Friday 28 February 2020

Sukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2020: Kemenangan di games yang lain

Selain larian, ada juga sukan - sukan lain yang ebrhasil mengumpul mata dan placing.

Bola tampar: ketiga
Tenpin boling wanita: johan

Memanah: yang menariknya semua ni baru sebulan je berlatih, tahniah semua!


Wednesday 26 February 2020

Sukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2020, 21- 25 Feb 2020, Ipoh : Johan Individu Larian Ladang ( Wanita)

Alhamdulillah sweet sweet victory for my team, berjaya menyumbang mata walaupun bukan jadi johan keseluruhan..tahniah juga team mates ( Fadhil - 8th place Men Open), Malik ( 6th Place Men Veteran),Zaini ( 8th Place Men veteran) dan Samijah ( 8th Place Women Open).

IVM Runners ( team ni dah 3 tahun bertapak di IVM, tahun ni ada 4 orang ahli baru setelah beberapa orang berpindah )

Me, Samijah & Diba

Lama tak tekan pace 5, dah la saya tengah training HRZ2...so..abaikan je Z2 untuk sehari ni hehehe

Medal disampaikan oleh bos senirik hihik

Wednesday 12 February 2020

RUN FOR A REASON SCKLM 2020 : NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA- marilah menderma sambil membantu

Tahun 2015, saya mula menjinakkan diri ke aktiviti hiking, tahun 2016 saya mula pula berlari...dan tahun 2019 saya mula berkayuh...alhamdulillah masih ada kudrat dan kesihatan untuk membuat semua aktiviti ini.

Kawan- kawan yang dikasihi, untuk makluman tahun ni tahun kedua saya jadi pelari RFAR( Run For A Reason) untuk KL Standard Chartered Marathon(KLSCM), saya akan berlari Full Marathon sejauh 42.195 km bukan untuk diri saya sahaja, malahan bagi mewakili National Cancer Society Malaysia . Sekiranya sudi marilah memberi sumbangan kepada badan charity National Cancer Society Malaysia, moga sumbangan itu meringankan beban dan mempermudahkan urusan pesakit2 kanser di Malaysia. Semoga kalian dirahmati Allah..God bless. Klik link di bawah 🥰 

https://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-reason/runners-profile/2020/6049/#.XjrdzasRVPx


jangan lupa klik ÿes for receipt "sekiranya anda berhajat membuat tax rebate  . Terima kasih.

Acara larian merentas desa MSSD Kluang

 


Awal Februari baru - baru ni anak saya mewakili sekolah beliau bersama beberapa orang rakan ke MSSD...

Lebih kepada larian merentas ladang kelapa sawit ni..  sebiji macam Kulim Kota Tinggi Run . ..jadinya of course tak cukup latihan, saya sempat train anak saya 2 minggu itupun road run sebab jauh pula nak mencari area kelapa sawit hahaha... (1 minggu 2-3kali run) sebelum event sebenar..setelah beliau memenangi johan merentas desa sekolahnya (3km). Event di MSSD ni berjarak 4km. 





Selesai larian..kepenatan
Kedua-dua anak saya dan kawannya mendapat no 35 dan 36 bagi kategori B12..kawan-kawan lelaki dapat no 21, 50 dan 69...kita cuba lagi tahun depan ya. Kena training awal..jangan malas hehehe. Sebab kebanyakan atlit sedia ada ni pace mereka 4-6. Kat bawah ni gambar dari beberapa siri larian latihan saya dan anak...perlu lebih banyak latihan ye nak



Saturday 1 February 2020

Gunung Lambak 2020

Lama tak menjengah Gunung lambak...makan masa setahun kot..hahaha..terdetik nak ke sana, di hujung minggu baru -baru ni, selesai sarapan bersama anak-anak ( suami pergi cycling), saya bawa mereka hiking separuh Gunung Lambak. Walapun mereka dah pernah ke puncak beberapa kali tapi sebab kurang nya hiking dalam setahun tu maka kita santai-santai jelah ye...rilek rilek watlek watpis orang muda kata.... :)


Sarapan di Rail Coffee Taman Sri Impian, Kluang



Mereka teringin mencelup kaki..haipp..tak boleh..basah kasut nanti :D