tinggi Backpackers ( sebarang pertanyaan boleh call/whatsapp Andy 0179997790) . Servis yang diberi : Guide dan basic first aid, permit,report balai polis dan khidmat 4-wheel drive dari Brinchang ke kaki Gunung Irau). Sebenarnya boleh je park your own car at your risk.. ramai je naik sendiri tapi biasanya mereka sekadar berada di kaki Gunung Irau untuk sight seeing dalam 1jam lebih. Kami pula nak hiking dan mungkin makan masa 9-10 jam turun dan naik, jadi lebih selamat parking dibawah, dan ambil khidmat 4wheel drive hantar ke kaki gunung.

Itinerary ringkas

29Ogos
1 pagi: parking di hotel Arandanova/Nova Highlands Resort (free and secured parking- tapi at own risk juga ya) dan berkumpul di hadapan 7e di situ

Guide agak lewat...so 1.30 baru guide datang ...lewat sikit dalam 30minit dari plan asal (timing sangat crucial bagi kami sebab turun nanti nak terus balik Johor...)atau mungkin beliau tak sangka kami betul2 on time hahahaha..

2.00 pagi :tiba di kaki Gunung Irau menaiki 4wheel drive atau disebut powil bahasa orang muda.
Briefing dan stretching/bacaan doa

2.30 pagi : mula mendaki

6.45 pagi: grup pertama 4 orang tiba di puncak dan dapat tengok sunrise, baki ahli grup tiba lambat sedikit jam 7.15 pagi sebab ada yang rehat lama in between hike. Hiking in a group tanpa gap asalnya, tapi di CP Bonzai 1, guide takut tak sempat tengok sunrise, dia allow siapa yang nak tgk sunrise boleh shoot ke puncak sebab trek jelas dan insya allah tak tersasar(guide stay dgn the rest of the group)

Empat org pertama tiba adalah saya, Zaini, Kapten dan Dr. Donny..alhamdulillah..dapat juga melihat sunrise , memang itu aim saya semasa booking ke Gunung Irau. Suami saya dan Ropi bertindak sebagai sweeper sukarela bagi trip ini(semasa climbing).

Di puncak,rehat,minum kopi panas, makan snek(roti/biskut/mi segera  bagi yang bawa mi segera)

8.30 pagi mula menuruni gunung

12.30 - 1 tengahari peserta-peserta mula sampai ke kaki Gunung

2.30 petang peserta terakhir tiba di kaki Gunung ( Kak Dyna disweep oleh guide kerana sakit lutut/exhausted - beliau baru je join lari di event BP Brooks National Day Run 15km sehari sebelum mendaki..aduyai...mujur akak Dyna ok tak injured! - guide minta kami semua turun dahulu ikut pace masing-masing sebab dah siang, trek jelas)

 Jom layan gambar lah ye.

Reminder: Dalam keghairahan kita bergambar, TOLONG JANGAN PIJAK LUMUT-LUMUT /MOSS yang ada di tepi trek, JANGAN PANJAT POKOK di tepi trek sebab banyak lumut dah mati bila dipijak..dan mungkin tak akan tumbuh lagi. Ambil je gambar, tanpa pijak kawasan berlumut tu...sedih sebab saya tengok gambar blogger sebelum ni, memang mossy nya cantik-cantik, tapi oleh sebab dah viral, terlalu ramai hikers yang masuk dan naik Gunung Irau ( at one time ada yang bawa 50-100 orang dalam satu trip!). Saya sarankan Jab. Perhutanan Pahang mungkin boleh limitkan bilangan hikers sehari (yang ini dah laksana, rasanya max 100pax sehari tapi ada je yang langgar masuk tanpa permit :(  ) dan juga membuat penutupan sementara selama 6 bulan setiap tahun bagi memberi masa untuk hutan Irau membaikpulih dirinya( seperti yang di buat di Indonesia dan negara-negara lain).

Kat parking hotel Nova, menunggu sahabat-sahabat lain

ok..menunggu guide(lewat 30minit)...time is golden!tapi boleh dimaafkan...sebab sy pun tak pesan yang kami sharp on time!
30minit jugak lah bersila dalam powil untuk naik ke kaki Gunung Irau/Brinchang

Yang beridiri kena hati-hati jangan kena libas dgn ranting, yang duduk kena make sure berpegang kat besi tepi tu..kang tergolek..


Mula mendaki jam 2.30 pagi...Gelap pun nak ambil gambar hahaha..gelap gelita gelemat. Mendaki malam, better off je hp tu , jimat bateri

Tiba di Mini Irau jam 5.30 pagi
Detik-detik sunrise..




Memang sunrise kita tengok hari - hari tapi bukan hari-hari tengok sunrise di gunung ye tak
Credit this pic: from our Guide Apit.
The first 4 to arrived..gigih nak tgk sunrise!

Puas la posing sorang-sorang sementara tunggu yang lain..hahahaha
Kasut dah rupa belacan celup lumpur

Rehat jap
Negaraku...oh darahku...dirgahayu semua ( semangat bulan kemerdekaan)


With my bae..eh abe.. hahhaha.. bg chance la mak nak trending juga

Love this pic

Love this one too!




Some of G7 peak ( Gunung Chamah dan Yong Belar  tak silap..ada di sini...tak pasti yang mana)

Sejuk..tumpang selimut Kak Dyna




Ain: Lepas ni nak naik gunung mana? Me: nanti kita plan..
My hubby and group Terjal..semua lelaki, segan lak nak join bergambar hahaha..sayalah satu2nya ahli terjal perempuan kot kikiki...
Group pic...finally


Jom turun....Yess...seronok kan.... celup celup kaki....sepanjang trek macam ni..ikat tali kasut kuat-kuat ye

Most of the time, jalan tepi-tepi nak elak terbenam dalam lumpur..waktu turun, saya tak elak dah...langgar je semua hahahaha

Istilah mengharung lumpur : membajak atau menanam padi...hahaha
Kalau salah percaturan, boleh tenggelam sampai betis heheheheh.. so watch ur step


Masa naik tak nampak apa....bila siang..subhanallah cantiknya




Take 5 di Mini Irau jam 10.00pagi

Meneruskan perjalanan turun

More mossy forest along the way

Trek dia... menaik menurun menaik menurun,, lumpur 100% on the way, sebab malam sebelum nya hujan lebat..lumpur memang ada di sini sebab suasana sejuk tak memungkinkan lumpur tu kering.

Bersambung Mendaki Gunung Irau : Part 2