Showing posts with label 8km. Show all posts
Showing posts with label 8km. Show all posts

Sunday, 22 July 2018

IOI Mall Putra Charity Run 2018 8km

Masuk secara last minute atas ajakan kawan...fees pun murah je RM10. Tapi memang pernah join last year, dan rasanya nak jadikan run ni acara tetap setiap tahun hahahaha....(sebab murah kah3). Larian ni berlangsung pada 22 Julai 2018.

Total participants about 5 thousand people..as told by emcee, funds yang berjaya dikutip lebih kurang RM58,000.00. Saya mendapat nombor 8 dari 800 peserta wanita terbuka ( 18 - 39 tahun).Tahun lepas saya dapat nombor 15..alhamdulillah ada improvement! Ada 6 kategori iaitu lelaki terbuka 18-39 tahun, lelaki veteran 40 tahun ke atas, wanita terbuka 18-39 tahun, wanita veteran 40 tahun ke atas, junior bawah 18 tahun lelaki dan bawah 18 tahun wanita.

Sempat bergambar dengan kawan-kawan runners sebelum acara, ini Vivien, kategori veteran...lagi 2 tahun saya sama kategori dengan beliau...power ni...memang biasa dapat top 5 mana-mana acara!

My best friend Ain..

eh apesal posing pinggang patah hahahaha

Dapat medal dan cash RM80.00   :D

Runners are happy people yeah!

Sunday, 5 November 2017

Kluang OCBC - Rotary Club Charity Run 8km ( 4 November 2017)

             Another run done.. so sweet coz i achieved my PB 31.12 minutes for 5km! Dan juga PB untuk 8km.. 54 minutes, pace 6.34. Kaki masih sore sejak half marathon, tapi semangat lari punya pasal....memang feel lari ramai-ramai ni tak sama macam jogging sorang - sorang tau. Bila jogging sorang - sorang, lepas 2-3km, kita(eh eh..saya lah tu haha) cenderung untuk stop berjalan lenggang kangkung lalalalala... tapi bila ramai-ramai ni..kita tengok orang depan tak berhenti, kita pun ikut dia tak berhenti..teruskan jog walaupun pace slow. Memang begitu pun tips nya, kalau tgh lari,agak2 penat,  jangan berhenti , slowkan pace sahaja tapi terus maju! Pertama kali saya join event larian di hometown sendiri di Kluang ni..acara ni first diadakan start tahun lepas, insya Allah saya nak jadikan acara ni sebagai event "mesti masuk setiap tahun" punya hahahaha..selagi masih sihat.Amin..

Tahniah kepada organizers ( OCBC Bank dan Rotary Club) dan juga crew, RELA, KKM, St Johns , Polis trafik, Ambulance, dll... Jumlah penyertaan keseluruhan 1400 orang. Hadiah disediakan bagi pemenang 1,2 dan 3 sahaja.. dengan yuran sebanyak RM20..sangatlah berbaloi..dapat tshirt yang cantik dan selesa (wpun saya tak pakai semasa event). Medal cuma diberikan kepada 103 peserta yang berjaya menamatkan larian yang terawal bagi setiap kategori ( ada 2 kategori je, women open & men open). Saya mendapat tempat ke 13 untuk wanita :). Orang Kluang power lah! Ni yang menang ni mesti training berlari kat Gunung Lambak ni hahhaahha

Malam tadi hingga subuhnya hujan lebat..ketika sampai di tapak event, hujan renyai-renyai

Hujan makin lebat jam 6.45 pagi.
Kami diminta masuk ke dalam dewan dahulu untuk warming up - zumba. Flag off jam 7.30 pagi ( lewat setengah jam - menunggu hujan reda sedikit)..tapi best juga renyai2..tak panas hehehe

Yes... 8km done!

Runners are happy people!

Seronok berlari bersama kawan-kawan!

Kami ada next projek...tunggu 2018..insya allah!

Bersama kawan-kawan husband saya, hikers juga ni..yg tudung merah ni office mate & bff, Ain hehehehe

Medal memang biasa - biasa je..yang penting, kita enjoy!




Wednesday, 23 August 2017

Putra IOI Charity Run 8km

My first actual running event 2017!!  ^_^

Dah hampir 3/4 tahun 2017 hampir berakhir, barulah terpanggil nak join event ya... masuk pun last minit, ada kawan yang ambilkan borang. Tq Ain!Event ni berlangsung di perkarangan IOI City Mall Kulai. Berkumpul di sana jam 6.30 pagi, lepas briefing dan warm up, peserta dilepaskan berperingkat-peringkat mengikut kategori... saya dapat no 15 woman open! tak pasti lah berapa peserta kategori woman open, tapi menurut husband Ain yang juga urusetia, kesemua nya berjumlah 4500 runners. Ada kategori pelajar sekolah ( bawah 18), woman and man open ( 19-39 thn ) dan senior (40 above).

Saya siap berlari dalam masa 48 minit lebih kurang. Saya lupa off strava, lepas siap lari, jalan ambik sijil..ambik air lenggang2 kangkung berlunjur tepi jalan baru perasan..la lupa tutup..hahaha ..Peserta woman open yang dapat 1st place menghabiskan larian dalam masa 27 minit. Nganga kejap...manakala peserta man open, finish 8km dalam masa 20 minit... ok..my jaw dropped!! haha...dapat info, yang top 3 semuanya ultramarathoner otai..patut laaaaa..

With Ain..a pat to our shoulder! ini adalah event pertama kawan sy join..saya pulak..kalau dikira since last year..yang ke 4 actual run..biasa masuk virtual je. Biasanya saya jog dengan Ain 2kali seminggu di area pejabat selepas waktu pejabat of course!
With my hubby of course..who gonna drive me there?hahahaha manja tak boleh blah!

New and old friends! Dari kiri, Mael, Kapten, Cg Nik, Ropi (all from Gunung Belumut trip),hubby ,me, Cgu Pah & her husband Asmuneer.
Looking forward for next run...Kota Tinggi Trail Run 7km! Nebes!