Last year pic: Other angle of Santubong, nampak tak bentuk terbelah tu? katanya tu kepala puteri Santubong retak dialun aluk belida Puteri Sejinjang... |
View pada pagi 24/2/2017,berkabus. |
Itinerary dalam kepala je, takde la buat catitan pun. Lebih kurang begini ya, asalnya group kami 4 orang tapi akhirnya yang confirm jadi, 3 orang sahaja. Jadi tinggal lah bertiga sahaja. Jadi, line up cuma 3 orang, saya, suami dan kawan suami iaitu Cikgu Nik.Itinerary nya:
23/2/2017 :
-flight Air Asia JHB-KCH jam 8.00 malam , tiba di airport 9.30 malam(RM168.00-return ,no luggage)
-ambil kereta sewa ( pick up di airport jam 10 malam),sewa kereta plus cas hantar ke airport RM110 + RM30.00,
-check in dan tidur di One Point RH Plaza Hotel 1 malam ( RM60).Tidur di area aiport sebab lebih dekat nak ke Taman Negara Santubong( 30km +)
24/2/2017:
-bertolak selepas subuh ke Taman Negara Santubong,
-akan menghabiskan masa hingga petang di Gunung Santubong
-petang akan check in ke Tune Hotel Waterfront,Kuching ( RM94.00) ,35km dari Santubong
-Petang/malam: plan shopping/makan malam di Kuching Water front
25/2/2017:
-pagi plan nak jogging di waterfront, sarapan, rehat, check outjam 11 pagi, ronda-ronda dan makan tengahari, mesti ada di airport at least sebelum 4.30 petang , flight KCH-JHB jam 6.30 petang.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut itinerary cuma jogging di Waterfront tu jadi singkat sebab hujan..dapatlah jogging 1 km lebih je....yang penting misi utama iaitu menjejak puncak Santubong tercapai, iaitu satu pengalaman baru bagi kami, dengan trail yang berbeza dari gunung-gunung lain yang pernah didaki...
So, sharingnya begini....
Hari kedua tu, selepas subuh, terus bertolak ke Taman Negara Santubong, kami set waze Kampung Budaya Sarawak. Asalnya ada seorang lagi sahabat yang memang asal dari Kuching nak ikut, namun tak jadi sebab ayahnyatak sihat dan beliau menjaga ayahnya, mcm tak sesuai lah kalau dia ikut.Terlepas simpang Taman Negara 2 kali sebab agak tersorok, lalu bertanyakan orang kampung direction yang betul..rupanya kat sebelah stesen janakuasa SESCO, tapi orang kampung duk sebut JKR..JKR..mana lah nak jumpa hahahahaha
Bergambar dulu.... sebelum mula mendaki.
8.15 kami mula hiking...Permulaan trek..seems normal |
Dibantu dengan beberapa laluan papan/kayu... |
Menyusur tepi sungai dan melintas anak sungai..sebijik macam di Gunung Nuang |
Licin..hati-hati, rugi kalau jatuh tergelincir awal2..nanti sakit kaki nak meneruskan perjalanan.. |
Waterfall yang cantik... |
Ada pondok lagi..menurut renjer, weekend biasanya anak-anak kampung datang trekking dan mandi di sini.Sebelum sampai sini ada batuan curam dan bertali..90 darjah! |
10.00 pagi,sampai di persimpangan Bukit Puteri (F7), laluan diberitakan semakin sukar selepas checkpoint ini |
Cuaca berkabus sebab malam tadi hujan.... |
Reminder, cut off time adalah 3.00 petang. Kalau lewat nanti gelap , susah nak cari jalan pulang... |
Jeng jeng jeng trek mula mencanak |
Mencanak tapi cantik..nyaman gitu |
Salam perkenalan kata encik tangga |
Ada anak tangga yang patah..warden hutan dah bagitahu, sat gi dia nak gi repair..hati2..pesannya..tangga ni licin lepas hujan.. |
Boleh lah senyum lepas berjaya turun naik tangga..hahaha bila naik and tangga goyang, siap peluk tangga erat2 huwaaaaa |
Nah..belanja view tangga lagi...ada 9 jenis tangga macam ni, beza nya tinggi rendah..yang di F11 ni paling tinggi... |
Tiba di puncak jam 11.50 pagi.... dilitupi kabus. Dalam jam 12.30 baru kabus menghilang...ikutkan kami dah nak turun, tapi sebab view cantik sangat, kami stay sampai jam 1 tengahari... |
View sebelah kiri puncak....masih ada kabus... |
Otw turun, masa turun baru nampak view laut... |
Selepas je kami menuruni F11, terserempak geng warden hutan nak naik repair tangga.... yang baju biru di atas tu yang kami jumpa pagi tadi..umur beliau 56 tahun ya. |
2.45pm sampai di persimpangan Bukit Puteri/F7, , kami decide mencuba laluan lebih dekat iaitu pintu Bukit Puteri.... |
3.15 petang, keluar dari hutan..reach down! |
1.5km lagi dari parking di pintu Taman Negara, jom jalan!Sunyi sebab hari kerja, menurut warden hutan, kalau weekend dua-dua pintu ni ramai orang. |
8.05 pagi: tiba di pintu Taman Negara Santubong,daftar nama
8.15 pagi: mula hiking
10.00 pagi: tiba di persimpangan Bukit Puteri aka checkpoint F7(2.5km)
11.50 pagi: tiba di puncak Santubong 810.2 mtrs asl(1.3km)
1.00 tghari: mula turun
2.45ptg: tiba di F7 semula(1.3km)
3.15 ptg: tiba di kaki gunung pintu Bukit Puteri ( 1km)
3.30 ptg:tiba di parking
Kemudian, selepas sedikit pengurusan diri(mandi, tukar baju), kami bertolak ke bandar Kuching yang terletak 35km dari Santubong,check in hotel, makan ,shopping kek lapis(hahahaha) dan rehat...
Flight balik adalah pada jam 6.30 ptg keesokan harinya(25/2/2017).
Di bawah adalah peta yang diberi sebagai panduan, boleh minta di pintu Taman Negara. Kalau ada rezeki lagi, kami akan cuba hike dari pintu Bukit Puteri( park di pintu Taman Negara dan berjalan kaki ke Bukit Puteri..echeh..tetiba plan nak datang lagi ya..hahahaha)
Laluan kami adalah yang bertanda merah(naik) dan turun melalui Bukit Puteri Trail. |
Pesanan:
1.Bawa air sekurang-kurangnya 3 botol mineral kecil. Kami underestimated bab air minum , bawa 2 botol seorang. Sudahnya saya pulak yang kerap minum air sebab badan rasa dehydrated, cilok air suami dan kawan dia hahahaha... diorg tak minum banyak air. Turun bawah kami gelak2 pasal air ni..padan muka..konon sebab kat Kinabalu 2 botol kecil pun tak habis, sekali kat Santubong tak cukup air pulak. Warden hutan pun pesan benda sama, pastikan air minum cukup, sebab banyak kes cramp atau lambat turun jadi masalah sebab bila air minum tak cukup, pendaki boleh dehydrated dalam hutan dan perlu bantuan untuk turun....
2.Untuk jarak lebih dekat dan tempoh pendakian lebih singkat, dicadangkan guna trail Bukit Puteri tapi park dekat Taman Negara sebab lebih secure.
3.TOLONG LAH BE A RESPONSIBLE HIKER- BAWA TURUN SAMPAH ANDA! Geram tau tengok banyak sampah dan botol-botol di puncak..nak tolong kutip memang tak mampu sebab fikir nak bawak diri menuruni tangga lagi..haih..sedih betul bab ni!
Assalamualaikum..
ReplyDeletesaya nk tnya, kt mana akak beli hiking pant ?
waalaikumsalam warahmatullah....
Deletesaya beli bundle...ada yang sy beli di pasar rabu kluang ( masa tu ada ekspo), kemudian yang yang beli online bundle.. boleh check fb : alya abdullah atau essai tee .kadang2 kat kaki gunung lambak ada orang bukak gerai bundle sekali sekala..
boleh juga cari instagram bundle_outdoor.
happy shopping!
thank you so much kak for sharing :)
DeleteAssalamualaikum tumpang tanya, untuk mendaki gunung ni kena buat bayaran tak? Permit ke, upah guide ke? Atau blh pergi tanpa menggunakan khidmat guide?
ReplyDeletewsalam. tidak perlu guide tapi naiklah berdua atau bertiga.Trail sgt jelas, insya allah tak sesat. tapi kena daftar diri kat pejabat warden (renjer) hutan dulu ya. bgnn dia tersorok sikit..free je. just tulis nama and no phone. Line telefon pun clear. boleh juga simpan no tel warden tu kalau ada kecemasan semasa mendaki.
DeleteSalam , nak tanya.. memang selamat pergi tanpa guide ?
Deleteinsya allah selamat tapi jangan la pergi seorang..pergi berkawan-kawan 2-3 org oun ok..dan ambil no warden/ranger di pejabat warden hutan tu..apa2 boleh call mereka . line telefon sgt ok.
DeleteMASUK GUNUNG SANTUBONG KENA BAYAR BERAPA YER PERMIT..
ReplyDeleteAda pacat tak wei??
ReplyDelete