Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

It's been a long journey..2014-2016

Kiri (2014) - Kanan ( 2016)
Sebelum 2014 ...berat maintain 48-50kg walaupun dah melahirkan, menyusukan anak. Makan minum out tak jaga langsung. Makan je apa suka..bergoreng ke..burger, kfc, kek secret recipes adalah faveret! Saya ada hyperthyroidism. Emosi selalu tak stabil, mudah stress dan depressed. Memang high metabolism, yea..memang KURUS masa tu tapi tak sihat . Makan pulak merapu....we are what we eat kan?Toxic habis dalam badan ....Doktor juga suggest buat pembedahan buang kelenjar thyroid selepas melahirkan anak kedua(2011) tapi saya decide tak nak buat.

Tahun 2014 ..mula datang kesedaran bila ada student main teka umur ku 40an(saya baru 34 tahun hahahaha sedih) . Masa ni berat badan 61 - 63kg. Tersentap kejap..tapi takdelah sebab tu jadi major turning point.Memang makan berlebihan, makan bertambah...dengan makanan manis lagi, kek especially tambahan pula selalu outstation dan menginap di hotel untuk seminar dan kursus..asyik acara duduk dalam dewan dengan ceramah lepas tu makan.makan makan,makan , makan dan makan!( oh sy kalah dengan pastries dan cakes di hotel..skrg pun aarrghh hahaahha) Tahun 2013 arwah abah kembali ke Rahmatullah sebab complication diabetes dan sakit jantung(the reason sy stop blogging for a year!) . Mama pula ada darah tinggi.Kemudian husband yang beratnya 103kg (later saya include gambar dia ya, belum minta izin beliau hehehe) juga mula dapat kesedaran untuk kurangkan berat badan. Kami mula jaga pemakanan, cycling(tak suka jogging maa tu, memang jenis malas keluar rumah). Biasanya husband cycling sebelum subuh , saya pula petang atau malam. Hujung minggu paksa diri jogging 2-3 round tapi tak istiqomah. Makan memang jaga, air manis tolak terus, jajan, air gas, semua jenis manisan. Makan nasi & lauk small portion. Style memasak banyak bakar dan sup. Juga mengamalkan beberapa makanan sunnah (habatussauda, minyak zaitun,al manna) dan natural/organic  food ( virgin coconut oil,apple cider vinegar,pati delima)-ni bukan untuk kurus tapi untuk boost kesihatan.Kadang pelupa juga hihi jadi takde lah ambil hari-hari...tapi cuba ambil hari-hari kalau boleh.

Tahun 2015, tak silap sy masa ni hubby dah reach 70 kg, saya sekitar 54kg. Yeay!Seluar jeans lama-lama boleh pakai semula! Awal 2015, mula libatkan diri dengan hiking.I am healthier and happier...tak mudah stress!

Tahun 2016... berat badan suami 65kg, saya 52kg :).Makan macam biasa, suami masih istiqomah tolak air manis..sy je terlepas sekali sekalaaa..hahahahha.. dan mula aktif kan diri berlari mulai Jun 2016. Dari 3km..increase ke 5km..masih stuck ke 5km(pernah reach 6-7km..byk jalan hahahaha)..insya allah nak increase jarak dan masa larian. Best time, 5km, 35 minit..yeay! Tapi sekranag saya dah tak aim kelajuan..saya aim how far i can go....Hiking masih on... setiap hujung minggu kalau boleh! Tahun 2016 juga tahun yang sangat sweet dan memorable..sebab kami berdua berjaya mendaki Gunung Kinabalu..sesuatu yang kami tak pernah impikan pun sebelum ini!Dan juga gunung-gunung lain yang tak pernah terfikir pun nak jejak!

Tahun 2017 .. hidup akan diteruskan..dengan lebih sihat....mulai hari ini (Day 1) sedang mencuba exercise baru..bodyweight training aka freeletics..doakan saya istiqomah amin....

Sayangi diri anda  | Kurus sihat tanpa produk | Amalkan gaya hidup sihat | Fit for life!

Wednesday, 21 January 2015

Bandung Trip Part 3 (Final)- Shopping di Cihampelas Walk(Ci-Walk) ,Melawat Masjid Raya Bandung, & Rumah Mode

Ok ok....ni entry yang terakhir...tentang Bandung.

Hari ke 3 : Ke Cihampelas Walk & Pasar Baru

Tak banyak gambar di sini sebab busy shopping dan juga jalan nya yang agak sibuk...disebabkan kami bawak anak2 kecik maka tugas utama ialah mengawasi budak2 ni ha hehehehe...itu pun masa kat Pasar Baru, Aisy dedar..merengek2..last2 minta driver hantar balik ke homestay( aku, E-ein dan Aisy) while MIL and family continue shopping sampai petang...aku dan anak2 rehat kat rumah je..tidokan Aisy, n layan E-ein tgk tv je lah..



Hari ke 4 : Masjid Raya Bandung & Rumah Mode

Abg Ewan bawa kami ke Masjid Raya Bandung. Memang lain dari yang lain.Perkarangan masjid luas & ada padang, kemudian ada orang2 yang duduk lepak kat bangku-bangku tersedia..anak2 bebas berlari2 di perkarangan masjid , main kejar-kejar.Cuma satu je lah kurang bersih sikit..mungkin sebab kawasan luas sangat kot...di tepi2 masjid ada peniaga2 jual makanan dan minuman.Di dalam masjid tingkat bawah, jelas kedengaran kana-kanak sedang mengaji sekali sekala terdengar suara tok guru/ ustaz nya membetulkan bacaan...mula2 SIL segan nak masuk area masjid sebab dia tak bertudung kan..Abang Ewan kata, "bisa aja masuk..semua di sini bertudung atau enggak, semua bisa masuk perkarangan masjid..lain la kalau mahu solat...setakat mau berfoto iya boleh.."masuk je dalam tu..hoh..kat bangku budak2 sekolah pakai skirt lagi ko lepak kat bangku sambil makan aiskrim...satu pemandangan yang agak berbeza kan..cuma sayang lah, kalau kebersihan terjaga, lagi cantik masjid nih...








Kat Rumah Mode..barang mahai2 kat sini baik gi JPO hohoho...Aisy layan ikan..geram je dia tgk ikan ni..dia dah celup tgn dalam air tu hahahaha



Hari ke 5: 

Kami stay di rumah homestay je(ikutkan hari ni free n easy..memula ingat nak gi Pasar Baru sebab aku tak sempat shopping sgt kan semalam)...Aisy demam sikit2, tapi under control lagi, ku beri minum virgin coconut oil n buat garlic socks .......FIL buat request dgn Abg Ewan gi Jakarta.Mula2 Abg Iwan tak nak..tapi dipujuk2..akhirnya pergi juga(tuang minyak n tambah upah dia lah..).MIL cakap...waktu pegi memang lah sejam setgh(gerak 7.00 pagi)..waktu balik tu, kul 4 ptg dah gerak balik..kul 7 petang baru sampai rumah...melepas lah nak gi Pasar Baru sebab pagi esoknya dah nak balik Malaysia dah uwaaaa.....

Ok kat bawah ni gambar2 sebelum kembali ke Malaysia bumi terchintaaa......TAMMAT..


Toko berdekatan homestay, FIL beli ayam kampung dan bahan2 memasak di sini(beras, garam, bawang etc)




Beli buku di airport sambil habiskan duit rupiah heheehhe ..suka betul dapat buku pinano ( buku piano)...sampai jalan lagi..daaaa...

Sunday, 4 January 2015

Anjung Keli,Arau, Perlis

Jalan-jalan di Kedah dan Perlis , rasa nya mcm jalan2 di my hometown, Kelate...

Makan murah2 yang amat....pegi makan kat ikan bakar, amik itu ini..dalam kepala congak2 mau RM40.00 ni...sekali RM20++ je...erk..tergugat iman kami masing2...memang naik 1-2 kg lah lepas 2 hari ke sini hikhik...

Ok Anjung Keli ni agak famous kat Perlis...semua masakan ikan keli ada..goreng, bakar, masak lemak, goreng sambal...you name it...harga berpatutan...ikan keli bakar cicah air asam..pergghhh ....

Kami ke sini dalam jam 12 tghari usai ku buat kerja2 rasmi..then jam 12.30 orang mulai ramai...rasanya ramai kakitangan gomen datang makan kat sini jugak...aku datang pun sebab orang opis kat Perlis ni rekemen..thanks ya kak...memang terbaik dan berpatutan!

Maaf daku tiada gambar sebab syahdu sangat meratah ikan bakar..memang tak tgk hp dah hehehehe...(gambar di atas pinjam encik google)

Throwback 2014: I've been to.....


hmm...let's see.....our little adventures in  2014...

Cuti-cuti Bandung ( March 2014)-oh my entry Bandung belum habis lagi hahahadoi!




Kedah- work!( September 2014)....jumpa dan dapat dengar ceramah Ustaz Ebit Lew ,Tokey Jeruk Pak Ali (Encik Alias) dan Tuan Haji Abd Ghani .Best!

Putrajaya ( sebulan sekali -every month kot hahaha- work!)

Kedah & Perlis: work & leisure ( December 2014)

Tahun ini mahu ke mana? belum ada planning....








ehhmm..








ok..tipu..


ada.......tapi rahsia dulu sebab takut tak jadi kang frust hahahahahaha.......

Wednesday, 31 December 2014

Devastated ...Flood & QZ8501

Doakan banjir segera pulih....



Baru tengok berita di Awani dan Berita Harian Online  tadi..QZ8501)! bertabahlah...Malaysia!





Tuesday, 30 December 2014

Sekolah tangguh...


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Respons my daughter , E-ein..."ala.....lama lagi nak sekolah..E-ein rindu sekolah...rindu kawan-kawan..." ^_^

Lagi gambar banjir kredit to this blog: WeeLing 





Monday, 29 December 2014

Pray for QZ8501

T_T... 3rd plane tragedy for Malaysia....Innalillahi wa innalillahirajiun...


Friday, 26 December 2014

Bertabahlah....

View di rumah nenek di Kota Bharu(Kg Sireh,area Istana Kota Lama)


 Masa entry ni ditulis,nenek dah dijemput oleh pakcik n makcik ke rumah mereka yg x dinaiki air..ramai pnduduk yg dah evacuate rumah masing2...

Yang kat bawah ini pula di UMK Pengkalan Chepa..which is..sepelaung dari my parent house..alhamdulillah,my mom mmg stays with my sister in Penang sejak arwah Abah pergi..tapi risau jugak sbb rasanya rumah kami naik air jugak lah ni...




Semua gambar diperolehi dari Whatsapp**.Semoga semua selamat dan dilindungi Allah swt.


Tuesday, 23 December 2014

Mari ke Legoland

Sumber gambar: Dynamic Vacation
Hujung November baru-baru ni my sister's family datang bercuti ke Johor...from Penang...memang impian anak2 sedaraku untuk ke Legoland.

Kebetulan kami ada voucher KFC 35% off day ticket.So harga ticket dewasa yang RM140.00 after discount jadi RM91.00, dan until kana-kanak 3-12 tahun dari RM120.00 menjadi RM78.00 . Kami sampan ke sana jam 10.30 pagi...walaupun banyak games and activity E-ein & Aisy tak boleh join sebab tak cecah had ketinggian, we have fun nevertheless...ada banyak juga games until kanak-kanak ketinggian 80cm.Macam E-ein dah 1 meter lebih tapi sisterhood spirit, adik tak dapat, so kakak pun x main...Jam 3.30 petang baru kami keluar hahahahah.Sebenarnya dah penat dah tapi melayan nephews from Penang kan.Ini kali kedua kami ke ini.Sebelum ni 2 tahun lepas semasa opening, ku beli ticket semasa Matta Fair RM85.00/pax.Masa pegi tu hujan lak tu,ditambah E-ein tantrum sebab byk tak boleh main games n aktiviti kat situ......2 jam je kat sana pastu balik..rugi huhuhu..huhuhu so ni kira counter balik visit yang sebelum ni hehehe..here is the pics!

Note: Gambar bersepah..malas nak susun..belasah je lah hahaahha..malassssss...